Allah S. W. T. mengurniakan pahala dan ganjaran seperti pahala para mujahid dan muhajirin kepada orang yang saling berpesan-pesan dengan kebenaran, menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. Mereka melontarkan hujah-hujah dan keterangan Allah untuk membidas pendapat akal yang sesat dan menyeleweng. Menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang mereka darikemungkaran dianggap sebagai jihad dan tetap thabat di atas jalan dakwah dianggap sebagai ‘hijrah.’.
Ibnu al-Qayyim berkata:
“Tidak syak lagi bahawa perintah jihad yang sebenar hanya datang setelah hijrah dari Mekah ke Madinah. Tetapi, jihad melalui hujah telah diperintahkan di Mekah dengan firmanNya yang bermaksud
“Oleh itu, janganlah engkau ikut orang-orang yang kafir dan berjihadlah terhadap mereka (dengan Al-Quran) dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan 25: 52)
Surah ini adalah surah Makkiyah (diturunkan di Mekah). Jihad yang dimaksudkan di dalam ayat ialah jihad menyampaikan dan jihad dengan hujah”
Berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran wahai Nabi s.a.w. dan….. wahai pewaris dan pengikut nabi Muhammad S.A.W. pula…..berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran"
Ertinya kita bangun menghadapi pendapat akal mereka yang dangkal itu dan kita hancurkannya dengan hujah-hujah dari al-Quran… agar kebatilan mereka itu akan hancur binasa.
Oleh yang demikian, tugas dakwah, menyuruh kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran, pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran adalah sejenis dari jihad di jalan Allah. Justeru itu wajarlah bagi kita di dalam fiqh dakwah ini berusaha mengenali sebanyak mungkin selok-belok dakwah dan sifat-sifat da’I, berdasarkan kias kepada hukum jihad dengan senjata. Begitu juga para da’i diwajibkan agar memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai perintah berjihad bahawa ía adalah ditujukan kepadanya apabila da’i tersebut menyeru orang ramai dalam mengerjakan amar makruf, nahi mungkar. Walaupun kelihatannya kerja dakwah bukanlah seperti betul-betul berperang pada jalan Allah, tetapi ia juga menghadapi risiko peperangan, kekalahan, wujudnya orang yang tidak berdisiplin atau bermudah-mudah, pelemah semangat dan pembelot yang menikam dari belakang.
Disebabkan risiko-risiko tersebut, mereka yang menyampaikan dakwah Islam, amar makruf nahi mungkar berhak mengharapkan pahala yang sama darjatnya dengan orang-orang yang berjihad di medan perang, Insya-Allah.
Para Da’i juga mendapat pahala Muhajirin sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam mentafsirkan ayat al-Quran berikut:
Firman Allah S.W.T. bermaksud :
"Orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjuang di jalan Allah dan orang-orang yang memberi tempat tinggal dan menolong, mereka itulah orang-orang beriman yang sebenarnya.” (Al-Anfal 8: 74(
Kata Ibnu Taymiyyah:
“Menurut sebahagian dari salafussoleh: “Termasuk di dalam pengertian ayat ini ialah orang-orang yang beriman, berhijrah danberjihad hingga hari kiamat.” Begitu juga firmanAllah S.WT.bermaksud :
Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orangorang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nahl 16: 110)
“....termasuklah di dalam pengertian ayat ini setiap orang yang telah digoda oleh syaitan supaya menjauhi agamanya atau orang yang telah melakukan maksiat, tetapi kemudiannya dia meninggalkan segala kejahatan, sedaya upaya melawan hawa nafsu dan musuh-musuh lain, berjihad menentang kaum munafik melalui kerja-kerja amar makruf nahi mungkar serta bersabar menghadapi perkataan dan perbuatan yang dilemparkan kepada mereka. Allahu’a’lam.”
******************************
Muhammad Ahmad al-Rasyid
Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq
Link download :
http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq
No comments:
Post a Comment
sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)