Tuesday, June 29, 2010

Anak Singa Diubah Menjadi Kijang Yang Pengecut!

Kongsi

Untuk melengkapkan konspirasi ‘penghinaan’ itu (link), taghut yang zalim telah menindas da’i Islam. Ia dibuat agar sistem remaja pendidikan, media massa dan dan bidang kewartawanan dikuasai oleh golongan yang kononnya hebat, ilmuan dan sasterawan. Melalui kuasa media, mereka mempropagandakan ilmu, sastera, dan retorik ala jahiliah Timur dan Barat. Mereka sadurkan rancangan mereka melalui berbagai-bagai pertubuhan yang kelihatan pada zahirnya berbeza-beza. Pejuang-pejuang muda dan anak-anak singa dididik supaya berlembut dan tunduk kepada syahwat, mengikut hawa nafsu, karam dalam keseronokan seks dan kemewahan hidup.

Seterusnya mereka padamkan sejarah umat Islam yang bertamadun tinggi.Mereka hapuskan kisah kisah para ulama’ kerana bimbang ia akan menjadi lampu penyuluh untuk generasi baru muslim, ditakuti menunjukkan jalan kerja kepada mereka semula.

Kandungan madah penyair Islam Muhammad Iqbal Rahimahullah membongkar taktik kotor mereka:

Zaman satu bangsa yang hina

tidak pernah sunyi dari ilmuan, sasterawan dan orang yang arif bijaksana!

Mereka dipecahbelahkan dengan berbagai ideologi

tetapi semua ideologi itu tertumpu kepada satu rencana:

Mereka ajar anak singa agar menjadi kijang yang pengecut

dan mereka hapuskan kisah-kisah singa pada bicara zaman silam

Cita-cita mereka, menggembirakan hamba dengan perhambaan

Seluruh pengajaran mereka hanyalah penipuan cendekiawan.

 Rancangan mereka telah benar-benar berjaya. Inilah mercu tanda perancangan kaum Yahudi dan Kristian (juga Freemason-116989-large admin) . Mereka asuh anak- anak singa Islam menjadi kijang yang pengecut. Mereka padamkan kisah singa-singa Islam dari kalangan para ulama’, ahli zuhud dan para pejuang Islam dari sejarah abad pertama Islam.

Sistem pendidikan jahiliyah dan taghut Yahudi dan Kristian (juga Freemason-admin)  ini telah melahirkan kijang-kijang yang pengecut, tidak lagi mampu menerkam. Kijang-kijang ini tidak mahu lagi memikul apa-apa tanggungjawab dan sentiasa cuba melarikan diri seboleh-bolehnya….! Inilah generasi baru dari putera-putera Islam…! Mereka itu adalah anak-anak singa yang bertukar menjadi kijang yang pengecut.

Sebenarnya mereka itu adalah putera-putera muslimin yang merdeka, Mereka diperhambakan, lalu mereka bergembira.

Perancangan mereka telah berjaya. Apa yang berlaku sekarang, kita dapati terdapat sesetengah orang yang ikhlas lebih cenderung untuk beruzlah, mengasingkan diri dan takut berganding bahu bersama-sama umat Islam.. tidak lain melainkan adalah akibat pengaruh daripada kesan pendidikan tersebut. Ini jelas membuktikan keberkesanan perancangan mereka. Ianya bukanlah suatu yang menghairankan. Kalaulah mereka telah berjaya menjauhkan ramai orang Islam dari Islam sendiri, maka tentu lebih mudah bagi mereka untuk menjauhkan lebih ramai lagi orang Islam dari sebahagian dari Islam. Mereka meyakinkan kebanyakan orang Islam dengan perlunya mengasingkan diri (beruzlah) dan lebih baik berjaga-jaga dari sebarang kerja yang mengundang risiko kepada mereka (jihad dan amal Islam).

Ketika itu, bermulalah fasa kedua musuh-musuh Islam. Berlakulah proses peralihan cepat dari Islam kepada jahiliyyah...!

*****************************************************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)