Wednesday, July 7, 2010

Dakwah kita adalah penyelamat

Kongsi

pemuda islam Kita ditakdirkan hidup di zaman kemerosotan umat. Beban adalah berat. Mesti lakukan dakwah dalam erti kata yang amat luas.

Kita tidak inginkan harta dan pangkat tetapi kita mahu :

  • Bebaskan tanahair Islam dan mendirikan daulah & tamaddun Islam.
  • Kemudian kita mahu membaiki keilmuan masyarakat Islam, mutu kehidupan dan membuang penyakit dan jenayah.

Cara dakwah kita :

  • Iman yang mendalam,
  • Pembentukan yang rapi dan
  • Kerja yang berterusan.

Wasilah kita ialah semua cara yang syar’I –

Masalah kita:

  • Terpaksa berdepan dengan masyarakat untuk buat perubahan.
  • Akan ada orang yang memandang remeh kerja ini dan menganggap tidak mampu merubah.
  • Dakwah ini belum dikenali - orang ramai, orang besar dan negara-negara akan menentang bila mereka tahu.
  • Tohmahan, fitnah akan terjadi. Penjara, siksaan dan pengusiran mesti berlaku. Bersedialah ! (2:214)

Kita akan berjaya, kerana:

  • Kita adalah sebaik-baik dakwah
  • Keperluan manusia kepada Islam
  • Kesucian niat kita
  • Pertolongan Allah (30:47)

Apa yang perlu kita buat sekarang? Perlu segera kita:

  • Menyahut seruan (8:24)
  • Mengukuh fikrah dan kesatuan.
  • Bekerja bersungguh-sungguh
  • Kita bukan parti politik, bukan badan kebajikan atau persatuan terhad. Kita adalah roh baru untuk ummat manusia.
  • Dakwah kita adalah Islam dan politik sebahagian darinya.
  • Kita bukan golongan penentang tetapi akan menentang sesiapa yang menghalang kebenaran

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)