Wednesday, June 30, 2010

Pertolongan segera!

Kongsi

Pada hari ini, da’i Islam wajib mengambil pendirian yang dibuat oleh Umar bin Abdul Aziz. Beliau merasakan perlunya tindakan segera diambil untuk menarik kembali umat Islam yang tenggelam dalam kesesatan yang semakin jauh dari Islam. Beliau menyedari bahawa tiada jalan lain baginya kecuali mara dan memimpin mereka meskipun mereka enggan. Meskipun tanggungjawab ini amat menyusahkan dan memerlukan pengorbanan.

Tidak syak lagi... majoriti umat Islam hari ini telah terseleweng dari Islam tanpa disedari dan tanpa niat sedemikian. Mereka sebenarnya layak untuk bersama-sama bekerjasama dengan para da’i untuk mengembalikan seluruh umat ini kepada Islam. Mereka mampu berbuat demikian sekiranya mereka sedar bahawa selama ini mereka telah tertipu.

Tetapi da’i Islam dalam masa yang sama melihat.. sama seperti apa yang dikatakan oleh Omar. Perkara ini amat sukar kerana penyelewengan sudah sebati di dalam tubuh generasi ini.

Oleh itu apakah yang mesti dibuat oleh da’i Islam? Berhenti berusaha? Tinggalkan dakwah dan jihad atau menangguhkannyake pada suatu masa yang lain? Tidak sekali-kali..!

pendakwahmudausim Kerja-kerja ini tidak boleh ditinggalkan. Kerja Islam tidak mempunyai cacat-cela dan tiada kurangnya. Bukti kemampuannya ialah masih terdapat belia-belia Islam yang bersih jiwanya melagukan ayat-ayat al-Quran di zaman materialisme dan hedonisme ini. Sedikit-sedikit, lama-lama jadi bukit. Sabar itu kunci segala pintu yang tertutup.

Kerja-kerja ini juga tidak boleh ditangguhkan. Masa tidak berpihak kepada kita jika ditangguh. Jika, ditangguhkan, semakin panjang pula tempoh bermaharajalelanya si zalim dan semakin kuat pula cengkamannya di dalam jiwa mereka yang hanyut di dalam arus kencang jahiliyyah. Tiada jalan lain kecuali segera menarik mereka kepada Islam selagi darah masih mengalir pada saraf mereka dan selagi benih fitrah masih terpendam di dalam diri mereka.

"Sesungguhnya tidak ada kerosakan yang lebih merosakkan fitrah selain kehinaan yang dibentuk oleh taghut dan kezaliman yang berpanjangan yang memusnahkan segala kemuliaan manusia, meruntuhkan dasar-dasar dan nilainilainya dan menanam padanya sifat-sifat hina yang biasanya terdapat pada tabiat hamba abdi:

Tunduk di bawah kumpulan tukang sebat, menderhaka tatkala cemeti itu terangkat daripadanya sombong tatkala mendapat sesuatu dari nikmat dan kekuatan.” ( Fizilalil Quran )

Oleh itu, menunggu dan menangguh bukanlah satu tindakan yang sesuai. Justeru, perlu ditambahkan penyertaan baru ke dalam gerombolan kafilah yang merdeka ini.

Bergerak Dalam Pelbagai Pendekatan…

Begitulah.. Dengan realiti kewujudan kijang-kijang pengecut dan manusia-manusia yang derhaka dan maksiat; dan realiti wujudnya pemerintah, ahli-ahli politik dan individu-individu Islam hari ini yang telah kufur kerana beriman hanya kepada sebahagian dari Islam; Justeru itu semua, maka wajib diwujudkan gerakan Islam yang menyeru kepada makruf dan kebaikan serta membangkitkan hemmah. Gerakan Islam ini wajib menarik mereka dari cara hidup jahiliah kepada cara hidup Islam, melarang mereka dari penyelewengan, menyedarkan mereka untuk merealisasikan hukum Islam dan berusaha sungguh-sungguh untuk menegakkan pemerintahan Islam.

Perlu dijelaskan juga bahawa da’i Islam tidak perlu menghukum keseluruhan masyarakat Islam kini sebagai masyarakat jahiliah. Mereka bebas memulakan kerja-kerja dakwah secara serentak dan pelbagai pendekatan yang berbeza.

Apabila da’I memandang kepada kerajaan dan parti politik yang mengamalkan sistem hidup yang bertentangan dengan syariat Islam, melihat individu yang memegang falsafah jahiliyyah, yang menghalalkan yang haram, mengharamkan yang halal dan menyangkal sebahagian dari iman; mereka melihat dengan pandangan yang marah, menganggapnya kafir dan mengambil pendekatan menentang mereka dengan tegas dan keras.

Pada waktu yang sama, para da’i hendaklah menggunakan pendekatan-pendekatan lain terhadap orang Islam yang membuat maksiat melalui berbagai-bagai cara pengucapan.

muslim0005-zahir Di antaranya: Teguran kasih sayang yang bertujuan menyedarkan mereka terhadap kerjakerja secara berjamaah. Kaedah ini sesuai bagi individu yang telah menyempurnakan perkara-perkara fardhu, beriltizam dengan hukum-hukum Islam dan menyuruh manusia berbuat baik sesuai dengan inisiatif sendiri. Kadangkala menggunakan intonasi lembut dan penuh kasih sayang yang disulami gertakan dan kritikan terhadap orang-orang yang telah beriltizam dengan Islam tetapi berdiam diri dari menyuruh manusia kepada kebaikan dan tidak melarang mereka dari kemungkaran. Menggunakan bahasa yang lemah lembut disulami rasa kasih dan simpati terhadap mereka yang terpedaya dengar syahwat, lalai dan mengerjakan fardhu dan karam di dalam maksiat dan kemungkaran. Menggunakan bahasa marah dan peringatan yang keras terhadap mereka yang membuat dosa besar, zalim dan mabuk di dalam kejahatan.

Semua cara di atas boleh digunakan di dalam masa yang sama dan di dalam masyarakat yang sama.

 

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)