Islam boleh dikenali dengan definasi yang berbagai; antaranya :
1) Di dalam hadis Jibril AS , jibril datang dengan berupa seorang orang arab pendalaman dan bertanya kepada Nabi SAW untuk didengari oleh umat islam yang hadir dan mengajar mereka perkara tunjang dalam agama Islam, Hadis tersebut berbunyi :
(( beritakan padaku tentang Islam )) maka dijawab oleh Nabi SAW : (( Islam tertegak dengan kalimah penyaksian bahawa tiada tuhan selain Allah dan sesungguhnya Nabi Muhammad itu persuruh Allah serta mendirikan solat, membayar zakat, berpuasa di bulan Ramadhan, dan mengerjakan haji bagi yang mampu))
2) Islam adalah agama kepatuhan dan menyerah diri serta memberi ketaatan yang total kepada Allah SWT tanpa merasa diri terpaksa.
3) Islam adah sebuah peraturan yang umum dan undang-undang yang lengkap mencakupi seluruh kehidupan dan sistem hidup manusia , diambil dari Muhammad SAW yang berasal dari Allah SWT dan disampaikan kepada seluruh manusia , siapa yang mematuhinya akan mendapat pahala ( Merit ) dan yang melanggar akan ditimpakan azab diakhirat kelak
4) Islam adalah apa sahaja yang diturunkan oleh Allah SWT kepada nabi Muhammad SAW dari aspek penetapan Aqidah, Akhlak, Ibadah, komunikasi dan apa yang disampaikan melalui Al-Quran dan Sunnah , dan disuruh untuk disebarkan kepada Seluruh manusia
5) Islam adalah agama yang menjawab tiga persoalan pokok dalam kehidupan :
i. Dari mana kita datang??
· Kita dicipta oleh Allah SWT dari air mani ibu dan ayah ( Al-Hajj 5 )
ii. Kenapa kita datang??
· Kita didatangkan kemuka bumi ini untuk beribadah kepada Allah SWT, dan ibadah itu mengandungi mengenali Allah sebagai sembahan, cinta kepadaNya, tunduk dan patuh segala arahannya dan tegahannya untuk mendapat darjat yang tertinggi dan kebahgiaan di Akhirat kelak
iii. Dan kemana kita akan kembali?
· Kita akan kembali kepada Allah SWT selepas mengalami kematian yang terakhir, seterusnya kita akan ditimbang amalan dan perbuatan hasil dari kelakuan kita didunia, ada diantara kita yang akan dimasukkan kedalam Syurga dan ada juga yang akan menetap diNeraka ( nauzubillahi min zalik )
Semua definasi ini dibuat berdasarkan kefahaman dari Kitab suci Al-Quran dan hadis Nabi SAW, dan semuanya ini tidak berlawanan antara satu sama lain, bahkan ianya digunakan pada individu yang berbeza ..
Jika Muslim yang baru mengenal Islam maka, cukuplah definasi pertama yang diambil, dan jika Muslim telah lama berada dalam islam, maka cukup sesuai jika digunakan definasi yang lain .
******************************************
Sumber : كتاب أصول الدعوة
Dr Abdul Karim Zaidan
download link : http://www.scribd.com/doc/33285752/Mengenali-Islam
No comments:
Post a Comment
sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)