Friday, July 2, 2010

Abdul Kadir AI-Kailani di Atas Jalan Dakwah dan Jihad

Kongsi

Selepas Abdullah bin al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus berkesinambungan dari generasi demi generasi. Kemudian dakwah5 tiba-tiba semangat ini lemah dan muram kembali. Ahli ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di tempat bertapa mereka dan meninggalkan tugas membimbing orang ramai.. Dakwah tidak dijalankan. Sekali lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan merebak dalam masyarakat Islam di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang pewaris yang unggul bagi menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W. mengikut jejak langkah Abdullah Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia bangkit dan bangun, senang hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam bid’ah pertapaan (uzlah), mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan menyembunyikan diri dari masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau pun berdiri tegas, memanggil umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit yang sedang mengancam mereka Selepas Abdullah bin al-Mubarak, generasi dakwah dan jihad terus berkesinambungan dari generasi demi generasi. Kemudian tiba-tiba semangat ini lemah dan muram kembali. Ahli ibadah dan ahli zuhud mula mengasingkan diri di tempat bertapa mereka dan meninggalkan tugas membimbing orang ramai.. Dakwah tidak dijalankan. Sekali lagi kegawatan, kekacauan dan penyelewengan merebak dalam masyarakat Islam di abad keenam hijrah. Ketika itu lahirlah seorang pewaris yang unggul bagi menyambung dakwah dan jihad Rasulullah S.A.W. mengikut jejak langkah Abdullah Ibnu Mas’ud dan Abdullah bin alMubarak. Dia bangkit dan bangun, senang hatinya bila melihat orang Islam hanyut di dalam bid’ah pertapaan (uzlah), mengasingkan diri dari pergolakan hidup dan menyembunyikan diri dari masyarakat Islam yang memerlukan pimpinan. Beliau pun berdiri tegas, memanggil umat dan mendedahkan kepada mereka penyakit yang sedang mengancam mereka .

Beliau adalah Syeikh Abdul Qadir al-Kailani Rahimahullah. Seorang yang menjadi tauladan dan seorang ulama’ yang bijaksana. Beliau adalah faqih lagi thiqah dari fuqaha’ mazhab Hanbali di Baghdad. Biasanya Ulama’ Mazhab Hanbali di setiap masa adalah ahli ibadah yang zuhud dan jauh dari segala perkara yang lain dari ilmu (tajarrud ilmi). Beliau adalah bangsawan dari keturunan Hassan al-Muthanna bin Hassan bin Ali bin Abi Talib r.a. Beliau dinasabkan dengan bandar Kailan kerana bandar itu adalah tempat kediaman datuk neneknya. Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim memberi pujian dan sanjungan tinggi kepadanya. Kedua-duanya menggelarnya “Tuan Guru yang menjadi model” sebagaimana yang kerap disebutkan di dalam “Madarij al-Salikin.”

jihad Syeikh Abdul Qadir banyak berbicara kepada orang ramai, melaungkan seruan Islam yang sebenar kepada penduduk Iraq dengan bahasa yang indah maksud dan strukturnya. Salah seorang muridnya telah menyampaikan kepada kita beberapa pidato beliau yang disalin dengan pantas ketika beliau berkhutbah di dalam pidato mingguannya pada tahun 545H. Syarahan beliau dibukukan di dalam sebuah buku yang bertajuk “Al-Fathu Rabbani Wal-Faidhu ar-Rahmani.” Walaupun mungkin terdapat beberapa perkara yang perlu ditolak, tetapi kitab itu penuh seruan al-haq, pandangan-pandangan bernilai dan menekankan wajibnya dakwah dan amar makruf nahi mungkar.

Marilah kita dengar beberapa seruan al-haq tersebut itu:

“Ahli zuhud yang baru di dalam zuhudnya lari dari makhluk. Tetapi ahli zuhud yang sempurna zuhudnya tidak menghindari manusia. Tidak lari atau takut kepada mereka, bahkan mencari-cari mereka. Kerana mereka mengenali Allah S.W.T. Sesiapa yang mengenali Allah tidak akan lari dari sesuatu dan tidak akan takut pada sesiapa pun kecuali hanya pada Allah semata-mata.

Ahli zuhud yang baru lari dari orang-orang fasik dan ahli maksiat, tetapi ahli zuhud yang telah tamat pelajarannya mencari-cari mereka. Bagaimana dia tidak mencari mereka padahal setiap penawar mereka ada padanya?

Justeru, sebahagian dari mereka telah berkata: “Tidak ada yang ketawa di hadapan orang fasik kecuali orang yang arif lagi bijaksana.” Barangsiapa yang telah sempurna mengenali Allah S.W.T., ia menjadi penunjuk kepadaNya. Dia menjadi jala untuk menangkap manusia dari lautan dunia. Dia menggunakan kekuatannya sehingga dapat mengalahkan iblis dan tenteranya.

Dia merampas manusia dari genggaman syaitan-syaitan itu.

Wahai orang yang mengasingkan diri kononnya kerana zuhud yang jahil! Maralah dan dengarlah kataku :

“Wahai orang zuhud di muka bumi, majulah kamu. Robohkanlah tempat pertapaan kamu dan marilah dekatku. Sesungguhnya kamu telah duduk di tempat mu itu tanpa dalil. Kamu tidak melakukan apa-apa kebaikan. Majulah kamu.”

Kata-kata ini diucapkannya ketika beliau sudah tua. Demikianlah apa yang difahami oleh ulama’ yang beramal dengan ilmunya. Kata-kata beliau ini benar-benar menyentuh hati. Amatilah kata-kata beliau: “Wahai ahli zuhud di bumi, maralah ! Robohkanlah biara kamu.” Robohkanlah biara kamu, wahai orang yang lari dari masyarakat dan tersungkur di bawah ikatan pemikiran keduniaan dan taghut abad yang kedua puluh ini.

Ambillah tempatmu di dalam barisan da’i Islam.

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

Abdullah Al-Mubarak Mewarisi Ibnu Mas’ud

Kongsi

Allah S.W.T. memberi hidayah kepada Abdullah bin Al-Mubarak (meninggal pada 181H) untuk melakukan pembaharuan (tajdid) dalam kehidupan umat Islam.

Abdullah bin Al-Mubarak Rahimahullah adalah seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti dengan adanya hadis-hadis beliau yang n71572266809_3379 termaktub di dalam sahih al-Bukhari dan Muslim, kitab-kitab sunan dan kitab-kitab musnad. Lebih dari itu, beliau adalah di antara ahli fiqh yang bijaksana dan mempunyai harta yang banyak. Kekayaannya telah dibelanjakan untuk membiayai pengajian pelajar-pelajar dan majlis ilmu di semua ibu negara Islam. Beliau juga mempunyai koleksi puisi-puisi indah tentang keimanan.

Bukan itu saja, bahkan beliau juga adalah seorang da’i dan mujahid. Setiap tahun beliau berperang di Rom dan menjadikan Tursus yang terletak di selatan Turki sebagai tempat tinggal. Sifat-sifat inilah yang menjadikan beliau pemimpin ahli hadis semasa zamannya.

Kata-kata yang dipetik dari Abdullah bin Mas’ud itu menggegarkan Abdullah bin al-Mubarak lalu dijadikan sebagai pelita di dalam hidupnya. Beliau memainkan peranan Ibnu Mas’ud yang kedua. Hinggakan kita dapat lihat beliau membantah sikap sahabatnya, seorang ahli ibadah zuhud yang thiqah iaitu al-Fudhail bin Iyadh Rahimahullah (meninggal pada 187H) kerana mengasingkan diri di Mekah untuk beribadat dan meninggalkan jihad.

Al-Fudhail juga merupakan seorang ahli hadis yang thiqah. Ini terbukti apabila hadis-hadisnya terdapat di dalam kitab sahih al-Bukhari dan Muslim. Dalam sejarah Islam, beliau dianggap seorang ahli ibadat dan zuhud yang termasyhur dan paling baik perkataannya. Tetapi Abdullah bin Al-Mubarak tidak menganggap keistimewaan itu sebagai alasan untuk meninggalkan jihad dan memerangi musuh Islam. Ibnu al-Mubarak pun mengeluarkan ‘kata-kata berat’ kepada al-Fudhail di mana beliau menyifatkan sahabatnya itu sebagai ahli abid yang bermain-main dengan ibadatnya. Tegurannya itu dikirimkan kepada al-Fudhail dari Tursus setelah selesai satu peperangan, semasa belum pun sempat debu di badannya hilang. Beliau mengirimkan rangkap-rangkap puisi yang tersangat indah, menjadi hujah bagi setiap da’i selepas beliau.

Syairnya mengandungi rangkap-rangkap yang sungguh mengkagumkan, isinya yang sangat benar dan jitu disulami dengan bahasa yang bermutu tinggi.

Bukalah hati kalian, rungkaikanlah belenggu dan bebaskanlah hati kalian dari ikatan, supaya dia terbang dan melayang tinggi bersama rangkap-rangkap puisi Ibnu al-Mubarak:

Wahai orang yang sedang beribadat di dua tanah haram, jika kamu melihat kami

nescaya kamu faham bahawa kamu hanya bermain-main di dalam ibadahmu.

orang-orang itu membasahi lehernya dengan air mata,

sedang tengkuk kami berlumuran dengan darah

dia memenatkan kudanya di dalam sia-sia

sedangkan kuda-kuda kami penat di hari peperangan

kamu berbau harum dengan minyak wangi, sedangkan minyak wangi kami

adalah peluh kuda dan debu yang terbaik di medan peperangan

telah datang kepada kami sabda Nabi kita

kata-kata yang benar, tepat dan bukan dusta:

“Tidak akan bertemu debu kuda pada hidung seseorang, dengan asap neraka yang menyala

kitab Allah ini telah menyebut di hadapan kita bahawa “orang yang mati syahid itu tidak mati” ini bukan satu dusta

solat Ungkapan Abdullah bin al-Mubarak ini diucapkan kepada ahli ibadah yang berada tanah haram Makah al Mukarramah. Al-Fudhail digelar sebagai ahli ibadah di dua tanah haram (Mekah dan Madinah). Beliau terkenal dengan banyak menangis. Kerana itulah Abdullah bin al-Mubarak menyindirnya dengan menyebut tentang air mata. Seperti sesetengah orang yang bersembahyang, al-Fudhail memakai haruman mawar dan lain-lain haruman untuk mencontohi sunnah Nabi Muhammad S.A.W. Oleh itu, Abdullah bin Al-Mubarak menyindirnya dengan mengatakan ianya satu haruman yang mudah padahal Rasulullah S.A.W. dan pewaris baginda dari kalangan ulama’ mujahidin berlumuran dengan darah dan debu medan peperangan di samping haruman mawar dan kasturi.

Apalah yang patut kita katakan kepada orang yang pada hari ini meninggalkan jihad dan dakwah, tidak amar makruf dan nahi mungkar, bukan kerana banyak beribadat, tetapi untuk berehat, bermewah, mengumpulkan harta dan memuaskan hati suami atau isterinya?

Apakah tidak patut kita katakan kepada ahli ibadat hari ini apa yang telah di katakan Abdullah bin Al-Mubarak:

“Wahai ahli ibadah, sekiranya kamu melihat bagaimana da’i Islam bertarung dengan pendukung kekafiran (jahiliyyah) puak-puak yang sesat, barulah kamu tahu yang kamu hanya bermain-main di dalam ibadatmu.”

Jika ahli ibadat merasa bengkok belakangnya kerana terlalu banyak melakukan solat, kering tekak kerana terus-menerus berpuasa, para da’i pula bengkok belakang mereka kerana setelah solat fardhu dan sunat, mereka terpaksa ke sana ke mari pula membincangkan dan merencanakan pelbagai urusan dan maslahah umat Islam. Tekak mereka pula kering kerana banyak bekerja dan bergerak. Mereka mengorbankan darah mereka hinggakan jasad-jasad mereka terkulai di tali gantung.

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :

http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Siapa akan memerangi musuh jika kamu ber'uzlah` ?

Kongsi

Kumpulan pertama yang keliru itu telah mula muncul sejak zaman permulaan Islam, di zaman sahabat-sahabat Rasulullah S.A.W ketika itu masih lagi hidup. Abdullah bin Mas’ud adalah antara para sahabat yang menentang mereka. Beliau faham bahawa ‘uzlah’ adalah sufi bertentangan dengan Islam yang dinamik, sebagaimana yang dididik oleh Rasulullah saw. Islam didikan Rasulullah saw adalah bergerak melaksanakan amar makruf dan nahi mungkar, berjihad dan berdakwah. Lalu Ibnu Mas’ud menerangkan bid’ahnya mereka, mengherdik dan mencabut kekeliruan mereka dan mengembalikan mereka ke jalan yang benar.

Seorang ahli fiqh dari para tabi’in Kufah yang arif dan bijaksana, Amir As-Sya’bi telah meriwayatkan bahawa ada beberapa lelaki telah keluar dari Kufah dan tinggal di pinggir bandar, beribadah di sana. Berita itu telah sampai ke pengetahuan Abdullah bin Mas’ud r.a. Dia pun datang berjumpa mereka. Orang-orang itu gembira dengan kedatangan beliau.

Ibnu Mas’ud berkata kepada mereka: “Apakah yang mendorong kamu berbuat begini?”

Mereka berkata: “Kami ingin lari dari hingar bingar kelam kelibut orang ramai untuk beribadat.”

Kata Abdullah bin Mas’ud: “Jika semua orang berbuat seperti apa yang kamu buat, siapakah yang akan memerangi musuh? Aku tidak akan tinggalkan tempat ini sehinggalah kamu pulang.”

Kisah ini telah diriwayatkan oleh seorang guru ahli hadis Abdullah bin al-Mubarak.’

Menurut andaian saya (Wallahua’alam), amalan bid’ah ini iaitu mengasingkan diri dan beruzlah dari masyarakat untuk beribadat adalah amalan yang ditiru dari kaum Nasrani. Di bumi Furat yang terletak berhampiran bandar Kufah terdapat banyak biara. Di sanalah juga tempat tinggalnya puak bani Tay yang ada tersebarnya kristian sebelum kedatangan Islam. Ini terbukti melalui mereka ‘Adi bin Hatim Al-Taa’iy r.a. yang pernah memeluk Nasrani sebelum masuk Islam.

Dari kisah Abdullah bin Mas’ud ini, para da’I sepanjang generasi dapat mengambil satu kesedaran yang benar. Sesungguhnya ia adalah kalimah yang benar, simbol kesedaran dan lambang didikan Nabi.handsome warrior

Tanda-tandanya jelas dalam kata-kata mereka sebagaimana yang terbayang di wajah mereka. Siapakah yang akan memerangi musuh jika ahli ibadat itu mengasingkan diri dari masyarakat?

Siapakah yang akan melawan konspirasi Zionisme, Freemason, propaganda Komunisme dan Atheis sekiranya orang yang bersembahyang dan ahli ibadah tetap di dalam masjid-masjid, tidak bergabung tenaga dengan da’i Islam?

Setelah Ibnu Mas’ud dan sahabat-sahabatnya wafat dan berlalunya generasi para mujahid tabi’in yang dididik oleh para sahabat Rasulullah S.A.W., sebahagian orang Islam telah kembali semula meninggalkan jihad, kembali beruzlah diri dari pergolakan orang ramai. Fenomena ini berlaku pada separuh kedua abad kedua hijrah.


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

Ahli Ibadat yang bermain-main

Kongsi

Apa yang telah kita petik dari Ibnu Taimiyah, Ibnu Qayyim, Al-Ghazali dan dari para ulama’ serta tokoh Islam masa kini tentang wajibnya quran-ar-fr berdakwah di jalan Allah S.W.T. serta amar makruf nahi mungkar dengan bersandarkan kepada beberapa ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W. adalah satu penjelasan yang jelas dan terang. Ia cukup untuk menolak kekeliruan mereka yang mendiamkan diri. Mereka menyangka beberapa kenyataan fiqh yang berbentuk umum itu dapat mengecualikan mereka dari wajibnya dakwah ini.

Walaupun kebelakangan ini telah banyak seruan dari da’i Islam yang mengajak orang ramai, khususnya kepada mereka yang bersembahyang (ahli ibadat) supaya bekerjasama dan menolong da’i Islam dalam kerja-kerja amar makruf, nahi mungkar ini, namun begitu sebahagian besar dari mereka hanya menggelupur sedih dengan realiti orang Islam. Mereka masih tidak mengetahui jalan kerja (tariqul ‘amal). Kalaupun mereka tahu, mereka dihalang pula oleh rasa takut dan ingin menjaga kepentingan. Takut memikul risiko dakwah dan pengorbanan serta inginkan harta dan kepentingan dunia.

Justeru, mereka mengasingkan diri di masjid-masjid atau di rumah masingmasing meratapi nasib Islam dan membiarkan generasi dan belia Islam dididik dan dibentuk oleh puak-puak atheis, sekularisme, komunisme dan wujudiah, menjerumuskan belia Islam kepada kerosakan dan kehidupan hawa nafsu, zina, arak dan berpoya-poya tanpa batasnya.

uzlah Mereka yang bersembahyang, bersemangat dan yang berdukacita melihat keadaan umat Islam ini sebenarnya turut membaca kitab-kitab fiqh, kitab-kitab ‘zuhud’ dan ‘al-Raqaiq’ yang menjadi sumber petikan kita. Tetapi ketakutan mereka tidak dapat membuka mata mereka untuk mengamati laungan orangorang ikhlas yang berjuang di sepanjang zaman, sejak zaman sahabat-sahabat Rasulullah hingga ke hari ini. Da’i yang ikhlas itu tidak henti-henti mengajak umat Islam agar bekerja untuk Islam, membawa khabar gembira dengan kedatangan fajar baru Islam, dakwah orang ramai, memberi peringatan kepada yang lalai dan menyuruh ahli uzlah tadi meninggalkan tempat uzlah supaya tampil ke tengah-tengah gelanggang perjuangan dan medan jihad untuk berjihad dan berkorban.

Kesedihan ini merupakan kesedihan yang ‘tak guna’, ibadah yang tak digalakkan, uzlah yang sia-sia dan bid’ah yang meruntuhkan, walaupun ia disertai dengan niat yang ikhlas dan baik.


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download : http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Thursday, July 1, 2010

Sujud kemerdekaan

Kongsi

sujud Syiar dan simbol kehambaan mereka ialah sujud kepada Allah. Sujud yang meninggikan hati. Manakala syiar dan simbol golongan jahiliyyah ialah tunduk kepada kehendak kebendaan dan seks yang mematikan hati.

Sesungguhnya sujud muslim yang sejati kepada Allah itulah lambang ketinggian dan kemuliaan, syiar kemerdekaan dan enggan menuruti segala taghut.

Sujud itu menundukkan dahi, tetapi

Memuliakan muslim yang bertakbir kepada Allah dan bertasbih padaNya

Si jahil menyangkanya belenggu ke atas hamba

tetapi sujudlah yang memusnahkan segala belenggu

Di dalam kemuliaan sujud, semua akan tunduk kepada muslim yang sujud

Seluruh alam takut kepada kata-kata dan perbuatannya

Wajah dan seluruh anggotanya diletakkan di bumi

Tetapi dia menggoncangkan gunung-ganang

Meruntuhkan syirik, was-was di dalam diri si jahil

tetapi membangunkan segala generasi dalam ketenangan

kerana hati ada perjalanan yang menundukkan bumi

lantaran kehebatan dan kebesaranNya

Sujud kepada Allah dan mengesakanNya, lalu mantap dan kuat

Terhapuslah setiap penzalim yang sombong

Barangsiapa menghayati sujud ini,

dia menikmati kepimpinan dan ketuanan

di muka bumi, dengan keagungannya, rahmat dan keindahannya

Itulah yang dinamakan sujud kemerdekaan. Melalui sujud ini, seorang muslim itu dapat menghancurkan belenggu nafsunya lalu dia menjadi manusia merdeka.

“Dia merdeka. Hanya menerima segala tasawwur, sistem, cara hidup, syariat, undang-undang, nilai dan neraca pertimbangan dari Allah sahaja. Jadilah dia sama dengan manusia lain, berdiri pada taraf yang sama. Mengadap tuan yang satu dan tidak menjadikan sebahagian daripada mereka sebagai Tuhan, selain dari Allah.”

Semalam_saja_di_neraka_ok Manusia akan sentiasa menderita, kelam kabut, bimbang dan sakit selagi mereka tidak sujud seperti sujud ini dan dan berpegang dengan akidah Islam ini. Penderitaan jiwa dan kezaliman yang berterusan walaupun maju dalam kebendaan benar-benar membuktikan bahawa akal semata-mata tidak akan mampu menjadi pemandu kestabilan jika tidak dipandu oleh akidah yang benar. Akal sentiasa dipengaruhi oleh nafsu sebagaimana kita selalu sebutkan. Ia hilang upaya untuk menghadapi pelbagai tekanan selagi kawalan dan pertimbangan akidah tiada di sampingnya.

Tiada kebahagiaan bagi manusia dan tiada jalan selamat dari tergelunsur jatuh oleh arus deras jahiliyyah melainkan mereka kembali semula kepada akidah Islam yang akan memandunya ke jalan yang benar. Akidah Islam akan memberikan jawapan yang betul terhadap semua permasalahan yang menyusahkan manusia zaman ini. Akidah Islam ini membuka pekung pemikiran jahiliyyah yang telah lama menyekat antara manusia dengan fitrah mereka.

Pada hari itu sahajalah, manusia akan kembali menikmati erti kebahagiaan. Dr. YusufAl-Qaradhaawi telah berkata :

“Sesungguhnya kebahagiaan itu ialah, anda hidup

Untuk pemikiran yang benar dan kukuh

Untuk akidah terbesar yang menyelesaikan,

Permasalahan alam yang lampau

Persoalan yang di soal oleh orang yang tertanya-tanya

Semasa mereka sedar dan cerdik boleh berfikir

Dari manakah aku datang?Ke manakah aku hendak pergi?

Kenapa aku dijadikan? Adakah aku hidup kembali?

 

Lalu bersinarlah keyakinan di dalam jiwa

Terusir segala keraguan yang degil

Terdidiklah fikiran yang waras

Terciptalah akhlak yang mulia

Dan kembalilah setiap akal yang menyeleweng kepada jalan yang benar dan lurus

Hidupmu akan dikurniakan nilai

Oleh Tuhanmu agar hidupmu terbina

Supaya matamu memandang di segala ufuk

Ke arah cita-cita yang tinggi

Lalu hiduplah kamu di dunia untuk akhirat

Di sanalah kamu hidup kekal dan tidak fana’

Kau tudung bumimu dengan langit

dan para malaikat menjadi saksi

Itulah akidah Islam untuk muslim yang bahagia

Itulah asas, itulah tiang serinya

Sesiapa yang hidup memikulnya sambil memekik

dengan namanya; dialah orang yang berbahagia


*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq