Entah. Hati aku tak senang. Biarlah, aku doakan kebahagiaannya.
" Rohaizat ", bibir mungilnya menyebut namaku.
Aku berpaling. Tersenyum, wanita ini lagi.
" Ah, sahabatku Olivia. Ada apa? ", aku menyahut panggilannya.
Olivia mengambil tempat duduk di sebelahku tanpa dipelawa. Dia meramas kedua-dua tapak tangannya.
" Huh, tanda ini lagi. Kau mahu bincang lagi ya? Perkara apa pula..".
Olivia ketawa perlahan. Sungguh ayu dia.
" Macam biasa, Rohaizat. Apa kau tak bisa bicara sama aku lagi? ", gesitnya nakal.
Aku tersenyum lucu. Minah salih ini sudah pandai menyelit sedikit bahasa indonesia. Entah dari mana dia belajar.
Sejak mahir berbahasa Melayu, dia kalut mempelajari bahasa lain pula. Katanya, kalau dia boleh berbahasa Melayu kenapa tidak bahasa lain pula?. Aku tersenyum sahaja tika itu.
" Aku makin pening baca al-qur’an yang kau hadiahkan pada aku “, Olivia menyebut perlahan. Walaupun dia ateis, dia rasa perlu untuk menghormati kitab agama. Dia tahu setiap orang ada pegangan tersendiri.
Aku mengangkat kening sebelah. Memusingkan badanku pada Olivia yang sedang menunduk entah kenapa. “ Kau main baca, terus petik sahaja ayat-ayat dari muka surat manapun ya? “, aku menanya sopan. Tak mahu kelihatan terangan menuduh.
Olivia mengangguk. Dia sudah pun mengangkat wajahnya, merenung langit pula.
“ Heh, itulah salah kau. Olivia sayang, kau kena baca dahulu dari awal, ikut susunan.” , kritik aku terang. Kami sudah biasa saling mengeluarkan kata pedas, namun batasnya tetap terpelihara.
Olivia angguk lagi. Seperti tiada refleksi lain yang hendak dipamerkan.
“ Aku ada terbaca tentang kenikmatan syurga yang tak pernah akan berakhir. Boleh kau terangkan? ”
Aku lega. Dia tidak seperti dahulu. Dahulu, soalannya sering menyengat ingin berdebat namun sekarang soalannya lebih kepada mencari kebenaran. Aku jadi tersenyum mengenangkan perubahan ini. Alhamdulillah, senyap-senyap aku memanjatkan kesyukuran ke hadrat Ilahi.
“ Banyak lagi hal seperti itu di dunia ini. Cuba kau lihat ilmu, tidak pernah berakhir walaupun kau terus-terusan menuntutnya. Kalaupun kita mengamalkan ilmu, ia tak pernah berkurang atau terjejas malah makin bertambah! “, kadang mereka ini perlu disuap dengan logik akal. Mudah sedikit penerimaannya.
Olivia tersenyum mendengar jawapanku. Mudah-mudahan dia dapat menerimanya, kalau tidak entah bagaimana aku mahu menerangkan lanjut.
“ Aku tak bermaksud apa-apa. Tapi, kenapa syurga itu abdi? Bukankah selalunya sesuatu itu ada awal dan akhirnya..”, dia tanya lagi.
Aku terdiam. Mengerah akal untuk berfikir jawapan yang terbaik. Tiba-tiba satu idea meresap ke dalam otakku di luar kawalan.
“ Kau tahu apa angka yang terakhir? “
Olivia menggeleng.
Sambil tersengih, aku berkata ; “ 999? “.
Olivia menyerlahkan lagi ketawa ayunya. Dia mengangkat tangan tanda menyerah, dan memohon aku menerangkan kedudukan sebenar.
“ Kalau angka itu bermula dengan 0 atau 1, tapi berakhir dengan apa? Tiada akhir. Macam penghuni syurga abadi juga. Kekal selamanya.. “.
Tiba-tiba seorang perempuan lebih kurang sebaya aku, menggamit diriku dari jauh. Aku meminta izin untuk beredar dari Olivia. Dia membenarkan. Bila diajak pulang bersama, dia menolak. Katanya mahu menikmati pandangan di situ dahulu.
Aku mendapatkan rakan sebilikku. Reaksinya kelihatan tidak senang.
“ Assalamua’laikum Diana. Kenapa monyok, senyum sikit..”, usikku.
“ Wa’alaikumussalam. Ah..kau tak habis-habis dengan Olivia. “, bicaranya kasar.
Aku tergelak kecil. “ Kau cemburu ya? “.
Diana buat gaya luku kepala. “ Tak kuasa aku hendak cemburu “.
Kami pun berjalan beriringan, menuju ke rumah sewa. Masuk sahaja, aku terus menanggalkan tudung. Jaketku masih tersarung, sejuk! Itulah takdir yang harus diterima apabila belajar di luar negara. Tambah-tambah lagi di Kanada ini.
“ Kenapa kau sibuk jawab soalan-soalan Olivia tu? Buang masa betul..”, rungut Diana.
Aku yang sedang berjalan ke pintu bilik, mematikan langkah.
“ Apa kau tak ada kerja lain? Dia itu ateis. Tak perlu susah nak terang pasal agama! “, rungut Diana masih tidak berkesudahan.
Diana yang sedang mendakap kakinya di ruang tamu akibat sejuk didekatiku. Aku mengurut-ngurut bahunya perlahan, meredakan ketegangan suara Diana.
“ Diana..Rasul sendiri berpesan agar kita menyampaikan kata baginda walau seayat “.
“ Bukan untuk orang sesat begitu! Rasul suruh sampaikan pada orang yang ada agama. Olivia itu ateis, Rohaizat! “, balasnya pesimis.
Aku beristighfar dalam hati. Lalu, mengambil tempat di sebelah Diana yang sudah melunjurkan kakinya.
“ Tidak sayang. Ateis juga berhak mendapat bimbingan. Kalau bukan kita yang menyedarkan mereka, siapa lagi? “.
Diana menghela nafas berat. “ Aku cuma risaukan kau sahabat. Moga kau tidak terpengaruh..”
“ InsyaAllah tidak. Moga Allah melindungi dan memperkukuhkan imanku. Kau doakan aku ya? “, aku membalas lembut.
Diana mengangguk senang. “ Aku sentiasa mendoakan kau. Setiap kali aku tahu kau bersama Olivia, hati aku berdegup pantas. “.
Aku terharu. Ya Allah, terima kasih kerana mengutus sahabatku ini hadir dalam hidupku.
Aku memeluk Diana. “ Syukran ala kulli hal, ya Sadiqati “, ucapan terima kasih meluncur keluar dari bibirku.
Telefon rumah berdering. Kami berpandangan, Diana mengisyaratkan agar dia sahaja yang menjawab. Aku mengangguk, menurut sahaja.
“ Hello? May I know who’s speaking? “, kata Diana sebaik sahaja mengangkat gagang telefon. Aku ketawa kecil, begitu formal caranya menjawab.
Diana menghulurkan gagang kepadaku. Aku mengangkat kening, siapa? “Olivia”, jawabnya pendek.
“ Yo, Olivia. Ada apa? “, kataku selamba.
Terdengar suara di sebelah sana menyahut; “ Kenapa kau tak pernah beri salam padaku seperti pada rakan Islam yang lain? “
“ Hehe.. Tak wajib dong “, balasku.
Tiba-tiba talian seakan terganggu. Entah apa Olivia katakan padaku.
“ Hello? Rohaizat, are you there? “, itu sahaja aku dengar.
“ Sorry, something wrong with the line. “, terang aku.
“ Kau tak dengar aku cakap apa tadi? “, tanyanya lagi.
Aku menggeleng. Baru teringat, dia pasti tidak dapat melihat gelengan aku. “ Nop “.
“ Kau tunggu ya, aku mahu singgah ke rumah kau sebentar. Tak apa kan? “, Olivia memohon izin.
Setelah selesai berbicara, aku mencari-cari makanan yang tersisa di peti ais. Alhamdulillah, masih ada sedikit makanan yang terbungkus rapi.
Menurut ibu, Allah dan Rasul menyarankan agar memuliakan tetamu. Ah, aku jadi teringat ibu dan abah di Malaysia. Bagaimana agaknya kesihatan mereka?
“ Ya Allah Ya Rahim, kau peliharalah kedua ibu bapaku. Kau lapangkanlah rezeki mereka wahai Yang Maha Pemurah. “, aku sempat memanjatkan doa sebelum loceng kedengaran.
Kelihatan Diana sudah bergerak mendapatkan pintu. Wajahnya menjadi kelat melihat Olivia sedang berdiri di hadapan pintu yang sudah dibuka. Namun, senyumannya tetap dipamerkan.
“ Terima kasih Diana tolong bukakan pintu. “, aku menepuk bahu Diana perlahan.
“ Cepat kau sampai! “, aku menegur Olivia.
Dia tersengih. “ Kau tak mahu jemput aku masuk? “.
Aku ketawa kecil. Olivia suka benar menyindir lembut. Lalu, aku persilakan Olivia masuk.
“ Kejap ya. Aku pergi ambil kopi. Sejuk-sejuk begini sedap minum air panas “.
Aku yang baru hendak melangkah, tanganku ditarik oleh Olivia. Dia menggeleng, aku jadi hairan.
“ Aku ada berita besar. Kau duduk dulu “, seperti aku pula tetamu, menurut katanya agar duduk.
“ Kau tahu apa aku cakap dalam telefon tadi? “, dia menanya soalan yang sama lagi.
Aku menggeleng. Dia tersenyum manis. Wajahnya yang jelita bertambah manis dengan senyumannya.
“ Bila kau kata kau tak dengar, talian terganggu. Aku merasakan bahawa Tuhan mahu aku sampaikan berita ini pada kau secara berhadapan “, ujarnya satu persatu, begitu teliti.
Pendengaranku seakan janggal. Aku tersedar dalam kejutan. “ Kau sudah percaya Tuhan, Olivia? “, jeritku kecil.
Diana yang baru memutuskan ingin masuk ke dalam bilik, tidak menjadi. Dia berpaling, melihat kedua-dua insan di ruang tamu.
“ Ya Rohaizat. Boleh kau ajar aku syahadah? “, tenang sahaja dia menuturkan.
“ Alhamdulillah. Syukur Ya Allah!! Sudah tentu aku akan ajarkan..”, aku begitu gembira sehingga mengalirkan air mata kesyukuran.
Selesai Olivia mengucap syahadah, Diana pantas memeluk Olivia. Aku jadi terharu. Diana sudah dapat menerima Olivia dengan ikhlas. Kemudian, aku pula memeluk Olivia erat sambil berbisik; “ Aku sayang kau sebagai saudara seagama, Islam. “.
Dia meleraikan pelukan dan berkata ; “ Sebenarnya, aku degil tidak mendengar nasihat kau. Aku masih lagi menyelak helaian al-Qur’an sesuka hati. Tiba-tiba hatiku begitu tertarik pada suatu surah. Surah Al-mu’minun menceritakan proses kejadian manusia. Aku terlongo sebentar. Entah dari mana angin meniup, muka surat sudah bertukar. Aku jadi kecewa. Tidak sempat aku meneliti lebih terperinci.Aku pun dengan rasa kecewa, menyelak helai demi helai tanpa perasaan. Sekejap ke belakang, sekejap ke halaman depan. Tapi mataku kembali melekat sehinggalah terhenti pada satu helaian lain pula.”, terangnya panjang lebar. Aku dan Diana merenung saudara seislam kami yang baru kembali kepada fitrah asalnya itu, iaitu Islam.
Olivia berdehem dan mengambil nafas. Kemudian menyambung semula ; “ Ya Allah, aku baca pula tentang proses kejadian alam. Bagaimana al-qur’an yang telah tercipta sedemikian lama sudah pun mengetahui tentang proses alam yang baru sahaja ditemui saintis? Dan, proses kejadian manusia..sebab itu aku ambil keputusan untuk memeluk Islam “.
Olivia tersenyum, bahagia. “ Aku rasa damai sekarang. Sejuk, dingin dan nyaman. Entah kenapa..”.
Aku memegang kedua lengannya. “ Mungkin itu kerana kau mendapat hidayah, Olivia! “.
Diana ikut membenarkan, dia mengangguk.
" Terima kasih Rohaizat kerana tahan menjawab soalan-soalan aku selama ini. Kau dah banyak menyedarkan aku..", ucap Olivia sayu, ada nada terharu yang terselit.
Kami bersama-sama berasa bahagia hari itu. Menyaksikan seorang yang tidak percaya bahawa Tuhan itu wujud sudah pun mengakui kewujudan Tuhan. Malah, Tuhan Yang Satu iaitu Allah.
Kami tersenyum bahagia.
Tambah lagi Olivia.
Kerana kembali kepada fitrah kebaikan itu sangat seronok. Bahagia. Indah.
p/s: Cerpen ini saya dedikasikan kepada guru kelas saya tahun 2010, Cikgu Rohaizat. Beliau mengajar Mathematic, sangat manis dan baik. :)
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>.
Rujuk Karya Asal : Ariffah9