Sering juga, ketika melihat audience (biasanya kanak-kanak atau remaja) mengantuk saya akan katakan "Siapa yang nak masuk neraka duduk!" lalu semuanya akan terburu-buru bangun, ada juga yang terpinga-pinga lalu bangun mengikut aksi kawan-kawan lain yang bangun. "Siapa nak masuk syurga duduk!" lalu semuanya duduk semula. selalunya saya ulang beberapakali hingga nampak semuanya cergas dan ceria semula. Arahan ini tidaklah janggal dalam ceramah-ceramah saya kerana syurga dan neraka ini menjadi dasar dalam percakapan atau ceramah saya. Biasanya muqaddimah saya adalah ayat-ayat al Quran berkaitan Hari Akhirat, yaumul Mahsyar ataupun berkaitan syurga dan neraka. Setiapkali ada kesempatan saya akan sentuh lagi perkara ini hingga seolah-olahnya ceramah saya ini walaupun berkaitan dengan kademik atau motivasi diri tetapi hiasannya ialah kisah-kisah berkaitan perkara-perkara tadi.
Ada beberapa perkara kenapa saya berbuat begitu.
Pertamanya saya yakin bahawa persoalan ini sebenarnya jarang-jarang disentuh dengan begitu serius oleh para ibu bapa maupun guru bahkan ustaz-ustaz dan ustazah. Mungkin ada yang menyentuh sepintas lalu tetapi tidak dengan sepuh hati atau melihat persoalan ini sebagai perosalan yang terlalu besar dan penting hingga jiwa perlu diam seketika merenung diri.
Saya masih ingat ketika saya kecil, setiapkali ibu saya marah, dia akan kaitkan dengan neraka dan syurga. "Jangan cakap bohong nanti Akhirat kena potong lidah", "jangan mencuri nanti Akhirat kena potong tangan" "Jangan kasar dengan ibubapa nanti kena campak masuk dalam api neraka" dan sebagainya. Mungkin ibu saya tidak merujuk pada nas-nas yang tepat mengikut kesalahan dan hukuman tetapi ianya memang memberi kesan yang begitu mendalam pada diri saya sehinggakan kalau jumpa duit 5 sen dalam rumahpun saya akan lapurkan dan tanyakan pada ibu sya "boleh dak, mi ambik duit ini". Saya benar-benar takut kalau-kalau kerana duit 5 sen itu tangan saya akan dipotong di Akhirat nanti. Saya juga begitu takut untuk berbohong, apabila ada guru yang bertanya, siapa yang tak siap kerja rumah maka sayalah orang pertama yang akan angkat tangan kalau saya masih belum siapkannya.Ada satu keajaiban yang ingin kongsikan. Biasanya guru tersebut akan lebih mudah memamafkan sekiranya kita mengakui dengan jujur dan merendah diri walaupun guru itu itu termasuk guru yang begitu garang dan ditakuti (garang dulu bukan garang sekarang; kalau nak tahu bezanya tanyalah pada orang tua-tua)
Apabila saya meningkat dewasa, saya masih tidak berbohong tetapi mula menggunakan helah. Ketika saya ditingkatan 6 saya belajar di Taiping, ketika itu lebih kurang 30 KM dari rumah. Abang-abang saya semuanya sudah bekerja jadi duit poketpun kadang-kadang dapat lebih sikit. Pada masa itu saya suka tengok wayang (cerita kung fu). Walaupun ibu saya sering mengingatkan syurga dan seksa neraka tetapi kefahaman kami masih melihat Islam dengan nilaian yang belum tepat: Jaga solat, hormat orang tua, tak cakap bohong dan sebagainya. Jadi setiap kali nak tengok wayang saya akan ketempat-tempat seperti kedai buku, perpustakaan dan sebagainya. Apabila ibu saya tanya nanti, kenapa lamabat balik? Jadi saya akan jwab "singgah kedai buku sekejap" (Memanglah lepas tu pergi tengok wayang; biasanya saya harap-harap sangat ibu saya tidak tanya "lepas tu pergi mana pulak?") Tetapi ibu saya ni ada 'tabiat yang pelik'. biasanya dia akan kata dengan nada yang agak rendah tetapi begitu menyentuh hati dan membuatkan saya bersalah "Tak payahlah pergi tengok wayang, kita kena jimat-jiamt, kita bukan orang kaya". Atau kadang-kadang lepas ke perpustakaan saya pergi main game, ibu saya macam biasa akan pesan jangan main game nanti habis duit sia-sia. Ibu saya hanya ke Taiping bila ada hal-hal penting sahaja. Mungkin hanya beberapakali setahun, macamana dia tahu saya tengok wayang, main game dan sebagainya wallahua'lam. Tetapi saya memang, seumur hidup tidak pernah berbohong pada ibu saya.
Keduanya, saya yakin jika kita sebutkan tentang syurga dan neraka dengan hati yang merasainya ia akan memberi kesan kepada hati manusia. Biar sekeras mana hatinya, biar sedegil mana atau sesamseng mana sekurang-kurang mata mereka akan tertunduk diam.
Setelah mengulangi beberapa kali duduk dan bangun saya akan tanyakan kepada mereka; Bolehkah kita masuk syurga hanya dengan duduk dan bangun beberapakali? Tentu tidak. Syurga itu ada harganya.
Harganya ialah keimanan yang dijelmakan kepada ibadah dan ketaatan kepada Allah swt. Apakah pula ibadah yang benar-benar nmendekatkan kita kepada syurga Allah? Salah satunya begitu hampir dengan kita. Dan sekarang ini pula kita berada dilembah yang dipenuhi keberkatan dan rahmat yang akan mendekatkan kira ke syurga Allah SWT.
Dari Abi Umamah radhiallahu anhu “Aku berkata : “Ya Rasulullahu Shalallahu alaihi wasallam tunjukkan padaku amalan yang boleh memasukanku ke syurga; baginda menjawab: “Atasmu puasa tak ada (amalan) yang semisal dengan itu.” (HR NasaI (4/165) Ibnu Hibban (hal. 232 Mawarid) Al-Hakim (1/421) sanad SHAHIH)
Sahl bin Sa'd melaporkan bahawa Nabi Salla Allahu alaihi wa sallam berkata: "Ada sebuah gerbang ke syurga yang disebut ar-Rayyan?. Pada hari kiamat ia akan berkata:" Di mana orang-orang yang berpuasa ' When the last [one] has passed through the gate, it will be locked." Ketika] [yang terkini telah melewati gerbang, itu akan terkunci. " [al-Bukhari and Muslim]. [Al-Bukhari dan Muslim].
Ya, berpuasalah dengan sesempurna mungkin.