Monday, August 16, 2010

Ya Allah, Ajar kami jadi Muslim Berkualiti!

Kongsi

 udmz Salam ,alhamdulillah kok bisa menulis lagi.Hari ni tangan rasa nak menulis lagi :) kok bisa berkongsi agar kita bisa membuka minda untuk menjadi muslim yang berkualiti dalam beribadah kepada allah dan menjadi muslim yang taat.Yang baik dari allah,yang tidak sempurna dari saya .

Kebelakangan ini kita dikejutkan pelbagai 'isu' panas, buang bapak,buang bayi,bunuh diri,kes bunuh dan sebagainya.Pemuda pemudi dengan penuh berahi mencari cinta mahluk daripada cinta illahi yang seharusnya lebih penting yang seringkali kita tidak perasaan kewujudannya dalam kehidupan seharian kita. 

Kita sudah hilang 'sayang ' kepada perjuangan baginda s.a.w dan sahabat bagi memastikan islam tersebar ke nusantara dan seluruh dunia.Bilamana keislaman kita kurang berkualiti dari segi takwa mahupun iman dan hanya menjadi iman ikut-ikutan yang turun temurun dari oyang atau tok wan kita.Bisa-bisa sahaja iman kita bagai lalang yang memenuhi semak dan samun yang bergoyang semasa angin meniupnya,tidak mempunyai ketetapan iman yang teguh dalam mempertahankan 'islam' dan mengikut peraturan -peraturan allah .Hanya mengikut hawa nafsu yang bagaikan lalang.

Dikisahkan dalam perang badar para sahabat yang mempunyai kualiti dari segi iman dan takwa bisa menang dengan pertolongan allah.Makna nya takwa dan kualiti seorang muslim para sahabat adalah tidak bisa dijual beli dengan harta dan dunia,mereka bisa membuang 'dunia' dari hati mereka tatkala menjejakkan kaki dalam medan perjuangan untuk memastikan islam berkembang seluruh benua dan tidak bertelagah sesama muslim.

Untuk menjaga kualiti dalam ibadah solat sahaja kita sudah 'lesu ' dan tiada semangat untuk tetap terus dalam menjaga kualiti,belom lagi kita dihantar ke medan jihad,apakah dengan iman setipis ini kita bisa memerangi musuh kita yang rakus dan begitu berahi untuk berperang dengan kita.Apakah kita sudah bersiap sedia jika allah mahukan kita saat ini juga kita dihantar,banyaknya alasan kita berikan untuk berdolak dalik.

Ya jalan perjuangan ini agak pahit dari mata kita,tapi manis jika hati bisa merasai yang perjuangan itu perlu bagi kita untuk mendapatkan kasih dan sayang dari allah dan memastikan islam terus ada hingga akhir zaman.Padahal solat kita seharusnya mencegah kt dari jahil dalam berilmu dan bisa mencegah dari kita membuat mungkar dan bertelagah sesama muslim hanya untuk memenang kan diri sendiri .

Seharusnya seorang muslim yang berkualiti berpandangan jauh dalam perjuangan kerana kemanisan itu belum tentu kt yang merasa,tetapi mungkin generasi seterusnya.Mereka para sahabat telah lihat 'syurga' sebagai tujuan seterusnya dan tidak memperdulikan onak duri yang mereka perlu tempuh.

Sayangnya dalam masyarakat kita untuk menjadi ' muslim yang berkualiti' masih kurang mendpat perhatian,masih mengambil islam separuh-separuh ,nama islam tapi bisa tidak menutup badan seperti muslimah yang lain,kolot katanya,padahal yang bogel itu pasti lebih kolot kerana mereka tidak memahami 'kemajuan islam' yang bilamana menjadi seorang muslim adalah suatu kemajuan didunia dan akhirat.Mereka yang berpandangan jauh& tidak mementingkan diri sendiri,tidak mahu orang berdosa atas asbab mereka berpakaian separuh bogel dan membiarkan orang menghina islam atas ketidak fahaman yang jelas tentang islam kepada orang non-muslim.

Sebagai seorang muslim kita seharusnya menunjukkan tauladan yang baik pada non muslim agar hati mereka terpaut dan terpanggil memasuki islam dengan iklas,tetap bila non islam sudah masuk islam tidak merasa ketenangan dalam islam mereka kembali kepada agama mereka yang lama,bagaimana sikap kita pula menghadapinya,hanya menyalahkan mereka tapi kita tidak menyalahkan diri kita kerena tidak bisa menjadi contoh yang baik kepada non muslim dan memperbetulkan kefahaman kita yang masih kabur.

Jgn salahkan mereka jika orang non muslim menjauhkan diri dari islam kerana kita mencemarkan nama baik islam dan tidak memperdulikan orang islam yang lain yang ingin menjaga mata dan hati tapi kita sesuka hati memakai pakaian apa yang kita suka untuk memenuhkan nafsu serakah kita semata.Mereka tidak mendapatkan ketenangan yang mereka cari dalam islam lalu berpaling tadah.Islam agama yang mudah jika kita mengikut peraturan-peraturan allah dan tidak mengingkari nya pasti ramai yang terpesona dengan islam sebagai cara hidup yang mengamalkan keadilan sesama saudara,menjaga kebersihan,menjaga pemakanan yang bersih dan halal dan islam sebagai agama yang lengkap dari segala peraturan manusia yang bisa-bisa sahaja digubah mengikut selera mereka sendiri.

Dan jangan yang mudah kita susahkan hingga orang menjauhkan diri dari islam pula kerana kita,kerana mereka beranggapan yang islam ini menggongkong dari berbuat yang disukai,padahal jika jika memahami setiap apa yang kita lakukan akan menjadi ibadah buat kita dan mendatangkan kebaikan bersama.Misalnya pernikahan,pelbagai adat yang ketat dibuat padahal baginda pernah berpesan agar memudahkan agar para pemuda dan pemudi yang tengah nafsu membuak buak tidak melempiaskan nafsu tanpa pernikahan dan rasa tanggung jawab dari yang dilakukan.Pernikahan dengan rasa tanggungjawab dan bergaul baik sesama besan pasti mempunyai kesan yang besar kepada 'kerajaan kecil ' ( rumah tangga) yang ingin dibina dan pastinya bukan nafsu semata yang hanya menjadi adat ikut-ikutan dalam masyarakat.

Orang muslim pula mencatat rekod menghantar orang tua ke rumah orang-orang tua tanpa rasa bertanggung jawab untuk menjaga sendiri biorpun susah payah untuk meletak mereka dirumah kita sendiri.Apakah mereka lupa pesan baginda s.a.w agar kita menjaga orang tua kita lagi-lagi ibu kita.Betap perit dan payah nya mereka melahirkan kita tapi kita tanpa rasa bersalah dan bermanis muka menghantar mereka setelah mereka membesorkan kita .

Kita sering juga dikejutkan negara-negara islam juga tidak dapat elak dari diturun kan kejadian alam yang mengerikan,gempa bumi,tsunami,banjir dan sebagainya,jgn kita dilalaikan dengan kemewahan dan keamanan yang allah berikan,seharusnya ditambah dengan syukur kepada allah.

Semasa umat islam lain diperang oleh musuh samada kerana harta atau pun ketidak fahaman mereka kepada islam kerena mereka merasa 'islam ' sebagai musuh mereka,tidak serasi dengan selera mereka yang suka mengikutkan nafsu,suka membuat maksiat,sukakan harta dunia yang jelas tampak dari ganjaran allah untuk hari akhirat dan mereka merasuk dengan cara yang halus menanamkan kejahilan pada negara-negara islam kerna sesama kita pun masih belum tampak kita mempunyai kesamaan dalam perjuangan mahupun sebagainya.

.Dan kita negara-negara islam pun bisa benar-benar menampakkan keprihatinan,kesungguhan dan ketegasan dalam mempertahankan dan menghantar bantuan bagi memastikan tidak terjadinya pertumpahan darah kerana kita masih kekurangan kualti dari segi takwa mahupun iman kepada allah kerana negara islam sendiri masih bercelaru dalam kepimpinan dan kesamaan.Benar la perjuangan itu tidak semudah seperti kita berkata-kata,mulut kata kita mahu berjuang,hati masih belom benar-benar berserah pada allah jadi bagaimana pertolongan dari allah mahu diberi.

Padahal islam adalah agama yang aman dan damai kepada semua agama,tidak berat sebelah dan adil.Orang luar mempengaruhi kita dengan membawa budaya-budaya berpakaian yang tidak senonoh dan menjolok mata yang mendtangkan nafsu syawat sesiapa yang memandang,sukakan hiburan dan kita hanya mengikut sahaja tanpa banyak membantah padahal islam mengajak umatnya agar berfikiran panjang dan menolak hiburan dunia semata.

Jom saya mengajak saudara-saudara agar membaiki kualiti ibadah kita agar terus serasi islam sebagai cara hidup yang membawa ketenangan kepada orang ramai dan memastikan islam tertegak dan memusnahkan kefahaman-kefahaman jahil yang bisa merosakkan tamadun bangsa,negara dan agama .Teman hanya lah hamba allah yang baru belajar-belajar menulis,segala kelemahan datang dari saya, :) kok teman bersedia menerima teguran dgn dada yang lapang dalam memperbetulkan penulisan.

Menjadi muslim yang berkualiti dan menjadi muslim yang penuh bermaruah pastinya bermanafaat bagi memperbolehkan allah menurunkan bantuan bagi umat islam yang kian ditindas dan bisa menggoncangkan dunia.amin3 ya allah. :)

*************************

zbzniaga

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)