Friday, August 13, 2010

Apa Yang Ku Kejar? Apa Yang Kau Kejar?

Kongsi

nfsundercover-kejar Ya Allah ampunkan dosaku. Astagfirullah, Astagfirullah, Astagfirullah.

In the last few weeks, saya telah banyak belajar dan memikirkan apa sebenarnya yang saya mahu, dan apa yang saya kejar dalam hidup ini? Dan saya baru menyedari, saya tidak punya satu pendirian tetap dalam hidup, sebba itu kehidupan saya sehingga ke hari ini, dicorakkan oleh environment dan circumstances di sekeliling saya.

Semenjak memasuki dunia praktikal dalam bidang perubatan ini, terutamanya sewaktu membuat rotation General medicine, saya semakin melihat realiti hidup seorang doktor. Saya melihat doktor2 yang bekerja bertungkus-lumus dari pagi sampai ke petang, selalunya sehingga perlu mengextend waktu kerja kerana kerja2 yang tidak siap. kadang2 waktu pesakit sedang makan lunch kami masih belum tamat membuat ward round. perut berkeroncong, dan terliur melihat makanan pesakit yang sebenarnya tidaklah berapa enak.  bila pulang waktu malam badan sudah penat, baca Quran pun x berapa meresap ke dalam jiwa kerana tak upaya mentadabbur dengan sepenuh hati.

Selepas beberapa minggu bergelumang dengan general medicine, saya menyedari jiwa saya telah menjadi keras, kerana sangat terikat dengan dunia, dan terpisah dari Allah dan ingatan kepadaNya. Juga jauh dari amal yang membasahkan jiwa. Jauh dari dakwah. jauh dari peringatan, yg dtg dari diri sendiri, apatah lagi dari orang lain yang nak bersua muka pun kadang2 payah. kdanag2 the only peringatan yg saya dengar sepanjang hari hanyalah dari lagu nasyid yg dimain dalam kereta semasa perjalanan ke hospital, thats it. ataupun buku taujih ruhiyah yg saya baca dalam train, itu pon kalau tak penat sgt lah dan masih mampu membaca.

exam long case adalah puncak rampasan kebasahan jiwa. sekarang baru saya sedar, iman memang senang dilafaz di lidah, tapi amal Allah saja yg tahu berapa ramai  orang menipu dalam melaksanakannya. saya antara penipu2 itu, selalu menyebut2 bahawa lulus exam itu sepnuhnya di tangan ALlah, bukan pada usaha diri, tapi bila sampai Allah Meletakkan saya di tempat praktikalnya, saya gagal. Saya meletakkan exam lebih penting dari dakwah, lebih penting dari peringatan kepada jiwa, lebih penting dari Al-Quran, lebih penting dari Akhirat, malah ada hari2 saya lebih bnyk dekat dengan buku2 medicine dari mengingati ALlah.

Jadi, sungguhpon saya lulus long case tempoh hari, di jiwa saya merasa gagal.

Di zaman rasulullah, baginda s.a.w sendiri sudah memulakan aliran perubatan. Dalam msii2 Perang, pasti ada pasukan2 perubatan yang ikut sekali untuk merawat tentera2 yang tercedera. Dalam banyak hadis, disebutkan rasulullah ada merawat para sahabat. rasulullah juga ada memberikan nasihat2 dan tips2 seperti tips pemakanan yang baik utk kesiahtan dan sebagainya. rasulullah juga menasihatkan spy menajga tubuh badan kerana tubuh yang kuat dan sihat lebih dincintai Allah dari tubuh yang sakit dan lemah.

Maksudnya di sini, Perubatan itu penting dalam islam. Perubatan itu amat mustahak.

Tetapi yang tersasar adalah matlamat dan cara. Saya membayangkan menjadi petugas2 perubatan dalam misi2 perang bersama Rasulullah. Ya Rabbi betapa besar pahala merawat tentera2 Allah yang berjihad menegakkan kebenaran. Betapa besar memberi rawatan kepada manusia2 yang ingin sihat supaya dapat berkhidmat di jalan Allah. Saya yakin, setiap kali mereka berkhidmat memberikan rawatan di ajlan Allah,s emakin dekatlah jiwa mereka kepada Allah.

Tetapi mengapa semakin saya dekat dengan dunia perubatan, jiwa saya semakin jauh dari Allah?

Mungkin anda semua pon tahu jawapannya. Saya mendengar kisah dari seorang senior yang sudah memulakan tugas sebagai doktor di Malaysia. Ada masanya tugasan yg ada sangat2 banyak sampai para doktor terpaksa memilih untuk solat atau makan tengah hari? Dan ramai juga yang memilih untuk makan tengah hari demi tidak memudaratkan pesakit2 yg akan dirawat. saya terdiam sejenak dan berfikir, kalau saya yang dalam situasi itu (yang mungkin akan menjadi nyata dalam masa beberapa bulan saja lagi!) will i do the same thing? kalau sehari dua ya mungkin saya boleh bertahan, tapi kalau seminggu, dua minggu, sebulan? ditambah pula dengan jiwa yang semakin hari semakin keras…

Ya Rabbi, apa yang cuba kami perjuangkan? Apa yang ingin kami capai dalam hidup Ya Allah?! Apa matlamat kami? Apa cita2 kami? Apa jalan hidup kami? Apa keutamaan hidup kami?

Teringat petikan dari Muqaddimah Fi Zilal, atau ‘Di bawah bayangan Al-Quran’ karangan Syed Qutb, ada bahagian yang menyebutkan, ‘Apa bezanya anatar orang yang sibuk mengejar dunia ini, pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja, pergi kerja balik kerja..apa bezanya dengan kanak2 yang hari2 pergi main balik rumah, pergi main balik rumah, pergi main balik rumah?

Sewaktu sedang membentangkannya, saya menyebut, ‘kalau jadi doktor jadilah doktor yg bukan pergi kerja balik kerja saja, kalau jadi guru janganlah menjadi guru yang pergi kerja balik kerja saja…’ lantas ada orag menanyakan, apa huraian untuk itu, as in, macam mana nak jadi doktor atau guru dengan matlamat? macam mana nak jadi doktor atau guru yang bukan sekadar pergi kerja balik kerja saja?

Kemudiannya saya terdiam. Ada orang lain melontarkan pandangan, jadilah doktor yang waktu2 lapangnya digunakan untuk menyeru manusia ke jalan kebenaran. jadilah doktor yang prioritinya adalah dakwah, dan tugasan doktor itu sampingan sahaja. ada yang juga memberi pandangan, jadilah doktor yg menggunakan kesempatan merawat pesakit itu untuk menasihati mereka dan mengajak mereka kepada kebenaran.

Tetapi saya terus diam. Sekarang biarlah saya nyatakan yg sebenarnya terpendam dalam hati; hakikatnya kita belajar dari Rasulullah dan dari para sahabat tugasan ‘doktor’ atau merawat itu menjadi amat mulia apabila matlamatnya jelas bukan untuk kesejahteraan dunia, tetapi untuk Allah, untuk agamaNya. Orang2 yang dirawat bukan hendak sembuh supaya boleh kembali menghirup kenikmatan dunia apatah lagi untuk kembali melakukan kemungkaran yg terbantut akibat sakit, sebaliknya mereka hendak sembuh dan hendak disembuhkan supaya dapat menyertai misi menegakkan agama Allah yang seterusnya. Ya Allah, kalau begitulah matlamat nya menjadi seorang doktor, maka saya yang pertama2 hendak menjadi doktor yang paling cemerlang sekali.

Secara ringkasnya, atau secara radikalnya, yang salah bukan perubatan, tetapi sistem yang diguna pakai. Sama; sistem pendidikan kita. Sistem perundangan kita. Sistem hiburan kita. Sistem ekonomi kita. Jika matlamat kita jelas dan betul, tak perlu kita memisah2kan antara tugas seorang doktor dengan seorang daie, tugas seorang guru dengan tugas seorang daie, tugas seorang hakim dengan tugas seorang daie. Sepatutnya setiap satu saling mendorong kepada redha Allah.

Hakikat ini disebut oleh Syed Qutb dalam buku Petunjuk Sepanjang jalan, buku yang dijadikan asbab  untuk beliau ke tali gantung. hakikat kesalahan sistem.

tetapi kita menerima dengan rela, tugas menukar sistem tak mungkin akan berlaku sekelip mata. dan tugas menukar sistem hanya akan berlaku apabila sudah cukup ramai individu2 yang mahukan penukaran itu. buat masa ini, kita terlalu sedikit. that is the very reason mengapa, kita perlu berusaha bersunggoh2, bermati2an untuk membina semula individu2 muslim yang jelas matlamat dan hala tuju untuk apa dia berada di atas muka bumi ini.

sehingga perkara itu berlaku, saya akan terus berjuang melawan pergolakan dalam diri sendiri. Akan terus berjuang untuk sentiasa meletakkan dakwah di atas tuntutan dunia yang terputus tali sambungannya dari Allah.

kalau punya masa, telitilah tafsir sebuah ayat yang amat keras sekali dari surah al-ghasyiyah yang berbunyi:

”Mereka telah berkerja keras dan letih lesu”

Allahua’lam

*********************************************

 

BALQIS

1 comment:

  1. Salam...

    Saya faham perasaan awk..
    Saya pn selalu tertanya2 kenapa kene kerja, kalo tak kerja tak boleh ke.

    Jawapannya, saya kena kerja sbb semua org nak saya kerja. Kalo saya jwb, sy menganggur, semua org akan sruh saya minta KPLI la, polis la dll. Time sy start menjual kat pasar malam, semua saudara mara memandang rendah krn keje tu tak up to my standard. Tp sekurang2nya saya tau ia 100% halal dan saya bekerja ikut masa snediri. Seriously saya rasa gembira wlaupn tak berpakaian pejabat dan tak bersolek seperti rakan2 U yg lain.

    Hakikatnya, saya tak suka bekerja kerana lunch time cuma 1 jam dan terkejar2 nk makan dan nak solat. Dan bilik solat biasanya sempit dan berasak2, dan kdg2 kena curi2 kuar kalau tak sempat nk solat waktu lunch.. Begitu juga time Asar, dimana nk solat pun tergesa2.

    Sy setuju dgn sistem yg awk maksudkan. Sistem yg mengongkong waktu siang kita, dan kita tak berhak membangkang. Saya pernah terbaca dlm satu artikel bertajuk wahyu terakhir. Di dalam artikel itu menceritakan bagaimana Yahudi mencipta sistem yg mengongkong manusia dan dari semasa ke semasa manusia dah sgt terbiasa dgn sistem dan mengejar dunia sehingga tanpa rasa bersalah meninggalkan suruhan agama. Sejauh mana kebenaran artikel itu, Allahualam...

    Cuma apa yg diceritakan sgt logik dgn kehidupan masyarkat di seluruh dunia kini...

    Maaf krn komen yg terlalu panjang. Apa yg awak rasa ni, saya pernah rasa. Smoga Allah bukakan penyelesaian yg lbh baik utk awk. Amin...

    ReplyDelete

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)