Al-Quran juga telah mengangkat dan menyanjung tinggi nilai akal dan meninggikan darjat akal sehingga menyebut akan “akal” lebih daripada empat puluh tempat, disertai dengan sanjungan dan pujian. Di samping itu Al-Quran juga menggalakkan supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai hakikat benda-benda dan menyingkap rahsia alam yang terselindung dan tersirat di sebalik alam nyata ini, sebagaimana firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dan langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.
(Al-Baqarah: 164).
Dan firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orangorang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Yang Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dan siksa neraka.
(Ali ‘Imran: 190-191).
Dan firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dan langit lalu Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara bukit-bukit itu ada garis-garis puteh dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatangbinatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama.
(Fatir: 27-28)
Dalam ayat yang akhir ini Al-Quran menggalakkan manusia supaya menyelidik dan menyingkap rahsia tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kejadian-kejadian yang tidak bernyawa, dan sebagai natijah daripada penyelidikan itu timbul rasa takut kepada Allah. ini menunjukkan bahawa mengetahui rahsia alam, mengenal dan mengetahui Allah yang menciptakan alam ini, dan mengenal Penciptanya dan mengenal benda-benda yang diciptakanNya itu adalah mempunyai hubungan antara satu sama lain yang tidak boleh dipersia-siakan.
5. Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera.
Oleh sebab itulah Islam sering mengutarakan arahannya kepada perasaan hati manusia dan membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi di dalam jiwa manusia supaya memuncak tinggi sampai ke Hadrat Ilahi dan menikmati kelazatan Ma’rifatullah Tabaraka wa Ta’ala, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.
(Ar-Ra’d: 28).
Lebih tegas lagi wujudnya hubungan yang tersembunyi antara hati nurani manusia dengan Al-Khaliq, ialah ketika berlakunya kesusahan-kesusahan yang mencemaskan, yang membuatkan putus segala harapan kecuali kepada Allah s.w.t. sahaja. Al-Quran menggambarkan keadaan ini sebagaimana firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia …
(Al-Isra’: 67).
Dan firmanNya:
maksudnya:
Dialah yang menjalankan kamu di daratan dan di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan gelombang dan segenap penjuru menimpa mereka dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): ‘Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dan bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur”.
(Yunus: 22)
6. Aqidah Islamiah menuntut orang-orang Mu’min supaya kesan-kesan daripada unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam tuturkata dan segala perbuatan mereka. Seseorang mu’min itu bila telah beritiqad bahawa Tuhan yang menjadikannya itu bersifat Maha Kuasa, maka sebagai natijah secara praktik dan akidah ini hendaklah ia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah menumpukan segala harapan kepadaNya; dan apabila ia beritiqad bahawa Allah itu Maha mengetahui, tentulah ía sentiasa berhati-hati terhadapNya dan sentiasa diliputi rasa takut kepada Allah untuk melakukan sebarang maksiat; dan apabila ia beri’tiqad bahawa Allah itu Esa, tentulah ia tidak memohon selain daripadaNya dan tidak meminta kepada yang lain daripada Allah, dan tidak pula menghadap atau menghalakan mukanya melainkan kepada Allah, dan begitulah seterunya. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan keadaan ini memanglah banyak, umpamanya firman Allah Ta’ala:
maksudnya:
Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Iaitu) orangorang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarbenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia.
(Al-Anfal: 2-4).
Dengan ringkasan dan gambaran yang indah dan halus ini, Islam telah merangkumkan segala apa yang berkaitan dengan masalah akidah terhadap Allah Ta’ala dan telah meletakkan suatu sekatan yang menahan daripada segala keadaan meraba-raba, penyelewengan, soal-soal falsafah yang palsu dan perdebatan-perdebatan yang remeh dalam semurni-murni aqidah dan sepenting-pentingnya dalam kehidupan manusia baik kehidupan dunyawi maupun ukhrawi.
Saya anggap bahawa orang-orang yang benar-benar memahami dengan pengertian sebagaimana yang diterangkan mi serta menikmati cita rasanya yang sungguh-sungguh, tidak lagi perlu menghafal sifat-sifat wajib bagi hak Allah Ta’ala yang tiga belas sifat itu, iaitu:
1. Wujud
2. Qidam
3. Baqa’
4. Mukhalafatuhu Taala lil-hawadith 11. Sama’
5. Qiyamuhi bi-nafsi-hi 12. Basar
6. Qudrat 13. Kalam
7. Wahdaniyyah
8. Iradat
9. ‘Ilm
10. Hayat
dan baki lain-lain sifat dua puluh itu, sifat-sifat mustahil bagi hak Allah Ta’ala, iaitu lawan kepada sifat-sifat wajib, dan juga sifat hams, iaitu membuat segala yang mungkin atau pun tidak membuatnya sebagaimana kita telah menghafalnya dahulu.
Mereka juga tidak lagi berkehendakkan kepada kupasan yang panjang lebar ketika membicarakan masalah-masalah furu’ (cawangan) yang berhubung dengan soal aqidah seperti bahasan mengenai sifat-sifat dan nama Tuhan, adakah iaitu “Tauqifiyyah - (ketetapan oleh syara’), atau merupakan perkara kias dan segala kaitan sifat-sifat itu adakah “Al-Musamma - “(yang dinama) itulah “Ainul Ismi - “ (Zat Nama itu) atau lainnya; dan adakah beramal itu menjadi syarat pada iman atau bukan syarat padanya dan lain-lain lagi daripada soal-soal yang lebih banyak berhubung dengan falsafah dan bahasan akal daripada berhubung dengan aqidah dan ketenangan hati.
Pesanan saya kepada para pembaca yang mulia hendaklah memerhati dan meneliti tujuan-tujuan murni yang telah diterangkan di atas ketika membaca Kitab Suci Al-Quran dan hendaklah bersungguh-sungguh memahami kandungan Al-Quran ketika membacanya dengan cara memerhatikan maksud-maksudnya itu di bawah sinaran cahaya panduan Al-Quran. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat merasa kelazatan dan pancaran cahaya yang tidak ada tuluk bandingnya.
Adapun tentang pendapat orang-orang yang ingkar dan golongan mulhid (atheis), dan bagaimana hendak menolak pendapat mereka itu, akan saya bentangkan dalam huraian berikut, insya Allah.
**********************************************
Hassan Al-Banna Rahimahullah
Rujuk Kitab Beliau : Allah dalam Akidah Islam
Link download : http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam
No comments:
Post a Comment
sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)