Friday, June 11, 2010

Muhasabah Untuk Para Daie..

Kongsi
Perjalanan dakwah menjadi semakin sukar sejak akhir-akhir ini, ramai orang tidak mengenali apa yang bai dan buruk… malahan ada pula yang telah tahu ianya buruk namun…. mereka tidak mahu merubahnya…… inilah sedikit sedutan kebangkitan… untuk memujuk hati-hati para daie..

asalamualaikum, apa khabar iman kita hari ini?dan..bagaimana dengan hati?
semoga Allah memberi ketetapan kepada hati..untuk terus menyusuri jalan dakwah ini..walau terkadang
Fitnah,Cacian,makian,seringkali mewarnai perjalanan panjang ini dan jiwa, raga, harta dan air mata
telah kita persembahkan di jalan ini hingga terkadang lelah dan jenuh menghampiri setiap jejak perjuangan mengharungi jalan ini
.......……

"sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mukmin diri dan harta mereka dengan memeberikan syurga untuk mereka mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh..dan, siapakah yang lebih menepati janjinya selain daripada Allah?? maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan itu, dan itulah kemenangan yang terbesar" ( At-Taubah :111)

saudaraku, mari tanyakan pada diri kita..bolehkah kita mengeluh dalam mengharungi jalan ini?
kerana pada hakikatnya..Komitmen adalah segalanya dalam perjuangan dakwah ini..
ada atau tidaknya kita disana..dakwah akan tetap diperjuangkan..
namun..adakah Syurga-Nya tidak begitu mengiurkan dirimu??

.. saudaraku.. mari kita tengok sejenak potret sebuah negeri, dimana perjuangan, pengorbanan tak kenal lelah..PALASTIN..
klik sini untuk mendapatkan wallpaper PALASTIN..
perjuangan, pengorbanan, dan takbir, membaharu menggentar musuh-musih Allah…
jiwa, nyawa, dan air mata yang mula mengalir telah mereka persembahkan..
lebih dari yang kita persembahkan..
semuanya demi menegakkan islam dibumi ini..
dan menyelamatkan bumi para anbiya`..
semuanya berlumba-lumba menjemput seni kematian yang paling indah..
sesunggunya mereka tidak mati..
mereka hidup disisiNya..

bagaimanapula kita??
karya apa yang sudah kita persembahkan untuk dakwah ini??
kami tak pernah tahu
harus sampai bilakah jiwa raga ini harus dipersembahkan..
harus berapa deras darah ini harus dialirkan..
harus sejauh mana kaki ini terus dilangkahkan..
untuk membangun peradaban sebuah negeri yang Allah titipkan..
namun jiwa raga ini, darah ini, kaki ini, tanpa jemu dan ragu harus terus diserahkan..
hingga Allah kelak menggantinya...

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)