Friday, July 2, 2010

Ahli Ibadat yang bermain-main

Kongsi

Apa yang telah kita petik dari Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Al-Ghazali dan dari para ulama’ serta tokoh Islam masa kini tentang wajibnya quran-ar-fr berdakwah di jalan Allah S.W.T. serta amar makruf nahi mungkar dengan bersandarkan kepada beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. adalah satu penjelasan yang jelas dan terang. Ia cukup untuk menolak kekeliruan mereka yang mendiamkan diri. Mereka menyangka beberapa kenyataan fiqh yang berbentuk umum itu dapat mengecualikan mereka dari wajibnya dakwah ini.

Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan dunia.

Justeru, mereka mengasingkan diri di masjid-masjid atau di rumah masingmasing meratapi nasib Islam dan membiarkan generasi dan belia Islam dididik dan dibentuk oleh puak-puak atheis, sekularisme, komunisme dan wujudiah, menjerumuskan belia Islam kepada kerosakan dan kehidupan hawa nafsu, zina, arak dan berpoya-poya tanpa batasnya.

uzlah Mereka yang bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat keadaan umat Islam ini sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab ‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka tidak dapat membuka mata mereka untuk mengamati laungan orangorang ikhlas yang berjuang di sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga ke hari ini. Da’i yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja untuk Islam, membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam, dakwah orang ramai, memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli uzlah tadi meninggalkan tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang perjuangan dan medan jihad untuk berjihad dan berkorban.

Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak digalakkan, uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai dengan niat yang ikhlas dan baik.


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)