Monday, June 28, 2010

Tarbiyyah dzatiyyah

Kongsi

Mengapa sahabat-sahabat Rasulullah SAW yang kebanyakannya buta huruf (tidak tahu membaca dan menulis) mampu tampil tarbiyah_dzatiyahmenjadi peribadi-peribadi yang hebat dengan ciri-ciri khas dan kelebihannya masing-masing? Padahal jika dilihat dan diperhatikan baik-baik, guru mereka sama, iaitu Rasulullah SAW dan Islam yang diajarkan baginda kepada mereka juga satu.

Mungkinkah kerana adanya Rasulullah SAW? Kalau kerana adanya Rasulullah secara fizikal bersama mereka menjadi sebab untuk tumbuhnya ummat yang benar-benar mentauhidkan Allah SWT itu tentunya Allah SWT tidak menjadikan Rasulullah SAW sebagai Rasul terakhir. Tentunya ada Rasul-Rasul lain yang menyebarkan agama tauhid ini.

Barangkali diantara rahsianya ialah kerana masing-masing dari sahabat Rasul tersebut mampu mentarbiyah (membina) diri mereka sendiri dengan optimal, meningkatkan kualiti diri menuju tingkatan seideal mungkin, mengadakan perbaikan diri dengan penuh komitmen dan berterusan serta meningkatkan semua potensi mereka hingga tidak ada satu pun potensi mereka yang terabai.

Rangkaian proses tersebut inilah yang diistilahkan dengan Tarbiyah Dzatiyah. Definisi dari Tarbiyah Dzatiyah adalah sejumlah sarana (tuntutan dan keperluan) tarbiyah yang diberikan oleh seorang muslim atau muslimah kepada dirinya untuk membentuk keperibadian Islami yang sempurna pada seluruh aspek kehidupannya; ilmiah, iman, akhlaq, sosial, dan sebagainya lalu mereka sentiasa meningkat ke tingkatan kesempurnaan sebagai manusia.

Pendek kata, Tarbiyah Dzatiyah merupakan tarbiyah seseorang terhadap diri sendiri dengan dirinya sendiri. Tarbiyah Dzatiyah ini berlaku apabila seorang muslim atau muslimah itu memahami tarbiyyah secara konseptual serta menterjemahnya kepada bentuk praktikal lalu dengannya ia memperbaiki kualiti diri, mencorakkan keperibadiannya dengan bercontohkan Rasulullah SAW dan sahabat-sahabatnya serta menyalakan api semangat untuk sentiasa meningkatkan diri sendiri. Kesemua ini akan mendekatkan dirinya kepada keredhaan Allah SWT serta mampu untuk istiqamah di atas jalan yang benar serta mendapatkan syurgaNya. Peribadi-peribadi begini akan lebih dicintai dan diterima Allah bahkan akan merasakan kebahagiaan, ketenteraman, keamanan dan ketenangan jiwa dibawah bimbingan Allah dalam setiap langkah kehidupannya serta terjaga dari keburukan dan hal-hal yang tidak disukai, mendapat keberkatan dalam waktu dan harta serta sabar di atas berbagai penderitaan dan ujian yang merintangi perjalan menuju redha Allah SWT.

Tarbiyah Dzatiyyah & Kewajiban Dakwah Islamiyyah

Rasulullah SAW diutuskan sebagai “Rahmatul lil ‘alami’ (rahmat untu sekelian alam). Kebenaran Islam adalah sarana tunggal yang akan mendekatkan manusia kepada kebahagiaan dan kemuliaan dunia dan akhirat. Kebenaran Islam yang berada di dalam jiwa kita ini adalah hak yang perlu dikongsikan oleh semua insan tanpa mengira warna kulit dan bahasa.

Rasulullah SAW adalah Rasul tarbiyah dan dakwah. Rasululllah tidak hanya mendidik sahabat-sahabat dirumah Arqam bin Abi al Arqam tetapi baginda telah membangunkan satu barisan pendakwah yang akhirnya telah menyebarkan cahaya kebenaran Islam ke seluruh pelusuk dunia.
heart-allah1
Tabiat agama ini berkembang dan menyebar ke berbagai pelusuk dunia. Misi agama Allah ini adalah menyebarkan rahmat bagi  dunia untuk seluruh umat manusia (Al-Anbiya’: 107). Dengan begitu kebenaran Islam menjadi hak semua orang agar mereka meraih hidayah Allah. Seharusnya seluruh penghuni alam ini mendapat nikmat dari usaha dakwah. Paling tidak, semua manusia dapat merasakan rahmat Islam. Keadaan ini dapat dipengaruhi dengan adanya sekelompok manusia yang memahami, menghayati serta menyebarkan (mendakwahkan) Islam keseluruh pelusuk alam.

Setiap dari kita yang mendapat sentuhan iman ini seharusnya memiliki keperibadian tertentu serta mampu meningkatkan diri serta menyebarkan kebenaran Islam ini keseluruh pelusuk alam. Kita perlu membangunkan diri kita sebagai Rijalun ‘Aqidah (pendokong aqidah) yang merasa bertanggungjawab untuk menyebarkan risalah Iman ini kepada sesiapa sahaja yang kita temui. Kita mampu menjadikan diri kita dan seruan kita sebagai dakwah kepada Allah SWT. Pendek kata, kita mampu menjadikan diri kita sebagai da’ie atau pendakwah. Kemampuan untuk mendidik dan membangunkan mukmin dengan ciri-ciri istimewa inilah yang disebut sebagai Tarbiyah Dzatiyah atau tarbiyah mandiri.

Jatidiri Mukmin

Kemampuan tarbiyah dzatiyah menjadikan kita mampu bertahan dalam berbagai ujian dan tekanan dalam menghayati dan hidup sebagai mukmin. Kita tidak futur (malas dan lesu), tidak kendur semangat untuk istiqomah diatas kebenaran dan melaksanakan tuntutannya, pemikiran kita tidak jumud dan tidak akan bimbang dan ragu menjawab berbagai tuduhan dan fitnah serta yang sangat diharapkan dari tarbiyah dzatiyah adalah kita menjadi seorang pendakwah yang mampu menyelesaikan segala persoalan yang menghalangi perjalanan kita meraih kemuliaan di sisi Allah SWT.

Dengan sikap ini kita tidak sangat bergantung pada arahan atau bimbingan secara formal (rasmiyyah). Melainkan kita mampu mengembangkan potensi diri dan dakwah Islamiyah sebagaimana mestinya. Dan dapat mengambil keputusan yang tepat.

dakwah5 Utusan-utusan Rasulullah SAW telah membuktikan dirinya dalam mengembangkan dakwah di berbagai tempat. Mereka dapat bertahan sekalipun jauh dari Rasulullah SAW dan masyarakat muslim lainnya. Ja’far bin Abi Thalib di antaranya. Dia dan sahabat lainnya dapat tinggal di Habsyah dalam waktu yang cukup lama. Sekalipun mereka sangat rindu untuk berkumpul bersama dengan saudara muslim lainnya, mereka dapat mempertahankan dirinya dalam keimanan dan ketaqwaan. Begitu kuatnya daya tahan mereka hidup bersama dakwah jauh dari saudara-saudaranya yang lain dalam waktu yang cukup lama. Hingga Rasulullah saw. begitu bangga terhadap mereka disaat mereka pulang ke Madinah. Baginda menyatakan, “Aku bingung apa yang membuatkan riangnya diriku, apakah kerana menangnya kita di Khaibar ataukah kembalinya kaum muslimin dari Habsyah.”

Demikian pula Mus’ab bin Umair sebagai duta Islam pertama dapat mengembangkan dakwah di Madinah dan berhasil membangun masyarakat di sana. Mus’ab sebagai guru pertama di Madinah dapat memperluas jaringan dakwah. Sehingga tempat itu menjadi asas pertumbuhan umat Islam di kemudian hari. Dan menjadi mercutanda peradaban Islam.

Begitulah keperibadian yang menjadi asas kepada kegemilangan Islam dan sejarah kemanusiaan. Mereka dapat menunaikan tugas tersebut dengan sebaik-baiknya. Lantaran Tarbiyah Dzatiyah yang ada pada diri mereka. Malah banyak tugas-tugas lain dapat diselesaikan dengan cemerlang. Sebaliknya peribadi-peribadi lemah yang tidak mampu meningkatkan diri mereka akan tenggelam ditelan masa, tunduk kepada nafsu dan disibukkan oleh urusan yang remeh temeh bahkan sentiasa melibatkan diri dalam perbalahan-perbalahan yang tidak membuahkan amal.

“Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu mengkhianati Allah dan Rasul (Muhammad) dan (juga) janganlah kamu mengkhianati amanat-amanat yang dipercayakan kepadamu, sedang kamu mengetahui.” (Al-Anfal: 27)

Beberapa Fokus Tarbiyah Dzatiyah

Adapun aspek-aspek yang perlu ditingkatkan setiap mukmin dalam tarbiyah dzatiyah terhadap dirinya meliputi:

1. Ar-Ruhiyah (Spiritual)

Sudah menjadi kebiasaan bagi setiap mukmin untuk meningkatkan ketahanan ruhiyahnya. Sehingga ia tidak lemah dalam melaksanakan segala taklif robbani (tanggungjawab keimanan). Ruhiyah yang kukuh menjadi variable yang sangat penting dan berpengaruh. Betapa perlunya setiap mukmin memiliki program yang terancang dalam menjaga ketahanan ruhiyah. Seperti merutinkan diri untuk solat berjamaah di masjid, berpuasa sunat, qiyamullail, sedekah, ziarah kubur ataupun aktiviti lainnya yang memberi kesan pada kesihatan rohaninya.

Dengan usaha ini insyaAllah dari sudut maknawiyah atau hakikinya kita tidak lemah atau bermuka-muka. Keadaan maknawiyah yang rapuh akan memberi kesan negatif hingga melahirkan amal yang murahan dan tidak menjadikan redha Allah sebagai matlamat.

Disamping itu, seorang mukmin perlu mencermati naik turunnya ruhaniyah diri mereka sendiri. Bahkan sedapat mungkin mempunyai standard piawaian yang benar untuk menilai segala tingkahlaku atau amalan dalam kehidupannya. 

Ambillah pelajaran dari sikap para sahabat dalam mentarbiyah ruhiyah mereka masing-masing. Ada yang selalu menjaga keadaan diri agar selalu dalam keadaan berwudlu’. Ada pula yang sentiasa mengunjungi orang yang sedang mengalami kesusahan hidup. Ada juga yang menziarahi kuburan untuk mengingati mati dan berbagai usaha lainnya. Ambillah nasihat Umar ibnul Khathtab RA, “Hitung-hitunglah dirimu sebelum kamu dihisab Allah swt. di hari Perhitungan”

2. Al-Fikriyah (Pemikiran)

Pada dasarnya pemikiran manusia perlu sentiasa bekerja agar tidak mengalami kejumudan berfikir. Untuk memenuhi tuntutan think_ideatersebut tidaklah cukup menghadkan muatan pemikiran dari majlis tarbiyah yang tertentu sahaja. Akan tetapi dapat mencari berbagai sumber penggalian ilmu untuk berfikir. Mampu menelaah kitab, menghadiri acara kajian ilmiah ataupun kegiatan peningkatan wawasan lainnya.

Telah banyak paparan nas dari Al-Qur’an ataupun Hadith yang menyarankan untuk meningkatkan kemampuan berfikir dengan melakukan pengamatan dan pengkajian. Sehingga pemikiran kita sentiasa dalam pencerahan bahkan selalu dapat mencari jalan penyelesaian yang terbaik. Dengan ini kita akan sentiasa berkembang dan menjadi pintu gerbang kemajuan intelektual. Maka, adalah wajib bagi seorang mukmin untuk membaca buku beberapa jam dalam setiap hari serta memiliki perpustakaan peribadi di rumahnya walaupun kecil.

3. Al-Maaliyah (Material)

Islam juga menuntut kekuatan material atau kebendaan. Oleh itu setiap mukmin harus memiliki kemampuan keusahawanan money1 agar tidak menjadi beban kepada orang lain. Ini harus menjadi ciri-ciri yang mensifati seorang mukmin. Ia harus memiliki kemampuan mencari penghidupan bagi dirinya (qadirun alal kasabi).
Para sahabat yang diredhai Allah swt. telah memberikan pelajaran pada kita semua bahawa mereka tidak menjadi beban bagi saudara mereka. Kaum Muhajirin yang datang ke Madinah tidak membawa apa-apa, namun mereka tidak dengan mudah menerima bantuan kaum Anshar. Kaum Muhajirin mampu mengembangkan potensi maaliyah dirinya. Mereka pun akhirnya dapat hidup sebagaimana layaknya malah ada yang lebih baik dari kehidupannya di Mekkah.

4. Al-Maidaniyah (Penguasaan Lapangan)

Penguasaan lapangan juga hal sangat penting bagi perkembangan dakwah ini. Seorang mukmin seharusnya memahami keadaan masyarakat yang digaulinya. Ia benar-benar memahami segala permasalahan serta sepak teranjang masyarakat disekitarnya supaya ia mampu menyesuaikan diri dan mencari peluang-peluang atau pintu-pintu untuk memasukkan Iman kepada jiwa masyarakat. Penguasaan lapangan yang cepat dan tepat nenbolehkan ia menyusun taktik dan strategi yang tepat untuk menyebarkan risalah kebenaran ini. Pengenalannya yang bagus dapat menentukan strategi apa yang sesuai dan praktikal bagi masyarakat yang didepaninya.

Maka ketika para sahabat berada di tempat yang baru mereka mulai belajar untuk mengenal medan dan lingkungannya. Sehingga perjalanan dakwah mereka berkembang dengan pesat. Seperti dakwah di Madinah oleh Mus’ab bin Umair dan sahabat lainnya.

Dari sinilah setiap aktivis perlu mengenal dengan betul wilayahnya. Sehingga dapat mengenalpasti dengan cepat mana satu peluang dakwah dan mana pula yang menjadi penghalangnya. Sehingga ia dapat mempersiapkan diri untuk keadaan tersebut. Bila menemui halangan ia dengan cepat menyelesaikan dan mencari jalan keluarnya.

5. Al-Harakiyah (Gerakan Dakwah)

Penguasaan harakiyah pun menjadi aspek Tarbiyah Dzatiyah yang perlu diperhatikan sehingga setiap mukmin dapat mengekalkan keseimbangan dan kelajuan dakwahnya. Ini mungkin terjadi apabila seorang mukmin itu dapat menyelami seni dan liku-liku perjalanan dakwah serta pergerakannya. Pemahaman terhadap gerakan dakwah yang tepat akan melahirkan sikap pendakwah yang mengerti benar tentang sikap apa yang harus dilakukan untuk kepentingan dakwah.

Sebagaimana yang dilakukan Hudzaifah Ibnul Yaman ketika masuk ke tengah barisan musuh. Ketika malam yang gelap dan mencekam seperti itu, Abu Sufyan sangat khuatir pasukannya intip. Sehingga ia mengumumkan agar seluruh perajurit seharusnya mengenali siapa yang ada di kiri kanannya. Setelah selesai memberikan arahan itu Hudzaifah lantas memegang tangan orang yang ada di sisi kanan dan kirinya sambil menanyakan siapa engkau. Tentu saja mereka menjawab saya fulan bin fulan. Dengan kepantasan dan kebijaksanaannya itu, Huzaifah tidak ditanya orang.

 

****************************************************

 

Azmi Bahari

Motivator RMC Training Centre

Link : http://my.opera.com/azmibhr/blog/tarbiyah-dzatiyah

download MP3 : http://www.4shared.com/audio/pdvreFsS/Tarbiyah_Dzatiyah_Bhg_1.html

Sunday, June 27, 2010

Unsur-Unsur Aqidah Islamiah 2

Kongsi

4. Aqidah Islamiah menggariskan jalan ke arah mengenal sifat-sifat Al- Khaliq dan mengetahui sifat-sifat kesempurnaan ketuhanan, keistimewaan-keistimewaan dan kesan-kesannya. Untuk sampai kepada yang demikian itu mestilah dengan merenung dan memerhati alam jagat ini dengan pandangan yang betul dan bird_thumb10 membebaskan akal fikiran daripada kepercayaan-kepercayaan yang dipusakai dan datuk nenek, daripada hawa nafsu dan tujuan-tujuan tertentu sehingga dapat mencapai kepada hukum yang betul dan tepat. Al- Quranul-Karim sentiasa menggalakkan supaya memerhatikan kejadian alam dan meneliti keadaan makhluk-makhluk.

Al-Quran juga telah mengangkat dan menyanjung tinggi nilai akal dan meninggikan darjat akal sehingga menyebut akan “akal” lebih daripada empat puluh tempat, disertai dengan sanjungan dan pujian. Di samping itu Al-Quran juga menggalakkan supaya bersungguh-sungguh untuk mencapai hakikat benda-benda dan menyingkap rahsia alam yang terselindung dan tersirat di sebalik alam nyata ini, sebagaimana firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, silih bergantinya malam dan siang, bahtera yang berlayar di laut membawa apa yang berguna bagi manusia, dan apa yang Allah turunkan dan langit berupa air, lalu dengan air itu Dia hidupkan bumi sesudah mati (kering)-nya dan Dia sebarkan di bumi itu segala jenis haiwan, dan pengisaran angin dan awan yang dikendalikan antara langit dan bumi; sungguh (terdapat) tanda-tanda (keesaan dan kebesaran Allah) bagi kaum yang memikirkan.

(Al-Baqarah: 164).

Dan firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal (iaitu) orangorang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): “Yang Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia, Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dan siksa neraka.

 (Ali ‘Imran: 190-191).

Dan firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

Tidakkah kamu melihat bahawa Allah menurunkan hujan dan langit lalu Kami keluarkan dengan hujan itu buah-buahan yang beraneka macam jenisnya. Dan di antara bukit-bukit itu ada garis-garis puteh dan merah yang beraneka macam warnanya dan ada (pula) yang hitam pekat. Dan demikian (pula) di antara manusia, binatangbinatang melata dan binatang-binatang ternak ada yang bermacam-macam warnanya (dan jenisnya). Sesungguhnya yang takut kepada Allah di antara hamba-hambanya, hanyalah ulama.

 (Fatir: 27-28)

Dalam ayat yang akhir ini Al-Quran menggalakkan manusia supaya menyelidik dan menyingkap rahsia tumbuh-tumbuhan, haiwan dan kejadian-kejadian yang tidak bernyawa, dan sebagai natijah daripada penyelidikan itu timbul rasa takut kepada Allah. ini menunjukkan bahawa mengetahui rahsia alam, mengenal dan mengetahui Allah yang menciptakan alam ini, dan mengenal Penciptanya dan mengenal benda-benda yang diciptakanNya itu adalah mempunyai hubungan antara satu sama lain yang tidak boleh dipersia-siakan.

5. Aqidah Islamiah menguatkan hubungan antara perasaan hati manusia dengan Al-Khallq Jalla wa ‘ala, sehingga dengan demikian itu manusia akan sampai kepada suatu jenis ma’rifat rohaniah yang paling manis dan yang paling tinggi daripada heartallah1_thumb1 jenis-jenis ma’rifat semuanya. Ini ialah kerana perasaan hati manusia adalah lebih mampu untuk menyingkap rahsia-rahsia alam yang terselindung selain daripada benda-benda yang dapat difikirkan secara terbatas, yang hanya dapat dijangka oleh perasaan pancaindera.

Oleh sebab itulah Islam sering mengutarakan arahannya kepada perasaan hati manusia dan membangkitkan kekuatan batin yang tersembunyi di dalam jiwa manusia supaya memuncak tinggi sampai ke Hadrat Ilahi dan menikmati kelazatan Ma’rifatullah Tabaraka wa Ta’ala, sebagaimana dinyatakan oleh firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

(Iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah, hati menjadi tenteram.

(Ar-Ra’d: 28).

Lebih tegas lagi wujudnya hubungan yang tersembunyi antara hati nurani manusia dengan Al-Khaliq, ialah ketika berlakunya kesusahan-kesusahan yang mencemaskan, yang membuatkan putus segala harapan kecuali kepada Allah s.w.t. sahaja. Al-Quran menggambarkan keadaan ini sebagaimana firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

Dan apabila kamu ditimpa bahaya di lautan, nescaya hilanglah siapa yang kamu seru, kecuali Dia …

(Al-Isra’: 67).

Dan firmanNya:

maksudnya:

Dialah yang menjalankan kamu di daratan dan di lautan. Sehingga apabila kamu berada di dalam bahtera, dan meluncurlah bahtera itu membawa orang-orang yang ada di dalamnya dengan tiupan angin yang baik, dan mereka bergembira kerananya, datanglah angin badai, dan gelombang dan segenap penjuru menimpa mereka dan mereka yakin bahawa mereka telah terkepung (bahaya), maka mereka berdoa kepada Allah dengan mengikhlaskan ketaatan kepadaNya semata-mata. (Mereka berkata): ‘Sesungguhnya jika Engkau menyelamatkan kami dan bahaya ini, pastilah kami akan termasuk orang-orang yang bersyukur”.

(Yunus: 22)

6. Aqidah Islamiah menuntut orang-orang Mu’min supaya kesan-kesan daripada unsur-unsur aqidah ini dijelma atau dimanifestasikan dalam tuturkata dan segala perbuatan mereka. Seseorang mu’min itu bila telah beritiqad bahawa Tuhan yang effort_thumb4 menjadikannya itu bersifat Maha Kuasa, maka sebagai natijah secara praktik dan akidah ini hendaklah ia bertawakkal sepenuhnya kepada Allah menumpukan segala harapan kepadaNya; dan apabila ia beritiqad bahawa Allah itu Maha mengetahui, tentulah ía sentiasa berhati-hati terhadapNya dan sentiasa diliputi rasa takut kepada Allah untuk melakukan sebarang maksiat; dan apabila ia beri’tiqad bahawa Allah itu Esa, tentulah ia tidak memohon selain daripadaNya dan tidak meminta kepada yang lain daripada Allah, dan tidak pula menghadap atau menghalakan mukanya melainkan kepada Allah, dan begitulah seterunya. Ayat-ayat Al-Quran yang menerangkan keadaan ini memanglah banyak, umpamanya firman Allah Ta’ala:

maksudnya:

Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut Allah, takutlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayatNya, bertambahlah iman mereka dan kepada Tuhanlah mereka bertawakkal. (Iaitu) orangorang yang mendirikan solat dan yang menafkahkan sebahagian daripada rezeki yang Kami berikan kepada mereka. Itulah orang-orang yang beriman dengan sebenarbenarnya. Mereka akan memperoleh beberapa darjat ketinggian di sisi Tuhan mereka dan keampunan serta rezeki yang mulia.

 (Al-Anfal: 2-4).

Dengan ringkasan dan gambaran yang indah dan halus ini, Islam telah merangkumkan segala apa yang berkaitan dengan masalah akidah terhadap Allah Ta’ala dan telah meletakkan suatu sekatan yang menahan daripada segala keadaan meraba-raba, penyelewengan, soal-soal falsafah yang palsu dan perdebatan-perdebatan yang remeh dalam semurni-murni aqidah dan  sepenting-pentingnya dalam kehidupan manusia baik kehidupan dunyawi  maupun ukhrawi.

Saya anggap bahawa orang-orang yang benar-benar memahami dengan pengertian sebagaimana yang diterangkan mi serta menikmati cita rasanya yang sungguh-sungguh, tidak lagi perlu menghafal sifat-sifat wajib bagi hak Allah Ta’ala yang tiga belas sifat itu, iaitu:

1. Wujud

2. Qidam

3. Baqa’

4. Mukhalafatuhu Taala lil-hawadith 11. Sama’

5. Qiyamuhi bi-nafsi-hi 12. Basar

6. Qudrat 13. Kalam

7. Wahdaniyyah

8. Iradat

9. ‘Ilm

10. Hayat

dan baki lain-lain sifat dua puluh itu, sifat-sifat mustahil bagi hak Allah Ta’ala, iaitu lawan kepada sifat-sifat wajib, dan juga sifat hams, iaitu membuat segala  yang mungkin atau pun tidak membuatnya sebagaimana kita telah menghafalnya dahulu.

Mereka juga tidak lagi berkehendakkan kepada kupasan yang panjang lebar ketika membicarakan masalah-masalah furu’ (cawangan) yang berhubung dengan soal aqidah seperti bahasan mengenai sifat-sifat dan nama Tuhan, adakah iaitu “Tauqifiyyah - (ketetapan oleh syara’), atau merupakan perkara kias dan segala kaitan sifat-sifat itu adakah “Al-Musamma - “(yang dinama) itulah “Ainul Ismi - “ (Zat Nama itu) atau lainnya; dan adakah beramal itu menjadi syarat pada iman atau bukan syarat padanya dan lain-lain lagi daripada soal-soal yang lebih banyak berhubung dengan falsafah dan bahasan akal daripada berhubung dengan aqidah dan ketenangan hati.

  Pesanan saya kepada para pembaca yang mulia hendaklah memerhati  dan meneliti tujuan-tujuan murni yang telah diterangkan di atas ketika membaca Kitab Suci Al-Quran dan hendaklah bersungguh-sungguh memahami kandungan Al-Quran ketika membacanya dengan cara memerhatikan maksud-maksudnya  itu di quranarfr_thumb4bawah sinaran cahaya panduan Al-Quran. Dengan berbuat demikian, anda akan dapat merasa kelazatan dan pancaran cahaya yang tidak ada tuluk bandingnya.

Adapun tentang pendapat orang-orang yang ingkar dan golongan mulhid (atheis), dan bagaimana hendak menolak pendapat mereka itu, akan saya bentangkan dalam huraian berikut, insya Allah.

**********************************************

Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk Kitab Beliau : Allah dalam Akidah Islam

Link download :  http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam

Unsur-Unsur Aqidah Islamiah 1

Kongsi

Aqidah kepada “Allah” dalam Islam terbentuk daripada unsur-unsur berikut ini:

1. Beri’tiqad dengan kewujudan Allah Yang Wajib bagi zatNya, Yang tidak mengambil daripada lainnya. Allah s.w.t. bersifat dengan sifat-sifat kesempurnaan (Al-Kamal), yang semuanya itu kita ambil kesimpulan atau natijah daripada menyaksikan alam semesta ini.

allah Allah Tabaraka wa Ta’ala itu wajib ada, bersifat dengan ‘ilmu (Al- ’Ilm), kudrat (Al-Qudrah), hidup (Al-Hayah), mendengar (As-Sam’u), melihat (Al-Basar), bersifat dengan sifat-sifat Jamal (keindahan), Bijaksana (Al-Hikmah), berkehendak (Al-Iradah) dan seterusnya. Yang demikian itu adalah jelas dan dimaklumi dengan pengetahuan yang yakin bagi setiap mereka yang merenung dan meneliti kepada alam semesta yang indah ciptaannya ini, maka Penciptanya itu tentulah Maha Bijaksana (hakim), kerana telah begitu terang sekali rahsia-rahsia kebijaksanaan mi terkandung di dalam sekalian makhluk mi. Dia juga Maha Kuasa, Maha Mengetahui dengan sepenuh makna ilmu dan qudrat yang setinggi-tingginya, kerana alam semesta yang indah ini tidak mungkin terjadi melainkan dengan sebab ilmu yang luas dan qudrat yang meliputi. Al-Quranul- Karim mengulangi akan sifat-sifat mi dalam berbagai-bagai tempat yang munasabah. Di antara ayat-ayatnya yang lengkap menerangkan sifat-sifat ini adalah tersinting pada akhir surah Al-Hasyr, iaitu:

maksudnya:

Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Yang Mengetahui yang ghaib dan yang nyata, Dialah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang. Dialah Allah Yang tiada Tuhan melainkan Dia, Raja, Yang Maha Quddus. Yang Maha Sejahtera, Yang Mengurniakan Keamanan, Yang Maha Memelihara, Yang Maha Perkasa, Yang Maha Kuasa, Yang Memiliki Segala Keagungan, Maha Suci Allah dan apa yang mereka persekutukan. Dialah Allah Yang Menciptakan, Yang Mengadakan, Yang Membentuk Rupa, Yang Mempunyaj Naina-Nama Yang Paling baik. Bertasbih kepadaNya apa yang ada di langit dan di bumi. Dan Dialah Yang Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.

(Al-Hasyr: 22-24).

2. Menafikan sifat-sifat keserupaan (Al-Musyabahah) dan sifat kekurangan daripada Tuhan Pencipta (Al-Khaliq) s.w.t. Maka sifat berjisim itu ternafi daripada Allah kerana benda itu berubah-ubah, sedang Al-Khaliq jauh sekali daripada sifat-sifat berubah; dan sifat berbilang-bilang juga ternafi daripadaNya, kerana sifat berbilang itu bersusun, sedang Tuhan pasti Esa.father-and-son

Sementara sifat kebapaan (menjadi bapa) dan keanakan (ada anak), keduaduanya  jauh daripada sifatNya kerana kedua-dua sifat itu berbahagi-bahagi dan berpisah-pisah, sedangkan Al-Khaliq tidak berjuzu’-juzu’ dan begitulah seterusnya. Al-Quranul-Karim mengakui hal ini dengan jelas dan membahaskannya dengan cara logik yang halus dan hujjah yang memuaskan.

Dalam menafikan sifat-sifat keserupaan, Al-Quran menjelaskan:

maksudnya:

(Dia) Pencipta langit dan bumi. Dia menjadikan bagi kamu dari jenis kamu sendiri pasangan-pasangan dan dari jenis binatang ternak pasangan-pasangan (pula), dijadikannya kamu berkembang biak dengun jalan itu. Tidak ada sesuatu pun yang serupa dengan Dia, dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

(Asy-Syura: 11)

maksudnya:

Katakanlah: “Dialah Allah, Yang Maha Esa”. Allah adalah Tuhan yang bergantung kepadaNya segala sesuatu. Dia tidak beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada seseorang pun yang setara dengan Dia”.

(Al-Ikhlas: 1-4).

Dalam menafikan sifat berbilang-bilang, AlQuran menerangkan:

maksudnya:

Apakah mereka mengambil tuhan-tuhan dari bumi, yang dapat menghidupkan (orang-orang mati)? Sekiranya ada di langit dan di bumi tuhan-tuhan selain Allah, tentulah keduanya itu telah rosak binasa. Maka Maha Suci Allah Yang mempunyai ‘Arasy daripada apa yang mereka sjfatkah.

(Al-Anbiya’: 21-22)

Dalam menafikan sifat beranak pinak dan berbilang-bilang, Al-Quran menjelaskan:

Ertinya:

Allah sekal-kali tidak mempunyai anak, dan sekali-kali tidak ada tuhan (yang lain) bersertanya, kalau ada tuhan bersertanya, masing-masing tuhan itu akan membawa makhluk yang diciptakannya, dan sebahagian daripada tuhan-tuhan itu akan mengalahkan sebahagian yang lain. Maha Suci Allah dan apa yang mereka sifatkan itu.

(Al-Mu’minun: 91).

Keterangan-keterangan yang seperti ini dapat kita lihat dengan jelas dalam banyak ayat Al-Quran yang membincangkan mengenai aqidah umat-umat yang lampau. Ayat-ayat itu menafikan segala sifat yang membawa kekurangan, penyerupaan dan yang menunjukkan kelemahan Al-Khaliq s.w.t.

3. Aqidah Islamiah sama sekali tidak menyentuh tentang hakikat dan keadaan zat dan sifat-sifat Allah s.w.t., tetapi sebaliknya dengan cara yang hati-hati dan halus menetapkan segi perbezaan dengan ertikata yang sebenar-benarnya antara keadaan zat Tuhan dan sifatNya dengan keadaan makhluk-makhluk dan sifat-sifat mereka.

Dalam Surah Al-An’am, Al-Quran menjelaskan:

maksudnya:

(Yang memiliki sifat-sfat yang) demikian itu ialah Allah Tuhan kamu; tidak ada Tuhan melainkan Dia; Pencipta segala sesuatu, maka sembahlah Dia; dan Dia adalah Pemelihara segala sesuatu. Dia tidak dapat dicapai oleh penglihatan mata, sedang Dia dapat melihat segala yang kelihatan; dan Dialah Yang maha Halus lagi Maha Mengetahui.

(Al-An’am: 102 -103)

Hadis pula menerangkan:

maksudya:

Fikirkanlah tentang keadaan makhluk Allah, tetapi jangan kamu memikirkan tentang zat Allah, nanti kamu akan binasa.

philosophy_brain Memang suatu perkara yang jelas bahawa sikap yang demikian itu tidak boleh sedikit pun disalahkan kepada Islam, dan tidak boleh dikatakan bahawa Islam merupakan batu penghalang yang menyekat akal dan mengurangi kebebasan berfikir kerana akal manusia adalah merupakan tiang atau tonggak aqidah di dalam Islam, namun demikian, sehingga hari ini ia tetap merupakan pendirian atau keadaan lemah yang mutlak berhadapan dengan hakikat semua benda. Segala apa yang telah dapat ditanggap olehnya hanyalah perkara-perkara yang tertentu sahaja dan setengah-setengah sifat dan kesan-kesan yang zahir semata-mata. Adapun unsur-unsur abstrak belum lagi dapat dicapainya. Islam tidaklah memaksa atau memberatkan manusia untuk mencapai sesuatu yang tidak mampu ditanggap oleh akal dan kefahaman manusia.

*****************************************************

 

 

Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk Kitab Beliau : Allah dalam Akidah Islam

Link download :  http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam

Cara Mudah Memahami Aqidah

Kongsi

muslimahcantik3 Sekarang ini tergambar kepada saya dua golongan orang-orang Mu’min: Golongan peringkat permulaan di zaman Rasulullah s.a.w. yang telah menerima aqidah Islamiah melalui kata-kata yang mudah difahami, yang segar dan hidup gambarannya, penuh dengan perasaan, indah susunannya dan mengandungi kekuatan batin, serta mengarahkan kepada amal salih yang membuahkan faedah. Jadi, tidaklah diketahui ada jalan lain untuk mengenal erti iman selain daripada apa yang telah digambarkan oleh kitab Suci Al-Quran dalam firman Allah Ta’ala bermaksud:

Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Orang-orang yang khusyu dalam solat mereka. Dan yang berpaling daripada perkara sia-sia. Dan yang mengeluarkan zakat. Dan yang memelihara kemaluan mereka. Kecuali terhadap isteri-isteri mereka atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela. Maka barangsiapa mencari yang disebalik itu, maka mereka itulah orang yang melampaui batas. Dan orang-orang yang memelihara amanah-amanah dan janji-janji mereka. Dan orang-orang yang memelihara solat mereka. Mereka itulah orang-orang yang akan mewarisi. Yang akan mewarisi Syurga Firdaus. Mereka kekal di dalamnya.

(Al-Mu’minun: 111)

Golongan yang kedua ialah orang-orang Mu’min yang berada dalam zaman yang6a0134830ceee0970c0133efe23719970b-800wi akhir yang telah mempelajari aqidah Islamiah melalui istilah-istilah falsafah yang berbelit-belit dan kata-kata ilmiah yang beku dan mati, menumpulkan tenaga otak dan meletihkan akal fikiran, menjemukan semangat, menjadikan fikiran bersimpang siur di lembah-lembah yang penuh dengan andaian-andaian, khayalan-khayalan, permasalahan-permasalahan, bahasan-bahasan muqaddimah dan hasil natijah yang tidak berkesudahan.

Umpamanya dikemukakan soal-soal seperti: Apakah Iman itu? Apakah perbezaan antara iman dengan tasdiq? Adakah iman itu bertambah atau berkurang? Adakah iman itu ialah Islam, atau dia itu lain? Apakah ada di antara keduanya itu perkara umum dan perkara-perkara khusus? Adakah amal itu menjadi syarat di dalam iman, atau suatu rukun daripada rukun-rukunnya, ataupun suatu yang lazim baginya?, dan lain-lain lagi daripada persoalan-persoalan akal dan gambaran fikiran yang tidak ada hubungan dengan nur di dalam hati dan sinaran cahaya di dalam diri serta pengarahan kepada beramal.

Dengan tergambarnya kepada saya dua golongan itu, maka saya mengambil keputusan dan berkeyakinan bahawa kita wajib segera kembali kepada apa yang telah dilalui oleh orang-orang Islam kita yang solih-solih dahulu dan menyedut aqidah Islamiah dan sumber yang hening jernih yang tidak ada sebarang kesamaran dan kerumitan di dalamnya. Tepat sekali sabda Rasulullah s.a.w. yang diriwayatkan oleh Malik, sabdanya:

Telah ku tinggalkan pada kamu dua perkara, kamu sekali-kali tidak akan sesat selama kamu berpegang kepada kedua-duanya, iaitu: Kitabullah dan Sunnah RasulNya s.a.w.

*********************************************

Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk buku beliau : Allah dalam Aqidah Islam ( pendekatan perbahasan )

Link download : http://www.scribd.com/doc/33627253/Allah-Dalam-Akidah-Islam

Saturday, June 26, 2010

Duduk untuk beriman sejenak

Kongsi

Para da'i mukmin sentiasa terdedah kepada dua tarikan: iman

1)      Tarikan keimanan, niat, kesungguhan

2)      dan kesedarannya terhadap tanggungjawab.

Dengan itu dia berada dalam amal salih dan azam kebaikan.

Tarikan syaitan pula dari sudut yang lain, menghiasi futurnya dan menghiasi cintanya kepada dunia. Menyebabkan dia berada dalam kelalaian, malas, panjang angan-angan dan berlengah-lengah dalam mempelajari apa yang tidak diketahuinya.

Berulang-alik di antara kedua-dua tarikan ini adalah suatu yang sudah ditentukan oleh Allah, tidak akan berhenti, terus berlaku. Oleh kerana itulah, orang-orang yang beriman telah mewajibkan kepada diri mereka untuk menghadiri majlis-majlis tafakkur dan saling nasihat-menasihati di antara satu sama lain. Memeriksa diri daripada dihinggapi penyakit takabbur atau menolak kebenaran. Memeriksa hati daripada diselubungi penyelewengan. Memeriksa ilmu dan iman daripada tergelincir yang membawa kepada bid'ah atau kecuaian yang membawa kepada meninggalkan mana-mana perintah Allah dan petunjuk.

img_1660Mu'az bin Jabal telah menterjemahkan perasaan ini dengan satu perkataan yang telah menjadi satu fasal daripada perlembagaan orang-orang yang beriman.

إجلس بنا نؤمن ساعة

(Marilah kita duduk untuk beriman sejenak).

Perkataan ini telah diambil oleh Ibnu Rawaahah, lalu ia berkata kepada Abu Darda` RA :

(Marilah kita beriman sejenak. Sesungguhnya hati lebih cepat berbolak balik daripada isi periuk yang sedang menggelegak).

Lalu kita mengambil perkataan ini daripada mereka berdua. Nasihat-nasihat ( Kitab Al-Muntholaq ) ini  adalah tentang fiqh ad da'wah. Kita menyeru para da'i untuk duduk sejenak dengan setiap nasihat untuk ia beriman dan mengkaji diri, ilmu dan kesungguhannya.

 

*************************************

Muhammad Ahmad Ar-Rasyid

Rujuk Buku Beliau : Al-Munthalaq