Friday, December 24, 2010

Syiah: Mazhab Atas Nostalgia Sejarah

Kongsi

Syiah adalah satu mazhab yang hidup atas ‘nostalgia’ lampau. Muharram adalah salah satu musim golongan Syiah menzahirkan tangisan mereka terhadap sejarah. Isu pembunuhan Saidina Hussain yang sudah berlalu empat belas kurun yang lepas diwarisi secara dendam yang tidak berkesudahan. Ramai yang menjadi mangsa kemarahan itu. Dendam itu bukan sahaja terhadap mereka yang terlibat dalam krisis lampau tersebut, tetapi turut dibabitkan mereka yang selepas itu yang enggan berkongsi tafsiran politik yang sama. Maka, Ahlus Sunnah menjadi sasaran ‘kemarahan warisan’.

Syiah sebenarnya bukan bermula dengan isu pokok dalam Islam. Ia hanya bermula dari sebuah aliran politik atau dalam istilah ‘politik kepartian’ lalu dibina dan dibajai sehingga menjadi dogma agama yang tidak dapat dibuang lagi. Isu-isu yang berkaitan dengan polisi pentadbiran pada zaman Saidina Uthman, diambil kesempatan oleh pihak tertentu untuk membina aliran politik pada zaman tersebut. Hari demi hari, dalam usaha mengukuhkan ‘parti’ dan menambah pengikut maka pelbagai nas-nas mula diberikan tafsiran yang mempunyai kepentingan politik, bahkan diwujudkan nas-nas baru bersifat politik yang sengaja diada-adakan.

Emosi

Ertinya, krisis politik dalam kalangan umat Islam selepas kewafatan Nabi s.a.w telah diwarisi secara emosi dan kekeliruan. Emosi di sini bermaksud isu-isu itu dilihat hanya pada sudut kehendak aliran politik tertentu, atau sentimen tertentu tanpa cuba merongkaikannya atau memahaminya secara holistik. Isu khalifah atau kepimpinan yang cuba dijadikan warisan keluarga Nabi s.a.w (Ahlul Bait) jika diterima akan menafikan sifat Islam sebagai agama yang tidak berteraskan nepotism atau kepentingan keluarga.

Kelayakan manusia dalam kepimpinan menurut nas-nas Islam yang dipegang dalam aliran Ahlus Sunnah wal Jama’ah adalah berasaskan kemampuan (al-quwwah) dan amanah (al-amanah). Sistem warisan dalam kepimpinan seperti yang dipegang oleh Syiah akan mengujudkan kasta aristocrat atau bangsawan yang akhirnya mereka dianggap infallible (maksum) yang tidak boleh dipertikaikan. Ini kerana kelayakan kepimpinan itu bukan kerana penguasaan mereka terhadap konsep kepimpinan sebaliknya secara warisan yang akhirnya mereka bagaikan wakil Tuhan yang menerima wahyu. Lalu mereka sentiasa dianggap benar dapat segala tindakan. Maka dengan itu akan terbengkalailah ruh syura dalam pemilihan kepimpinan.

Kekeliruan

Adapun, di sudut kekeliruan warisan ia membabitkan kepercayaan pengikut Syiah terhadap apa yang diwarisi dari fakta-fakta sejarah. Peristiwa-peristiwa sejarah lampau telah diwarisi turun temurun secara yakin tanpa mereka menyemak ketepatan fakta-fakta tersebut, atau ia sebenarnya hanya desus-desas politik atau tokok-tambah riwayat atas kepentingan politik.

Berasaskan apa yang mereka baca atau warisi mengenai cerita-cerita buruk para sahabat Nabi s.a.w khususnya Abu Bakar, ‘Umar, Uthman, Muawiyah, ‘Amr bin al-‘As atau selain itu, mereka telan bulat-bulat bersama dengan kebencian dan kemarahan ‘politik warisan’. Mereka tidak sempat lagi bertanya sejauh manakah kebenaran fakta tersebut, kerana berita buruk itu adalah berita ‘musuh politik’ mereka. Demikian itu seperti yang kita lihat musuh-musuh politik apabila bertarung antara satu sama lain. Kisah buruk musuh semua ditelan bulat-bulat dan disebarkan seluas-luasnya.

Hal ini bermula sejak penghujung pemerintahan ‘Uthman bin ‘Affan. Fitnah bermula. Dia dituduh menyalahgunakan kuasa, menjaga kepentingan keluarga dan pelbagai lagi. Walaupun sejarah mencatatkan Saidina ‘Uthman telah menjawab semua isu tersebut dengan hebat dan mantap, tetapi jawapan-jawapan itu tidak pernah sampai kepada mereka, kerana mereka enggan membaca atau mengetahui kebenaran musuh politik mereka.

Sebenarnya, Saidina Uthman telah cuba membendung gerakan fitnah yang dilancarkan oleh seorang yahudi bernama Abdullah bin Saba –suatu watak yang diakui kewujudannya oleh sumber Syiah dan Sunni-. Dialah yang mencanangkan kempen menjatuhkan ‘Uthman. Dia campuri isu-isu politiknya dengan pelbagai tafsiran agama, termasuklah kononnya ‘Ali bin Abi Talib ialah warisan Nabi s.a.w dalam kepimpinan politik. Rakyat terpinga-pinga. Mereka tiada pengalaman politik seperti itu.

Khalifah Uthman yang warak itu menulis surat rakyat:

“Aku mengambil pegawai-pegawaiku dengan persetujuanku pada setiap musim. Sejak aku memerintah, aku telah jadikan umat ini dikuasai oleh al-Amr bi al-Ma’ruf dan al-Nahy ‘an al-Munkar. Tidak dikemukakan suatu kes kepadaku atau kepada para pegawaiku melainkan aku berikan kepada mereka hak mereka. Tiada bagiku atau keluargaku hak yang menyentuh rakyat jelata melainkan diberikan kepada rakyat. Penduduk Madinah telah memaklumkan kepadaku bahawa ada golongan yang dicerca secara sembunyi, atau sesiapa sahaja yang mendakwa sesuatu, apabila cukup tempohnya maka ambillah kembali haknya di mana sahaja dia berada, daripadaku atau pegawaiku ataupun dia bersedekahlah (maafkanlah). Sesungguhnya Allah memberi ganjaran kepada orang-orang yang bersedekah (memaafkan)”. Apabila surat ini dibaca di setiap negeri maka rakyat jelata pun menangis dan mereka berkata: “Sesungguhnya telah bergerak di kalangan umat ini kejahatan” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/342. Beirut: Rawai’ al-Turath al-‘Arabi).

Namun oleh kerana reka cerita itu atas kepentingan politik, maka fitnah terus disebarkan. Para sahabat Nabi s.a.w tidak terpengaruh dengan fitnah itu, tetapi ia mempengaruhi mereka yang bukan sahabat yang hidup di zaman tersebut. Sehingga para pemberontak datang ke Madinah, berdialog dengan ‘Uthman sendiri. Segala fitnah telah ‘Uthman jawab dengan kemas. Mereka terbungkam. Para sahabat yang menyaksikan mengakui hujah-hujah ‘Uthman.

Antaranya Uthman berkata:

“Ketahuilah ketika aku dilantik menjadi khalifah, aku adalah orang ‘Arab yang paling banyak mempunyai unta dan kambing. Namun sekarang tidak ada bagiku melainkan dua ekor unta yang aku gunakan untuk menunaikan haji… mereka mengatakan bahawa aku sayangkan kaum keluargaku dan memberikan mereka harta. Sebenarnya, perasaan sayangku kepada kaum keluargaku tidak menyebabkan aku bertindak kepada mereka adalah daripada hartaku sendiri. Aku tidak pernah menghalalkan harta benda orang Islam untuk diriku, tidak juga untuk sesiapa. Demi Allah! Aku tidak pernah mengambil sedikit pun harta atau cukai dari mana-mana wilayah..” (Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 4/348).

Apa yang pasti tulisan Syiah tidak akan memetik hal ini. Kerana, ini bukan apa yang mereka mahu.

Riwayat Sejarah

Namun, disebabkan fitnah berterusan, khalifah Uthman dibunuh. Selepas pembunuhan ‘Uthman, dunia Islam terus tidak tenteram. Fitnah makin banyak. Berbagai cerita ditokok tambah. Dari cerita politik Saidina ‘Uthman sehingga berlarutan isu Perang Jamal, Siffin, pembunuhan Saidina Hussain dan pelbagai lagi. Buku-buku sejarah mencatatkan pelbagai perkara yang bercampur aduk antara satu sama lain. Cerita-cerita bercanggahan antara satu sama lain. Ada riwayat pro-syiah dan ada yang pro-sunni. Kesemuanya bergantung kepada perawi (narrator).

pertelingkahan-sahabat

Jika dia fanatik syiah seperti Abu Mikhnaf dan Hisyam bin Saib al-Kalbi maka buruk ‘Uthman, Mu’awiyah dan lain-lain. Kitab al-Umam wa al-Muluk atau dikenali dengan Tarikh al-Tabari yang menjadi pegangan sejarah Sunnah dan Syiah itu meriwayat pelbagai riwayat yang bercanggahan antara satu sama lain. Ini kerana, al-Imam al-Tabari (w. 310) mencatatkan apa sahaja yang sampai kepadanya; tanpa mengambil kira samada sahih ataupun palsu. Ini kerana beliau membiarkan agar para pembacanya menilai berdasarkan sanad-sanad yang dikemukakan dan membuat pembandingan sendiri. Ini disebut sendiri oleh al-Tabari dalam mukadimahnya:

“Apa yang terkandung di dalam kitabku ini tentang sebahagian kisah orang yang terdahulu; antara berita tersebut ada yang menyebabkan pembacanya merasa pelik atau pendengarnya merasa jelik. Ini kerana dia tidak dapat menerimanya sebagai sesuatu yang benar atau sesuatu yang hakikat. Maka hendaklah dia mengetahui bahawa berita-berita tersebut bukan datang daripadaku, tetapi ia datang daripada orang yang menyampaikannya kepadaku. Aku telah meriwayatkannya seperti yang disampaikan kepadaku”.(Al-Tabari, Tarikh al-Tabari, 1/8).

Kita semua tidak menyaksikan apa yang sebenarnya berlaku. Demikian juga al-Tabari. Hanya catatan dalam pelbagai rupa yang ada. Membaca sejarah Islam memerlukan pengetahuan tentang disiplinnya. Maka kita hendaklah mematuhi arahan al-Quran: (maksudnya)

“Wahai orang-orang yang beriman! Sekiranya datang kepada kamu orang yang fasik membawa sesuatu berita maka periksalah dengan teliti, agar kamu tidak menimpakan musibah kepada suatu kaum tanpa mengetahui keadaannya menyebabkan kamu menyesal atas perbuatan kamu itu“.(Surah al-Hujarat: 6).

Justeru Ahlus Sunnah mengambil pendirian yang berbeza dalam isu sejarah ini dengan Syiah. Kata al-Imam Ibn Taimiyyah (w. 728):

“Ahlus Sunnah wal Jama’ah wa al-Jama’ah berlepas diri daripada sikap golongan al-Rafidah (syiah) yang membenci dan mencerca para sahabat. Mereka juga berlepas diri daripada sikap golongan al-Nasibah yang menyakiti Ahl al-Bayt dengan perkataan dan perbuatan mereka. Ahlus Sunnah wal Jama’ah mengambil sikap mendiamkan diri tentang pertelingkahan yang berlaku antara para sahabat. Mereka mengatakan bahawa kisah-kisah yang diriwayatkan tentang keburukan para sahabat, antaranya adalah dusta atau ia sengaja ditokok tambah atau dikurangkan atau diubah daripada ceritanya yang asal“ (Ibn Taymiyyah, Al-’Aqidah al-Wasattiyyah, hlm. 201).

Atas kedukaan sejarah yang ditokok-tambah itu, atau direka berdasarkan keperluan politik itu, dibina pula berbagai doktrin dan dogma agama yang lain sehingga Syiah akhirnya lahir menjadi satu mazhab yang besar yang akan mewarisi dendam sejarah dari zaman ke zaman. Saya pernah menulis sebuah buku berjudul Pertelingkahan Para Sahabat: Antara Ketulenen Fakta dan Pembohongan Sejarah. Persoalan ini telah saya jelaskan dengan lebih terperinci.

Apapun, hari ini Syiah telah wujud. Mereka adalah warisan sejarah silam. Tangisan dan amarah yang tidak bersudahan. Hanya atas cerita lama, mereka meriwayatkan sengsara. Soal sejauh manakah ketulenan cerita bukan lagi persoalan. Namun bagi kita, sikap yang adil adalah berdialog dengan mereka. Mereka umat Islam dan ada kelebihan tersendiri. Mereka mazhab yang lahir dari isu politik, maka mereka sangat mahir berpolitik. Bagi kita, menghukum tanpa berhujah adalah sikap yang tidak adil. Berhujah tanpa sudi mendengar hujah orang lain, adalah keras kepala. Ahlus Sunnah sederhana dalam segala hal.

*****************************************

Prof Madya Dr Mohd Asri Zainal Abidin

Sunday, December 5, 2010

tidak ada masa atau tidak penting?

Kongsi

time-flies-clock-10-11-2006.gif_thumb Ketika anda sedang sibuk menyiapkan assignment yang perlu dihantar beberapa hari lagi, tiba-tiba kawan sebilik mengajak anda keluar minum. Anda pun menjawab ringkas "Maaf, saya sibuk, tak ada masa".

Atau mungkin anda sedang membersihkan kereta yang anda sayangi, tiba-tiba anak anda datang dan meminta anda bacakan buku cerita yang isteri anda belikan beberapa hari lepas atau mungkin beberapa bulan lepas. Andapun menjawab sambil lewa "Ayah tengah sibuk ni, tak ada masa".

Mungkin juga anda sedang menonton TV lalu adik anda datang memohon bantuan untuk baiki sedikit kerosakan pada basikalnya lalu anda menjawab tanpa memandang wajah adik anda "Abang tak ada masalah sekarang".

Katakan dalam semua keadaan itu, tiba-tiba anda menerima panggilan dari pihak hospital yang memaklumkan bahawa ayah anda kemalangan dan sekarang di wad kecemasan. Adakah anda akan jawab dengan selamba "Maaf encik, saya tengah sibuk ni, tak ada masa".

Hari ini kesibukan atau tidak ada masa adalah modal utama untuk kebanyakan orang menolak satu permintaan atau melupakan satu tanggungjawab. Persoalan yang sebenar bukanlah tidak ada masa tetapi adakah kita melihat satu perkara itu penting bagi kita atau tidak. Bahkan yang amat merisaukan ialah KEPENTINGAN ini kadang-kadang ditentukan oleh minat, kecenderungan jiwa atau nafsu kita semata-mata bukan diukur dengan tanggungjawab, amanah dan hak yang perlu ditunaikan.

Ada orang yang sanggup menghabiskan masa berjam-jam untuk 'cycling' tetapi orang yang sama juga tidak ada cukup masa untuk mengajarkan anak-anaknya membaca al Quran atau membetulkan solat. Saya tidak katakan cycling itu tidak syarak. Memang elok kalau kita boleh berbasikal untuk satu jarak tertentu yang sesuai untuk keperluan kesihatan kita tetapi apa yang saya perhatikan ternyata berbeza; berkayuh baru beberapa KM dah berhenti pekena teh tarik dan roti canai. Kayuh pula begitu slow motion sambil berbual lepas tu balik rehat ketika peluh baru nak keluar. Bahkan yang lebih menyedihkan, ada golongan yang berpendapatan rendah tetapi basikalnya ribuan ringgit. Yuran sekolah anaknya tidak berbayar, makan pakai anak isterinya tidak menentu bahkan (maaf kalau ada yang tersinggung) ada yang berpesan pada anak-anak atau isteri yang mengadu kesempitan hidup supaya berfikir dan hidup sederhana.

Ada juga yang terlalu sibuk membangunkan empayar perniagaannya hingga tidak ada masa untuk membangunkan keperibadian anak sendiri. Setiap hari kesibukannya atau masanya untuk customer dan bina 'networking' namun hatinya tidak pernah perasan tingkahlaku dan akhlaq anaknya yang semakin hari semakin runtuh.

Sahabat-sahabat Rasulullah SAW juga ada yang berjaya dalam perniagaan bahkan mungkin jauh lebih berjaya dari kita namun pada masa yang sama mereka juga berjaya dalam bidang kekeluargaan, dakwah dan kemasyarakatan serta puluhan bidang lain. Siapa yang tidak kenal Abdullah Ibnu Umar RA anak kepada sahabat (Saidina Umar RA) yang paling sibuk hingga malam harinya pun digunakan untuk mengintai keperluan dan keadaan rakyatnya.

Jadi persoalan yang paling besar bukannya masa atau kesibukan kita tetapi apakah matlamat hidup kita, apa yang kita cari dalam kehidupan yang sementara ini atau apa sebenarnya yang kita PENTINGkan dalam kehidupan kita.

**************************

Azmi Bahari

Wednesday, November 24, 2010

Berkapel & Displin Dalam Bertunang

Kongsi

kapel Soalan

Saya telah berkenalan dengan seorang pemuda yang alim dan warak orangnya. Dia banyak memberi nasihat dan panduan agama kepada saya. Sejak berkenalan dengannya, saya telah banyak berubah. Saya mengikuti nasihatnya agar menutup aurat dengan sempurna dan tidak meninggalkan solat lima waktu. Saya dapat rasakan ada perasaan indah yang timbul dalam hati sanubari saya terhadapnya. Saya selalu berangan-angan agar dapat bersamanya sebagai suami isteri suatu hari nanti. Ustaz, apakah yang saya lakukan ini dalam keredaan Allah? Tidakkah saya berubah kerana pemuda tersebut, bukan sepenuhnya kerana Allah SWT? Bagaimana untuk memastikan agar saya sentiasa berada di landasan yang betul?
Terima kasih atas kesudian ustaz menjawab persoalan ini

Jawapan

Tahniah, kerana bertemu dengan pemuda yang alim dan warak. Dalam hal yang melibatkan hubungan lelaki dan wanita, Islam cukup teliti dan sering dituduh sebagai ‘konservatif' dari kacamata barat. Hakikatnya, Allah maha bijaksana dan amat mengetahui baik dan buruk untuk manusia di dunia dan akhirat.

Justeru, jika dilihat dari apa yang telah meresapi hati saudari, bolehlah di katakan saudari sudah ‘jatuh hati' kepada si pemuda tadi serta memasang niat baik untuk mempersuamikannya. Sebagai manusia biasa, ia sememangnya satu niat dan perasan yang sukar di tolak. Bagaimanapun, saudari perlulah mengawal semua batasan perhubungan dengan pemuda tadi bagi mendapat keredhaan Allah. Tindakan berikut perlulah saudari lakukan :-

1) Meluahkan hasrat secara berselindung tetapi boleh di fahami kepada pemuda tadi untuk membina "rumahtangga" bersama. Ia berdasarkan tindakan Khadijah yang menggunakan orang tengah, dan juga seorang wanita lain yang tanpa segan silu menyatakan hasratnya kepada baginda SAW. Imam Al-Bukhari di dalam sohihnya meletakkan satu bab bertajuk " Wanita mendedahkan / menawarkan dirinya kepada lelaki Soleh" (Rujuk Kitab Nikah); juga terdapat satu riwayat bahawa Anas r.a berkata di sisi anak perempuannya :

Ertinya : "telah datang seorang wanita kepada Rasulullah SAW lalu menawarkan dirinya (untuk menjadi isteri baginda) ; berkatalah wanita itu : " Adakah dikau punyai hajat kepadaku? " ; maka anak perempuan Anas menyampuk : " Alangkah kurangnya malu si wanita itu dan amat malunya perbuatannya " ; maka Anas menjawab : " Dia lebih baik darimu, ia berkehendakkan Nabi SAW lalu menawarkan dirinya kepada baginda SAW" ( Sohih Al-Bukhari, 7/17 ).

Imam Ibn Hajar menegaskan tiada catatnya wanita menawarkan dirinya untuk menjadi isteri kepada seorang lelaki ( Fath al-Bari, 9/175 ).

Justeru, jangan terlalu terpengaruh kononnya orang wanita tidak boleh melamar si pemuda yang baik lagi warak. Teruskan hasrat dan jangan bertangguh dalam melakukan hal yang baik. Malah Khawlah bt Hakim adalah dari kalangan wanita yang menawarkan dirinya kepada Nabi SAW ( Sohih al-Bukhari, 7/15)

2) Saudari diizinkan untuk menjemput pemuda itu ke rumah saudari bagi memperkenalkannya kepada kedua Ibu bapa saudari. Syaratnya, mestilah dengan kewujudan ibu bapa atau ‘wali' lain di dalam majlis itu. Saudari dibenarkan untuk berada bersama di ruang tamu (dengan menutup aurat lengkap) dan tidak perlulah bersembunyi di dalam bilik. Ia berdasarkan hadith-hadith yang mengizinkan lelaki dan wanita yang berniat untuk kahwin, bagi mengenali dengan lebih dekat bakal pasangan masing-masing.

Antaranya dalilnya : "telah datang kepada Nabi SAW seorang lelaki lalu menceritakan bahawa ia ingin memperisterikan seorang wanita Ansar, maka Nabi bersabda : "Adakah kamu telah melihatnya? : "Belum jawabnya" ; Nabi menjawab :

Ertinya : "Pergilah kamu melihatnya kerana di mata wanita Ansar ada sesuatu (tanda)" ( Riwayat Muslim).

Juga pesan Nabi kepada Mughirah bin Syu'bah selepas mengetahui ia ingin meminang seorang wanita : " Pergilah melihatnya, sesungguhnya ia lebih menjamin berkekalannya - bagi menilai kesesuaian- (perkahwinan) kamu berdua" ( Riwayat Ahmad, At-Tirmidzi, Ibn Hibban ; Hasan menurut At-Tirmidzi no 1087, cet Maktabah al-Ma'arif ; Sohih menurut Albani ).

Perlu diingat bahawa melihat bukan hanya dengan mata, tetapi ia juga membawa maksud suatu meninjau sikap, budi bahasa, cara hidup dan apa-apa info yang dapat menambahkan ketepatan pemilihan pasangan (kecuali yang HARAM dibuat dan dilihat). (Fiqh as-sunnah, Sayyid Sabiq, 2/23 dengan tambahan, Nizom al-Usrah, Dr Muhd ‘Uqlah, 1/206)

3) Jangan bertangguh atau berhubung tanpa ikatan sah terlampau lama, ( Nizom al-Usrah, 1/216) kerana ia amat mudah membawa keapda yang haram. Perihal berangan-angan saudari tadi juga bukanlah sesuatu yang baik untuk diteruskan. Nabi SAW menyatakan :

Ertinya : " Tidak dilihat (penyelesaian) bagi dua orang yang cinta-mencintai kecuali NIKAH " ( Riwayat Ibn Majah, al-Hakim, sohih menurut al-Hakim, As-Suyuti , Al-Jami' As-Soghir, no 7361, 4/397 cet Jahabersa).

Syeikh Al-Munawi menegaskan ubat yang terbaik bagi pasangan yang sedang asyik bercinta dan kasih adalah Nikah ( Faidhul Qadir, 5/294)

4) Jangan menghebahkan kepada awam sekali mana belum di ijab kabulkan, kerana ikatan ‘janji untuk berkahwin' boleh membawa fitnah dengan mudah. Ia juga boleh terungkai dengan beberapa cabaran semasa pertunangan. ( Nizom al-Usrah Fil Islam, 1/214)

5) Jangan bertemu berdua-duaan di luar, sama ada di tempat terbuka atau tertutup, kecuali diiringi mahram lelaki yang telah dewasa dan mampu menilai baik buruk menurut Islam. Saya nyatakan begini kerana ramai juga mahram lelaki yang ‘merapu' dan tidak langsung punyai ilmu tentang batas hubungan lelaki wanita menurut Islam. Kehadiran orang seperti ini, akan membiarkan maksiat berlaku di antara dua insan tadi, oleh itu individu sepertinya tidak mencukupi syarat yang ditetapkan Islam.

6) Mengurangkan komunikasi yang tidak berkenaan, serta mengawal isi kandungan perbincangan dari yang membawa syahwat. Mengetahui hati budi bakal pasangan menggunakan alatan media elektronik seperti email, surat dan sms lebih baik dari bercakap dalam banyak keadaan (kerana mendengar suara mudah menaikkan syahwat). Bagaimanapun, saya tidak menafikan email, surat dan sms juga boleh menaikkan syahwat, tetapi saya kira secara ‘verbal' lebih mudah.

7) Kerana perbicaraan adalah panjang dan dalil amat banyak, ringkasan perkara perlu ( semuanya menurut dalil al-Quran & Al-hadith) dijaga seperti berikut :-

  1. Haram bersentuh, menyentuh satu sama lain.
  2. Haram ber"dating" dan berkapel tanpa disertai mahram yang thiqah.
  3. Haram berbicara dan bersembang dengan syahwat sama ada sms, phone, chat, mesengger.
  4. Awas fitnah masyarakat sekeliling.
  5. Awas fitnah dalam diri anda dan pasangan.
  6. Haram melihat kepada aurat masing-masing.
  7. Awas daripada bertukar gambar.
  8. Awas daripada hebahan umum sebelum di ijab kabul.

Ingatlah wahai anak-anak muda sekalian, sebarang perilaku 'ringan-ringan' dan dosa yag dikerjakan dalam hubungan sewaktu pertunangan boleh memberikan serba ringkas gambaran bagaimana tingkah laku pasangan selepas berkahwin. Jika semasa berpacaran dia suka meraba-raba, demikian jugalah dia apabila sudah berkahwin kelak (kecuali sesudah dia bertaubat sebenar-benar taubat). Malangnya bukan dengan isteri atau suaminya selaku pasangannya yang halal, tetapi dengan individu lain sebagaimana tergamak dia melakukannya dengan isteri dan suaminya sebelum mereka kahwin. Baca lanjut di sini

Sekian, Wallahu'alam.

Ust Zaharuddin Abd Rahman

www.zaharuddin.net

15 Disember 2006

Wednesday, November 10, 2010

Berdiri Dibumi

Kongsi

walking Tidak salah untuk bercita-cita tinggi, bahkan cita-cita itulah yang menghidupkan jiwa. Namun jangan kita jadikan cita-cita itu sebagai alasan untuk mencemuh kehidupan yang sedang kita lalui sehingga kita ingin meninggalkannya dengan ketergesaan. Lihatlah hidup dengan keazaman, hayatilah segalanya dengan rasa kesyukuran kerana kita sedang berdiri di bumi yang diwarnai kepayahan dan halangan.

Tidak ada salahnya memiliki impian yang menggunung kerana impian itu membangunkan harapan. Ya, harapan itulah nadi kehidupan hingga kita mampu memiliki diri. Namun janganlah kerana impian itu kita rasa terhina dengan segala yang kita miliki. Lihatlah hidup ini dengan kepasrahan, hayatilah segalanya dengan lapang dada kerana kita sedang berdiri di bumi dimana kekurangan dan kelemahan adalah corak yang menghiasinya.

Tidak mengapa untuk kita berangan-angan sekali sekala kerana angan-angan itu penawar ketika hati ditemani kekecewaan. Namun janganlah kerana angan-angan itu kita terlupa dimana dan siapa kita. Hadapilah kehidupan ini dengan doa dan tawakal kerana kita sedang berdiri dibumi yang ada Pemiliknya.

Ya, berdirilah di bumi

agar jiwa kita cepat tumbuh dan mengerti

lalu kita mampu memiliki diri

untuk terus melangkah dan adakalanya berhenti

Berdirilah di bumi ini

tempat bercampurnya dosa pahala

tempat jiwa, jatuh bangun

tempat suka, tempat duka

Berdirilah dibumi ini

agar kita memiliki diri

lalu bangun menongkah pagi

dengan cita dan keazaman

dan dengan iman yang memagari diri

Kita boleh menangis

tapi bukan dengan rasa kehinaan

tangisan itu bukan lambang kelemahan

tapi milik hamba yang sedar diri

Kita boleh ketawa

tapi sekadar menghilang duka

kita juga insan hina

selalu tersungkur dan lupa kita siapa

Kita juga kan mampu tersenyum

ketika Iman menghiasi jiwa

ketika zikir dan fikir menemani diri

lalu kita sentiasa sedar diri

bahawa dimanapun kita berada

kita sedang berdiri di bumi

*************************

Azmi Bahari

Monday, November 8, 2010

Saat Jiwa Merasa Lemah Beramal

Kongsi

Minggu lepas penulis bersama dengan team motivasi dan fasilitator KTD menjayakan program motivasi jatidiri dan pemantapan sahsiah pelajar SMK Paya Besar. Seramai 58 pelajar menyertainya. Allah izin, penulis kurang sihat pada 2 hari program tersebut, syukur ada anak-anak muda KTD yang telah sedia terlatih berupaya meneruskan program dengan baik. Penulis mengajak Ustaz Ali Irfan ke klinik di Kuantan kerana sakit tekak dan batuk penulis semakin menjadi-jadi.

Ketika balik dari klinik, seorang mutarabbi (ahli halaqah) penulis menghubungi penulis dan meminta nasihat bagaimanakah beliau dapat istiqamah dan fokus kepada matlamat besar sebagai mahasiswa, cemerlang dan konsisten sebagai da’i dengan urusan dakwah dan tarbiah. Beliau merupakan seorang pelajar diploma tahfiz. Beliau memang sering menghubungi penulis tatkala beliau diuji dengan perasaan lemah jiwa dan kelunturan semangat. Inilah seharusnya sikap seorang pemuda rabbani, segera mendapatkan nasihat dan pesanan dari sesiapa sahaja agar jiwa dan imannya sentiasa recharged! Penulis nukilkan tambahan pesanan buat para pemuda yang jiwanya cinta kepada Islam dan dakwah, semoga pesanan ini bermanfaat, khususnya kepada diri penulis.

Fahami Matlamat Perjuangan pemuda

Pertamanya penulis berpesan agar kita sentiasa merasai tuntutan tanggungjawab yang telah Allah taklif ke atas kita semua, apatah lagi kepada generasi pemuda Islam yang sedang belajar, fokus kepada akademik agar sentiasa konsisten cemerlang dan menguasai Ilmu. Dengan kekuatan ilmu ianya kelak akan dapat membantu kita menjayakan misi yang lebih besar, iaitu memanfaatkan ilmu untuk meneruskan agenda besar yang di bawa oleh Rasulullah saw. , menyeru manusia kepada Allah swt. (dakwah Ilallah), sebagaimana ruh jihad yang terbit dari Rab’i bin Amir yang berseru di hadapan pemimpin diktator :

“Kami adalah kaum yang diutus oleh Allah untuk mengeluarkan hamba-hamba dari penyembahan manusia menuju penyembahan kepada Tuhan manusia, dari kezaliman agama-agama menuju keadilan Islam, dan dari sempitnya dunia menuju luasnya dunia dan akhirat”.

Kita perlu sentiasa memperbaharui niat dan matlamat kehidupan kita agar sentiasa selari dengan tuntutan Allah dan Rasulullah saw. Jangan biarkan matlamat sebenar kita sebagai hamba Allah dan da’i Ilallah menjadi semakin kabur dek kerana racun rumpai jahiliah dan mabuk dunia yang mengasyikkan ini menutupi cahaya kebenaran. Kita perlu sentiasa fokus kepada matlamat kehidupan kita, firman Allah swt. yang bermaksud:

"Katakanlah: Sesungguhnya sholatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan semesta alam, tiada sekutu bagi-Nya dan demikianlah yang diperintahkan kepadaku dan aku adalah orang yang pertama-tama menyerahkan diri kepada Allah."

(Al-An'aam 162-163)

Tarbiah di Mana-mana.

Keduanya sentiasa istiqamah dengan program-program tarbiah. Kita mesti mencari dan meningkatkan penglibatan kita dengan program-program tarbiah. Tidak cukup sekadar hadir halaqah seminggu sekali, memandangkan ujian dan mehnah yang membentangi para pemuda hari ini sangat dasyat, khususnya ujian wanita!

Pemuda yang ikhlas terhadap perjuangan dakwahnya kepada Allah, pasti akan melipat gandakan program-program pentarbiahan dirinya. Lihat sahaja contoh yang telah ditunjukkan oleh Rasulullah saw. dan para sahabat, mereka tiada masa untuk membuang masa serta melayan perasaan dan emosi, sebaliknya mereka sibuk dengan taqarub kepada Allah dan berprestasi di medan amal / jihad. Rahib di malam hari, singa di siang hari!

Para pengikut Rasulullah dibentuk dan diproses melalui tarbiyah islamiyah yang merealisasikan ‘ubudiyahnya hanya kepada Allah saja; ‘ubudiyah yang meliputi i’tiqad, ibadah dan aturan yang benar-benar diterapkan dalam segala aktiviti hidup mereka. Proses ‘ubudiyah seperti ini akan membersihkan jiwa, hati, dan spiritualiti mereka dari beriman kepada selain Allah dan meluruskan aktiviti mereka dari orientasi yang lain daripada Allah semata-mata.

Tarbiyah yang benar-benar diikuti akan dapat membentuk peribadi muslim yang mempunyai karakteristik-karakteristik pemuda luarbiasa; mempunyai aqidah yang lurus, ibadahnya benar, akhlak terpuji, fikiran yang kaya dengan ilmu, tubuh yang kuat, mampu berusaha untuk mencari reziki, mampu mengendalikan hawa nafsu dan mahu melakukan mujahadah pada dirinya, pengurusan waktu yang teratur, urusan dan pekerjaannya diurus dan diatur dengan disiplin, dan mampu memberi manfaat kepada orang lain.

Obsesi Ukhrawi

Ketiga, Rasulullah saw. ada berpesan:,

“Barangsiapa akhirat menjadi obsesinya, maka Allah menjadikan semua urusannya lancar, hatinya kaya dan dunia datang kepadanya dalam keadaan tunduk. Dan, barangsiapa dunia menjadi obsesinya, maka Allah mengacaukan semua urusannya, menjadikannya miskin dan dunia datang kepadanya sebatas yang ditakdirkan untuknya.” Ibnu Majah meriwayatkan dengan sanad shahih.

Barangsiapa akhirat menjadi kesibukan utamanya dan obsesinya, maka setiap hari dia ingat perjalanan hidupnya kelak, apa pun yang dia lihat di dunia pasti dia hubungkan dengan akhirat, dan akhirat selalu dia sebut di setiap tuturkatanya. Dia tidak bahagia kecuali kerana akhirat, tidak sedih kecuali kerana akhirat. Tidak redha kecuali kerana akhirat. Tidak marah kecuali kerana akhirat. Tidak bergerak, kecuali kerana akhirat. Dan tidak berusaha kecuali kerana akhirat.

Motivasi Kematian

Pesan As Syahid Dr. Abdullah Azam, carilah kematian niscaya anda akan dikurniakan kehidupan. Bukanlah bermakna kita mencari mati kerana mati pasti tiba, tetapi apakah kita sudah merancang untuk mati? Pemuda berjiwa da’i pasti sentiasa mengingati hari kematiannya. Apabila terkenang sakaratul maut, ada di kalangan sahabat Rasulullah saw. pengsan dan sentiasa menangis.

Rasulullah pernah bersabda dalam sebuah hadis diriwayatkan Ibnu Abi Dunya dari Ibnu Umar bermaksud: “Kematian itu apabila dikenangkan, seseorang itu lebih banyak menangis daripada ketawa.”

Daripada Abu Hurairah, katanya, Rasulullah bersabda bermaksud: “Tidakkah kamu lihat apabila seorang manusia mati, matanya terbeliak ke atas?” Jawab mereka: “Ya kami melihatnya, ya Rasulullah.” Sabda baginda lagi: “Hal itu terjadi kerana penglihatannya mengikut rohnya ketika roh itu pergi.” (Riwayat Muslim)

Firman Allah swt:

“Tiap-tiap diri (yang berjiwa) mesti merasai mati. Kami akan uji kamu dengan kejahatan dan kebajikan sebagai suatu ujian; dan kepada Kami kamu akan dikembalikan.”(al-Anbiya’:35)

“Yang menjadikan mati dan hidup, supaya Dia menguji kamu siapa di antara kamu yang lebih baik amalannya. Dia Maha Perkasa lagi Pengampun.” (Al-Mulk:2)

Jadikan kematian sebagai motivasi untuk kita berusaha sedaya upaya supaya kita dapat meninggalkan sesuatu yang bermakna apabila kita pergi kelak. Kehidupan yang singkat di dunia ini amat penting dalam menentukan kehidupan yang panjang di akhirat kelak. Apakah kita masih ada masa untuk membuang masa lagi?pemuda-islam

Rumusan

Kepada generasi pemuda Islam yang mencintai dakwah dan tarbiyah ini, fahamilah bahawa Islam memandang posisi pemuda bukan sekadar komuniti yang sekadar bersukaria, berfoya-foya, bermalasan dan membuang-buang waktu dengan aktiviti-aktiviti yang bersifat sia-sia dan tidak ada manfaatnya. Melainkan Islam menaruh harapan yang besar kepada para pemuda untuk menjadi pelopor dan motor penggerak dakwah Islam. Pemuda adalah kelompok masyarakat yang memiliki pelbagai kelebihan, kekuatan dan potensi dibandingkan dengan kelompok masyarakat yang lainnya, diantaranya mereka masih bersih dari pencemaran (baik aqidah mahupun pemikiran), mereka memiliki semangat yang kuat dan kemampuan mobilititi yang tinggi untuk memenangkan dakwah. Ayuh kita bangunkan jiwa kita menjadi pemuda harapan ummah! Jangan bertangguh lagi!

********************************

Abu Ridhwan

Sunday, November 7, 2010

Solat Biasa vs Solat Luar Biasa

Kongsi

khusyuk-solat Berapakali kita pernah cuba untuk benar-benar menghadirkan hati kita mengadap Allah SWT ketika solat sehinggakan kita merasakan manisnya pertemuan hati kita dengan Allah SWT. Tentunya solat itu benar-benar menginsafkan kita tentang hakikat kekerdilan diri kita berdepan dengan keagungan Allah SWT. Tentunya kita merasa terhina dan malu untuk melanggar larangan serta mengabaikan perintahNya. Sayangnya, kebanyakan solat kita (saya sendiri) berlaku secara rutin. Diri kita seolah-olah robot yang secara automatik akan menjalankan tugas seperti yang diprogramkan. Hati kita hanya mampu merasakan solat sebagai 'ibadah biasa' yang wajib dilaksanakan.

Mungkin kita tidak seperti setengah orang yang bersolat tanpa baju atau solat dengan pakaian yang baik, harum tetapi express. Mungkin juga kita menyempurnakan solat itu dengan menjaga rukun-rukunnya, memperelokkan bacaannya bahkan kita begitu memahami nas-nas bagi setiap pergerakan kita.

Bukankah ketika Rasulullah SAW menerima bebanan dakwah yang begitu berat dan berdepan dengan tentangan yang begitu hebat, Rasulullah SAW menjadikan solat sebagai sumber kekuatan rohaninya. Bahkan sahabat-sahabatpun, yang diseksa dengan seksaan yang begitu hebat namun masih mampu mempertahankan iman mereka dan bagaimana dibina kekuatan diri yang begitu 'dahsyat'?. Jawapannya SOLAT.

Mungkin harus timbul pertanyaan pada diri kita adakah solat kita seperti solat mereka sehinggakan kita memperolehi kekuatan yang luar biasa seperti mereka? Atau mungkin kita boleh ringkaskan soalannya kepada begini: Adakah iman kita hebat seperti mereka?

Saya rasa jawapan anda semua hampir sama seperti saya. TERLALU JAUH BEZANYA bahkan kita selalu hanya mampu kagum dengan keperibadian mereka.

Mungkin juga, kita perlu tanyakan diri kita; Adakah cukup untuk jiwa kita terhenti pada KEKAGUMAN terhadap mereka? Adakah untuk KAGUM sebegitu sirah perjuangan mereka dipelihara dan dibaca?

Mungkin PERSOALAN ini mula berkembang terlalu luas. Mari kita kecilkan kembali dan balik kepada SOLAT kita.

Bayangkan solat kita seperti yang disarankan oleh Imam Al Ghazali (bukan matan kitab; Saya sebutkan berdasarkan pemahaman dan penghayatan); Kita mulakan dengan wudhu' yang sempurna. Ketika membasuh muka, kita bermunajat memohon ampun dosa-dosa mulut dan mata kita. Sambil membayangkan betapa besarnya nikmat yang Allah berikan itu dan betapa banyaknya salah guna kita dalam mensyukuri nikmatNya itu. Betapa kita lupa bersyukur dan betapa kita kufur(engkar) padaNya. Begitu juga dengan anggota wudhu' yang lain, sambil kita membasuhnya kita bermuhasabah diri dan memohon keampunanNya.

Kita bangun untuk solat. Ketika kita takbiratul ihram; Kita lalu meninggalkan segala urusan dunia yang remeh temeh. Hati kita tertunduk malu dan sedar betapa kita sedang berdepan dengan Yang Maha Kuasa. Allah yang maha Melihat bahkan mengetahui 'bima fisshudur' (apa yang ada di dalam hati kita).

Ketika kita Qiam, kita terasa seolah-olah berada di padang Mahsyar. Terbayang difikiran kita tentang herok pikuknya manusia, mataharinya sebatu diatas kepala dan manusia tenggelam dan kelemasan dalam peluh mereka masing-masing.

Kitapun membacakan al FATIHAH, betapa kita tersentuh kalimah-kalimah memuji Allah SWT, kita terasa semakin kerdil. Kita terhenti ketika menyebut 'Maliki yaumiddin', jiwa kita tidak lagi mampu bertahan, terbayangkan banyaknya dosa-dosa kita, terbayangkan kitab amalan yang akan terbang mencari tuannya, terbayang wajah-wajah yang Allah gambarkan di dalam al Quran; wajah-wajah putih dan wajah-wajah yang hitam (Ali Imran), wajah yang berseri-seri dan wajah yang bermuram durja (Al Qiyamah). Terbayang kita wajah-wajah yang tertunduk dan tidak mampu mendongakkan kepalanya (As Sajdah) dan wajah-wajah yang ketakutan dengan seribu penyesalan (Al Kahfi) LALU jiwa kita terhenti, lidah kita kaku. Kita mula mengukur dan menimbang amalan kita; ALANGKAH SEDIKIT. Lalu dengan penuh keinsafan kita mengucapkan Ya Allah; kepada Engkaulah kami sembah dan kepada Engkaulah kami pohon pertolongan.

Lalu kita tunduk ruku' dengan penuh kehinaan. Malunya kita pada keengkaran dan kelalaian kita. Malunya kita pada keangkuhan dan kesombongan kita.

Kita sujud dengan penuh khusyuk. Kita panjatkan doa, seolah-olah kita tidak mahu bangun.

Lalu kita duduk antara dua sujud dengan penuh kegembiraan; betapa Allah telah memilih kita untuk menjadi hambaNya. Betapa kita mensyukuri nikmat hidayahNya. Lalu kita bertasbih memuji Allah SWT.

Kita lalui saat-saat tahiyyat akhir dengan tersimpuh penuh kerinduan. Betapa selapas ini kita akan kembali lalai. Jiwa kita dipenuhi rasa rindu dan terasa berat untuk memberi SALAM PERPISAHAN. Terbayang kita kalau-kalau inilah saat terakhir kita.

Bayangkan jika inilah solat kita setiap hari dan setiap waktu. Iman yang bagaimana kita akan miliki? Perjuangan bagaimana yang akan kita tempuhi untuk mempertahankannya?

 

*********************************

Azmi Bahari

Wednesday, October 27, 2010

Krisis Ilmu

Kongsi

krisis ilmu

usai menamatkan pembacaan A Brief History of Time, sebuah karya astrofizik masyhur karangan Stephen Hawking, saya termenung sejenak, mungkin kerana kandungan buku itu yang sangat-sangat membuktikan kewujudan Sang Pencipta dan Pentadbir; namun sebab yang lebih utama ialah mengenangkan berapa kerat pelajar dan mahasiswa Muslim yang membaca bahan ilmiah seperti ini.

Rakyat Malaysia tidak malas membaca. Masalah yang sebenarnya ialah malas berfikir. Kita memang banyak membaca—surat khabar, majalah, komik, dan Senyum Pisang di Mastika. Paling tidak pun, segmen sukan dan Senyum Kambing merupakan bahagian wajib-baca.

Menurut sebuah kajian yang dijalankan oleh The Star pada tahun 2006, akhbar merangkumi 77.4% daripada bahan bacaan rakyat Malaysia; manakala buku pula hanya 3%. Membaca akhbar Malaysia tidak banyak berhajat kepada pemikiran, terutamanya tabloid Melayu yang berunsur sensasi yang lebih banyak memberikan hiburan daripada pengetahuan. Membaca buku pula menuntut kefahaman dan menelan waktu. Secara purata, rakyat negara ini hanya membaca dua buah buku sahaja setahun!

Hatta apabila hendak bersantai pun, bahan bacaan yang ringan dipilih. Novel-novel cinta fotokopi picisan mendominasi pasaran. Dengan kemunculan genre ‘cinta Islami’, pelajar-pelajar Muslim turut hanyut dibawa arus. Mengapa tidak Lentera Mustika oleh Nisah Haron? Atau Tautan Hati oleh Fatimah Syarha? Bedar Sukma Bisu oleh Faisal Tehrani? Kafka on the Shore oleh Haruki Murakami? Atau, setidak-tidaknya Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck oleh Hamka? Ini semua novel yang berat. Bukankah novel alat eskapisme, buat apa pilih yang berat-berat?—kata mereka.

Bahan bacaan berat yang dibaca hanya tinggal yang wajib untuk pengajian di sekolah dan IPT. Apa yang disebut pensyarah, yang tertulis dalam buku teks, ditelan bulat-bulat. Tiada semangat inkuiri. Institut pendidikan menjadi pusat indoktrinasi yang memerangkap minda, tidak lagi markas perkembangan ilmu seperti yang dicita. Ustaz saya berpesan supaya belajar juga ilmu selain bidang yang diceburi, kerana universiti ialah pusat ilmu, bukannya pusat latihan pekerjaan, yang matlamatnya melahirkan mahasiswa yang ‘boleh dipasarkan’ seperti yang berlaku pada hari ini. Salah siapa?

Kita boleh menuding jari kepada banyak pihak. Sistem yang terlampau mengikat pelajar dengan assignment sehingga tiada masa untuk menjelajah lautan ilmu Allah yang sangat luas. Institut pengajian yang tidak membudayakan ilmu tetapi hanya mengutamakan kebolehpasaran. Mungkin saja salah mahasiswa yang tiada kesedaran akan kepentingan pembudayaan ilmu. Tidak cekap mengurus masa hingga tidak ada perancangan untuk melakukan self-improvement. Facebook juga boleh dipersalahkan. Seterusnya boleh dikaitkan pula dengan teori konspirasi dan sebagainya.

Namun, yang kita bicarakan sekarang ialah penyakit malas. Tidak cukup drive. Apa jua faktornya, penyakit malas hanya boleh diatasi dengan merawat hati kerana drive bagi seorang Mukmin ialah keimanan. Melawan malas memerlukan mujahadah. Untuk istiqamah dalam bermujahadah, kita berhajat kepada tarbiah. Tarbiah menghidupkan hati dan membajai iman. Bagaimana teruk pun sistem yang sedia ada menjerut masanya, hati yang hidup dengan iman yang subur kuat mengatur hidupnya untuk berterusan menjadikan esoknya lebih baik daripada hari ini.

Mahasiswa Islam perlu bangkit dan membebaskan akal mereka daripada terus dibelenggu oleh sistem yang sedia ada. Proses liberalisasi minda perlu dirancakkan. Liberalisasi di sini tidak bermaksud pembebasan minda daripada agama (islib); jauh sekali. Liberalisasi yang dimaksudkan ialah memerdekakan minda daripada segala belenggu sehingga ia memperoleh kemerdekaan maksimum yang mampu dicapai oleh insan, iaitu merdeka daripada semua yang dicipta dan hanya terikat dengan Yang Mencipta.

Krisis ilmu ini perlu segera diatasi. Musuh-musuh Islam sedang menyerang kita melalui serangan pemikiran (ghazwul fikr). Kuantiti dan juga kualiti mahasiswa Muslim yang sedar perlu ditingkatkan. Dakwah perlu terus berjalan untuk meningkatkan kuantiti, dan tarbiah memperkasakan kualiti. Kita merupakan penjuru-penjuru Islam yang bertanggungjawab mempertahankan amanah Allah ini. Setiap amal yang kita lakukan mestilah setidak-tidaknya memiliki salah satu daripada dua ciri ini: menegakkan fikrah dan meruntuhkan jahiliah. Bagaimana mungkin fikrah dapat ditegakkan dan jahiliah dapat diruntuhkan jika ilmu tiada di dada? Atau ilmu sudah outdated? Atau barangkali, ilmu yang kita ada sebenarnya salah?

Ilmu merupakan aspek penting dalam kerja-kerja dakwah dan tarbiah. Kalimah ‘bashirah’ dalam surah Yusuf ayat 108, ayat taklifan dakwah yang masyhur, merupakan dalil bahawa ilmu merupakan prasyarat untuk menyampaikan Islam. Kita bimbang sekiranya kita menyampaikan atas nama Islam sesuatu yang tidak benar. Dan dengan wajibnya dakwah pada zaman ghurbah thaniah ini, bertambah-tambahlah kewajipan dan kepentingan menuntut ilmu bagi menyempurnakan prasyarat ini.

Akhir sekali, seruan saya kepada diri saya sendiri serta semua yang membaca agar kita sama-sama memuhasabah diri dan mengukur sedalam mana ilmu kita tentang Islam, sekuat mana usaha kita untuk mendalami ilmu-ilmu yang kita, sebagai pekerja Islam yang qawiyyul amin, sepatutnya ada seperti ilmu asas Islam, fiqh dakwah, fiqh keutamaan, sejarah, dan isu semasa termasuklah pemahaman terhadap realiti kampus dan negara. Biar tampak perbezaan antara minda Muslim yang sentiasa berhubung dengan Rabbnya, dengan minda jumud yang terikat dengan doktrin ciptaan manusia.

Wallahua’lam.

************************************

Sumber : Asyraf Ilman

Saturday, October 23, 2010

Dunia Tanpa Warna

Kongsi

Cuba bayangkan dunia tanpa warna, yang ada hanyalah warna hitam dan putih. Bayangkan kepudaran dan kesuraman. bayangkan dunia tanpa keceriaan dan senyuman.

blaclApa perasaan kita?

Sanggupkah kita hidup di dunia itu? Berapa lama?

pinkcakebox_birthday_cake Betapa warna warni itu adalah nikmat anugerah Allah SWT yang cukup bernilai. Namun berapa ramai yang mensyukurinya? Bahkan, kebanyakan kita tidak pernah mensyukurinya hinggalah nikmat itu ditarik balik oleh Allah SWT.

Inilah hakikat insan "suka menghitung nikmat yang telah hilang". Jika kita ingin mengetahui tentang nikmat warna ini, tanyalah pada orang buta. Tentu ia akan menjawab dengan linangan air matanya. Betapa ingin dia melihat warna, betapa setiap hari ia hanya melihat warna hitam yang tidak bercahaya.

Tidakkah kita melihat betapa warna-warna alam ini menggambarkan halus dan Maha Sempurnanya ciptaan Allah SWT. Betapa warna alam ini menjadi bukti kebesaran dan keagungan Allah SWT.

Ada juga manusia yang terhenti jiwanya setakat mengkagumi keindahan alam namun tidak merasa ta'jub dengan Penciptanya.Betapa alam ini adalah lukisan kebesaran dan keagungan Allah SWT maka rugilah jiwa-jiwa yang sekadar mengkagumi lukisan tetapi tidak Pelukisnya. 

Lihatlah pergantian siang dan malam, bayangkan jika kita melihatnya untuk kali yang pertama dalam hidup kita. Tidakkah kita menemui kehalusan, kesempurnaan, kehebatan dan keagungan. Bukankah Allah SWT tidak jadikan semua ini sia-sia. Bahkan mukmin yang melihat keindahan ini akan menghubungkan terus kejadian ini dengan hari kepulangannya kepada Allah SWT. Betapa segala keindahan ini akan sirna, betapa semua ini hanyalah WildForestWallpaperssementara dan betapa semua kita akan kembali kepadanya sehingga akhirnya ia terus tersungkur sujud sambi berdoa "Ya Allah, selamatkanlah diriku dari Api Neraka"

"Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, (yaitu) orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri atau duduk atau dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi (seraya berkata): "Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa neraka." (Ali Imran/3:190-191)

*****************

sumber : Azmi Bahari

Friday, October 15, 2010

Adab Lelaki dan Wanita

Kongsi

british_muslim_women Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang mengatakan bahawa pergaulan di antara lelaki dan wanita adalah sama dengan pergaulan di antara lelaki dengan lelaki atau perempuan dengan perempuan. Ini diakui bukan sahaja oleh Islam, tetapi juga oleh agama-agama dan nilai-nilai dalam tamadun-tamadun yang lain.

Di dalam Islam, pergaulan di antara lelaki dan perempuan adalah dibataskan pada perkara-perkara yang tertentu sahaja dan di dalam batas-batas yang tertentu.

Ini adalah kerana tabiat lelaki dan perempuan yang memang tidak sama di antara satu sama lain.

Percampuran yang diharuskan

Secara umumnya, lelaki dan wanita tidak perlu untuk bergaul dan berinteraksi. Kecuali dalam perkara-perkara yang tertentu sahaja barulah lelaki dan wanita dibenarkan untuk berinteraksi.

Perkara-perkara itu adalah:

1. Perkara-perkara Dharuriat

2. Perkara-perkara Hajiat

Perkara-perkara Dharuriat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh dharurat. Di antara contoh-contohnya adalah:

1. Menemani seorang perempuan yang berjalan di jalan yang jauh dari orang ramai

2. Melarikan seorang perempuan untuk menyelamatkannya

Perkara-perkara Hajiat

Ia adalah pergaulan yang dibenarkan disebabkan oleh keperluan. Di antara contoh-contohnya adalah:

  1. Urusan jual beli yang dibenarkan oleh syarak
  2. Kerja-kerja kehakiman
  3. Persaksian
  4. Amar makruf nahi mungkar
  5. Melayan tetamu pada batasnya
  6. Dalam kenderaan awam
  7. Kerja-kerja jihad
  8. Belajar dan mengajar

Adab-adab Pergaulan Lelaki dan Wanita

Adab yang perlu dijaga oleh pihak lelaki adalah:

  • Ucapan yang makruf dan sopan
  • Menundukkan pandangan
  • Tidak berhimpit-himpit
  • Tidak berdua-duaan
  • Menghindari tempat yang mendatangkan fitnah dan salah sangka

Adab yang perlu dijaga oleh wanita secara khusus:

  • Iltizam dengan pakaian Islam
  • Ucapan yang tidak dilunakkan atau bermanja-manja
  • Menjaga pergerakan

Monday, October 4, 2010

Lorong Sepi

Kongsi

lorong-hitam

Wahai muslimah yang dicintai Allah, jujur aku sangat menyayangi kalian, sangat menyayangi hati kalian..

Setiap kali memandang kalian, terbayang potensi dan kebaikkan yang ada pada diri kalian, sehingga aku malu pada dirikku sendiri..

Tetapi apabila aku melihat nafsu dan syaitan menarik kalian mengikut lorong mereka, aku menjadi sangat geram dan marah, rasa kecewa dan sedih..rasa-rasa ini bukan ku tuju untuk kalian tetapi apa yang mengheret kalian ke lorong sepi itu..

Lorong sepi yang dipenuhi lopak-lopak lumpur murka Allah, najis-najis dosa yang akan mengotorkan kalian dan hati kalian yang amat aku sayangi itu..

Wahai muslimah yang amat aku cintai,

Aku tanpa kalian bukan siapa-siapa, apatah lagi apa-apa…barangkali syurga Allah takkan mahu menerimaku tanpa kalian..barangkali mahkamah Akhirat akan mensabitkan aku dengan kesalahan membiarkan saudara-saudara yang aku cintai ini ke lorong sepi itu.

Lalu, apa yang harus aku lakukan?

Aku membuka diriku untuk kalian tetapi seperti ada jurang layaknya, aku cuba mendekati kalian dengan senyumku agar kalian aman tetapi musuh Allah itu memalingkan muka kalian dari melihatku, justeru bagaimana harus aku lakukan?

Aku bukan hambaNya yang baik tanpa kalian, aku bukan yang solehah tanpa kalian..

Aku tidak bisa mengubah nafsu yang menarik kalian, sedangkan nafsu ku sendiri aku memohon bantuan Ar-Rahman untuk diselia dan dijaga..

Hanya yang mampu kulakukan saat ini tika ini untuk menjadi hamba yang baik dan untuk kalian yang sangat aku cintai, hanyalah doa…doa ..dan doa..

Sungguh aku malu dengan doaku yang tidak seberapa ini..tetapi aku amat mengharap Allah menerimanya..

Maafkan aku..

*************************************

sumber : Musleem Thinker

Saturday, October 2, 2010

Pelangi Selepas Hujan

Kongsi

Seringkali hati kecil mengadu sakit, seringkali jiwa meratap hiba. Dugaan dan ujian yang bertimpa-timpa, kadangkala menewaskan semangat yang ada.

Kadangkala kita berasa sendirian dan terasa betapa kita dipinggirkan. Ketika kita menyangka sudah tidak ada lagi yang bernilai dalam kehidupan dan yang kita lihat hanyalah jalan suram di hadapan.

Lantas kita marah kepada Tuhan, kita kecewa dengan ketentuan yang diciptakan. Kita menyalahkan takdir hitam dan saat itu sendu airmata mengaburkan kewarasan.

Lalu kita hilang pertimbangan, di antara keimanan dan rasukan syaitan. Kita hanya nampak jalan mudah untuk melepaskan diri, lalu ada yang seringkali memilih kematian sebagai penyelesaian.

Pernahkah sekali kita memahami alam?

pelangiMengapa Tuhan hadirkan pelangi selepas hujan?

Mengapa Tuhan tumbuhkan bunga selepas kering-kontang?

Hanya daripada benih hitam yang kusam, apabila disirami hujan lantas berbunga cantik. Maka tersenyumlah alam. Betapa indahnya aturan Tuhan.

Mengapa tidak ada hujan berpanjangan atau sinar mentari yang menyinari alam?

Mengapa harus ada putaran alam seperti hitam malam dihiasi bintang?

Mengapa untuk tidak ada sekaligus dalam satu masa?

Mengapa harus hilang sesuatu untuk sesuatu?

Jawabnya senang.

Kerana tidak ada kemanisan tanpa ada kepahitan, dugaan dan rintangan. Mengecapi kebahagiaan memerlukan pengorbanan. Setiap kesenangan akan ada bayaran. Contohnya Tuhan hadirkan pelangi yang indah dan kicau burung yang menyanyikan kedamaian selepas hujan.

Biar hujan di dalam hati, pasti ada pelangi yang menanti. InsyaAllah.

*****************************************************

sumber: Sufi Hatiku

Wednesday, September 29, 2010

Cinta, Oh Cinta!

Kongsi

cinta , oh cinta

Kehidupan ini rasanya tak pernah dapat dilepaskan dari apa yang dinamakan ‘cinta’. Dengannya menjadi semarak dan indah dunia ini. Lihat saja, bagaimana seorang sang ayah begitu bersemangat dalam aktiviti hariannya mencari nafkah, tak lain kerana dorongan cintanya terhadap anak dan isterinya. Seorang yang lain pun begitu semangatnya mengumpul harta kekayaan, kerana sebuah dorongan cinta terhadap harta benda, demikian pula mereka yang cinta kepada kedudukan, akan begitu semangat meraih cintanya.

Itu semua adalah beberapa contoh dari berjuta cinta yang ada. Meskipun kesan yang banyak difahami orang tentang cinta, identitinya dengan apa yang terjadi antara seorang pemudi dan pemuda. Padahal cinta tak hanya sebatas itu saja.

Ternyata masalah cinta memang tidak sederhana. Ada cinta yang bernilai agung lagi utama, namun ada pula cinta yang haram dan tercela. Cinta sendiri kalau dilihat menurut islam, maka dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk. Kita semestinya tahu tentang model cinta tersebut untuk kemudian mampu memilih mana cinta yang mesti kita lekatkan di hati, mana pula cinta yang mesti kita tinggalkan sejauh-jauhnya.

Cinta kepada Allah
Cinta model ini adalah cinta yang paling utama. Bahkan kata ulama kita, cinta kepada Allah adalah pokok dari iman dan tauhid seorang hamba. Kerana memang Allah sajalah satu-satunya dzat yang patut diberikan rasa cinta.

Nyatalah bahawa cinta kepada Allah adalah puncaknya. Ia adalah yang tertinggi, paling agung dan paling bermanfaat. Begitu bermanfaat cinta kepada Allah ini, sehingga tangga-tangga menuju kepadanya pun merupakan hal-hal yang bermanfaat pula. Diantaranya berupa taubat, sabar dan zuhud. Apabila cinta diibaratkan sebuah pohon maka ia pun akan menghasilkan buah-buah yang bermanfaat seperti rasa rindu dan ridha kepada Allah.

Mengapa kita mesti cinta kepada Allah ? Banyak sekali alasannnya. Diantaranya adalah kerana Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh amat perlu apabila seorang hamba cinta kepada Allah, kerana Dialah yang memberikan semua kebaikan kepada hamba.

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian , maka itu semua dari Allah”
(QS Al Baqarah : 165)

Seorang hamba di setiap pagi dan petang, siang dan malam selalu berdoa, memohon dan meminta pertolongan kepada Allah. Dari doa tersebut kemudian Allah memberikan jawaban, menghindarkan hamba dari bahaya, memenuhi keperluan hamba tadi. Keterikatan ini mendorong hati untuk mencinta kepada dzat tempat ia bermohon.

Setiap insan pun tak lepas dari dosa dan kesalahan, maka Allah selalu membuka pintu taubat kepada hamba tadi, bahkan Allah tetap memberikan rahmah meski hamba kadang tidak menyayangi dirinya sendiri. Kebaikan-kebaikan yang dibuat hamba, tak ada sesuatu pun yang mampu diharap untuk memberi balasan dan pahala kecuali Allah semata.

Terlebih lagi, Allah telah menciptakan hamba, dari sesuatu yang tak ada menjadi ada. Tumbuh, berkembang dengan rezeki dari Allah Ta’ala. Maka ini menjadi alasan kenapa hamba semestinya cinta kepada Allah.

Cinta memang menuntut bukti. Tak hanya sekadar ucapan, seperti pepatah orang arab ’semua orang mengaku punya hubungan cinta dengan Laila namun si Laila tak pernah mengakuinya’. Dan wujud cinta ilahi dibuktikan dengan mengikuti sunah nabi dan juga berjihad di jalan Allah Ta’ala.

“Katakanlah apabila kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian” (QS Ali Imran : 31)

Cinta kerana Allah / cinta di jalan Allah
Cinta kerana Allah tentu saja mengikuti cinta yang pertama. Seperti dalam kehidupan, ketika kita cinta kepada seseorang maka apa yang dicintai oleh orang yang kita cinta pun kita sukai pula. Cinta kerana Allah adalah cinta kepada ‘person’ yang dicinta Allah seperti para nabi, rasul para sahabat nabi dan orang-orang shalih. Cinta kerana Allah jua berujud cinta kepada perbuatan soleh seperti solat, puasa zakat, berbakti kepada orang tua, memuliakan tetangga, berakhlaq mulia, menuntut ilmu syar’i dan segala perbuatan baik yang lain. Dengan demikian, ketika seoarng muslim mencinta seseorang atau perbuatan maka ia punya sebuah barameter “apakah hadir pada perbuatan mahupun orang tadi hal yang dicinta Allah”.

Bagaimana kita tahu kalau suatu perbuatan dicinta Allah? Jawabnya adalah, apabila Allah perintahkan atau diperintahkan Rasulullah berupa hal yang wajib maupun yang sunnah(mustahab).
Cinta yang disyariatkan diantaranya adalah cinta kepada saudara seiman

“Tidak beriman salah seorang diantara kalian sampai mencintai saudaranya sesama muslim sebagaimana mencintai dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)

Cinta ini bermanfaat bagi pelakunya sehingga mereka layak mendapatkan perlindungan Allah di hari tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah saja.

Cinta bersama Allah
Kecintaan ketiga ini adalah cinta yang terlarang. Cinta bersama Allah bererti mencintai sesuatu selain Allah bersama kecintaan kepada Allah.

Membahagi cinta, adalah model cinta yang ketiga ini. Kecintaan ini hanyalah milik orang-orang musyrik yang mencintai sesembahan-sesembahan mereka bersama cinta kepada Allah. Seperti firman Allah:

“Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan, yang mereka mencintai tandingan tadi sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat besar cinta mereka kepada Allah “ (QS Al Baqarah : 165)

Kecintaan ini dapat ditujukan kepada pohon, berhala, bintang, matahari, patung , malaikat, rasul dan para wali malahan kekasih hati apabila kesemuanya dijadikan pujaan dan igauan selain Allah.

Justeru bagaimana cinta kita kini…. terhadap ilmu, masa depan, islam, harta, pakaian, perkahwinan dan kepada hal yang berhubungan dunia ? Cinta yang seperti ini adalah cinta yang disebut sebagai “cinta thabi’i” cinta yang sesuai dengan tabiat ertinya wajar-wajar saja. Apabila mengikuti kecintaan kepada Allah, mendorong kepada ketaatan maka ia bermuatan ibadah. Sebaliknya bila mendorong kepada kemaksiatan maka ia adalah cinta yang tercela dan terlarang.

**********************************

sumber :Remaja Haluan

Friday, September 24, 2010

Cara Melawan Hawa Nafsu

Kongsi

lawan 1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.

Sekian.

sumber: Cahaya Mukmin

Sunday, September 19, 2010

Bagaimana Kita Membuat Penilaian Dan Pertimbangan

Kongsi

pen Saya masih ingat ketika saya mula-mula berpindah ke Perlis dan ditugaskan untuk menguruskan koperasi yang ketika itu mengalami kerugian yang agak tinggi. Antara perkara pertama yang saya lakukan ialah untuk 'clear'kan semua stok-stok lama.

Saya mula buangkan barang-barang yang dah rosak dan tidak bernilai kerana dalam perniagaan "space is a part of cost". Setiap barang yang tersimpan akan menghadkan ruang yang ada bahkan menuntut penjagaan dan masa. Antara barang-barang lama yang masih tinggal adalah selonggok pen yang masih boleh digunakan. Untuk dibuang begitu saja tentu merugikan kerana pen-pen itu masih boleh digunakan dan memang masih elok cuma stok lama. Sayapun carikan balang plastik, masukkan pen-pen itu kedalam balang itu dan labelkan "RM0.30". Memang murah kerana ada diantara pen-pen itu harganya lebih dari RM1.

Setelah beberapa hari, ternyata pen-pen yang dilelong itu tidak dapat sambutan. Kali ini saya gunakan strategi baru. Saya belikan rak-rak yang cantik lalu lapkan pen-pen itu biar nampak baru dan letakkan harga yang agak mahal bahkan lebih mahal dari hraga asal. Apa yang berlaku? Mungkin anda akan terkejut. Hampir semua pen itu habis dibeli.

Apa yang ingin saya sentuh disini ialah "Apa yang menentukan tanggapan atau penilaian kita keatas sesuatu perkara?" Adakah kita sentiasa melihat kepada kualiti, manfaat dan matlamat jangka panjang ataupun cantik, menarik dan up-to-date. Saya tidak katakan cantik dan menarik itu tidak penting tetapi ianya bukan yang paling penting dalam semua hal. Masih banyak perkara lain yang perlu kita fikirkan dalam membuat satu pertimbangan dan tindakan.

Cuba kita lihat pada keruntuhan rumahtangga hari ini, apabila kecantikan dijadikan ukuran yang paling penting. Lihat pula pada kehidupan remaja hari ini apabila keseronokan yang sementara dijadikan tujuan hidup. Bagaimana pula ibu bapa yang melupakan akhirat lalu menjadikan dunia sebagai penyelesaian bagi semua masalah; masalah suami isteri, masalah anak-anak dan sebagainya?

Betapa hari ini kita melihat kepincangan berlaku dalam persoalan nilai dan pertimbangan dan hari ini kita melihat dunia mula hilang keseimbangan dan mula kehilangan nilai. Hari ini kita melihat betapa rumahtangga tidak lagi menjadi tempat berteduhnya jiwa-jiwa yang sedang tumbuh membesar, anak-anak tidak lagi menjadi anugerah berharga bahkan ada yang dibuang-buang, rumahtangga tidak lagi menjadi tempat untuk kerehatan dan ketenangan, kepimpinan tidak lagi menjadi amanah dan tanggungjawab bahkan kehidupan itu sendiri kini telah dijadikan bahan mainan dan perjudian.

*****************************

oleh ; Azmi Bahari

Saturday, September 18, 2010

Nikah Khitbah (gantung) Boleh Mencegah Penzinaan

Kongsi

nikah gantung Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Pusat

Friday, September 17, 2010

Jangan terpengaruh dengan Islam Liberal

Kongsi

liberal Contoh paling masyhur dalam usaha aliran Islam Liberal untuk membuka dan membebaskan tafsiran hukum fiqh Islam ialah dalam bab aurat wanita. Di mana sahaja wujud aliran Islam Liberal, akan wujud juga penafsiran semula ke atas batas aurat wanita. Ringkasnya, aliran Islam Liberal mendakwa bahawa menutup aurat, khasnya memakai tudung, hanyalah peradaban masyarakat arab di zaman Rasulullah SAW. Dalam abad-abad awal selepas kewafatan Rasulullah SAW, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan seluruhnya telah menyelinap masuk ke dalam syariat Islam sehingga dianggap sebagai salah satu kewajipan agama. Kewajipan yang sebenar – dakwa Islam Liberal – adalah apa sahaja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari dengan tuntutan zaman dan peradaban.Pemikiran-pemikiran seperti ini sudah banyak menguasai muslimin dan muslimat di luar sana. Saya baru sahaja menyentuh tentang Islam Liberal dari segi aurat wanita, belum lagi termasuk bab-bab yang lainnya. Aurat seorang wanita itu sangat penting, dan wajib menutupnya!

Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Sumber yang ini saya search di internet. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Wallahu alam bi sawab.

sumber: http://kalbumuslimah.blogspot.com/2010/09/islam-jangan-terpengaruh-dengan-islam.html

Wednesday, September 15, 2010

Tahanan Palestina Ubah Penjara Israel Jadi Pusat Tahfidz Al-Qur’an

Kongsi
pala

Para tahanan Palestina berusaha benar-benar menghabiskan hari-hari mereka di balik jeruji pendudukan Israel. Mereka mungkin mengalami beragam tindakan represif dan pelecehan oleh sipir penjara Israel. Tapi ternyata mereka berhasil mewujudkan banyak keistimewaan melalui ragam inovasi yang  mereka lahirkan, terutama di bulan Ramadan.

Yang paling menonjol adalah keistimewaan mereka dalam hal interaksi dengan Al Quran selama bulan Ramadhan. Sebagian besar tahanan memanfaatkan detik demi detik di bulan suci di penjara, untuk memperbanyak interaksi dengan Al Quran, membaca, menghafal, belajar tajwid dan tilawah, memperdalam isi Al Quran. Jadilah, penjara-penjara Israel itu sebagai pusat-pusat pendidikan dan penghafalan Al Quranul Karim. Subhanallah.

Seorang tahanan bernama Abu Muaz (52 tahun) berbicara melalui telepon kepada Islamonline, “Para tahanan di sini berusaha mengisi waktu mereka dengan apapun yang berguna, ini merupakan tantangan antara napi dan sipir penjara. Karena kami ditangkap dan dipenjara dengan tujuan memberi kehidupan psikologis yang ditekan. Tapi keinginan mereka itu tidak berhasil.”

Dia menambahkan, bahwa para tahanan Palestina memiliki jadwal atau program o lah raga, kajian ilmu pengetahuan, kajian keagamaan yang bias dimanfaatkan secara baik oleh para tahanan, sehingga mereka mampu membina kepribadian dan kapasitas ilmu. “Khususnya di bulan Ramadhan, kami memiliki agenda khusus yang fokusnya adalah menghafal Al Quranul Karim,” jelas Muaz.

Perjalanan hari demi hari menghafal Al Quran di bulan Ramadhan ini bagi para tahanan benar-benar menjadi suplai energi yang menjadikan mereka lebih memiliki lipat ganda kesabaran melewati hari hari tahanan. Muaz menjelaskan, “Beberapa waktu lalu kami mengalami kesulitan untuk menghafal Al Quran, tapi di bulan ini kami rasakan perubahan yang luar biasa dibanding bulan bulan lain,” ujarnya.

Seorang tawanan lain bernama Lut Muhammad, mengaku telah menyelesaikan hafalan Al Qurannya sebanyak 30 juz hanya dalam waktu 4 bulan, di penjara Israel. Kepada Islamonline, ia mengatakan, “Mulanya saya menghafal beberapa juz saja sebelum dipenjara. Tapi kondisi di sini mendorong dan menciptakan suasana kondusif untuk menghafal lebih cepat hingga saya berhasil hafal Al Quran dalam 4 bulan, terutama di bulan Ramadhan” kisahnya.

Penting diketahui, program penghafalan Al Quran di penjara Israel ini pada tahun 2009 lalu telah melahirkan 73 orang hafiz Al Quran dengan ijazah sanad 30 juz. Selain itu ada 299 tahanan juga yang memperoleh ijazah tajwid. (mln/islamonline/knrp)

sumber; dakwatuna

Tuesday, September 14, 2010

Sayangi seadanya, Bencilah seadanya..

Kongsi

gabung "Janganlah kamu terlalu menyayangi sesuatu, boleh jadi kelak kamu akan membencinya. Dan janganlah kamu membenci sesuatu, kerana boleh jadi kelak kamu akan menyayanginya..."
Sayang seadanya, bencilah seadanya.

Tergerak untuk menulis post kali ini apabila teringat seorang adik seIslam bertanya kepada saya kerana saya memiliki seorang sahabat baik yang amat saya rapat dengannya. Kami dah jadi macam adik beradik dah pun.
"Kak..bukan kita tak boleh terlalu rapat dengan kawan kita ke?nanti kita jemu.. Pastu ustzah ckp, kita tak boleh syg sgt kat seseorg tu..benci pun sama..."
Saya tersenyum.

Maka saya pun menjelaskan kepadanya.
"Mesti adik fikir akan kata-kata ni, sayang seadanya, benci seadanya. Sebenarnya, sayang seadanya bukan tidak boleh sangat-sangat sayang. Tidak salah untuk kita menyayangi sahabat kita dengan sangat-sangat sayang, tetapi cuba fikir balik, apa maksud sebenar sayang seadanya tu? Sayang-sikit-sikit sahaja kah?

Bukan...Sayang seadanya itu bermakna, kita menyayangi seorang itu, tidak kiralah sahabat kita, ahli keluarga kita dan siapa sahaja yang kita sayang itu dengan menerima segala kelemahannya dengan hati yang terbuka. Kita tidak memandangnya terlalu sempurna, tetapi kita melihatnya sebagai seorang insan biasa seperti kita juga. Dan begitu juga pandangan dia terhadap diri kita. Bahkan, dalam kasih sayang itu juga kita sedia memperbaiki kelemahan dirinya, tidak takut untuk menegur dirinya ketika berbuat dosa, dan kita juga sedia menerima apa sahaja teguran yang diberinya. Kerana masing-masing tidak sanggup melihat satu sama lain terjerumus dalam neraka Allah. Ini baru dinamakan sangat-sangat sayang yang sebenar, inilah yang dikatakan Ukhwahfillah lillahi taala, berukhwah semata-mata kerana Allah, ingin sama-sama masuk ke dalam syurga Allah...
"7 golongan Allah menaungi mereka dalam naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya.....dan 2 orang yang saling menyayangi kerana Allah, mereka berhimpun & berpisah kerana-Nya"
HADIS
Tetapi ramai yang tidak faham. Ramai yang terlalu menyayangi seseorang sehingga dia memandang orang yang dicintai itu terlalu sempurna, perfect. Apabila orang yang disayangi itu berbuat salah, misalnya sahabat kita itu melakukan sesuatu kesalahan yang tidak pernah kita jangka dia akan melakukannya, kita memandang serong kepadanya, kita mengata dia, kita tinggalkan dia. Sedangkan jika difikirkan balik, apalah sangat kesalahan yang dibuat itu berbanding banyaknya kebaikan yang dia dah buat pada kita? kerana benda kecil, persahabatan yang dibina bertahun-tahun putus begitu sahaja. Ingat, haram bagi seorang mu'min itu tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari ( kerana berselisih)..."

Tak Jemu

"Tapi kan kak, tak boring ke asyik rapat dengan dia saja, pergi mana-mana pun dengan dia...berkepit jaa.."
Saya tersenyum lagi, kali ini lebih lebar senyuman saya.
"Kakak nak kongsi dengan kamu satu sirah. Bagaimana Rasulullah dengan sahabat-sahabat baginda. Rasulullah ni ramai sangat sahabat baginda. Baginda amat mencintai sahabat-sahabat baginda, dan sahabat-sahabat baginda amat mencintai Rasulullah juga. Tetapi dikalangan sahabat yang ramai itu, Saidina Abu Bakar merupakan sahabat yang paling Rasulullah cintai. Pahit manis perjuangan Rasulullah sentiasa ada Saidina Abu Bakar. Bermula dari saat Rasulullah menjadi Rasul, hijrah Rasulullah yang pertama, peperangan Rasululullah yang pertama hinggalah saat Rasulullah menghembuskan nafasnya, semuanya bersama Saidina Abu Bakar. Malah Saidatina Aisyah yang dikahwini Rasulullah atas wahyu Allah juga merupakan anak beliau.

Kakak ingat lagi mas'ul halaqah kakak cerita, ukhwah Rasulullah dengan Abu Bakar sentiasa dicemburui oleh sahabat-sahabat lain, tetapi mereka tidak pernah berhati busuk, malah mereka sentiasa meningkatkan diri untuk menambah ketaqwaan kepada Allah.
Rasulullah hampir setiap masa bersama beliau. Baginda akan ke ke rumah beliau setiap hari, dan kemana-mana juga bersama beliau, tidak pernah ada rasa jemu sedikitpun. Tapi kalau kita ni, dah bersama selalu pun kalau kita yang tidak jemu, akan ada jugalah mulut-mulut lain yang bising.

Memang kalau nak dibandingkan ukhwah kita insan biasa ini dengan Rasulullah dan para sahabat, jauh bagai langit dan bumi. Tetapi bukankah Rasulullah itu qudwah hasanah?  Kita tidak akan dapat menjadi seperti Rasulullah, tetapi kita boleh bawa sirah Rasulullah ke dalam kehidupan kita. Kita contohi bagaimana sikap Rasulullah dengan sahabat-sahabat baginda. Jika semua insan di bumi ini mencontohi Rasulullah bukan sahaja dalam berukhwah, bahkan dalam semua aspek kehidupan, masya Allah...amannya dunia..."
"Serangan iman yang paling jujur dan meyakinkan : kecintaan kerana Allah serta kebencian dan
kemarahan kerana Allah" HADIS
Takut

"Sebenarnya ana ada seorang sahabat yang ana sangat sayang. Tapi ana takut ana akan benci dia, ana takut ana jemu dengan dia...Dia pun sikit-sikit nak dengan ana, dengan orang lain dia tak mau. Dia kata tak boleh masuk..Lepas tu dia ni kuat cemburu..Ana tak boleh baik sikit dengan orang lain,nanti dia kata ana lupa kat dia..mana ada..."

Patutlaa adik ni tanya saya soalan-soalan ni. Dia ada masalah rupanya.

"Ehehehe..sebenarnya kakak dulu pon macam tu jugak..masa tu kakak tak faham lagi erti ukhwah yang sebenar..Kakak kuat cemvuru, merajuk.. Tapi Alhamdulillah, sahabat kakak tu cukup faham dengan kakak ni, kalau kakak cemburu atau merajuk, dia akan buat dek saja dengan kakak, lagi kakak buat perangai, lagi dia tak mau cakap dengan kakak.. lama-lama dengan sendiri kakak tinggalkan sifat-sifat tu..

Sebab kakak tak mau kerana perangai buruk kakak ni, ukhwah kmi terjejas. Sahabat kakak ni berani betul tegur kakak bila kakak buat salah.. Mula-mula kakak jadi rendah diri sangat, rasa macam dibenci, rasa terpinggir, tapi kakak positif balik. Orang yang tegur kita itulah orang yang sayang kat kita..

Dulu memang kakak tak boleh dengan orang lain, asyik-asyik nak dengan dia ja. Tapi sekarang kakak insyaAllah dah open, dah terbuka, sebab kakak dah faham, ukhwah tu untuk semua, bukan untuk kita-kita sahaja. Bagi kakak sahabat kakak adalah semua orang dalam kelas kakak tu, tapi sahabat baik, cuma seorang, yang mana kakak boleh kongsi dengan dia benda yang kakak tidak kongsi dengan orang lain, yang faham kakak sebenarnya macam mana, yang kakak selesa menjadi diri kakak yang sebenar bila bersamanya, dia boleh terima kelemahan kakak, dan kakak terima kelemahan dia.

Bagi sesetengah orang dengan semua orang dia boleh share, boleh kongsi, tapi kakak lain, tidak semua benda kakak boleh share dengan semua orang. Tapi ikut lah kan. Setiap orang cara dia berbeza-beza, kalau kita hormat cara orang lain, insyaAllah orang akan hormat cara kita pula. Saling menghormati, menjaga hati.
Yang kakak lawaknya, kalau dulu (masa kakak masih berfikiran sempit) kakak yang tidak boleh pisah dengan dia. Tapi sekarang orang pulak yang takut nak pisahkan, maksudnya asingkan kami dalam tugasa-tugasan tertentu...padahal kami tak kisah pun.." Saya ketawa kecil.

Begitulah..

Sebenarnya panjang lagi perbualan saya dan adik itu kerana dia meminta pendapat akan masalah yang menimpa dirinya. Pesan saya padanya, jangan takut untuk berkasih sayang. Martabat ukhwah yang paling tinggi adalah sanggup berkorban demi kepentingan orang alin (ithar), dan saya sendiri masih belum mampu mencapainya. Setiap amal ini bermula dengan niat, andai niat kita berukhwah hanya semata kerana Allah, insyaAllah, Allah akan bantu kita...Wallahu a'laam. Moga Allah sayang saya dan kalian juga..

"Jika salah seorang dari kalian mencintai seorang sahabat, maka hendaklah ia mendatangi sahabatnya
itu di rumahnya dan mengkhabarkan bahawa ia mencintai sahabat itu kerana Allah" HADIS RIWAYAT IBNU MUBARAK
Sesungguhnya saya menyayangi kalian kerana Allah  …

****************************

sumber; Huraiyah Life View

Monday, September 13, 2010

Ukhuwah kita..

Kongsi

Naruto_7 Kadang-kadang ku berfikir, Ukhuwwah kita ini, berapakah nilainya?
Lalu ku membaca sepucuk surat dari seorang teman buat teman-temannya:


Assalamualaikum w.b.t
sesungguhnya syaitan, apabila tidak mendapati mana2 ruang lagi untuk merosakkan akidah kita, akan datang menyerang ukhuwwah
marilah kita sama2 menutup ruang kepada syaitan utk menghembuskan virus2 ukhuwwah ke atas kita.

Allahurabbi…
teringat kisah Ummu Nidal, yang sanggup menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan gembira atas kesyahidan mereka, bahkan menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah tiada lagi anak untuk dihantar ke medan perang. Ummu Nidal bukan seperti ibu2 yang lain, yang jauh hati bila anak sudah jarang balik melawat, yang sedih bila anak2 tidak menghulurkan wang, yang merajuk hati bila anak menyebut sesuatu yang mengguris hati. Di hati Ummu Nidal tidak ada ‘kebiasaan’ itu semua. Dia tidak peduli apakah dia tak akan bertemu lagi dengan anak2nya buat selama2nya. Malah rela menanggung kesakitan sebesar2 kesakitan iaitu berpisah terus dengan mereka yang dicintai.

Allahurabbi…
teringat semasa di Melbourne, sewaktu di winter camp, terlihat kelibat seorang ukhti seperti tercari-cari manusia di sekeliling. Rupa2nya dia sedang mencari housematesnya. begitu sukar sekali ukhti ini mencari housematesnya kerana mereka semua bertebaran, bertempiaran, mengejar mad’u masing2, berhempas-pulas pada setiap minit dan saat yang ada menyeru manusia kembali kepada Allah. Cerita yang saya peroleh, ukhti dan hosuematesnya memang amat2 jarang sekali dapat duduk bersua muka sesama mereka, jarang sekali dapat bertanya khabar, apatah lagi mendengar luahan hati dan masalah setiap dari mereka. Kemudian ukhti ini berjaya menemui hosuematesnya di sebalik selaut manusia yang berpusu-pusu, hanya untuk mengambil gambar bersama2! Mereka berpegangan tangan dan berpelukan di dalam gambar itu, seolahnya melepaskan kerinduan dan kecintaan yang amat besar, sehinggakan seorang manusia yang memerhati dari jauh ini terasa tempias tautan hati yang begitu besar dan manis. Tak dapat dilupakan senyuman penuh kepuasan di wajah setiap dari mereka.

Allahurabbi…
teringat cerita seorang ukhti, bagaimana hubungan dia dengan suaminya yang tercinta. UKhti yang bekerja sebagai doktor ini kongsikan, pada setiap hari-hari selepas pulang dari hospital, selepas masing-masing penat dan lelah dari kerja yang banyak, dari kesedihan hati kerana dimarah doktor, dari kesilapan2 yang dibuat, dari rasa sayu kerana ada patient yang meninggal, apabila ukhti bertemu dengan suaminya selepas hari yang panjang dan memenatkan ini, mereka hanya bertukar beberapa baris ayat tentang apa yang berlaku di hospital, dan kemudiannya dengan bersemangat sekali berbicara tentang dakwah dan planat.

Allahurabbi….
teringat terbaca dalam blog seorang ukhti, dia menceritakan, apabila ada sambutan harijadi mad’u ukhti itu atau housematesnya yang lain, mereka akan bersama2 bersungguh2 mengadakan sambutan itu. masing2 memberikan hadiah, ada yang memasak yang istimewa2. tetapi hari jadi sesama housemates sendiri tidak dapat diraikan, bukan kerana sibuk tetapi kerana dirasakan tidak perlu. tidak ada  hadiah bertukar tangan. tetapi ukhti ini menyatakan dia sangat gembira, tatkala melihat senyuman terukir di wajah housematesnya.
ada juga dia mnyebutkan, kadang2 tetamu2 datang ke rumahnya, tapi ahli rumahnya tak pernah cukup, lalu mereka bertanya, ke mana orang ini, ke mana orang itu, mereka senang dan bangga sekali memnajwab, ukhti ini keluar usrah, ukhti ini di negeri lain sedang berdakwah..dan mereka amat gembira sekali dengan kehidupan seperti itu.

Allahurabbi….
saya ingin sekali memohon ampun atas segala kesalahan saya terhadap kalian. kerana saya tahu, sayalah orang itu yang paling tidak peduli apakah kalian sedih atau gembira. Sayalah orang itu yang keluar berdakwah dan membatalkan janji untuk makan bersama2 kalian. sayalah orang itu yang selalu membuat keputusan yang melibatkan kalian tanpa bertanya pendapat anda semua dahulu. sayalah orang itu yang selalu kelaur dan balik kepenatan dan tidak tahu apakah kalian baru mendapat berita gembira atau kecelakaan. sayalah orang itu yang lebih tahu suka duka orang2 di rumah lain daripada suka duka kalian.

Allahurabbi…

Dengan amat sangat saya memohon kemaafan dari kalian. Apakan daya, sudah saya cuba untuk mengaut segala-galanya, dari tugasan dakwah yang sebesar gunung dan tidak akan selesai sehingga mata ini rapat terpejam, kepada tuntutan pelajaran dan masalah peribadi, sehinggalah kepada tuntutan hak kalian ke atas saya. Hak untut didengari masalah kalian, hak untuk mencurahkan rasa hati, hak untuk bersembang2 mengetahui segala suka dan duka yang berlaku sehari-hari, hak untuk bergembira bersama-sama, berjalan bersama, makan bersama, berhibur bersama. Tetapi apakan daya, kerja terlalu banayk berbanding masa yang ada, sehingga hak-hak kalian sering saya gadaikan.

Tetapi saya amat yakin, kalian juga seperti saya, sangat menghargai makna bahawa ukhuwwah kita tidak sama seperti norma ukhuwwah ‘kebiasaan’. Ukhuwwah kita bukan pada banyaknya masa kita bersama, bukan pada mengetahui segala suka dan duka hidup kita, bukan pada sambutan majlis harijadi, bukan pada berjalan bersama, bahkan bukan pada ratap dan tangis bersama.

Tetapi ukhuwwah kita ada pada kecintaan kepada Allah dan kerinduan kepada Rasulullah. Hati kita diikat pada setiap saat walaupun jasad kita berjauhan. Cinta kita mekar sungguhpun lama tidak bersua muka. Kerinduan kita meluap-luap layaknya seperti dua orang teman yang sudah bertahun tidak berjumpa walau hakikatnya baru berpisah beberapa jam. Setiap saat yang suntuk yang kita miliki terasa begitu indah dan manis, kerana kita merasakan kehangatan roh-roh yang bertemu pada jalan yang suci dan agung. Saat kita berpelukan air mata kita berhamburan kerana basahnya jiwa-jiwa yang bertemu di atas jalan perjuangan. Tak perlu kalian nyatakan atau sebutkan apa-apa hati kita sudah saling mengetahui segala remuk-rendam dan kegembiraan dalam hati masing-masing.

Allahurabbi…
teman-teman yang terlalu kucintai, marilah kita sama-sama pertahankan ukhuwwah ini. marilah kita semua sama2 bersangka baik sesama kita. marilah kita sama2 membuang segala kekeruhan dalam hati. marilah kita semua sama2 memberi, kerana hanya apabila semua orang memberi maka semua orang akan menerima, tetapi apabila semua orang menunggu untuk menerima, maka tak akan ada siapa2 memperoleh apa2.

Allahurabbi..
cintailah hamba-hambaMu yang sentiasa mengharapkan cinta setinggi-tinggi cinta…

sumber; http://balqisz.wordpress.com/2010/09/13/ukhuwwah-kita/