Thursday, July 1, 2010

Sujud kemerdekaan

Kongsi

sujud Syiar dan simbol kehambaan mereka ialah sujud kepada Allah. Sujud yang meninggikan hati. Manakala syiar dan simbol golongan jahiliyyah ialah tunduk kepada kehendak kebendaan dan seks yang mematikan hati.

Sesungguhnya sujud muslim yang sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan, syiar kemerdekaan dan enggan menuruti segala taghut.

Sujud itu menundukkan dahi, tetapi

Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil

tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya

Itulah yang dinamakan sujud kemerdekaan. Melalui sujud ini, seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya lalu dia menjadi manusia merdeka.

Dia merdeka. Hanya menerima segala tasawwur, sistem, cara hidup, syariat, undang-undang, nilai dan neraca pertimbangan dari Allah sahaja. Jadilah dia sama dengan manusia lain, berdiri pada taraf yang sama. Mengadap tuan yang satu dan tidak menjadikan sebahagian daripada mereka sebagai Tuhan, selain dari Allah.”

Semalam_saja_di_neraka_ok Manusia akan sentiasa menderita, kelam kabut, bimbang dan sakit selagi mereka tidak sujud seperti sujud ini dan dan berpegang dengan akidah Islam ini. Penderitaan jiwa dan kezaliman yang berterusan walaupun maju dalam kebendaan benar-benar membuktikan bahawa akal semata-mata tidak akan mampu menjadi pemandu kestabilan jika tidak dipandu oleh akidah yang benar. Akal sentiasa dipengaruhi oleh nafsu sebagaimana kita selalu sebutkan. Ia hilang upaya untuk menghadapi pelbagai tekanan selagi kawalan dan pertimbangan akidah tiada di sampingnya.

Tiada kebahagiaan bagi manusia dan tiada jalan selamat dari tergelunsur jatuh oleh arus deras jahiliyyah melainkan mereka kembali semula kepada akidah Islam yang akan memandunya ke jalan yang benar. Akidah Islam akan memberikan jawapan yang betul terhadap semua permasalahan yang menyusahkan manusia zaman ini. Akidah Islam ini membuka pekung pemikiran jahiliyyah yang telah lama menyekat antara manusia dengan fitrah mereka.

Pada hari itu sahajalah, manusia akan kembali menikmati erti kebahagiaan. Dr. YusufAl-Qaradhaawi telah berkata :

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Permasalahan alam yang lampau

Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?

Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?

 

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa

Terusir segala keraguan yang degil

Terdidiklah fikiran yang waras

Terciptalah akhlak yang mulia

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai

Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina

Supaya matamu memandang di segala ufuk

Ke arah cita-cita yang tinggi

Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’

Kau tudung bumimu dengan langit

dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia

Itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik

dengan namanya; dialah orang yang berbahagia


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)