Wednesday, June 30, 2010

Hanya gerhana bukan terbenamnya matahari

Kongsi

Da’i Islam enggan tunduk kepada penipuan. Mereka pantang melihat perancangan musuh terimakasihberlaku di depan mata. Lantas mereka bangkit dan melaungkan suaranya kepada manusia. Tetapi, sebahagian besar manusia terus lena tidur.

Di depan matanya- pendokong kebatilan dan orang yang ragu-ragu bermati-matian mahu melaksanakan rancangan mereka. Dilihat keliling, hanya segelintir sahaja orang Islam dipelihara oleh Allah yang sedar… Selebihnya hanyut di dalam kelalaian.

Da’I kembali mengubati kesedihannya lantas berbicara kepada dirinya sendiri:

Telah bekulah daya juang di hati manusia itu

Mereka leka mencari kekayaan dan kehidupan yang rutin

kealpaan orang-orang yang baik dan semangat orang-orang yang keliru

hampir-hampir menggoncangkan daku dari cita-cita dan perjuanganku.

Da’i itu pun mulanya menyalahkan dirinya sendiri.. takut-takut dia belum betul-betul menyampaikan dakwahnya. Tetapi, segera dia merasai bahawa dia telah melakukan apa yang termampu. Dia cuba memujuk dirinya demi menghiburkan hati dan membelai kesabarannya sambil bermadah:

Mereka melihat daku di musim gugur, Lantaran hangatnya laguku,

Bergembira bersama rakanku si burung camar

Tetapi aku dilahirkan di bumi

yang dipenuhi jiwa-jiwa hamba yang seronok diperhambakan...

Sesungguhnya neraca kesusasteraan telah bertukar dan generasi hari ini telah kehilangan satu usaha agung yang pernah memuliakan mereka suatu ketika dahulu. Demikianlah yang terjadi seperti mana yang dikatakan oleh al-Rafi’ie:

“Kamu mencipta kata-kata hebat untuk berseronok sahaja dengannya.”

3591788728_abc7b7fb3e Walau bagaimana dahsyatnya kerosakan, seorang da’i tidak boleh meninggalkan tugasnya untuk menyelamatkan manusia ( dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam, mengeluarkan mereka dari kesesatan kepada hidayah, dari kebatilan kepada kebenaran dan dari kezaliman kepada keadilan ) . Segala kesangsian dan putus asa dalam proses islah ini segera musnah bila sedar kedudukannya berada di tengah-tengah rombongan orang-orang yang beriman yang sedang berjalan. Bermula dari para salaf, maka da’i mengambil amanah ini dari mereka.

Demikianlah janji Allah. Angkatan kebenaran ini tidak akan pupus, angkatan demi angkatan, generasi demi generasi sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud:

“Sentiasa akan ada satu golongan dari umatku yang menegakkan kebenaran. Mereka tidak akan tergugat oleh sesiapa pun yang menentang mereka sehingga datanglah hari kiamat dan mereka tetap di dalam keadaan mereka.”

-Sahih Muslim

Bahkan, kewujudan angkatan Islam di bumi ini, yang sempurna mentaati Allah, tidak menyeleweng dari jalan dan hidayah Allah, tidak lupa pada matlamat dan tidak bermalas-malas dari tugas dakwah dan jihad itu adalah sebahagian dari sunnatullah di alam ini. Kewujudannya menyempurnakan keseimbangan makhluknya. Tanpa kewujudan angkatan sedemikian, timbangan itu akan berat sebelah, tidak seimbang dan akan menggoncangkan seluruh alam ini.

Justeru, wujudnya dakwah rabbani adalah satu kepastian yang telah ditakdirkan Allah. Ia akan tetap wujud , tidak mungkin hancur sekali pun diserang dari setiap penjuru oleh taghut dan tali barutnya.

Sekiranya matahari tiada lagi atau graviti bumi telah lenyap dari alam ini, dapatkah kamu bayangkan betapa hebatnya kegoncangan dan kerosakan yang akan berlaku?

Demikianlah juga kewujudan dakwah kebenaran. Ia umpama matahari, bulan, bintang-bintang, graviti, air dan udara yang membentuk sebahagian dari hukum alam yang telah ditetapkan oleh Allah. Jika tidak, tentulah akan berlaku kiamat. Namun, kenyataan bahawa kewujudan dakwah adalah sebahagian dari sunnatullah hanya dapat dilihat oleh pemilik hati yang salim, sama sebagaimana graviti hanya dapat dilihat oleh orang yang berpelajaran.

azam Inilah inspirasi keteguhan azam seorang muslim untuk terus bersama dengan jalan dakwah. Mereka terus menghadapi kesusahan hanya semata untuk memastikan ketetapan Allah ini terus berlaku dan terserlah. Moga dengannya dia termasuk di kalangan orang yang berjaya. Tetapi, sesiapa yang berpaling dari jalan yang mulia ini, sunnatullah akan terus berjalan tanpa henti, tidak menghiraukannya. Allah akan memberi hidayah kepada kaum yang lain pula untuk menyerlahkan kekuasaan dan merealisasikan sunnahNya ini.

Ustaz Hassan al-Hudhaibi telah merumuskan maksud di atas dengan ucapannya:

“… Semua peristiwa mesti tunduk kepada kitab Allah dan sunnah rasulNya meskipun manusia melihat dunia tidak tunduk kepada peraturan tersebut. Agama inilah sebenarnya aturan yang ditetapkan oleh Allah kepada manusia sebagaimana Dia menetapkan hukum alam kepada matahari, bulan, haiwan dan tumbuh-tumbuhan dan kepada segala apa yang ada di langit, bumi dan apa jua yang ada padanya.”

Beliau berkata:

“Jika matahari mempunyai paksi dan graviti, bumi mempunyai paksi dan beredar di atas orbitnya, maka demikian jugalah manusia mempunyai agama ini. Apabila agama ini hilang dari manusia, akan pincanglah keseimbangan.

Sesiapa yang berfikir dengan mendalam pasti dapat melihat lebih jauh dari itu. Dilihatnya alam ini mempunyai rekabentuk dan binaan yang indah dan agama ini adalah sebahagian darinya. Oleh itu, agama ini perlu dihayati oleh sekelompok manusia dalam mana-mana waktu.”

Abdul Wahab Azam juga memahami sunnah ini. Sunnah ini menjadikan orang-orang yang yakin dengannya tidak tergugat oleh serangan kebatilan, gugurnya para syuhada atau ramainya pejuang yang berundur setelah tiba di separuh jalan. Beliau pun berkata:

Sunnatullah terhadap semua makhluk terus berjalan

Sesaat pun tidak berhenti dan berubah

Mereka yang merdeka terus berjihad pada jalan Allah

kerana jihad pada kebenaran tidak pernah hilang walau sehari

Pemahaman ini menjelaskan kehebatan pengetahuan dan kesedaran Abdul Wahab Azam.

Sesungguhnya Islam kita ini adalah satu berita agung yang menyempurnakan perjalanan alam ini. Alam akan rosak binasa tanpanya. Oleh itu, ia mesti direalisasikan di alam kenyataan dan jahiliyah mesti dihapuskan bagi memastikan alam ini terus seimbang. Firman Allah SWT bermaksud:

“Katakanlah, itulah berita besar yang kamu berpaling daripadanya.”

(Saad 38:67)

Pada hakikatnya, peristiwa ini jauh lebih besar jika dibandingkan dengan pandangan zahir yang tampak dengan mata kasar. Ia merupakan salah satu urusan Allah dalam seluruh kewujudan ini. Sesungguhnya ia adalah satu ketetapan dan ketentuan Allah di dalam sistem kewujudan yang tidak terpisah jauh dari urusan langit dan bumi, urusan masa lalu dan masa hadapan.

Sesungguhnya berita besar ini datang melampau bukan sahaja kaum Quraisy di Mekah, bangsa Arab di Semenanjung Arab dan generasi yang sezaman dengan dakwah ini di muka bumi, bahkan ia melampau tempat dan masa yang terbatas ini. Ia memberi kesan terhadap masa depan seluruh manusia, sepanjang zaman, setiap benua dan mengolah masa depan kemanusiaan semenjak turun ke bumi hingga ke berlakunya akhirat..

Sesungguhnya Islam telah turun ke bumi pada masa yang ditetapkan untuk memainkan peranannya ini pada waktu yang telah ditentukan Allah.

Kedatangan berita besar ini telah mengubah garis perjalanan manusia kepada perjalanan yang telah digariskan oleh takdir Allah. Sama ada manusia itu beriman atau menolak, sama ada mereka berjihad bersamanya atau menentangnya, pada generasi tersebut atau generasi selepasnya. Belum pernah terjadi di dalam sejarah manusia satu peristiwa atau berita yang meninggalkan kesan dan pengaruh sebagaimana pengaruh dan kesan yang ditinggalkan oleh berita besar (Islam) ini.

taubat_tasbih Berita besar ini, iaitu Islam, telah membentuk banyak nilai dan tasawwur. Islam telah banyak menanamkan kaedah dan sistem di seluruh muka bumi ini dan di kalangan semua manusia yang tidak pernah terlintas dalam fikiran bangsa Arab sebelum kedatangannya. Ketika itu, mereka tidak terfikir bahawa Islam ini datang untuk mengubah senario dunia, mengalihkan perjalanan sejarah dan merealisasikan ketentuan Allah di dalam. Ia juga mempengaruhi jiwa, hati dan realiti manusia. Ia menghubungkan seluruh manusia dengan garis perjalanan alam dan dengan kebenaran yang tersirat di sebalik kejadian langit dan bumi dan segala apa yang ada di antara keduanya. Ia akan terus begitu sehingga hari kiamat, menyempurnakan peranannya di dalam memimpin manusia dan kehidupan.

Umat Islam pada hari ini berdepan dengan berita besar ini sebagaimana yang dihadapi oleh bangsa Arab di awal kedatangannya. Mereka tidak memahami tabiat dan hubungannya dengan tabiat alam ini. Mereka tidak memikirkan kebenaran yang tersembunyi padanya sehingga mereka tidak memahami ianya adalah salah satu aspek kebenaran yang tersembunyi di binaan alam ini. Mereka tidak dapat mengesani pengaruhnya terhadap sejarah manusia dan garisan perjalanannya yang panjang. Mereka sepatutnya bersandarkan kepada pandangan yang berasingan dan bukannya bersandarkan pemikiran musuh-musuh Islam yang sentiasa memperkecil-kecilkan peranan Islam dalam pembentukan hidup manusia dan penentuan perjalanan sejarah. Oleh kerana itulah orang Islam sekarang tidak mengenali hakikat peranan mereka dulu, masakini dan akan datang; sedangkan itulah peranan yang mesti dimainkan oleh umat Islam di muka bumi hingga akhir zaman.”

Sekiranya mangsa-mangsa perencanaan, konspirasi dan serangan fikiran jahiliah ini tidak memahaminya... namum pasukan singa da’i Islam mengetahuinya. Kita sering mendengar nasyid mereka yang mengalun di seluruh dunia di dalam perjalanan mereka yang aman dan dipercayai :

Kamilah pewaris yang cuba membimbing manusia

Kamilah rahsia al-haq yang tersembunyi

Matahari sentiasa menyuluh cahaya kepada kami

Awan kami mengandungi kilat dan sinar yang terang benderang

Jasad kami adalah cermin kepada kebenaran

Ketahuilah, tanda-tanda al-haq itu:wujudnya muslim.

 Begitulah kefahaman dan kesedaran bila ia telah terbentuk. Tanda al-haq ialah wujudnya peribadi muslim. Kewujudan peribadi muslim yang sedemikian rupa adalah kepastian sejarah dahulu, sekarang dan akan terus hingga hari kiamat.

al-Haq adalah tiang seri kewujudan ini. Sekiranya alam ini menyeleweng dan tiang serinya, rosak binasalah ia. Firman Allah S.W.T. :

“Kalau sekiranya al-haq (kebenaran) itu mengikut hawa nafsu mereka, nescaya binasalah langit dan bumi dan apa-apa yang berada di dalamnya.”

(Al-Mukminun 23: 71)

Oleh itu, al-haq kebenaran mesti dimenangkan dan kebatilan mesti dihapuskan. Walaupun realiti yang kita dapat lihat tidaklah sedemikian, tetapi kesudahannya pasti akan terserlah. Firman Allah lagi:

“Bahkan Kami lemparkan kebenaran di atas yang batil (yang tidak benar) lalu dipecahkannya. Tiba-tiba yang batil itu lenyap.”

(Al-Anbiya’ 21: 18)

Pengasingan Islam dari kehidupan manusia seperti yang dilihat pada hari ini hanyalah umpama gerhana matahari. Segala berantakan, kezaliman dan kerosakan di muka bumi pada hari ini adalah akibat jauhnya manusia dari Islam. Ini adalah bukti awal benarnya apa yang kita sebutkan bahawa Islam adalah sebahagian dari sistem alam yang indah ini. Alam ini akan rosak tanpa kewujudan Islam. Tetapi ianya hanya mampu dilihat oleh orang yang mempunyai pandangan yang dalam.

pulang-senja Burung-burung akan kembali berlindung di sarangnya semasa berlaku gerhana matahari di tengahari. Secara fitrah, mereka tahu bahawa ada suatu keganjilan sedang berlaku kerana waktu terbenam matahari masih jauh. Saki baki sinaran samar yang masih tinggal menjadi harapan untuk meneruskan kehidupan kembali. Mereka terus menunggu dan enggan tidur.

Maka begitulah juga sikap orang yang hidup hatinya. Dia faham bahawa penyingkiran Islam dari kekuasaan adalah suatu kejadian dahsyat dan luar biasa, namun ia tidak bererti tenggelamnya Islam. Ianya hanya suatu peristiwa ganjil yang bersifat sementara.Wujudnya jamaah yang mendokong alhaq (walaupun bilangan mereka sedikit) adalah harapan untuk mengembalikan semula Islam ke pentas kehidupan. Bahkan kewujudan jamaah ini merupakan bukti yang kuat bahawa Islam akan benar-benar kembali semula ke dalam kehidupan manusia ini. Mereka yang lari dari Islam akan kembali semula kepada Islam dan kepada Tuhan. Mangsa pendidikan dan acuan jahiliah akan tersedar semula dan akan kembali berpegang teguh di atas jalan yang lurus.

Pengasingan Islam dari kepimpinan manusia adalah satu kejadian dahsyat dan malapetaka yang besar di dalam sejarah dan kehidupan manusia. Satu malapetaka yang tiada tandingannya di antara segala malapetaka yang berlaku.

Pada mulanya, Islam telah menguasai tampuk kepimpinan ketika bumi telah rosak, hidup telah menjadi busuk, pimpinan telah busuk lagi zalim dan kemanusiaan telah mengalami penderitaan dan pimpinan yang busuk itu.

Firman Allah S.W.T bermaksud :

“Telah lahirlah bencana di darat dan di laut, kerana perbuatan tangan manusia.”

(Al-Rum 30: 41)

Islam telah mengambil alih tampuk kepimpinan dunia berpandukan al-Quran, tasawwur baru mengikut dan syariat yang diambil dari tasawwur ini. Ia merupakan kelahiran baru untuk manusia. Kelahiran ini lebih besar ertinya dari kelahiran dia sendiri dari perut ibunya. Al-Quran itu telah membentuk tasawwur baru untuk kemanusiaan mengenali tentang alam, nilai-nilai dan sistem-sistem. Kelahiran ini juga telah membentuk satu realiti sosial yang unik. Konsep tersebut tidak dapat difikirkan oleh akal manusia sebelum ia dibentuk oleh al-Quran di dalam kehidupan ini.

Benar ! Realiti ini terlalu bersih dan indah, agung dan tinggi, sederhana dan mudah, praktikal, positif, seimbang dan teratur. Ianya tidak terlintas di fikiran manusia biasa. Ia tidak mungkin wujud kecuali dengan kehendak Allah dan direalisasikan di dalam hidup manusia di bawah naungan, manhaj dan syariat al-Quran.

Kemudian, berlakulah malapetaka besar itu. Malapetaka penyingkiran Islam dari kepimpinan dan jahiliah sekali lagi mengambil alih kuasa. Jahiliah dalam pelbagai corak. Corak pemikiran materialisme yang dikagumi oleh manusia pada hari ini. Ianya umpama kanak-kanak yang kagum melihat pakaian dan permainan yang berwarna-warni dan terang warnanya.

Tetapi penyingkiran Islam dari kepimpinan tidak pernah didiamkan oleh da’i Islam. Penglihatan dan pemikiran putera-puteri Islam mesti dibuka supaya mereka dapat melihat hakikat undang-undang kejadian alam ini.

Muslim yang sejati tidak akan dapat percaya bahawa pencinta kebendaan dan keduniaan boleh berkata yang betul. Bagi da’I, yang betul hanyalah apa yang turun dari langit. Mereka tidak sekali-kali berpaling dari kebenaran itu dan tidak mungkin melampauinya, sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W:

Kata-kata yang paling benar adalah yang diucapkan oleh penyair Lubaid: “Ketahuilah bahawa sesungguhnya segala sesuatu selain dari Allah adalah batil(mengarut dan tidak betul).”

Sahih Bukhori

Pena telah diangkat dan lembaran telah pun kering.

Segala sesuatu yang lain daripada Allah adalah batil dan mengarut belaka. Tidak ada sistem hidup yang benar kecuali sistem hidup Islam dan segala ibadat kepada yang lain dari Allah adalah batil. Itulah yang dimaksudkan oleh Rab’i bin ‘Amir semasa dia berkata kepada Rustum (panglima agung tentera Farsi):

 “Allah mendatangkan kami ke sini supaya kami mengeluarkan manusia dari menyembah sesama manusia kepada hanya menyembah Allah.”

Sesungguhnya Islam adalah satu-satunya cara hidup yang membebaskan manusia dari perhambaan sesama manusia. “Sekiranya mereka tunduk, mereka hanya tunduk kepada Allah sahaja dan sekiranya mereka mengikut undang-undang, mereka hanya taat kepada undang-undang Allah sahaja. Sekiranya mereka mengikut sesuatu sistem, mereka hanya tunduk kepada sistem Allah sahaja. Ketika itu mereka benar-benar bebas dari perhambaan sesama hamba apabila mereka menjadi hamba-hamba kepada Allah tanpa sekutu.”


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Pertolongan segera!

Kongsi

Pada hari ini, da’i Islam wajib mengambil pendirian yang dibuat oleh Umar bin Abdul Aziz. Beliau merasakan perlunya tindakan segera diambil untuk menarik kembali umat Islam yang tenggelam dalam kesesatan yang semakin jauh dari Islam. Beliau menyedari bahawa tiada jalan lain baginya kecuali mara dan memimpin mereka meskipun mereka enggan. Meskipun tanggungjawab ini amat menyusahkan dan memerlukan pengorbanan.

Tidak syak lagi... majoriti umat Islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat sedemikian. Mereka sebenarnya layak untuk bersama-sama bekerjasama dengan para da’i untuk mengembalikan seluruh umat ini kepada Islam. Mereka mampu berbuat demikian sekiranya mereka sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu.

Tetapi da’i Islam dalam masa yang sama melihat.. sama seperti apa yang dikatakan oleh Omar. Perkara ini amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini.

Oleh itu apakah yang mesti dibuat oleh da’i Islam? Berhenti berusaha? Tinggalkan dakwah dan jihad atau menangguhkannyake pada suatu masa yang lain? Tidak sekali-kali..!

pendakwahmudausim Kerja-kerja ini tidak boleh ditinggalkan. Kerja Islam tidak mempunyai cacat-cela dan tiada kurangnya. Bukti kemampuannya ialah masih terdapat belia-belia Islam yang bersih jiwanya melagukan ayat-ayat al-Quran di zaman materialisme dan hedonisme ini. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sabar itu kunci segala pintu yang tertutup.

Kerja-kerja ini juga tidak boleh ditangguhkan. Masa tidak berpihak kepada kita jika ditangguh. Jika, ditangguhkan, semakin panjang pula tempoh bermaharajalelanya si zalim dan semakin kuat pula cengkamannya di dalam jiwa mereka yang hanyut di dalam arus kencang jahiliyyah. Tiada jalan lain kecuali segera menarik mereka kepada Islam selagi darah masih mengalir pada saraf mereka dan selagi benih fitrah masih terpendam di dalam diri mereka.

"Sesungguhnya tidak ada kerosakan yang lebih merosakkan fitrah selain kehinaan yang dibentuk oleh taghut dan kezaliman yang berpanjangan yang memusnahkan segala kemuliaan manusia, meruntuhkan dasar-dasar dan nilainilainya dan menanam padanya sifat-sifat hina yang biasanya terdapat pada tabiat hamba abdi:

Tunduk di bawah kumpulan tukang sebat, menderhaka tatkala cemeti itu terangkat daripadanya sombong tatkala mendapat sesuatu dari nikmat dan kekuatan.” ( Fizilalil Quran )

Oleh itu, menunggu dan menangguh bukanlah satu tindakan yang sesuai. Justeru, perlu ditambahkan penyertaan baru ke dalam gerombolan kafilah yang merdeka ini.

Bergerak Dalam Pelbagai Pendekatan…

Begitulah.. Dengan realiti kewujudan kijang-kijang pengecut dan manusia-manusia yang derhaka dan maksiat; dan realiti wujudnya pemerintah, ahli-ahli politik dan individu-individu Islam hari ini yang telah kufur kerana beriman hanya kepada sebahagian dari Islam; Justeru itu semua, maka wajib diwujudkan gerakan Islam yang menyeru kepada makruf dan kebaikan serta membangkitkan hemmah. Gerakan Islam ini wajib menarik mereka dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam, melarang mereka dari penyelewengan, menyedarkan mereka untuk merealisasikan hukum Islam dan berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan pemerintahan Islam.

Perlu dijelaskan juga bahawa da’i Islam tidak perlu menghukum keseluruhan masyarakat Islam kini sebagai masyarakat jahiliah. Mereka bebas memulakan kerja-kerja dakwah secara serentak dan pelbagai pendekatan yang berbeza.

Apabila da’I memandang kepada kerajaan dan parti politik yang mengamalkan sistem hidup yang bertentangan dengan syariat Islam, melihat individu yang memegang falsafah jahiliyyah, yang menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan menyangkal sebahagian dari iman; mereka melihat dengan pandangan yang marah, menganggapnya kafir dan mengambil pendekatan menentang mereka dengan tegas dan keras.

Pada waktu yang sama, para da’i hendaklah menggunakan pendekatan-pendekatan lain terhadap orang Islam yang membuat maksiat melalui berbagai-bagai cara pengucapan.

muslim0005-zahir Di antaranya: Teguran kasih sayang yang bertujuan menyedarkan mereka terhadap kerjakerja secara berjamaah. Kaedah ini sesuai bagi individu yang telah menyempurnakan perkara-perkara fardhu, beriltizam dengan hukum-hukum Islam dan menyuruh manusia berbuat baik sesuai dengan inisiatif sendiri. Kadangkala menggunakan intonasi lembut dan penuh kasih sayang yang disulami gertakan dan kritikan terhadap orang-orang yang telah beriltizam dengan Islam tetapi berdiam diri dari menyuruh manusia kepada kebaikan dan tidak melarang mereka dari kemungkaran. Menggunakan bahasa yang lemah lembut disulami rasa kasih dan simpati terhadap mereka yang terpedaya dengar syahwat, lalai dan mengerjakan fardhu dan karam di dalam maksiat dan kemungkaran. Menggunakan bahasa marah dan peringatan yang keras terhadap mereka yang membuat dosa besar, zalim dan mabuk di dalam kejahatan.

Semua cara di atas boleh digunakan di dalam masa yang sama dan di dalam masyarakat yang sama.

 

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Tuesday, June 29, 2010

Kalau ALLAH itu Maha Baik, Mengapa Buat Neraka?

Kongsi

Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

siti-nurhaliza pun pakai tudung Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la...setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat,

 "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peratura n ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka..."

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri,tiba-tiba membentak :

"Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?"

Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar
nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab:

"Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti
masuk syurga... Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan:

syurga

  "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik,orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'. Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah...mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya:

"Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak.

Assalamu'alaikum. "

***********************************************************

Oleh : Amin Fadzlan

dipetik dari 
http://kedahlanie.blogspot.com

 

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut!

Kongsi

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu (link), taghut yang zalim telah menindas da’i Islam. Ia dibuat agar sistem remaja pendidikan, media massa dan dan bidang kewartawanan dikuasai oleh golongan yang kononnya hebat, ilmuan dan sasterawan. Melalui kuasa media, mereka mempropagandakan ilmu, sastera, dan retorik ala jahiliah Timur dan Barat. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza. Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi.Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor mereka:

Zaman satu bangsa yang hina

tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi

tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut

dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

 Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian (juga Freemason-116989-large admin) . Mereka asuh anak- anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi dan Kristian (juga Freemason-admin)  ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.

Sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka, Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.

Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka. Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).

Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

*****************************************************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Monday, June 28, 2010

Generasi Kita Yang Terpedaya (Mangsa Keadaan !)

Kongsi

Beberapa generasi telah berlalu selepas zaman pemerintahan Umar. Islam seterusnya didokong oleh pahlawan-pahlawan Islam dan para reformist. Tetapi sesetengah waktu lain, berlaku juga kelekaan. Hinggalah kita dapati umat Islam pada waktu ini tunduk kepada perancangan Yahudi dan negara-negara kafir. Kekayaan mereka dirampas, iman menjadi lemah, neraca kehidupan mereka bertukar dan hukum al-Quran telah ditolak ke tepi. Musuh-musuh juga mendidik anak-anak orang Islam dengan ideologi yang bertentangan dengan Islam, berlindungkan pelbagai nama dan kelubung.

setan1 Sekiranya masih ada sedikit iman dalam diri mana-mana muslim, masih ada rasa sayangkan agama yang dapat memeliharanya dari keluar dari agamanya, mereka akan menjadi korban pula kepada kepalsuan dan pelbagai topeng. Akhirnya mereka terpedaya dan terikut kepada ahli politik, sasterawan dan orientalis yang tidak benar-benar memahami Islam. Mereka memperalatkan dalil-dalil al-Quran dan hadis yang umum atau kadangkala dengan hadis-hadis palsu yang dimanipulasi untuk mencipta sistem-sistem politik dan ekonomi yang didakwa atau dilabel sebagai sistem Islam tanpa langsung mengikut kaedah usul fiqh dan memenuhi syarat-syarat ijtihad.

Oleh itu, tribulasi yang dihadapi oleh umat Islam pada hari ini tidak hanya terbatas pada penguasaian pemimpin yang sesat sahaja, bahkan menjangkau kepada persoalan pendidikan. Korikulum pendidikan dan pelajaran, jawatan-jawatan di universiti, akhbar-akhbar, majalah-majalah dan seluruh media massa digunakan untuk menghapuskan pemikiran dan nilai-nilai Islam di seluruh dunia Islam. Hinggakan orang yang mindanya terperangkap di dalam rencana jahiliah blok barat dan blok timur itu seronok dan merasa bangga kerana menyangka dirinya terlepas dari belenggu kekolotan.

Orang Islam yang sukakan maksiat pada hari ini adalah mangsa pendidikan tersebut, untuk ditukarkan menjadi fasiq mulanya dan supaya mereka akan mudah dijadikan kuda tunggangan oleh para taghut tersebut akhirnya. Demikianlah perancangan jahiliah sejak dahulu lagi yang diwarisi oleh taghut moden dari taghut sebelumnya. Jika dilihat salasilahnya, akan sampai kepada Firaun. ”Firman Allah S.WT. :

“Lalu Firaun memperbodoh (menyesatkan) kaumnya, lalu mereka mengikutnya. Sesungguhnya mereka itu kaum yang fasik.”

(Az-Zukhruf 43:54)

Inilah tafsir yang benar terhadap sejarah. Hanya orang-orang yang fasik sahaja yang boleh diperdayakan oleh Firaun (lama atau moden). Orang yang beriman kepada Allah tidak akan dapat diperdayakan oleh taghut dan tidak akan taat kepada perintahnya.

pharaoh_3 Begitulah, musuh-musuh Islam telah memahami vital-spot yang telah diperkenalkan oleh Firaun. Mereka saling merancang dan merangka konspirasi untuk membuat kerosakan dan mengubah masyarakat supaya menjadi sampah-sarap yang tenggelam di dalam lumpur noda dan kejahatan. Masyarakat akan sentiasa disibukkan dengan kepayahan mencari sesuap makanan. Akibatnya mereka menjadi penat dan letih dengan perut dan seks dan tiada masa lagi untuk mendengar nasihat dan petunjuk atau kembali kepada agama.

Demikianlah cara dan taktik mereka. Taktik-taktik kotor, memerangi masjid dengan tempat tari-menari, menggantikan isteri-isteri dengar pelacur-pelacur, menyerang akidah menggunakan professor-professor ‘free-thinker’ dan menewaskan kesenian keperwiraan dengan seni hedonisma. Melalui pendidikan ini, mereka telah berjaya mengubah helang rajawali menjadi burung ‘partridge’ sebagaimana yang dikatakan oleh Iqbal….

 

“Demikianlah halus dan telitinya proses dan seni penjinakan yang telah digunakan oleh pemimpin-pemimpin sesat tersebut....

Seni yang merampas kecantikan lenggok bunga ’sarwa’

ia menukar helang rajawali menjadi buruk denak

mereka memperdayakan angkatan berkuda dengan nyanyian yang merdu

lalu membenamkan bahtera ke dasar laut

mereka tidurkan kita dengan irama dan lagu

dan memadamkan obor kita dengan tiupan nafasnya.”

manusia pun beransur-ansur diresapi kehinaan tanpa disedari.

“Secara fitrahnya, manusia sebenarnya bencikan kehinaan. Tetapi dengan pelbagai keadaan dan peristiwa yang berlaku, tanpa disedari mereka tunduk secara berangsur-ansur. Sedikit demi sedikit mereka menjadi terbiasa di dalam kehinaan. Ianya ibarat singa yang telah dijinakkan.

Namum begitu, saki baki unsur kemuliaan masih berbaki dijiwa dan masih mengalir bahang panasnya di dalam darah.Apabila ada sahaja da’i yang menyeru kepada kemuliaan, memanggil kepada kebebasan, membangunkan jiwa yang lena dan menggerakkan semangat yang nyenyak, maka berdenyutlah kemuliaan di dalam jiwanya dan menyalalah bara di dalam sekam.

 Bangkitlah semula sifat kemanusiaan di dalam diri manusia, mereka tidak sekali-kali menerima penghinaan. Mereka pun bangkit berjihad dan melihat segala apa yang dihadapinya di dalam jiliad itu lebih ringan daripada diperhambakan, malah lebih baik daripada kehidupan kebinatangan.

Kehinaan yang menimpa manusia yang disebabkan oleh orang lain atau oleh faktor luaran, cepat sembuh dan mudah dihapuskan. Sebaliknya, jika kehinaan itu timbul dari dalam diri dan terbit dari hati, itu adalah penyakit yang sangat berbahaya dan merupakan kematian yang tidak disedari.

 Oleh itu, golongan taghut yang zalim sengaja menerapkan kehinaan kepada orang ramai melalui pendidikan yang hina dan asuhan agar tidak segan silu tanpa tatasusila. Mereka membentuk para belia dengan pelbagai taktik dan strategi yang bertujuan untuk mematikan hemah yang mulia dan memadamkan semangat juang agar kekuasaan sentiasa berada di tangan mereka yang zalim itu.”

********************************************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

 

Kita Tak Akan Mengkafirkan Seseorang Muslim Tanpa Bukti

Kongsi

Maksiat ada pelbagai peringkat. Ada dosa-dosa yang kecil dan ada dosa-dosa besar dan ada juga dosa-dosa yang terletak antara keduanya. Ia semua dilakukan oleh seorang muslim lantaran dorongan syahwat. Atau ini terjadi ketika dia lemah kekuatan dirinya atau terlupa harga diri. Dia tidak terfikir langsung untuk menentang atau mengingkari syariat tersebut.

bomb1 Kemungkinan juga dia melakukan dosa tersebut akibat kejahilannya terhadap hukum-hukum syarak. Dia tidak langsung berusaha untuk bertanya orang yang tahu walaupun usaha tersebut tidaklah begitu sukar. Atau kemungkinan dia melakukan dosa tersebut dengan kesilapan penafsiran atau membuat pemahaman sendiri.

Asas kita dalam masalah ini ialah apa yang disebutkan oleh Imam al-Bukhari rahimullah yang bermaksud:

Segala maksiat adalah urusan jahiliah dan pembuat maksiat tidak menjadi kafir dengan melakukannya kecuali maksiat syirik. Ini semua berdasarkan Rasulullah S.A.W. bersabda:

 “Sesungguhnya engkau seorang yang ada padamu sisa-sisa jahiliah.”

Kamu dapati bahawa hadis Nabi S.A.W. yang dijadikan dalil oleh Imam al-Bukhari ini adalah jelas dan benar. Sabda itu ditujukan kepada Abu Dzar r.a. tatkala beliau mengejek Bilal dan ibunya yang berkulit hitam. Padahal Abu Dzar itu dari kalangan sahabat-sahabat yang hebat dan mulia. Satu maksiat sahaja adalah satu cabang dari cabang-cabang jahiliah sebagaimana maksud sabda Rasulullah S.A.W tersebut. Oleh kerana itu, setiap kali maksiat seorang muslim bertambah, bertambahlah kadar jahiliah yang ada padanya. Tetapi dia tidaklah menjadi jahiliah seluruhnya, kecuali jika dia mensyirikkan Allah di dalam ibadahnya atau dia beriktikad bahawa sebahagian dari perkara yang diharamkan Allah adalah halal atau beriktikad bahawa sebahagian daripada yang dihalalkan Allah adalah haram dan beriman hanya pada sebahagian dari syariat Allah dan kufur pada sebahagian yang lain.

Inilah rahsianya mengapa Rasulullah S.A.W memberi amaran agar berhati-hati ketika mengkafirkan individu yang telah zahir keIslamannya, sebagaimana sabda baginda yang bermaksud:

“Barangsiapa yang berkata kepada saudaranya: “Wahai si kafir!” Kembalilah kufur itu kepada salah seorang dari mereka. Jika benar, maka kafirlah orang yang dikatakan. Kalau tidak, kembalilah kufur itu kepadanya.”

Inilah juga rahsia yang mendorong Imam Hassan Al-Banna agak ketat mengenainya di dalam kata-kata beliau di dalam “al-Usul al-’Isyrin” (20 Usul) yang bermaksud:

“Janganlah kita mengkafirkan seorang Islam yang berikrar dengan dua kalimah syahadah dan beramal mengikut tuntutannya dan menyempurnakan apa yang difardhukan kepadanya berdasarkan satu pendapat yang dipegangnya atau satu maksiat yang dilakukannya; kecuali jika dia mengaku dengan kalimah kufur atau menyangkal perkara yang perlu dan sepatutnya diketahui tentang agama, mendustakan keterangan al-Quran, atau mentafsirkannya mengikut satu perspektif yang tidak menepati uslub bahasa Arab tentang sesuatu perkara, atau membuat satu amalan yang tidak membawa pengertian lain selain dari kufur.”

Demikianlah pengertian yang dapat diambil dari buku “al-Sharh al-’Iraqi li al-Usul al-’Isyrin” (Penjelasan al-Iraqi Terhadap Dua Puluh Usul). Beliau berkata:

syarahusul20 Mengkafirkan seorang muslim dalam ertikata mengeluarkannya dari Islam, adalah sesuatu yang sangat berbahaya. Mesti ada sesuatu yang membuktikan kekufurannya secara jelas dan terang. Contohnya, dia berkata atau melakukan sesuatu perkara yang menyebabkan kufur seperti menyangkal satu dalil yang qat’i (yang pasti) dari agama, seperti kewajipan solat, pengharaman riba’, tidak perlu berpegang kepada Islam atau mempersendakan Islam atau al-Quran, mencaci Allah dan RasulNya, melumurkan Al-Quran dengan kekotoran atau menolak perkara yang terang-terang di dalam Al-Quran, menyangkal hari akhirat atau layak lagi untuk dilaksanakan dan tidak lagi diperlukan pada masa kini,” serta lain-lain yang menjadikan pengucapnya atau pembuatnya sebagai kafir.

Sebaliknya, apabila dia melakukan beberapa maksiat seperti minum arak walhal masih mengakui usul akidah Islam maka dia adalah muslim yang derhaka, bukan kafir. Demikian juga sekiranya dia berkata atau melakukan sesuatu yang masih boleh ditakwilkan lagi, maka kita tidak boleh mengkafirkannya lantaran perkataan dan perbuatannya itu.

Namun, perlu diingat bahawa kita kadangkala menamakan sesetengah perbuatan atau meninggalkan perbuatan tertentu sebagai kafir lantaran mengikut apa yang telah disebutkan oleh nas-nas syara’. Contohnya (hadis): “meninggalkan solat itu adalah kufur”. Tetapi dalam mengkafirkan seseorang individu tertentu, hendaklah wujud secara yakin perkara-perkara yang menjadikannya kafir. Contohnya, seseorang yang menyangkal bahawa solat itu fardhu atau seseorang yang diminta supaya bertaubat kerana tidak bersolat: “Sekiranya kamu tidak mahu sembahyang, kami akan bunuh kamu.” Dia terus berdegil dan lebih suka dibunuh maka ini menunjukkan hatinya kosong dari iman dan kematiannya di anggap sebagai kafir.

Begitu itu perlu diketahui bahawa kufur ada dua jenis

1.       Kufur kecil yang tidaklah mengeluarkan penganutnya dari Islam.

2.       Kufur besar yang mengeluarkan penganutnya dari Islam.

Berdasarkan pembahagiaan ini dapatlah kita memahami maksud sesetengah nas Quran atau Hadis, antaranya:

“Barangsiapa yang bersumpah dengan yang lain dari Allah, dia telah syirik” Syirik ini tidaklah mengeluarkannya dari Islam, tetapi dia telah melakukan dosa yang amat besar. Begitulah seterusnya”

*********************************************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq