Friday, August 13, 2010

Jadilah Pemuda/di yang Hebat!

Kongsi

Di dalam peperiksaan di Darul Ulum, Imam Hasan Al-Banna pernah diminta menulis sebuah karangan bertajuk, ‘Apa yang akan anda buat selepas menamatkan pengajian dan apakah cara yang anda gunakan?’ Imam Hasan Al-Banna menulis seperti berikut:

‘Saya ingin menjadi seorang guru dan pendakwah. Saya akan mendidik para pemuda pada waktu siang, malam dan waktu cuti. Saya akan mengajak keluarga mereka mengamalkan cara hidup Islam dan menunjukkan kepada mereka jalan untuk mendapatkan kegembiraan dan kebahagiaan hidup yang sebenar. Saya akan menggunakan cara-cara yang paling baik yang termampu oleh saya untuk mencapai tujuan ini melalui syarahan, penulisan dan pengembaraan di jalan raya dan lorong-lorong.’

P7040029 Maka ayuh saudara-saudaraku.. Jadilah seorang daie dan murabbi kemana sahaja kita pergi, amal apa sahaja yang kita lakukan, saat mana sahaja yang kita lalui... Andai kau seorang ibu, jadilah murabbi kepada anak-anakmu, andai kau seorang isteri, jadilah murabbi kepada isi rumahmu, andai kau seorang anak, jadilah murabbi kepada saudara-saudaramu, andai kau seorang ketua, jadilah murabbi kepada anak buahmu, dan andai apa sahaja dan siapa sahaja kamu, jadilah murabbi kepada dirimu sendiri, kerana kemana kamu akan dicampak pergi, kamu tidak akan tahu. Kamu tidak boleh mengharapkan akan sentiasa ada orang untuk membimbingmu setiap masa, maka kau harus menjadi murabbi kepada diri mu sendiri saban ketika dan mematangkan aqalmu agar kau bisa rasional saat badai melanda. 
  
Perbaikilah akhlak, ketinggian syakhsiyah matlamat utama, dan jadilah pemuda pemudi agama yang luhur budinya, tinggi ilmunya dan rendah hatinya. Seperti mana kata-kata Hassan Al-Banna lagi," Dakwah islam menciptakan pemuda-pemuda muslim teladan yang matang dengan nilai-nilai Islam. Sungguh, sikap luhur yang tanpak dari pemuda-pemuda itu merupakan senyuman relung jiwa kemanusiaan dan rahmat yang terhampar dari Allah Taala untuk hati-hati kita yang penuh dengan kerinduan dan kasih sayang yang kami catat di atas lembaran-lembaran kemuliaan dan keabadian.".

*************************************

HURAIYAH

No comments:

Post a Comment

sila berikan soalan anda jika anda mempunyai kemusykilan dengan artikel yang dimuatkan,
sebarkanlah artikel2 ini kepada sahabat-sahabat anda, keluarga, rakan-rakan usrah dan siapa sahaja disamping anda:)