Friday, July 2, 2010

Abdul Kadir AI-Kailani di Atas Jalan Dakwah dan Jihad

Kongsi

Selepas Abdullah bin al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus berkesinambungan dari generasi demi generasi. Kemudian dakwah5 tiba-tiba semangat ini lemah dan muram kembali. Ahli ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di tempat bertapa mereka dan meninggalkan tugas membimbing orang ramai.. Dakwah tidak dijalankan. Sekali lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan merebak dalam masyarakat Islam di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang pewaris yang unggul bagi menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W. mengikut jejak langkah Abdullah Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia bangkit dan bangun, senang hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam bid’ah pertapaan (uzlah), mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan menyembunyikan diri dari masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau pun berdiri tegas, memanggil umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit yang sedang mengancam mereka Selepas Abdullah bin al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus berkesinambungan dari generasi demi generasi. Kemudian tiba-tiba semangat ini lemah dan muram kembali. Ahli ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di tempat bertapa mereka dan meninggalkan tugas membimbing orang ramai.. Dakwah tidak dijalankan. Sekali lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan merebak dalam masyarakat Islam di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang pewaris yang unggul bagi menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W. mengikut jejak langkah Abdullah Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia bangkit dan bangun, senang hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam bid’ah pertapaan (uzlah), mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan menyembunyikan diri dari masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau pun berdiri tegas, memanggil umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit yang sedang mengancam mereka .

Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah. Seorang yang menjadi tauladan dan seorang ulama’ yang bijaksana. Beliau adalah faqih lagi thiqah dari fuqaha’ mazhab Hanbali di Baghdad. Biasanya Ulama’ Mazhab Hanbali di setiap masa adalah ahli ibadah yang zuhud dan jauh dari segala perkara yang lain dari ilmu (tajarrud ilmi). Beliau adalah bangsawan dari keturunan Hassan al-Muthanna bin Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau dinasabkan dengan bandar Kailan kerana bandar itu adalah tempat kediaman datuk neneknya. Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim memberi pujian dan sanjungan tinggi kepadanya. Kedua-duanya menggelarnya “Tuan Guru yang menjadi model” sebagaimana yang kerap disebutkan di dalam “Madarij al-Salikin.”

jihad Syeikh Abdul Qadir banyak berbicara kepada orang ramai, melaungkan seruan Islam yang sebenar kepada penduduk Iraq dengan bahasa yang indah maksud dan strukturnya. Salah seorang muridnya telah menyampaikan kepada kita beberapa pidato beliau yang disalin dengan pantas ketika beliau berkhutbah di dalam pidato mingguannya pada tahun 545H. Syarahan beliau dibukukan di dalam sebuah buku yang bertajuk “Al-Fathu Rabbani Wal-Faidhu ar-Rahmani.” Walaupun mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu ditolak, tetapi kitab itu penuh seruan al-haq, pandangan-pandangan bernilai dan menekankan wajibnya dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

Marilah kita dengar beberapa seruan al-haq tersebut itu:

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli zuhud yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T. Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata.

Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya?

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya.

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.

Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana zuhud yang jahil! Maralah dan dengarlah kataku :

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat pertapaan kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu itu tanpa dalil. Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu.”

Kata-kata ini diucapkannya ketika beliau sudah tua. Demikianlah apa yang difahami oleh ulama’ yang beramal dengan ilmunya. Kata-kata beliau ini benar-benar menyentuh hati. Amatilah kata-kata beliau: “Wahai ahli zuhud di bumi, maralah ! Robohkanlah biara kamu.” Robohkanlah biara kamu, wahai orang yang lari dari masyarakat dan tersungkur di bawah ikatan pemikiran keduniaan dan taghut abad yang kedua puluh ini.

Ambillah tempatmu di dalam barisan da’i Islam.

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)