Sunday, June 27, 2010

Cara Mudah Memahami Aqidah

Kongsi

muslimahcantik3 Sekarang ini tergambar kepada saya dua golongan orang-orang Mu’min: Golongan peringkat permulaan di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah menerima aqidah Islamiah melalui kata-kata yang mudah difahami, yang segar dan hidup gambarannya, penuh dengan perasaan, indah susunannya dan mengandungi kekuatan batin, serta mengarahkan kepada amal salih yang membuahkan faedah. Jadi, tidaklah diketahui ada jalan lain untuk mengenal erti iman selain daripada apa yang telah digambarkan oleh kitab Suci Al-Quran dalam firman Allah Ta’ala bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang khusyu dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mu’minun: 111)

Golongan yang kedua ialah orang-orang Mu’min yang berada dalam zaman yang6a0134830ceee0970c0133efe23719970b-800wi akhir yang telah mempelajari aqidah Islamiah melalui istilah-istilah falsafah yang berbelit-belit dan kata-kata ilmiah yang beku dan mati, menumpulkan tenaga otak dan meletihkan akal fikiran, menjemukan semangat, menjadikan fikiran bersimpang siur di lembah-lembah yang penuh dengan andaian-andaian, khayalan-khayalan, permasalahan-permasalahan, bahasan-bahasan muqaddimah dan hasil natijah yang tidak berkesudahan.

Umpamanya dikemukakan soal-soal seperti: Apakah Iman itu? Apakah perbezaan antara iman dengan tasdiq? Adakah iman itu bertambah atau berkurang? Adakah iman itu ialah Islam, atau dia itu lain? Apakah ada di antara keduanya itu perkara umum dan perkara-perkara khusus? Adakah amal itu menjadi syarat di dalam iman, atau suatu rukun daripada rukun-rukunnya, ataupun suatu yang lazim baginya?, dan lain-lain lagi daripada persoalan-persoalan akal dan gambaran fikiran yang tidak ada hubungan dengan nur di dalam hati dan sinaran cahaya di dalam diri serta pengarahan kepada beramal.

Dengan tergambarnya kepada saya dua golongan itu, maka saya mengambil keputusan dan berkeyakinan bahawa kita wajib segera kembali kepada apa yang telah dilalui oleh orang-orang Islam kita yang solih-solih dahulu dan menyedut aqidah Islamiah dan sumber yang hening jernih yang tidak ada sebarang kesamaran dan kerumitan di dalamnya. Tepat sekali sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Malik, sabdanya:

Telah ku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu: Kitabullah dan Sunnah RasulNya s.a.w.

*********************************************

Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk buku beliau : Allah dalam Aqidah Islam ( pendekatan perbahasan )

Link download : http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)