Wednesday, September 29, 2010

Cinta, Oh Cinta!

Kongsi

cinta , oh cinta

Kehidupan ini rasanya tak pernah dapat dilepaskan dari apa yang dinamakan ‘cinta’. Dengannya menjadi semarak dan indah dunia ini. Lihat saja, bagaimana seorang sang ayah begitu bersemangat dalam aktiviti hariannya mencari nafkah, tak lain kerana dorongan cintanya terhadap anak dan isterinya. Seorang yang lain pun begitu semangatnya mengumpul harta kekayaan, kerana sebuah dorongan cinta terhadap harta benda, demikian pula mereka yang cinta kepada kedudukan, akan begitu semangat meraih cintanya.

Itu semua adalah beberapa contoh dari berjuta cinta yang ada. Meskipun kesan yang banyak difahami orang tentang cinta, identitinya dengan apa yang terjadi antara seorang pemudi dan pemuda. Padahal cinta tak hanya sebatas itu saja.

Ternyata masalah cinta memang tidak sederhana. Ada cinta yang bernilai agung lagi utama, namun ada pula cinta yang haram dan tercela. Cinta sendiri kalau dilihat menurut islam, maka dapat dikategorikan menjadi tiga bentuk. Kita semestinya tahu tentang model cinta tersebut untuk kemudian mampu memilih mana cinta yang mesti kita lekatkan di hati, mana pula cinta yang mesti kita tinggalkan sejauh-jauhnya.

Cinta kepada Allah
Cinta model ini adalah cinta yang paling utama. Bahkan kata ulama kita, cinta kepada Allah adalah pokok dari iman dan tauhid seorang hamba. Kerana memang Allah sajalah satu-satunya dzat yang patut diberikan rasa cinta.

Nyatalah bahawa cinta kepada Allah adalah puncaknya. Ia adalah yang tertinggi, paling agung dan paling bermanfaat. Begitu bermanfaat cinta kepada Allah ini, sehingga tangga-tangga menuju kepadanya pun merupakan hal-hal yang bermanfaat pula. Diantaranya berupa taubat, sabar dan zuhud. Apabila cinta diibaratkan sebuah pohon maka ia pun akan menghasilkan buah-buah yang bermanfaat seperti rasa rindu dan ridha kepada Allah.

Mengapa kita mesti cinta kepada Allah ? Banyak sekali alasannnya. Diantaranya adalah kerana Allah lah yang memberikan nikmat kepada kita, bahkan segala nikmat. Sedangkan hati seorang hamba tercipta untuk mencinta orang yang memberikan kebaikan kepadanya. Kalau demikian, sungguh amat perlu apabila seorang hamba cinta kepada Allah, kerana Dialah yang memberikan semua kebaikan kepada hamba.

“Dan apa-apa nikmat yang ada pada kalian , maka itu semua dari Allah”
(QS Al Baqarah : 165)

Seorang hamba di setiap pagi dan petang, siang dan malam selalu berdoa, memohon dan meminta pertolongan kepada Allah. Dari doa tersebut kemudian Allah memberikan jawaban, menghindarkan hamba dari bahaya, memenuhi keperluan hamba tadi. Keterikatan ini mendorong hati untuk mencinta kepada dzat tempat ia bermohon.

Setiap insan pun tak lepas dari dosa dan kesalahan, maka Allah selalu membuka pintu taubat kepada hamba tadi, bahkan Allah tetap memberikan rahmah meski hamba kadang tidak menyayangi dirinya sendiri. Kebaikan-kebaikan yang dibuat hamba, tak ada sesuatu pun yang mampu diharap untuk memberi balasan dan pahala kecuali Allah semata.

Terlebih lagi, Allah telah menciptakan hamba, dari sesuatu yang tak ada menjadi ada. Tumbuh, berkembang dengan rezeki dari Allah Ta’ala. Maka ini menjadi alasan kenapa hamba semestinya cinta kepada Allah.

Cinta memang menuntut bukti. Tak hanya sekadar ucapan, seperti pepatah orang arab ’semua orang mengaku punya hubungan cinta dengan Laila namun si Laila tak pernah mengakuinya’. Dan wujud cinta ilahi dibuktikan dengan mengikuti sunah nabi dan juga berjihad di jalan Allah Ta’ala.

“Katakanlah apabila kalian cinta kepada Allah maka ikutilah aku (Rasulullah) maka Allah akan mencintai kalian dan mengampuni dosa-dosa kalian” (QS Ali Imran : 31)

Cinta kerana Allah / cinta di jalan Allah
Cinta kerana Allah tentu saja mengikuti cinta yang pertama. Seperti dalam kehidupan, ketika kita cinta kepada seseorang maka apa yang dicintai oleh orang yang kita cinta pun kita sukai pula. Cinta kerana Allah adalah cinta kepada ‘person’ yang dicinta Allah seperti para nabi, rasul para sahabat nabi dan orang-orang shalih. Cinta kerana Allah jua berujud cinta kepada perbuatan soleh seperti solat, puasa zakat, berbakti kepada orang tua, memuliakan tetangga, berakhlaq mulia, menuntut ilmu syar’i dan segala perbuatan baik yang lain. Dengan demikian, ketika seoarng muslim mencinta seseorang atau perbuatan maka ia punya sebuah barameter “apakah hadir pada perbuatan mahupun orang tadi hal yang dicinta Allah”.

Bagaimana kita tahu kalau suatu perbuatan dicinta Allah? Jawabnya adalah, apabila Allah perintahkan atau diperintahkan Rasulullah berupa hal yang wajib maupun yang sunnah(mustahab).
Cinta yang disyariatkan diantaranya adalah cinta kepada saudara seiman

“Tidak beriman salah seorang diantara kalian sampai mencintai saudaranya sesama muslim sebagaimana mencintai dirinya sendiri” (HR Bukhari dan Muslim)

Cinta ini bermanfaat bagi pelakunya sehingga mereka layak mendapatkan perlindungan Allah di hari tiada perlindungan kecuali perlindungan Allah saja.

Cinta bersama Allah
Kecintaan ketiga ini adalah cinta yang terlarang. Cinta bersama Allah bererti mencintai sesuatu selain Allah bersama kecintaan kepada Allah.

Membahagi cinta, adalah model cinta yang ketiga ini. Kecintaan ini hanyalah milik orang-orang musyrik yang mencintai sesembahan-sesembahan mereka bersama cinta kepada Allah. Seperti firman Allah:

“Dan diantara manusia ada yang menjadikan selain Allah sebagai tandingan-tandingan, yang mereka mencintai tandingan tadi sebagaimana mencintai Allah. Adapun orang-orang yang beriman amat sangat besar cinta mereka kepada Allah “ (QS Al Baqarah : 165)

Kecintaan ini dapat ditujukan kepada pohon, berhala, bintang, matahari, patung , malaikat, rasul dan para wali malahan kekasih hati apabila kesemuanya dijadikan pujaan dan igauan selain Allah.

Justeru bagaimana cinta kita kini…. terhadap ilmu, masa depan, islam, harta, pakaian, perkahwinan dan kepada hal yang berhubungan dunia ? Cinta yang seperti ini adalah cinta yang disebut sebagai “cinta thabi’i” cinta yang sesuai dengan tabiat ertinya wajar-wajar saja. Apabila mengikuti kecintaan kepada Allah, mendorong kepada ketaatan maka ia bermuatan ibadah. Sebaliknya bila mendorong kepada kemaksiatan maka ia adalah cinta yang tercela dan terlarang.

**********************************

sumber :Remaja Haluan

Friday, September 24, 2010

Cara Melawan Hawa Nafsu

Kongsi

lawan 1. Takut kepada azab Allah.

Apabila anda ingin melakukan maksiat, ingatlah azab neraka yang sangat panas. Sedangkan api di dunia pun kita tidak sanggup untuk merasainya.Bagaimana pula dengan neraka! Setiap kali hawa nafsu anda mengajak kepada maksiat, ingatlah azab neraka!Nescaya anda akan dapat mengalahkan hawa nafsu anda dengan izin Allah.

2. Mengingati mati.

Ketika nafsu anda membara,ingatlah mati.Jika anda mati dalam keadaan melakukan maksiat, adakah anda akan masuk syurga? Ingatlah mati selalu.

3. Memohon hidayah daripada Allah.

4. Setiap kali anda terasa ingin melakukan maksiat, cepat2lah beristighfar.

5. Cari kawan2 yang berpegang kuat dengan Islam dan jangan berkawan dengan golongan syaitan manusia yang akan menambahkan lagi hawa nafsu anda.

6. Cintakan majlis2 ilmu dan kuliah agama di masjid.

7. Sentiasa mendengar tazkirah dan peringatan2.

8. Sabar dalam melawan hawa nafsu.

Al-Imam Ibnul Qayyim menyebut di dalam "Tooriq Al-Hijrotain Wa Baab As-Sa'datain" m/s:292-293 beberapa faktor yang boleh membantu anda merealisasikan perkara tersebut.

1. Mengetahui kesan2 buruk maksiat.

2. Malu kepada Allah.

3. Mengetahui bahawa maksiat menghapuskan nikmat dan mengurangkan keberkatan.

4. Takut kepada Allah dan azab neraka.

5. Cinta Allah.

Akhirnya bertaubatlah dan sabar dalam mujahadah dan melawan hawa nafsu anda.

Sekian.

sumber: Cahaya Mukmin

Sunday, September 19, 2010

Bagaimana Kita Membuat Penilaian Dan Pertimbangan

Kongsi

pen Saya masih ingat ketika saya mula-mula berpindah ke Perlis dan ditugaskan untuk menguruskan koperasi yang ketika itu mengalami kerugian yang agak tinggi. Antara perkara pertama yang saya lakukan ialah untuk 'clear'kan semua stok-stok lama.

Saya mula buangkan barang-barang yang dah rosak dan tidak bernilai kerana dalam perniagaan "space is a part of cost". Setiap barang yang tersimpan akan menghadkan ruang yang ada bahkan menuntut penjagaan dan masa. Antara barang-barang lama yang masih tinggal adalah selonggok pen yang masih boleh digunakan. Untuk dibuang begitu saja tentu merugikan kerana pen-pen itu masih boleh digunakan dan memang masih elok cuma stok lama. Sayapun carikan balang plastik, masukkan pen-pen itu kedalam balang itu dan labelkan "RM0.30". Memang murah kerana ada diantara pen-pen itu harganya lebih dari RM1.

Setelah beberapa hari, ternyata pen-pen yang dilelong itu tidak dapat sambutan. Kali ini saya gunakan strategi baru. Saya belikan rak-rak yang cantik lalu lapkan pen-pen itu biar nampak baru dan letakkan harga yang agak mahal bahkan lebih mahal dari hraga asal. Apa yang berlaku? Mungkin anda akan terkejut. Hampir semua pen itu habis dibeli.

Apa yang ingin saya sentuh disini ialah "Apa yang menentukan tanggapan atau penilaian kita keatas sesuatu perkara?" Adakah kita sentiasa melihat kepada kualiti, manfaat dan matlamat jangka panjang ataupun cantik, menarik dan up-to-date. Saya tidak katakan cantik dan menarik itu tidak penting tetapi ianya bukan yang paling penting dalam semua hal. Masih banyak perkara lain yang perlu kita fikirkan dalam membuat satu pertimbangan dan tindakan.

Cuba kita lihat pada keruntuhan rumahtangga hari ini, apabila kecantikan dijadikan ukuran yang paling penting. Lihat pula pada kehidupan remaja hari ini apabila keseronokan yang sementara dijadikan tujuan hidup. Bagaimana pula ibu bapa yang melupakan akhirat lalu menjadikan dunia sebagai penyelesaian bagi semua masalah; masalah suami isteri, masalah anak-anak dan sebagainya?

Betapa hari ini kita melihat kepincangan berlaku dalam persoalan nilai dan pertimbangan dan hari ini kita melihat dunia mula hilang keseimbangan dan mula kehilangan nilai. Hari ini kita melihat betapa rumahtangga tidak lagi menjadi tempat berteduhnya jiwa-jiwa yang sedang tumbuh membesar, anak-anak tidak lagi menjadi anugerah berharga bahkan ada yang dibuang-buang, rumahtangga tidak lagi menjadi tempat untuk kerehatan dan ketenangan, kepimpinan tidak lagi menjadi amanah dan tanggungjawab bahkan kehidupan itu sendiri kini telah dijadikan bahan mainan dan perjudian.

*****************************

oleh ; Azmi Bahari

Saturday, September 18, 2010

Nikah Khitbah (gantung) Boleh Mencegah Penzinaan

Kongsi

nikah gantung Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , Dewan Pemuda PAS menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .

An Nuur : Ayat 32

Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :

  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan

Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :

  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]

Cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga

Justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti.

Disediakan Oleh

Ust.Nasruddin Hassan At Tantawi

Ketua Pemuda

Dewan Pemuda PAS Pusat

Friday, September 17, 2010

Jangan terpengaruh dengan Islam Liberal

Kongsi

liberal Contoh paling masyhur dalam usaha aliran Islam Liberal untuk membuka dan membebaskan tafsiran hukum fiqh Islam ialah dalam bab aurat wanita. Di mana sahaja wujud aliran Islam Liberal, akan wujud juga penafsiran semula ke atas batas aurat wanita. Ringkasnya, aliran Islam Liberal mendakwa bahawa menutup aurat, khasnya memakai tudung, hanyalah peradaban masyarakat arab di zaman Rasulullah SAW. Dalam abad-abad awal selepas kewafatan Rasulullah SAW, bentuk pakaian bertudung dan menutup tubuh badan seluruhnya telah menyelinap masuk ke dalam syariat Islam sehingga dianggap sebagai salah satu kewajipan agama. Kewajipan yang sebenar – dakwa Islam Liberal – adalah apa sahaja bentuk pakaian yang dianggap sopan oleh masyarakat selari dengan tuntutan zaman dan peradaban.Pemikiran-pemikiran seperti ini sudah banyak menguasai muslimin dan muslimat di luar sana. Saya baru sahaja menyentuh tentang Islam Liberal dari segi aurat wanita, belum lagi termasuk bab-bab yang lainnya. Aurat seorang wanita itu sangat penting, dan wajib menutupnya!

Contoh golongan ini adalah seperti Pengurus Program Sisters In Islam (SIS), Norhayati Kaprawi dalam sesi dialog Islam Liberal di Hotel Selesa, Pasir Gudang yang berkata bahawa pakaian taqwa itu lebih baik dari menutup aurat. Sumber yang ini saya search di internet. Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian.

Wallahu alam bi sawab.

sumber: http://kalbumuslimah.blogspot.com/2010/09/islam-jangan-terpengaruh-dengan-islam.html

Wednesday, September 15, 2010

Tahanan Palestina Ubah Penjara Israel Jadi Pusat Tahfidz Al-Qur’an

Kongsi
pala

Para tahanan Palestina berusaha benar-benar menghabiskan hari-hari mereka di balik jeruji pendudukan Israel. Mereka mungkin mengalami beragam tindakan represif dan pelecehan oleh sipir penjara Israel. Tapi ternyata mereka berhasil mewujudkan banyak keistimewaan melalui ragam inovasi yang  mereka lahirkan, terutama di bulan Ramadan.

Yang paling menonjol adalah keistimewaan mereka dalam hal interaksi dengan Al Quran selama bulan Ramadhan. Sebagian besar tahanan memanfaatkan detik demi detik di bulan suci di penjara, untuk memperbanyak interaksi dengan Al Quran, membaca, menghafal, belajar tajwid dan tilawah, memperdalam isi Al Quran. Jadilah, penjara-penjara Israel itu sebagai pusat-pusat pendidikan dan penghafalan Al Quranul Karim. Subhanallah.

Seorang tahanan bernama Abu Muaz (52 tahun) berbicara melalui telepon kepada Islamonline, “Para tahanan di sini berusaha mengisi waktu mereka dengan apapun yang berguna, ini merupakan tantangan antara napi dan sipir penjara. Karena kami ditangkap dan dipenjara dengan tujuan memberi kehidupan psikologis yang ditekan. Tapi keinginan mereka itu tidak berhasil.”

Dia menambahkan, bahwa para tahanan Palestina memiliki jadwal atau program o lah raga, kajian ilmu pengetahuan, kajian keagamaan yang bias dimanfaatkan secara baik oleh para tahanan, sehingga mereka mampu membina kepribadian dan kapasitas ilmu. “Khususnya di bulan Ramadhan, kami memiliki agenda khusus yang fokusnya adalah menghafal Al Quranul Karim,” jelas Muaz.

Perjalanan hari demi hari menghafal Al Quran di bulan Ramadhan ini bagi para tahanan benar-benar menjadi suplai energi yang menjadikan mereka lebih memiliki lipat ganda kesabaran melewati hari hari tahanan. Muaz menjelaskan, “Beberapa waktu lalu kami mengalami kesulitan untuk menghafal Al Quran, tapi di bulan ini kami rasakan perubahan yang luar biasa dibanding bulan bulan lain,” ujarnya.

Seorang tawanan lain bernama Lut Muhammad, mengaku telah menyelesaikan hafalan Al Qurannya sebanyak 30 juz hanya dalam waktu 4 bulan, di penjara Israel. Kepada Islamonline, ia mengatakan, “Mulanya saya menghafal beberapa juz saja sebelum dipenjara. Tapi kondisi di sini mendorong dan menciptakan suasana kondusif untuk menghafal lebih cepat hingga saya berhasil hafal Al Quran dalam 4 bulan, terutama di bulan Ramadhan” kisahnya.

Penting diketahui, program penghafalan Al Quran di penjara Israel ini pada tahun 2009 lalu telah melahirkan 73 orang hafiz Al Quran dengan ijazah sanad 30 juz. Selain itu ada 299 tahanan juga yang memperoleh ijazah tajwid. (mln/islamonline/knrp)

sumber; dakwatuna

Tuesday, September 14, 2010

Sayangi seadanya, Bencilah seadanya..

Kongsi

gabung "Janganlah kamu terlalu menyayangi sesuatu, boleh jadi kelak kamu akan membencinya. Dan janganlah kamu membenci sesuatu, kerana boleh jadi kelak kamu akan menyayanginya..."
Sayang seadanya, bencilah seadanya.

Tergerak untuk menulis post kali ini apabila teringat seorang adik seIslam bertanya kepada saya kerana saya memiliki seorang sahabat baik yang amat saya rapat dengannya. Kami dah jadi macam adik beradik dah pun.
"Kak..bukan kita tak boleh terlalu rapat dengan kawan kita ke?nanti kita jemu.. Pastu ustzah ckp, kita tak boleh syg sgt kat seseorg tu..benci pun sama..."
Saya tersenyum.

Maka saya pun menjelaskan kepadanya.
"Mesti adik fikir akan kata-kata ni, sayang seadanya, benci seadanya. Sebenarnya, sayang seadanya bukan tidak boleh sangat-sangat sayang. Tidak salah untuk kita menyayangi sahabat kita dengan sangat-sangat sayang, tetapi cuba fikir balik, apa maksud sebenar sayang seadanya tu? Sayang-sikit-sikit sahaja kah?

Bukan...Sayang seadanya itu bermakna, kita menyayangi seorang itu, tidak kiralah sahabat kita, ahli keluarga kita dan siapa sahaja yang kita sayang itu dengan menerima segala kelemahannya dengan hati yang terbuka. Kita tidak memandangnya terlalu sempurna, tetapi kita melihatnya sebagai seorang insan biasa seperti kita juga. Dan begitu juga pandangan dia terhadap diri kita. Bahkan, dalam kasih sayang itu juga kita sedia memperbaiki kelemahan dirinya, tidak takut untuk menegur dirinya ketika berbuat dosa, dan kita juga sedia menerima apa sahaja teguran yang diberinya. Kerana masing-masing tidak sanggup melihat satu sama lain terjerumus dalam neraka Allah. Ini baru dinamakan sangat-sangat sayang yang sebenar, inilah yang dikatakan Ukhwahfillah lillahi taala, berukhwah semata-mata kerana Allah, ingin sama-sama masuk ke dalam syurga Allah...
"7 golongan Allah menaungi mereka dalam naungan-Nya pada hari yang tidak ada naungan kecuali
naungan-Nya.....dan 2 orang yang saling menyayangi kerana Allah, mereka berhimpun & berpisah kerana-Nya"
HADIS
Tetapi ramai yang tidak faham. Ramai yang terlalu menyayangi seseorang sehingga dia memandang orang yang dicintai itu terlalu sempurna, perfect. Apabila orang yang disayangi itu berbuat salah, misalnya sahabat kita itu melakukan sesuatu kesalahan yang tidak pernah kita jangka dia akan melakukannya, kita memandang serong kepadanya, kita mengata dia, kita tinggalkan dia. Sedangkan jika difikirkan balik, apalah sangat kesalahan yang dibuat itu berbanding banyaknya kebaikan yang dia dah buat pada kita? kerana benda kecil, persahabatan yang dibina bertahun-tahun putus begitu sahaja. Ingat, haram bagi seorang mu'min itu tidak bertegur sapa dengan saudaranya melebihi tiga hari ( kerana berselisih)..."

Tak Jemu

"Tapi kan kak, tak boring ke asyik rapat dengan dia saja, pergi mana-mana pun dengan dia...berkepit jaa.."
Saya tersenyum lagi, kali ini lebih lebar senyuman saya.
"Kakak nak kongsi dengan kamu satu sirah. Bagaimana Rasulullah dengan sahabat-sahabat baginda. Rasulullah ni ramai sangat sahabat baginda. Baginda amat mencintai sahabat-sahabat baginda, dan sahabat-sahabat baginda amat mencintai Rasulullah juga. Tetapi dikalangan sahabat yang ramai itu, Saidina Abu Bakar merupakan sahabat yang paling Rasulullah cintai. Pahit manis perjuangan Rasulullah sentiasa ada Saidina Abu Bakar. Bermula dari saat Rasulullah menjadi Rasul, hijrah Rasulullah yang pertama, peperangan Rasululullah yang pertama hinggalah saat Rasulullah menghembuskan nafasnya, semuanya bersama Saidina Abu Bakar. Malah Saidatina Aisyah yang dikahwini Rasulullah atas wahyu Allah juga merupakan anak beliau.

Kakak ingat lagi mas'ul halaqah kakak cerita, ukhwah Rasulullah dengan Abu Bakar sentiasa dicemburui oleh sahabat-sahabat lain, tetapi mereka tidak pernah berhati busuk, malah mereka sentiasa meningkatkan diri untuk menambah ketaqwaan kepada Allah.
Rasulullah hampir setiap masa bersama beliau. Baginda akan ke ke rumah beliau setiap hari, dan kemana-mana juga bersama beliau, tidak pernah ada rasa jemu sedikitpun. Tapi kalau kita ni, dah bersama selalu pun kalau kita yang tidak jemu, akan ada jugalah mulut-mulut lain yang bising.

Memang kalau nak dibandingkan ukhwah kita insan biasa ini dengan Rasulullah dan para sahabat, jauh bagai langit dan bumi. Tetapi bukankah Rasulullah itu qudwah hasanah?  Kita tidak akan dapat menjadi seperti Rasulullah, tetapi kita boleh bawa sirah Rasulullah ke dalam kehidupan kita. Kita contohi bagaimana sikap Rasulullah dengan sahabat-sahabat baginda. Jika semua insan di bumi ini mencontohi Rasulullah bukan sahaja dalam berukhwah, bahkan dalam semua aspek kehidupan, masya Allah...amannya dunia..."
"Serangan iman yang paling jujur dan meyakinkan : kecintaan kerana Allah serta kebencian dan
kemarahan kerana Allah" HADIS
Takut

"Sebenarnya ana ada seorang sahabat yang ana sangat sayang. Tapi ana takut ana akan benci dia, ana takut ana jemu dengan dia...Dia pun sikit-sikit nak dengan ana, dengan orang lain dia tak mau. Dia kata tak boleh masuk..Lepas tu dia ni kuat cemburu..Ana tak boleh baik sikit dengan orang lain,nanti dia kata ana lupa kat dia..mana ada..."

Patutlaa adik ni tanya saya soalan-soalan ni. Dia ada masalah rupanya.

"Ehehehe..sebenarnya kakak dulu pon macam tu jugak..masa tu kakak tak faham lagi erti ukhwah yang sebenar..Kakak kuat cemvuru, merajuk.. Tapi Alhamdulillah, sahabat kakak tu cukup faham dengan kakak ni, kalau kakak cemburu atau merajuk, dia akan buat dek saja dengan kakak, lagi kakak buat perangai, lagi dia tak mau cakap dengan kakak.. lama-lama dengan sendiri kakak tinggalkan sifat-sifat tu..

Sebab kakak tak mau kerana perangai buruk kakak ni, ukhwah kmi terjejas. Sahabat kakak ni berani betul tegur kakak bila kakak buat salah.. Mula-mula kakak jadi rendah diri sangat, rasa macam dibenci, rasa terpinggir, tapi kakak positif balik. Orang yang tegur kita itulah orang yang sayang kat kita..

Dulu memang kakak tak boleh dengan orang lain, asyik-asyik nak dengan dia ja. Tapi sekarang kakak insyaAllah dah open, dah terbuka, sebab kakak dah faham, ukhwah tu untuk semua, bukan untuk kita-kita sahaja. Bagi kakak sahabat kakak adalah semua orang dalam kelas kakak tu, tapi sahabat baik, cuma seorang, yang mana kakak boleh kongsi dengan dia benda yang kakak tidak kongsi dengan orang lain, yang faham kakak sebenarnya macam mana, yang kakak selesa menjadi diri kakak yang sebenar bila bersamanya, dia boleh terima kelemahan kakak, dan kakak terima kelemahan dia.

Bagi sesetengah orang dengan semua orang dia boleh share, boleh kongsi, tapi kakak lain, tidak semua benda kakak boleh share dengan semua orang. Tapi ikut lah kan. Setiap orang cara dia berbeza-beza, kalau kita hormat cara orang lain, insyaAllah orang akan hormat cara kita pula. Saling menghormati, menjaga hati.
Yang kakak lawaknya, kalau dulu (masa kakak masih berfikiran sempit) kakak yang tidak boleh pisah dengan dia. Tapi sekarang orang pulak yang takut nak pisahkan, maksudnya asingkan kami dalam tugasa-tugasan tertentu...padahal kami tak kisah pun.." Saya ketawa kecil.

Begitulah..

Sebenarnya panjang lagi perbualan saya dan adik itu kerana dia meminta pendapat akan masalah yang menimpa dirinya. Pesan saya padanya, jangan takut untuk berkasih sayang. Martabat ukhwah yang paling tinggi adalah sanggup berkorban demi kepentingan orang alin (ithar), dan saya sendiri masih belum mampu mencapainya. Setiap amal ini bermula dengan niat, andai niat kita berukhwah hanya semata kerana Allah, insyaAllah, Allah akan bantu kita...Wallahu a'laam. Moga Allah sayang saya dan kalian juga..

"Jika salah seorang dari kalian mencintai seorang sahabat, maka hendaklah ia mendatangi sahabatnya
itu di rumahnya dan mengkhabarkan bahawa ia mencintai sahabat itu kerana Allah" HADIS RIWAYAT IBNU MUBARAK
Sesungguhnya saya menyayangi kalian kerana Allah  …

****************************

sumber; Huraiyah Life View

Monday, September 13, 2010

Ukhuwah kita..

Kongsi

Naruto_7 Kadang-kadang ku berfikir, Ukhuwwah kita ini, berapakah nilainya?
Lalu ku membaca sepucuk surat dari seorang teman buat teman-temannya:


Assalamualaikum w.b.t
sesungguhnya syaitan, apabila tidak mendapati mana2 ruang lagi untuk merosakkan akidah kita, akan datang menyerang ukhuwwah
marilah kita sama2 menutup ruang kepada syaitan utk menghembuskan virus2 ukhuwwah ke atas kita.

Allahurabbi…
teringat kisah Ummu Nidal, yang sanggup menghantar 3 orang anak lelakinya ke medan perang dan gembira atas kesyahidan mereka, bahkan menangis bila memikirkan tiba masanya nanti sudah tiada lagi anak untuk dihantar ke medan perang. Ummu Nidal bukan seperti ibu2 yang lain, yang jauh hati bila anak sudah jarang balik melawat, yang sedih bila anak2 tidak menghulurkan wang, yang merajuk hati bila anak menyebut sesuatu yang mengguris hati. Di hati Ummu Nidal tidak ada ‘kebiasaan’ itu semua. Dia tidak peduli apakah dia tak akan bertemu lagi dengan anak2nya buat selama2nya. Malah rela menanggung kesakitan sebesar2 kesakitan iaitu berpisah terus dengan mereka yang dicintai.

Allahurabbi…
teringat semasa di Melbourne, sewaktu di winter camp, terlihat kelibat seorang ukhti seperti tercari-cari manusia di sekeliling. Rupa2nya dia sedang mencari housematesnya. begitu sukar sekali ukhti ini mencari housematesnya kerana mereka semua bertebaran, bertempiaran, mengejar mad’u masing2, berhempas-pulas pada setiap minit dan saat yang ada menyeru manusia kembali kepada Allah. Cerita yang saya peroleh, ukhti dan hosuematesnya memang amat2 jarang sekali dapat duduk bersua muka sesama mereka, jarang sekali dapat bertanya khabar, apatah lagi mendengar luahan hati dan masalah setiap dari mereka. Kemudian ukhti ini berjaya menemui hosuematesnya di sebalik selaut manusia yang berpusu-pusu, hanya untuk mengambil gambar bersama2! Mereka berpegangan tangan dan berpelukan di dalam gambar itu, seolahnya melepaskan kerinduan dan kecintaan yang amat besar, sehinggakan seorang manusia yang memerhati dari jauh ini terasa tempias tautan hati yang begitu besar dan manis. Tak dapat dilupakan senyuman penuh kepuasan di wajah setiap dari mereka.

Allahurabbi…
teringat cerita seorang ukhti, bagaimana hubungan dia dengan suaminya yang tercinta. UKhti yang bekerja sebagai doktor ini kongsikan, pada setiap hari-hari selepas pulang dari hospital, selepas masing-masing penat dan lelah dari kerja yang banyak, dari kesedihan hati kerana dimarah doktor, dari kesilapan2 yang dibuat, dari rasa sayu kerana ada patient yang meninggal, apabila ukhti bertemu dengan suaminya selepas hari yang panjang dan memenatkan ini, mereka hanya bertukar beberapa baris ayat tentang apa yang berlaku di hospital, dan kemudiannya dengan bersemangat sekali berbicara tentang dakwah dan planat.

Allahurabbi….
teringat terbaca dalam blog seorang ukhti, dia menceritakan, apabila ada sambutan harijadi mad’u ukhti itu atau housematesnya yang lain, mereka akan bersama2 bersungguh2 mengadakan sambutan itu. masing2 memberikan hadiah, ada yang memasak yang istimewa2. tetapi hari jadi sesama housemates sendiri tidak dapat diraikan, bukan kerana sibuk tetapi kerana dirasakan tidak perlu. tidak ada  hadiah bertukar tangan. tetapi ukhti ini menyatakan dia sangat gembira, tatkala melihat senyuman terukir di wajah housematesnya.
ada juga dia mnyebutkan, kadang2 tetamu2 datang ke rumahnya, tapi ahli rumahnya tak pernah cukup, lalu mereka bertanya, ke mana orang ini, ke mana orang itu, mereka senang dan bangga sekali memnajwab, ukhti ini keluar usrah, ukhti ini di negeri lain sedang berdakwah..dan mereka amat gembira sekali dengan kehidupan seperti itu.

Allahurabbi….
saya ingin sekali memohon ampun atas segala kesalahan saya terhadap kalian. kerana saya tahu, sayalah orang itu yang paling tidak peduli apakah kalian sedih atau gembira. Sayalah orang itu yang keluar berdakwah dan membatalkan janji untuk makan bersama2 kalian. sayalah orang itu yang selalu membuat keputusan yang melibatkan kalian tanpa bertanya pendapat anda semua dahulu. sayalah orang itu yang selalu kelaur dan balik kepenatan dan tidak tahu apakah kalian baru mendapat berita gembira atau kecelakaan. sayalah orang itu yang lebih tahu suka duka orang2 di rumah lain daripada suka duka kalian.

Allahurabbi…

Dengan amat sangat saya memohon kemaafan dari kalian. Apakan daya, sudah saya cuba untuk mengaut segala-galanya, dari tugasan dakwah yang sebesar gunung dan tidak akan selesai sehingga mata ini rapat terpejam, kepada tuntutan pelajaran dan masalah peribadi, sehinggalah kepada tuntutan hak kalian ke atas saya. Hak untut didengari masalah kalian, hak untuk mencurahkan rasa hati, hak untuk bersembang2 mengetahui segala suka dan duka yang berlaku sehari-hari, hak untuk bergembira bersama-sama, berjalan bersama, makan bersama, berhibur bersama. Tetapi apakan daya, kerja terlalu banayk berbanding masa yang ada, sehingga hak-hak kalian sering saya gadaikan.

Tetapi saya amat yakin, kalian juga seperti saya, sangat menghargai makna bahawa ukhuwwah kita tidak sama seperti norma ukhuwwah ‘kebiasaan’. Ukhuwwah kita bukan pada banyaknya masa kita bersama, bukan pada mengetahui segala suka dan duka hidup kita, bukan pada sambutan majlis harijadi, bukan pada berjalan bersama, bahkan bukan pada ratap dan tangis bersama.

Tetapi ukhuwwah kita ada pada kecintaan kepada Allah dan kerinduan kepada Rasulullah. Hati kita diikat pada setiap saat walaupun jasad kita berjauhan. Cinta kita mekar sungguhpun lama tidak bersua muka. Kerinduan kita meluap-luap layaknya seperti dua orang teman yang sudah bertahun tidak berjumpa walau hakikatnya baru berpisah beberapa jam. Setiap saat yang suntuk yang kita miliki terasa begitu indah dan manis, kerana kita merasakan kehangatan roh-roh yang bertemu pada jalan yang suci dan agung. Saat kita berpelukan air mata kita berhamburan kerana basahnya jiwa-jiwa yang bertemu di atas jalan perjuangan. Tak perlu kalian nyatakan atau sebutkan apa-apa hati kita sudah saling mengetahui segala remuk-rendam dan kegembiraan dalam hati masing-masing.

Allahurabbi…
teman-teman yang terlalu kucintai, marilah kita sama-sama pertahankan ukhuwwah ini. marilah kita semua sama2 bersangka baik sesama kita. marilah kita sama2 membuang segala kekeruhan dalam hati. marilah kita semua sama2 memberi, kerana hanya apabila semua orang memberi maka semua orang akan menerima, tetapi apabila semua orang menunggu untuk menerima, maka tak akan ada siapa2 memperoleh apa2.

Allahurabbi..
cintailah hamba-hambaMu yang sentiasa mengharapkan cinta setinggi-tinggi cinta…

sumber; http://balqisz.wordpress.com/2010/09/13/ukhuwwah-kita/

Sunday, September 12, 2010

Dakwah Dengan Hikmah

Kongsi

muhamd “ Serulah (manusia) kepada jalan Rabb-mu dengan Hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Rabb-mu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk.” (QS. An-Nahl:125)

Di sudut pasar kota Madinah ada seorang pengemis buta yang setiap hari selalu berkata kepada orang yang mendekatinya,” Wahai Saudaraku jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya”.

Meskipun demikian, setiap pagi Rasulullah Muhammad Shalallahu’alahi wa Sallam selalu mendatanginya dengan membawakan makanan untuknya, dan tanpa berucap sepatah katapun Rasulullah menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu. Pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya adalah Rasulullah dan tetap saja dia mencaci maki beliau dihadapannya.

Rasulullah Shalallahu’alahi wa Sallam melakukan hal tersebut setiap hari sampai beliau wafat. Setelah wafatnya Rasulullah tidak ada lagi orang yang membawakan makanan dan menyuapinya disetiap pagi kepada pengemis itu.

Hingga suatu hari, sahabat terdekat Rasulullah yaitu Abu Bakar Radhiallahu’anhu berkunjung kerumah anaknya Aisyah Radhiallahu’anha yang juga merupakan istri Rasulullah dan bertanya,” Anakku, adakah kebiasaan Rasulullah yang belum aku kerjakan?”. Aisyah menjawab,” Wahai ayah, engkau adalah seoarang ahli sunnah dan hampir tidak ada kebiasaan Rasulullah yang belum ayah lakukan kecuali satu saja”. “Apa itu?”,Tanya Abu Bakar.” Setiap pagi Rasulullah berkunjung kepasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis buta yang ada disana”, Kata Aisyah.

Keesokan harinya Abu Bakar Radhiallahu’anhu pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abu bakar mendatangi pengemis itu lalu memberikan itu kepadanya. Ketika Abu Bakar mulai menyuapinya, si pengemis marah sambil menghardik,” Siapa kamu?”. Abu Bakar menjawab,”Aku orang yang biasa.” “ Bukan! Kamu bukan orang yang biasa mendatangiku”, Bantah si pengemis buta itu. “ Apabila ia datang tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah. Orang yang mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut setelah itu ia berikan kepadaku”, pengemis itu melanjutkan perkataanya.

Abu Bakar Radhiallahu’anhu tidak dapat dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis tadi,” Aku memang bukan orang yang biasa datang kepadamu. Aku adalah salah seorang sahabatnya. Orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah Shalallahu’alahi wa Sallam.”

Seketika itu juga sang pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abu Bakar dan berkata,” Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memakinya, memfitnahnya dan ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia.”

Pengemis itupun akhirnya bersyahadat di hadapan Abu Bakar Radhiallahu’anhu dan sejak saat itu pula dia menjadi muslim.

Itu adalah cerita sang Teladan kita Rasulullah Shalallahu’alahi wa Sallam orang terbaik di muka bumi ini. Bagaimana Anda? Apa yang sudah Kita lakukan? ^_^

sumber; an-naba

Wednesday, September 8, 2010

Dalam Menggapai Redha Allah…

Kongsi

redha Hati kita belum boleh tenang walaupun kita sudah mendidik anak-anak dengan baik di rumah. Berapa ramai ibu bapa yang baik-baik, tapi memiliki anak yang punah. Agak merungsingkan juga apabila didapati sebahagian daripada anak-anak gadis yang dihantar ke tempat-tempat perlindungan bagi wanita terlanjur adalah anak kepada ibu bapa yang beragama dan berpendidikan.

Kepincangan dalam sistem pendidikan, bahana media bobrok yang semakin canggih, pengaruh rakan sebaya serta kelemahan dalam didikan anak mungkin antara punca yang menyebabkan anak-anak terjebak dengan mungkar zina.

Dalam siri yang lepas, saya telah mengulas beberapa aspek pendidikan berkaitan hubungan pergaulan dalam Islam. Kurangnya kepekaan ibu bapa dalam ilmu batas-batas pergaulan dalam Islam, kadang-kadang turut menjadi penyebab menularnya wabak zina dalam masyarakat. Tidak kurang ibu bapa yang gagal memahami perkembangan psikologi dan biologi anaknya sendiri dan tidak menyedari tarikan persekitaran yang kuat yang mengajak anak-anak muda ke arah perzinaan. Bahkan lebih malang lagi, zina yang termasuk dalam dosa besar itu, kadang-kadang dianggap remeh oleh sesetengah ibu bapa lantaran ceteknya kesedaran Islam.

Gejala seks yang meruncing…

Pengaruh bahaya zina pada hari ini begitu meruncing. Hari ini terdapat segelintir anak-anak gadis di bangku sekolah yang berasa malu dan tersisih dengan kawan-kawannya jika masih belum ada pengalaman tidur dengan lelaki. Ada dari kalangan mereka pula yang telah mula berjinak dengan budaya seks sejak dari sekolah rendah. Di kalangan remaja lelaki pula, mereka yang terlibat dengan gejala seks sehingga mengunjungi pusat-pusat pelacuran. Kerap kali juga kita mendengar remaja-remaja lelaki dan wanita hari ini tinggal serumah bercampur bebas mengadakan pesta seks. Malah ada di kalangan mereka yang sudah tingal bersama seolah-olah seperti pasangan suami isteri walaupun tanpa apa-apa ikatan yang sah.

Gejala hodoh seks bebas ini kononnya berpijak di atas perasaan cinta yang suci murni. Kotak fikiran anak-anak muda diisi dengan propaganda cinta yang dianggap sebagai satu perasaan murni yang mendekatkan antara lelaki dan wanita serta menghalalkan apa sahaja bentuk hubungan fizikal.

Sejak dari pra sekolah hingga ke menara gading, anak-anak kita hari ini dicandukan dengan pemikiran cinta bebas ala-Barat ini, melalui segala wahana promosi seperti kartun animasi, iklan, filem, drama, computer game, novel dan lain-lain. Kebobrokan tata budaya dan kehancuran institusi keluarga di Barat itu seolah-olahnya mahu diimport seluruhnya bagi menjangkiti masyarakat Islami di sini. Sedangkan bagi Islam, soal zina dan penjagaan keturunan merupakan soal besar yang perlu ditangani dengan penuh berhemah.

Bahkan dalam sebuah Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim, Nabi s.a.w mengaitkan zina dengan iman, mafhumnya: “Tiada berzina seorang yang berzina sedang dia seorang yang beriman”.

Dekat pun tak boleh!

Allah SWT bukan sahaja mengharamkan zina, bahkan melarang umat Islam mendekati zina. Ini bermakna segala bentuk tindakan yang boleh mendekatkan seseorang itu dengan zina dikira sebagai dosa dan maksiat. Bahkan dalam satu hadis, perkara-perkara yang membawa kepada zina ini juga dinamakan sebagai zina dalam konteks yang lebih luas. Ini bermakna terdapat zina mata, zina telinga, zina mulut, zina pada wangian dan lain-lain.

Seseorang lelaki dianggap melakukan dosa zina mata apabila melihat wanita dengan penuh ghairah dan bernafsu kerana berbuatan itu menghampirkan kepada zina hakiki. Demikian juga wanita yang melihat lelaki dengan perasaan yang sama. Serupa juga dengan wanita atau lelaki yang sengaja menggayakan pakaian, diri atau wangi-wangian dengan hasrat untuk menarik perhatian dan menggoda perasaan orang lain.

Selain itu, Islam amat menjaga soal akhlak-akhlak mulia yang perlu diamalkan agar tidak terjebak dalam pergaulan bebas berlainan jantina. Sebenarnya pergaulan bebas inilah yang menjadi permulaan kepada masalah zina sebenar. Budaya keluar dating, berpakaian tidak menutup aurat dengan sempurna, berkawan bebas lelaki wanita dan sebagainya mendorong kepada zina. Jika ibu bapa dapat mengawal gejala ini sejak awal lagi, maka ia telah dapat menutup satu pintu besar ke arah zina.

Rejam yang menggerunkan

Hukuman rejam bermakna melemparkan batu ke arah pesalah zina sehingga dia meninggal dunia. Batu yang bersaiz sederhana dilempar dengan kuat ke arah pesalah zina oleh mereka yang disekelilingnya secara bertubi-tubi sehingga dia meningal dunia. Hukuman ini dikenakan ke atas penzina muhsan atau yang pernah berkahwin. Hukuman ini memang keras dan menakutkan. Kekerasan hukum ini menunjukkan betapa zina merupakan satu dosa yang amat besar dan penyakit yang serius.

Bagi pesalah yang bukan muhsan pula, Islam menetapkan hukuman sebat sebanyak 100 kali. Kedua-dua hukuman ini ditetapkan oleh Allah bagi menghapuskan kesalahan zina dari akar umbi. Islam amat mengambil berat soal maruah, kehormatan dan keturunan kerana ia menjadi asas kepada kekuatan sesuatu masyarakat.

Oleh yang demikian, menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk sentiasa mengingatkan anak-anak agar sentiasa menjauhi perbuatan zina. Mereka perlu difahamkan tentang betapa besarnya kesalahan zina di sisi Allah. Rasulullah s.a.w bersabda (riwayat al-Bukhari):

“Tidak halal darah seorang muslim yang mengucap ‘tiada Tuhan melainkan Allah dan aku ini Rasulullah’, kecuali kerana tiga perkara iaitu: Penzina yang telah berkahwin, membunuh balas nyawa dengan nyawa dan orang yang meninggalkan agamanya dan meninggalkan jemaah (kaum Muslimin).”

Derita berpenyakit

Dr Abdullah Nasih ‘Ulwan, menyebut bahawa zina bukan sahaja mendatangkan kemurkaan Allah, bahkan membawa kecelakaan yang besar sepanjang hidup seperti penyakit-penyakit kronik serta bahaya sosial, moral dan rohani. Mereka yang melakukan zina akan terjebak dengan pelbagai penyakit seperti AIDS, sifilis, penyakit saluran kencing, jangkitan di anggota kemaluan.

Hal ini bertepatan dengan sabda Rasulullah s.a.w (riwayat Ibn Majah dan Al-Baihaqi):

“Wahai Muhajirin! Lima perkara jika kamu ditimpa balanya, sedang aku berlindung diri daripada Allah agar kamu tidak ada di waktu itu…tiada muncul zina yang dilakukan secara terang-terangan dalam sesuatu kaum, melainkan akan merebaknya penyakit taun dan penyakit yang belum pernah dikenali sebelumnya.”

Kesimpulannya, zina merupakan satu penyakit masyarakat yang melanda dunia hari ini. Umat Islam yang sentiasa berpegang bahawa zina sebagai satu dosa besar perlu berusaha sedaya upaya untuk menghindari wabak yang datang dari Barat ini. Ibu bapa sebagai manusia yang paling hampir dengan anak-anak perlu mendidik anak-anak memahami bahaya zina dan perbuatan yang dapat menghampiri zina. Anak-anak perlu difahamkan tentang besarnya kemurkaan Allah ke atas penzina dan mereka yang hidup dalam budaya zina.

Sumber - http://www.almuslimah.com.my/?p=177

diambil dari: http://muslimteenagers90.blogspot.com/

Monday, September 6, 2010

Wajibkah Solat Jumaat setelah Solat Hari Raya?

Kongsi

eid-prayer Soalan: Saya pernah terbaca sekiranya Hari Raya (Aidilfitri/Aidiladha) jatuh pd hari Jumaat,jika kita telah mengerjakan solat raya maka tak wajib kita mengerjakan solat Jumaat.Memadai dgn solat Zuhur.Benar?

Jawapan: Bagi org yg telah mengerjakan solat raya di pagi Jumaat,tak wajib baginya solat Jumaat,hanya wajib solat Zuhur.Tapi jika seseorang itu tak solat raya,wajib ke atasnya solat Jumaat.

**********************

Itulah sedikit soalan yang dikemukan oleh seorang sahabat saya di facebook, maka disini saya akan menjawap persoalan tersebut menurut pandangan Syed Sabiq Rahimahullah ta`ala didalam kitab beliau ; Feqhus Sunnah yang dijadikan panduan oleh segenap masyarakat tanpa mengira mana-mana mazhab. Bahkan , ianya menjadi kitab pilihan Al-Ustaz Hassan Al-Banna Rahimahullah dalam menghuraikan masalah-masalah hukum hakam islam.. cara penyampaian yang mudah dan sahih merupakan ciri terbaik kitab ini.

Syed Sabiq Rahimahullah berkata :

" jika bergabung hari jumaat dan hari raya pada hari yang sama, maka jatuhlah hukum solat hari jumaat bagi orang yang telah mengerjakan solat hari raya (fitrah/adha).

Dari Zaid bin Arqam berkata :Nabi SAW telah bersolat hari raya, kemudian baginda memberi kemudahan pada kewajipan solat jumaat. ( barangsiapa yang mahu, maka bersolatlah (solat jumaat)) "

Diriwayatkan oleh Imam yang lima ( Ahmad, Abu Daud, Nasaie,Turmizi dan Ibnu Majjah) dan di SAHIH kan oleh ibnu Khuzaimah dan Al-Hakim.

Dan ,

Dari Abi Hurairah RA , sesungguhnya Nabi SAW telah bersabda: telah berkumpul pada hari kamu ini dua hari raya, barangsiapa yang hendak mendirikan solat jumaat (setelah solat hari raya), maka bersolatlah, dan kami (Rasulullah SAW) akan mendirikan solat jumaat.

Diriwayatkan oleh Abu Daud

Justeru, menjadi perkara sunat pada imam untuk mengimami solat jumaat bagi orang yang menghadiri solat hari raya, ataupun tidak menghadiri solat berkenaan berdasarkan dalil "dan kami (Rasulullah SAW) akan mendirikan solat jumaat".

Dalam mazhab hanbali, mereka berpendapat, orang yang tidak menghadiri solat hari raya wajib bagi mereka solat zohor menggantikan solat jumaat. Namun secara jelasnya, ia tidaklah wajib sepertimana yang telah diriwayatkan oleh Abu Daud daripada ibnu Zubeir , dia berkata :

Apabila dua hari raya berada didalam satu hari, maka digabungkan keduanya dan disolatkan pada dua rakaat yang paling awal (solat hari raya) bahkan tidak ditambah solat tersebut sehinggalah solat asar. "

Maklumat :

Kitab: Feqhus Sunnah

Jilid : pertama

Muka surat : 228 ,

Cetakkan : Darul Hadis,

Tahun : 2009.

 

Ulasan saya;

Setelah meneliti dalil dan hujjah Syed Sabiq Rahimahullah , maka saya telah membuat satu ringkasan mudah untuk digunakan oleh para pembaca ;

1) Siapa yang tidak sempat solat hari raya, maka wajib baginya solat jumaat

2) Siapa yang telah bersolat hari raya diberi pilihan baginya untuk memilih tiga keadaan:

       a. Sunat baginya solat jumaat

       b. Tidak solat jumaat tapi mendirikan solat zohor

       c. Tidak solat jumaat dan zohor

Tuntasnya, Islam agama yang mudah dan praktikal, ianya difahami dan diamalkan dengan penuh harmoni, jika muncul perbezaan pendapat, ianya menjadikan islam lebih praktikal dengan keadaan semasa.. oleh itu, siapa yang mendirikan solat jumaat tidak perlulah bertegang urat dengan orang yang tidak mendirikan solat jumaat tapi mendirikan solat hari raya.

"Islam tidak diambil dengan emosi, tetapi ianya diguna pakai berdasarkan sumber wahyu"

waAllahu `alam.

http://aljazary.blogspot.com/2010/09/wajibkah-solat-jumaat-setelah-solat.html

Saturday, September 4, 2010

Sambutan hari raya

Kongsi

salam-aidilfitri Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?

Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.

Firman Allah (maksudnya):

“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).

Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.

Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:

“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).

Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.

Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan

Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.

Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:

“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.

Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.

Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.

Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.

Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:

“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”. Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).

Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.

Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.

Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.

Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:

“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).

Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.

Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.

Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.

Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”

oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin

Thursday, September 2, 2010

Wahai pemuda... bercita-citalah

Kongsi

bird-wallpaper-quote-0008 Sahabatku , izinkan aku berbicara dan menceritakan beberapa kisah untukmu.. untuk kau merenung dan bercita-cita, kerana impian adalah titik mula kepada segalanya.

Sahabat sekelian ,

Umar bin Abdul Aziz, seorang khalifah yang zuhud, senang beribadah dan berjihad, suatu hari pernah berkata.

"Sesungguhnya jiwaku adalah jiwa yang mempunyai banyak cita-cita. Aku pernah bercita-cita menjadi amir, aku telah mendapatkannya. Aku bercita-cita menjadi seorang khalifah, juga telah ku dapatkannya. Sekarang, cita-citaku adalah surga, dan aku berharap mendapatkannya."”

Lembaran sejarah membuktikan, orang-orang yang berjiwa besar umumnya memiliki cita-cita tinggi. Impian mereka tidak di fahami oleh orang kebanyakan. Impian mereka jauh terkedepan, menewaskan impian pelumba dan pengejar sekangkang kera harta dunia. Sahabat sekelian , bukan hanya itu, mereka berusaha mewujudkan apa yang mereka cita-citakan dengan segenap upaya dan kesungguhan, bermatian deminya kerana impian itulah cita-cita yang paling tinggi dalam kehidupan mereka, dan umumnya mereka mampu meraih cita-cita yang telah mereka canangkan.

Bukan hanya kisah Umar bin Abdul Aziz yang akan saya ceritakan. Ada kisah lain, tentang empat pemuda dengan cita-cita mereka. Suatu kali, Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mushab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. berkumpul di pelataran Ka'bah. Mushab yang bicara pertama kali dengan mengatakan,"Bercita-citalah kalian." Sahabat lain enggan mengatakan cita-citanya, meminta Mushab terlebih dulu menyampaikan cita-citanya.

Mushab bertutur,

"Aku ingin kaum muslimin agar dapat menakluki wilayah Iraq, aku ingin menikahi Sakinah puteri Husein dan Aisyah binti Thalhah bin Ubaidillah."

Tahukah adikku, apa yang kemudian hari berlaku atas Mushab? Allah SWT memperkenankannya lalu ia memperoleh apa yang ia cita-citakan.

Urwah bin Jubair kemudian menceritakan harapannya.

"Aku ingin menguasai ilmu feqah dan hadith."

Subhanallah, Urwah kemudian dikenal sebagai salah satu tokoh ulama feqah dan banyak meriwayatkan hadith.

Abdul Malik bin Marwan mengungkapkan cita-citanya. Ia menyatakan keinginannya untuk menjadi khalifah. Dan sahbatku sekelian, Abdul Malik bin Marwan kemudian menjadi khalifah di masa Daulah Umayyah yang dikenal sebagai khalifah yang memiliki ilmu yang luas dan taat beribadah.

Terakhir, Abdullah bin Umar menegaskan cita-citanya. Tahukah adikku, apa cita-cita Abdullah bin Umar ? Cita-citanya adalah, syurga!

Tidakkah anda lihat ketika Usamah ibn Zaid pergi ke medan perang ketika usianya masih 15 tahun. Padahal ketika usianya 14 tahun semangat jihadnya sudah berapi-api: ia ingin cepat berada di shaf para mujahid Allah. Namun Nabi saw melarangnya, kerana masih teramat muda. Ia juga pernah menjadi pemimpin pasukan Rasul, padahal saat itu para sahabat senior seperti Abu Bakar Ash-Shiddiq ada. Namun Rasulallah saw mempercayakan kepadanya.

Wahai sahabatku sekelian

Rasakan kemulian dan keagungan impian kita ini. Ironis sekali dengan impian dan mental orang kebanyakan, lebih-lebih lagi remaja kini yang sebaya denganmu, cita-cita mereka rendah kerana jiwanya lemah, langsung tiada izzah. Bergelumang dengan dosa dan maksiat. Suka dan gembira dengan angan-angan kosong dan remeh, lalai di alam komik yang tiada manfaat kepada syahid di jalan Allah, yakni di alam-alam yang rendah nilainya, tertutup dan terbatas ibarat alam katak di bawah tempurung.

Sahabatku sekelian, ambillah hikmah terbaik dari kisah itu. Apakah yang menjadi cita-cita mereka? Cita-cita yang tinggi dan besar. Apakah engkau mengetahui, bagaimana mereka dapat mencapai cita-cita itu? Mereka mencapainya dengan perjuangan dan pengorbanan yang sungguh-sungguh diiringi dengan kekuatan jiwa yang luar biasa. Bukan dicapai dengan menumbuhkan banyak alasan, kekalahan bahkan keputus asaan. Kekuatan tekad yang mereka miliki disertai dengan kerja keras juga doa kepada Allah SWT membuat mereka mampu mencapai apa yang mereka inginkan.

Perhatikan apa yang telah ditulis sejarah mengenai perjuangan Umar bin Abdul Aziz. Dikala diangkat menjadi pemimpin, ia tanggalkan kemewahan-kemewahan yang pernah dinikmatinya. Ia ganti kemewahan itu dengan segenap kesederhanaan. Ia bahkan meminta keluarganya untuk turut serta hidup dalam kesederhanaan itu. Yunus bin Syuaib bahkan berkata,

"Sebelum menjadi khalifah, tali seluarnya masuk ke dalam perutnya yang besar. Namun, ketika dia menjadi khalifah, dia sangat kurus. Bahkan jika saya menghitung jumlah tulang rusuknya tanpa menyentuhnya, pasti saya boleh menghitungnya."

Bukan hanya itu, Umar bin Abdul Aziz juga dikenali sebagai pemimpin yang menolak imbalan dalam bentuk apapun. Subhanallah.. Allah SWT memperkenankan Umar bin Abdul Aziz memperoleh keinginannya untuk menjadi khalifah dan Umar menjalankannya dengan penuh kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menggapai cita-cita yang lain, syurga!

Kerana itu, sahabatku, bercita-citalah! Pancangkan cita-citamu setinggi mungkin. Iringi ia dengan kesungguhan, perjuangan dan pengorbanan untuk menggapainya. Semoga Allah SWT merahmatimu dengan memperkenankan cita-citamu itu.

Bercita-citalah wahai saudaraku ! Bukan hanya untuk duniamu, tapi juga untuk akhiratmu. Rasulullah SAW bersabda,

"Dan jika kamu meminta kepada Allah, maka mintalah syurga firdaus, sebab dia adalah syurga yang paling tinggi." (HR. Bukahri).

Sahabatku sekelian, tahukah engkau apakah cita-cita Rabiah bin Kaab? Cita-citanya adalah, menemani Rasulullah di surga!

Sahabat sekelian,,

Ingatlah impianmu adalah titik mula gerak langkahmu, kesungguhan dan keyakinanmu bakal menentukan titik akhirnya.

Jadilah kita seperti air, kerana air tak pernah mungkin dibendung, dan terbendung. Tertutup satu jalan di depan, ia akan berusaha mencari jalan lain dan terus mencarinya sampai jalan itu benar-benar didapatinya. Cuba perhatikan, air tak pernah mensia-siakan mana-mana lubang bocor yang bocor atau retak, ia akan mengalir dengan deras menuju kebebasan bergerak dan keberhasilan.”

Seperti air yang mengalir dik, marilah kita teguhkan hati dengan pancangan cita-cita yang semakin menggunung walau badai dunia melanda.

Ingatlah kembali wahai sahabatku,, impian Abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair, Mushab bin Zubair dan Abdul Malik bin Marwan ra. Sewaktu mereka berkumpul di pelataran ka'bah seperti air, mereka tidak menyerah pasrah dan putus asa setiap kali membentur halangan dalam berupaya meraih cita-cita. Berpikir cepat, inovatif, kreatif mencari celah menuju cita-cita. Itu harus menjadi bahagian dari sifat diri. Dan satu hal lagi, jangan pernah mengabaikan sekecil apapun kesempatan yang terbuka untuk secepat kilat menerobosnya, kerana boleh jadi, itu satu-satunya jalan untuk meraih kejayaan.

Ayuh sahabatku!, bangunkan jiwa mu dengan keimanan yang benar, hiasinya dengan amal dan ketaatan. Jadikan dirimu manusia yang luar biasa sebagaimana abdullah bin Umar, Urwah bin Zubair dan yang lain-lain. Muliakan dirimu dengan ketinggian cita-cita dan hiasinya dengan keelokan budi.