Sunday, June 27, 2010

Unsur-Unsur Aqidah Islamiah 1

Kongsi

Aqidah kepada “Allah” dalam Islam terbentuk daripada unsur-unsur berikut ini:

1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini.

allah Allah Tabaraka wa Ta’ala itu wajib ada, bersifat dengan ‘ilmu (Al- ’Ilm), kudrat (Al-Qudrah), hidup (Al-Hayah), mendengar (As-Sam’u), melihat (Al-Basar), bersifat dengan sifat-sifat Jamal (keindahan), Bijaksana (Al-Hikmah), berkehendak (Al-Iradah) dan seterusnya. Yang demikian itu adalah jelas dan dimaklumi dengan pengetahuan yang yakin bagi setiap mereka yang merenung dan meneliti kepada alam semesta yang indah ciptaannya ini, maka Penciptanya itu tentulah Maha Bijaksana (hakim), kerana telah begitu terang sekali rahsia-rahsia kebijaksanaan mi terkandung di dalam sekalian makhluk mi. Dia juga Maha Kuasa, Maha Mengetahui dengan sepenuh makna ilmu dan qudrat yang setinggi-tingginya, kerana alam semesta yang indah ini tidak mungkin terjadi melainkan dengan sebab ilmu yang luas dan qudrat yang meliputi. Al-Quranul- Karim mengulangi akan sifat-sifat mi dalam berbagai-bagai tempat yang munasabah. Di antara ayat-ayatnya yang lengkap menerangkan sifat-sifat ini adalah tersinting pada akhir surah Al-Hasyr, iaitu:

maksudnya:

Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyaj Naina-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Al-Hasyr: 22-24).

2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekurangan daripada Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t. Maka sifat berjisim itu ternafi daripada Allah kerana benda itu berubah-ubah, sedang Al-Khaliq jauh sekali daripada sifat-sifat berubah; dan sifat berbilang-bilang juga ternafi daripadaNya, kerana sifat berbilang itu bersusun, sedang Tuhan pasti Esa.father-and-son

Sementara sifat kebapaan (menjadi bapa) dan keanakan (ada anak), keduaduanya  jauh daripada sifatNya kerana kedua-dua sifat itu berbahagi-bahagi dan berpisah-pisah, sedangkan Al-Khaliq tidak berjuzu’-juzu’ dan begitulah seterusnya. Al-Quranul-Karim mengakui hal ini dengan jelas dan membahaskannya dengan cara logik yang halus dan hujjah yang memuaskan.

Dalam menafikan sifat-sifat keserupaan, Al-Quran menjelaskan:

maksudnya:

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikannya kamu berkembang biak dengun jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Asy-Syura: 11)

maksudnya:

Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa”. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia”.

(Al-Ikhlas: 1-4).

Dalam menafikan sifat berbilang-bilang, AlQuran menerangkan:

maksudnya:

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah Yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sjfatkah.

(Al-Anbiya’: 21-22)

Dalam menafikan sifat beranak pinak dan berbilang-bilang, Al-Quran menjelaskan:

Ertinya:

Allah sekal-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertanya, kalau ada tuhan bersertanya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dan apa yang mereka sifatkan itu.

(Al-Mu’minun: 91).

Keterangan-keterangan yang seperti ini dapat kita lihat dengan jelas dalam banyak ayat Al-Quran yang membincangkan mengenai aqidah umat-umat yang lampau. Ayat-ayat itu menafikan segala sifat yang membawa kekurangan, penyerupaan dan yang menunjukkan kelemahan Al-Khaliq s.w.t.

3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan cara yang hati-hati dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang sebenar-benarnya antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhluk-makhluk dan sifat-sifat mereka.

Dalam Surah Al-An’am, Al-Quran menjelaskan:

maksudnya:

(Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(Al-An’am: 102 -103)

Hadis pula menerangkan:

maksudya:

Fikirkanlah tentang keadaan makhluk Allah, tetapi jangan kamu memikirkan tentang zat Allah, nanti kamu akan binasa.

philosophy_brain Memang suatu perkara yang jelas bahawa sikap yang demikian itu tidak boleh sedikit pun disalahkan kepada Islam, dan tidak boleh dikatakan bahawa Islam merupakan batu penghalang yang menyekat akal dan mengurangi kebebasan berfikir kerana akal manusia adalah merupakan tiang atau tonggak aqidah di dalam Islam, namun demikian, sehingga hari ini ia tetap merupakan pendirian atau keadaan lemah yang mutlak berhadapan dengan hakikat semua benda. Segala apa yang telah dapat ditanggap olehnya hanyalah perkara-perkara yang tertentu sahaja dan setengah-setengah sifat dan kesan-kesan yang zahir semata-mata. Adapun unsur-unsur abstrak belum lagi dapat dicapainya. Islam tidaklah memaksa atau memberatkan manusia untuk mencapai sesuatu yang tidak mampu ditanggap oleh akal dan kefahaman manusia.

*****************************************************

 

 

Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk Kitab Beliau : Allah dalam Akidah Islam

Link download :  http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)