Tuesday, July 27, 2010

^Muslim Sejati^ Sabar hadapi Ujian

Kongsi

29049-1279538595-0 SUATU hari, tiba-tiba Allah SWT menentukan turunnya bala ke atas diri dan keluarga kita. Hati dan perasaan kita mencari dan bertanya, apakah salah dan dosa yang dilakukan? Mengapa begitu susah mententeramkan hati dengan berprasangka baik kepada Allah SWT? Kita berusaha memujuk diri dengan satu kefahaman bala dan ujian itu akan Allah SWT balas dengan sesuatu yang lebih baik berbanding apa yang hilang di tangan anda.

ALLAH SENTIASA MEMILIH YANG TERBAIK UNTUK KITA

Allah SWT sentiasa memilih yang terbaik untuk diri kita. Adakah patut kita mendahului Allah SWT  dalam setiap pilihan-Nya? Manusia berkata dalam hati: "Alangkah eloknya jika begini dan begini."  Adakah manusia itu mengetahui seperti mana Allah SWT Mengetahui? Yang sehelai daun gugur di serata bumi ini pun tidak akan gugur kecuali dengan pengetahuan-Nya? Alangkah naif manusia jika ia merasa dirinya lebih tahu apa yang terbaik buat dipilih.

KEPENTINGAN DIRI DAN EGO MEMBUAT KITA PUTUS ASA

Saidina Umar bin al-Khattab, pernah berputus asa ketika kemenangan Islam tidak muncul. Pada hal di sisi beliau ada Rasulullah SAW . Perasaan putus asa Umar ini jauh lebih bernilai daripada rasa putus asa kita yang kehilangan dunia, anak atau isteri.

Perasaan putus asa Umar adalah mewakili Islam dan kesetiaannya kepada Allah SWT dan Rasul-Nya. Manakala perasaan putus asa kita mewakili kepentingan dan ego dalam diri sendiri. Umar meratap sedih: “Wahai Rasulullah bukankah kamu utusan Allah? Bukankah Agama ini benar?”  Rasulullah menguatkan semangat sahabatnya: “Sesungguhnya aku adalah seorang hamba Allah dan sudah tentu Dia tidak akan membinasakan diriku"  (Sirah Nabawiyah oleh Dr Mustafa al-Sibaie)

Kata-kata keramat Baginda ini sudah selayaknya menghiasi hati orang mukmin yang bergantung sepenuhnya kepada Allah SWT. Jika kita mahu menelusuri selok-belok kehidupan ini, ujian dan cabaran itu sebenarnya membuat anda menjadi lebih kebal. Tidak mudah goyah dan mampu melompat lebih tinggi.

ALLAH MENGUJI SIAPAKAH YANG PALING BAIK IMANNYA

Orang yang memenangi pertarungan itu sebenarnya bukan yang kuat tetapi yang paling mampu menahan sakit. Lihatlah mereka yang berjaya. Di atas kesakitan itu mereka membina kekuatan, rela tidak tidur untuk kerja yang perlu diselesaikan. Mereka yang berjaya begitu disiplin dan menghargai kesakitan yang diderita. Allah SWT menguji siapakah yang paling baik imannya dan paling reda dengan qada dan qadar-Nya.

Dr Yusuf Al-Qaradawi, dalam kitabnya Al-Iman wal Hayah menyatakan :

“Tidak mungkin manusia dapat menghindarkan diri daripada pelbagai kesulitan, begitulah kenyataan hidup, ramai yang bersua dengan kegagalan, ditinggalkan kekasih, penyakit menyerang tubuh, kehilangan harta benda dan seterusnya. Kemudian beliau mengambil hadis Rasulullah bermaksud: “Perumpamaan orang beriman yang ditimpa ujian bagai besi yang dimasukkan ke dalam api, lalu hilang karat dan tinggal yang baiknya saja.”

Beliau juga meminjam kata-kata seorang ulama:

“Setiap kali aku ditimpa ujian duniawi, terbayang olehku tiga kurniaan Tuhan. Yang pertama, cubaan itu tidak menjejaskan agamaku. Yang kedua, aku tidak ditimpa bahaya yang lebih besar dari itu. Yang ketiga, aku mendapat pahala dari Allah SWT  kerananya.”

TUMBUHNYA JIWA HAMBA

Betapa indahnya ungkapan semangat yang mencerminkan kekerasan hati orang beriman. Seperti mana kata-kata Saidina Urwah bin al-Zubair saat menghadapi sakit sehingga anggota badannya diamputasi dan kematian anak lelakinya:

“Ya Allah, di atas kesedihan ini hamba memuji-Mu, Engkau memberiku tujuh orang anak, lalu Engkau mengambilnya satu. Aku tidak menyesal, bukankah Engkau tinggalkan untukku enam orang lagi? Kaki dan tanganku semuanya empat dan Engkau hanya ambil satu saja daripada mereka. Bukankah ada tiga lagi yang sepatutnya aku syukuri? Kalau Engkau yang mengambil maka Engkau juga yang memberi. Kalau Engkau yang menurunkan bala, sesungguhnya Engkau juga yang menyelamatkan.”

Firman Allah SWT:

“Katakanlah wahai Muhammad: Mahukah Kami khabar kepadamu orang yang amat merugi perbuatannya? Iaitu orang sesat perbuatannya sewaktu hidup di dunia sedangkan mereka mengira perbuatannya itu adalah kebaikan.” (Surah Al-Kahfi: 103-104).

Manusia merancang, Allah menentukan. Jika seorang bapa kehilangan anaknya nescaya Allah membalas dengan Baitul Hamdi (sebuah istana khusus di syurga) kerana kesabarannya. Bagaimana pula orang yang cekal di atas bala lebih teruk daripada itu? Balaslah ujian Allah SWT  dengan lafaz pujian dan syukur kepada-Nya, kerana ia tanda kasih sayang Allah SWT  ke atas diri kita.

**************************************

Dr Juanda Jaya

Dipertik dari : Nurjeehan

Monday, July 26, 2010

Sebelum Mata Terlena

Kongsi

lena

Kita tak pernah tahu bila dan dimana ajal akan menjemput kita. Mungkin besok, mungkin lusa, mungkin lepas ni kita turun tangga terjatuh, atau bila besok pagi kita dah tak bangun2 lagi, atau naik kereta accident atau mungkin kena sambar petir, naudzubillah. Jadi kenapa kita tak mengintrospeksi diri secara terus menerus? Selalu berusaha memperbaiki kekurangan yang ada dan sentiasa bertaubat dengan segera setelah melakukan kesalahan atau dosa. Sebab boleh jadi kita akan dipanggil sewaktu kita sedang dalam keadaan telah bertaubat dan menyesali kesalahan yang kita buat, lalu kita menghadap kepada Allah SWT seakan-akan tak pernah melakukan kesalahan atau dosa, malah kesalahan dan dosa yang kita buat akan menjadi kebaikan, subhanallah…

Berikut ini saya sampaikan cara-cara mudah untuk bermuhasabah yang saya dapat buku dr. Khalid bin Abd Aziz Al-Jubair. Moga kita sama-sama dapat memanfaatkannya, insyaAllah.

1) Setelah meletakkan kepala di atas bantal lalu membaca doa-doa sebelum tidur, segeralah mengingat segala hal yang telah kamu lakukan siang itu, meliputi yang perkara-perkara yang baik mahupun yang buruk.

2) Mulalah dengan shahadah, solat, zakat, sedekah lalu perkara-perkara yang berkaitan dengan rukun iman, iman kepada takdir baik atau buruk etc. Jika semua yang kamu ingat tidak bermasalah maka ucapkanlah alhamdulillah, tapi jika didapati ada hal-hal yang buruk maka bacalah ta’awudz-minta perlindungan daripada Allah Taala dari gangguan shaitan-, beristigfarlah kepada Allah, bertaubatlah kepada-Nya dan menangislah di hadapan-Nya. Semoga Allah berkenan menerima taubatmu, lalu berniatlah untuk tidak mengulangi kesalahan-kesalahan tersebut, jika ada jalan untuk mendekatkan kamu kepada dosa tersebut, maka berjanjillah kepada Allah untuk tidak akan mengulanginya lagi pada hari-hari yang akan datang.

3) Setelah mengingat-ingat hal-hal yang berkenaan dengan hak Allah, lanjutkan mengingat hal-hal yang berkenaan dengan hak-hak makhluk yakni meliputi ibubapamu, isterimu/suamimu, anak-anakmu, saudara-saudaramu, jiran-jiranmu, teman-temanmu etc, apakah kegiatanmu atau perlakuanmu hari ini telah membuatkan Allah murka berkenaan dengan hak-hak mereka? Jika ternyata kamu belum dapat menunaikan hak-hak mereka dengan baik maka bertaubatlah kepada Allah dan berjanjilah untuk tidak mengulanginya, lalu mintalah maaf dan keridhaan mereka, lalu tidurlah kamu dalam keadaan telah bertaubat.

Mungkin ramai yang bertanya kenapa kena muhasabah diri sebelum tidur? Jika Allah takdirkan kita meninggal malam itu juga, maka kita akan menghadap Allah SWT dalam keadaan telah bertaubat. Akan tetapi jika Allah takdirkan kita masih dapat menghirup udara segar (atau air polution) besok hari, kita akan tetap mendapat salah satu dari dua manfaat :

1) Mungkin kita akan ingat bahwa kita telah berjanji dengan Allah SWT, maka kita akan sentiasa berusaha menghindari kesalahan atau dosa sebelum terjerumus ke dalamnya.

2) Atau mungkin kita akan terus melakukan kesalahan kemudian segera bertaubat kembali, demikian selanjutnya sehingga kita akan merasa malu sendiri kepada Allah setelah berkali-kali bertaubat (tak sedar-sedar lagi ke?) Selain itu, taubat dan penyesalan merupakan ibadah yang akan mendatangkan pahala kepada kita.

“Hitunglah amal perbuatanmu sebelum kamu dihitung amal perbuatanmu…”

Wallahua’lam…

p/s : To all my dear friends, sorry for everything. I luv all of u, together we’ll be a better muslim/ muslimah, insyaAllah =)

 

********************************************

Ummu Fathirah Farhat

http://ummufathifarhat.wordpress.com/2009/12/03/sebelum-mata-terlena/

MADRASAH RAMADHAN UNTUK TAQWA, JIHAD DAN KEMENANGAN

Kongsi

Firman Allah SWT di dalam surah Al-Baqarah ayat 183:

Wahai orang-orang yang beriman, telah diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, semoga kamu termasuk di dalam kalangan orang-orang yang bertaqwa"

Perkataan 'semoga' di dalam ayat di atas sepatutnya menggerunkan kita, bahawa dengan melaksanakan ibadah puasa, mungkin sebahagian beroleh taqwa dan mungkin pula sebahagian yang lain hanya mewarisi lapar dan dahaga. Sabda Nabi SAW:

"Berapa ramai di kalangan orang yang berpuasa, tidaklah mereka itu memperolehi apa-apa dari puasanya melainkan lapar dan dahaga."

Sabda Nabi SAW lagi:

"Jibril mendatangiku seraya berkata; 'Barangsiapa yang mendapati bulan Ramadhan, lantas tidak mendapatkan ampunan, kemudian mati, maka ia masuk Neraka serta dijauhkan Allah (dari rahmat-Nya). 'Jibril berkata lagi;'Ucapkan amin' maka kuucapkan, 'Amin.' " (HR. Ibnu Hibban dan Ibnu Khuzaimah)

Lantas dengan peringatan ini, marilah kita bersama-sama mengambil peluang yang ada sebaik-baiknya untuk memperolehi janji-janji Allah SWT di bulan Ramadhan ini. Dalam kesibukan kita melayani pengajian dan urusan-urusan seharian yang lain, janganlah diabaikan tanggunjawab menyediakan perbekalan di hari kemudian sebagaimana kata Saidina Ali RA:

"Dunia adalah tempat beramal tanpa pembalasan, akhirat pula adalah tempat menerima pembalasan tanpa ada lagi peluang untuk beramal"

TAWARAN ISTIMEWA RAMADHAN MULIA 

Ramadhan Ramadhan kembali muncul membawa janji-janji Allah yang tidak mungkin terabai oleh mereka yang sedar lagi berfikir. Alangkah adilnya Allah SWT, dijadikanNya kita ini tidak segagah dan sepanjang usia umat-umat yang terdahulu, tetapi diberikanNya saham pelaburan yang mudah untuk melipatgandakan amalan. Hanya dengan mengeluarkan secebis tenaga meredah kemalasan menuju ke masjid untuk solat berjemaah, digandakanNya pahala sebanyak 25 atau 27 kali ganda. Maka Ramadhan pula muncul dengan gandaan-gandaan yang lebih besar dan utama, terutamanya malam Lailatul Qadar yang disebut sebagai lebih utama dari kebajikan 1000 bulan atau kira-kira 83 tahun! Amalan-amalan yang lain pula diberikan pahala sebanyak 10 kali ganda berbanding dengan amalan yang sama tetapi dilakukan di luar bulan Ramadhan. Allah Yang Maha Kaya... pemberian yang tidak menyusutkan keagungan, kurniaan yang tidak mengurangkan perbendaharaan.

Walau bagaimanapun, soal banyak mana Allah SWT mahu memberikan kelebihanNya kepada kita adalah soal kedua. Imam Al-Ghazali di dalam kitab kecilnya yang bermakna besar menyebut tentang perihal pentingnya kita meninggalkan 'khulasatul 'amal' iaitu dengan melakukan ibadat sebanyak-banyakkan tanpa dihitung berapa atau banyak mana yang akan diperolehi. Janji-janji Allah itu sepatutnya lebih dilihat sebagai targhib (galakan) untuk kita memanfaatkan bulan tarbiah, madrasah Ramadhan ini.

FATWA RASULULULLAH BERKENAAN DENGAN RAMADHAN

Seorang sahabat bertanya kepada Baginda SAW:

"Wahai Rasulullah, Saya lupa sehingga makan dan minum, padahal saya sedang berpuasa." Baginda SAW menjawab : "Allah telah memberimu makan dan minum" (HR. Abu Daud).

Dan dalam riwayat Ad-Daruquthni dengan sanad shahih disebutkan

"Sempurnakan puasamu dan kamu tidak wajib mengqadhanya, sesungguhnya Allah telah memberimu makan dan minum"

peristiwa itu terjadi pada hari pertama di bulan Ramadhan. Pernah juga Baginda SAW ditanya tentang benang putih dan hitam, jawab Baginda SAW :

"Iaitu terangnya siang dan gelapnya malam." (HR. An-Nasa 'i).

"Seorang sahabat bertanya: "Saya mendapati solat subuh dalam keadaan junub, lain saya berpuasa -bagaimana hukumnya-? Jawab Baginda SAW : "Aku juga pernah mendapati Subuh dalam keadaan junub, lantas aku berpuasa. "Ia berkata: "Engkau tidak seperti kami wahai Rasulullah, karena Allah telah mengampuni semua dosamu baik yang lalu atau pun yang terdahulu. Nabi shallallahu halaihi wasallam menjawab : "Demi Allah, sungguh aku berharap agar aku menjadi orang yang paling takut kepada Allah dan paling tahu akan sesuatu yang boleh dijadikan alat bertakwa . "(HR. Muslim).

Baginda SAW pernah ditanya tentang puasa di perjalanan, maka Baginda SAW menjawab :

"Terpulanglah kepada kamu, boleh berpuasa dan boleh pula berbuka "(HR. Muslim).

Hamzah bin 'Amr pernah bertanya:

"Wahai Rasulullah, saya mampu berpuasa dalam perjalanan, apakah saya berdosa?" Baginda SAW menjawab : "Ia adalah rukhshah (keringanan) dari Allah, barangsiapa mengambilnya maka baginyalah kebaikan dan barangsiapa lebih suka berpuasa maka ia tidak berdosa. " (HR. Muslim).

Sewaktu ditanya tentang soal mengqadha puasa dengan tidak berturut-turut, Baginda SAW menjawab :

"Hal itu terpulang kepada dirimu (bergantung kepada kemampuanmu), bagaimanakah pendapatmu jika salah seorang di antara kamu mempunyai tanggungan hutang lalu membayarnya (secara beransur-ansur) dengan satu dirham dua dirham, tidakkah itu merupakan bentuk pelunasan? Sesungguhnya Allah Maha Pemaaf dan Pengampun. " (HR. Ad-DaYuquthni, isnadnya hasan).

Ketika ditanya oleh seorang wanita:

"Wahai Rasulullah, ibu saya telah meninggal dunia sedangkan ia berhutang puasa nazar, bolehkah saya berpuasa untuknya? Baginda SAW menjawab :
"Bagaimana pendapatmu jika ibumu memiliki tanggungan hutang lantas kamu melunaskannya, bukankah itu menyelesaikan hutangnya?" la berkata, 'Benar'. Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda, "Puasalah untuk ibumu." Hadits Muttafaq 'Alaih) (Lihat I'laarnul Muwaqqii'in 'An Rabbil 'Aalamiin, oleh Ibnul Qayyim, 4/266-267)

LAILATUR QADAR DAN KEISTIMEWAANNYA

Allah SWT telah menyebut berhubung dengan kelebihan malam Lailatul Qadar di dalam firmanNya:

"Sesungguhnya Kami telah menurunkannya (Al-Qur'an) pada Lailatul Qadar (malam kemuliaan). Dan tahukah kamu apakah Lailatul Qadar itu? Lailatul qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu turun malaikat-malaikat dan malaikat Jibril dengan izin Tuhannya untuk mengatur segala urusan. Malam itu (penuh) kesejahteraan sehinggalah terbitnya fajar. "(Al-Qadr: 1-5)

Di dalam surah Ad-Dukhan ayat 3, Allah SWT menegaskan lagi tentang keberkatan malam Lailatul Qadar itu dengan firmanNya:

"Sesungguhnya Kami menurunkannya pada suatu malam yang diberkati" Malam Lailatul Qadar ini juga Allah SWT menurunkan Al-Quran berdasarkan firmanNya: "Bulan Ramadhan, bulan yang di dalamnya diturunkan Al-Qur'an. " (Al-Baqarah: 185).

Pada malam Lailatul Qadar itu, Allah SWT menurunkan Al-Quran sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul Izzah iaitu langit pertama, berdasarkan keterangan Ibnu Abbas RA:

"Allah menurunkan Al-Quran Al-Karim keseluruhannya secara sekali gus dari Luh Mahfudz ke Baitul'Izzah (langit pertama) pada malam Lailatul Qadar. Kemudian diturunkan secara beransur-ansur kepada Rasulullah SAW sesuai dengan konteks pelbagai peristiwa selama 23 tahun."

Di dalam sebuah hadith yang sahih Rasulullah SAW menyebutkan keutamaan melakukan Qiyamullail di malam tersebut. Baginda SAW bersabda :

"Barangsiapa melakukan shalat malam pada saat Lailatul Qadar karena iman dan mengharap pahala Allah, niscaya diampuni dosa-dosanya yang telah lalu. " (Hadith Muttafaq 'Alaih)

Manakala berkenaan dengan masa Lailatul Qadar itu, Nabi SAW telah bersabda :

"Carilah Lailatul Qadar pada (bilangan) ganjil dari sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan. " (HR. Al-Bukhari, Muslim dan lainnya).

Aisyah RA berkata,

"aku bertanya: Wahai Rasulullah, apa pendapatmu jika aku menemui Lailatul Qadar, apa yang harus aku ucapkan di dalamnya?" Baginda SAW menjawab, katakanlah : "Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, Engkau mencintai Pengampunan maka ampunilah aku. " (HR. At-Tirmidzi, ia berkata, hadith hasan sahih).

Monday, July 19, 2010

Perbaiki Kamus Cintamu Wahai Wanita

Kongsi

hanyir

Hanyir.
Loya.
Hambar.

Ketika remaja seusianya sibuk mengejar bintang, mengatur masa depan,
Dia hanya mampu terbaring lesu.
Benaknya kosong, perutnya membusung.

Dia datang dengan loya yang disangka biasa
ternyata ada makhluk kecil yang ingin memberitahu kewujudannya.
Kalau pada suami isteri, ia adalah khabar gembira, Rezeki Yang Maha Kuasa.
Tapi buat beliau, ia ibarat gegak gempita, petir tengahari buta.

Pejantannya jauh di Kuala Lumpur, yang semakin susah dihubungi sejak kebelakangan ini. Jangan perkataan menikah, bertanya khabar saja tidak.

Potret ini bukan sedikit, tapi banyak, baru 7 minggu di bahagian Sakit Puan, kes yang serupa hampir mencecah angka 30. Dari 30, hanya sedikit yang mahu bertanggungjawab.

Ketika ini
Rambut yang dulunya direbonding, disikat pun tidak.
Badan yang dulunya disiram pewangi dari neraka, kononnya menambah wibawa merangsang arjuna, kini busuk, hanyir dan berdaki.
Lekuk tubuh? Kulit mulus? Kembang, kusam,  bengkak tidak terawat.

Ketahuilah wanita, setiap inci tubuhmu yang kau biarkan disentuh lelaki yang tidak layak akan membuatkan dirimu murah dan semakin murah sebelum akhirnya tiada harga.
Tiap kali kau mahu telanjang tetapi berpakaian
Fikir dahulu, apa bezamu dengan pelacur jalanan
Yang setidaknya dibayar.

Kami, kaum lelaki
Kalau tiada iman
Lebih binatang dari binatang
Lebih busuk dari longkang.

Kalau boleh jujur,
bukan kami, lelaki yang akan mengusung buah haram tersebut kesana kemari.
Bukan kami juga yang akan merasa sakit, perit ketika bersalin nanti.
Bertanggungjawab? Untuk apa? Sama sama menanggung malu? Sama sama menjadi tohmahan orang sekeliling?
Lebih baik kami pergi, mencari kekasih hati yang lain. Lagipun, bukan ada tanda kalau kami sudah pernah hilang teruna. Malah dalam agama, tidak ada kewajipan untuk seorang lelaki mengahwini perempuan yang telah dizinahi. Kalaupun anak tersebut lahir, haram dibinkan dengan nama kami. Jadi sekali lagi, untuk apa?
It’s such an easy choice.

Jadi
Perbaikilah kamus cintamu wahai wanita.
Lelaki yang Gentleman bukanlah yang membukakan pintu kereta untukmu ketika kalian hendak berkhalwat (dating)
Lelaki yang romantik bukanlah yang menyanyikan untukmu lagu cinta yang membuatkanmu cair; luluh bersama maruah dan kehormatanmu.

Tetapi lelaki yang Gentleman dan Romantik, adalah lelaki yang tidak akan menyentuhmu, jiwa dan raga, dengan perbuatan mahupun kata kata, sebelum dia mampu bersumpah didepan Allah dan manusia, untuk menjagamu dan zuriatmu sampai ke syurga.

It’s your call.

********************************************

Abu Farhat

http://abufarhat.wordpress.com/2010/07/11/perbaiki-kamus-cintamu-wahai-wanita/

Sunday, July 18, 2010

Mengapa Bukan Kamu Yang ber ‘couple’ dengan Dia

Kongsi

Semasa saya memberikan perkongsian di Sekolah Menengah Agama Swasta Kampung Laut di Terengganu, salah seorang pelajar perempuan dia sana telah melontarkan soalan:

“Bagaimana ya saya nak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

Saya tersenyum. Saya soal semula kepada dia:

“Kamu bercouple tak dengan kawan perempuan kamu itu?”

Eh? Saya tersengih. Mesti dalam kepala dia, dia fikir pelik. Hilal Asyraf suruh orang jadi lesbian ke? Haa… tersilap la kalau fikir macam itu.

Apakah maksud saya?

26270_11_18_2009_6_23_35_PM_-_Love_Couple_Vectorized-468856 Couple dan lompong kasih sayang

Mengapa bercouple?

Jatuh cinta. Mungkin itu satu jawapan yang popular.

Tetapi bagaimana boleh sampai bercouple? Pastinya ada ‘tragedi’ orat mengorat.

Apa yang ada dalam seni mengorat ni? Ungkapan-ungkapan sayang, hadiah-hadiah yang mengisi kasih, momen-momen indah yang tak dapat dilupakan, ambil berat dan pemberian perhatian, serta banyak lagi perkara yang didahagakan oleh fitrah manusia.

Itulah dia yang membawa kepada bersatunya dua manusia di atas nama couple. Apabila berada di alam couple, berganda-gandalah lagi keindahan itu. Setiap kali birthday disambut dan diingati, hadiah-hadiah sempena hari-hari tertentu pasti menghadiri, bertanya khabar dan mengambil berat satu sama lain, ungkapan-ungkapan cinta ala-ala rome dan juliet yang mampu mencairkan hati dan sebagainya yang menghiasi dunia mereka menjadi indah.

Mengapa seseorang itu bercouple?

Kerana lompong kasih sayang yang wujud di dalam jiwa mereka terisi.

Di sinilah timbul persoalan.

Kalau anda tidak suka kawan anda bercouple, mengapa bukan anda yang mengisi lompongan yang ada di dalam jiwa mereka itu?

Bila suci tak dijaga, bila kotor dihina-hina

Kita ini hakikatnya tidak cinta dengan sahabat kita secinta-cintanya. Kita tak ambil berat fasal dia. Tanya khabar pun tidak. Ungkap sayang jauh sekali. Hadiah jangan cerita la, lagi tak diberi. Birthday pun tak tahu bila hari. Berjumpa pun tak bertukar senyum. Peluk kasih pun tidak pernah.

Kemudian bila sahabat kita terjerumus ke lembah kekotoran, menumpang kasih kepada manusia yang hendak memberikannya kasih, kita menghina-hinanya.

Persoalan sekarang, mengapa sampai dia perlukan kasih sayang orang lain sampai dah tak kenal halal haram?

Kerana kita, sahabatnya yang halal ni, tak mengisi kehidupannya.

Bagaimana ukhuwwah kita dengannya? Adakah kita telah memenuhi hak-hak mereka? Adakah kita membina jambatan hati antara jiwa mereka dengan kita? Adakah kita mendoakannya?

Apabila wujud keakraban

Posibiliti untuk seseorang itu bercouple apabila lompong kasih sayang di dalam jiwanya telah terisi adalah sangat tipis.

Tetapi masih ada juga yang telah kita berikan kasih sayang, dan dia juga merasa kasih kepada kita, tetapi dia bercouple. Masih ada. Bukan saya kata tidak ada.

akrab Namun ada beza. Ada beza antara dia bercouple dan kita tidak akrab dengannya, dan dia bercouple dalam keadaan kita akrab dengannya. Bezanya adalah, kita lebih mudah hendak menegurnya. Kita lebih mudah hendak menyedarkannya. Hal ini kerana, kita dengan dia, saling kasih mengasihi. Kita adalah sahabatnya yang terbaik.

Kita memberikannya hadiah semasa hari lahirnya, kita caring dengannya, kita ungkapkan sayang kita kepadanya, kita belanja dia makan, kita sentiasa bersama dengannya, dan berbagai lagi yang kita lakukan untuk membina jambatan hati antara kita dengannya.

Mustahil dia tidak membuka hati mendengar bicara kita.

Apatah lagi, kita berhikmah dengannya.

Satu cerita saya

Saya mempunyai seorang junior yang bercouple. Ya, memang apabila mendengar dia bercouple, hati memang sedih. Namun, Alhamdulillah, saya selama ini menjaga hubungan dengannya. Bahkan berusaha merapatinya serapat yang mungkin. Masa birthday bagi hadiah, lapang-lapang tanya khabar, ada peluang belanja makan, ada masa ziarah rumah dan sebagainya.

Apabila mendengar dia bercouple, saya mengajaknya bersama saya duduk-duduk lepak-lepak. Kami bersembang pelbagai perkara. Bertepuk tampar bersama apabila bercanda. Diam bersama apabila mengenang sesuatu yang mungkin setimental.

Bila melihat peluang yang sesuai mengutarakan isu dia bercouple, saya berkata:

“Ana dengar, enta ada cerita hot”

Dia tersengih. “Apa yang hot-hot ni?”

“Siapa nama Si Dia tu? Timah(bukan nama sebenar)? Senah(bukan nama sebenar)?” Saya bergurau. Sedangkan saya tahu aja nama sebenar couplenya itu.

Dia ketawa. “Umairah(bukan nama sebenar) la bro”

Saya membiarkan dia bercerita itu dan ini berkenaan couplenya. Saya juga menyoal-nyoal beberapa soalan seperti cantik ke? Orangnya macam mana? Asal mana orangnya? Dan begitulah kami bersembang-sembang.

Bila dia berhenti menceritakan couplenya itu, saya berkata kepadanya.

“Enta rasa, orang macam dia, boleh didik anak-anak enta?”

Dia diam. Dan saya berkata: “Ana tak kenal dia. Ana bukan nak hitung couple enta. Ana cuma nak enta yang hitung dia. Enta kenal dia kan? Dah pernah sembang kan? Dah pernah jumpa kan? Cuba enta fikir panjang-panjang.”

Dia tersengih. Diam lama. Kami diam bersama lama malam itu.

Kemudian kami bersembang lagi. Saya membicarakan seputar keredhaan Allah dalam hidup, bagaimana membina keluarga, konsikuensi apabila dasar cinta itu tidak benar dan sebagainya. Dia mendengar dan sekali sekala memberikan pendapat.

Akhirnya dia bersuara: “Ana sebenarnya, rasa tak senang juga dengan benda ni”

Kemudian dia menceritakan ketidak senangannya, keresahannya, kegelisahannya, kerisauannya. Saya membiarkan dia menceritakan semuanya. Dia rupanya buntu mencari jalan keluar dan tak mampu mengeluarkan dirinya dari suasana itu.

Maka saya memberikannya semangat, beberapa tips dan pandangan. Akhirnya…

“Bro, enta bagitahukan mak ana boleh? Kata ana tak couple dah. Esok ana sms dia minta berhentikan hubungan kami” Itu konklusi yang dia buat sendiri.

Dan saya diam sambil tersenyum.

“Kalau enta rasa itu yang terbaik, insyaAllah ana bagitahu mak enta. Mesti dia gembira.”

Itulah cerita saya dengan sahabat saya itu.

Saya kira, kalau selama ini jambatan hati itu tidak saya bina, mustahil dia boleh mendengar apa yang saya utarakan kepadanya pada pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh memberikan 1001 alasan untuk meninggalkan saya pukul 3 pagi itu. Pastinya dia boleh sahaja memarahi saya agar tidak sibuk dengan urusan peribadinya.

Tetapi jambatan hati+uslub menegur+doa kepada Allah, itu adalah formula yang mustajab.

Sepatutnya, kita mampu melakukan ini. Hal ini kerana kita ‘couple’nya yang halal sebelum dia beristeri atau dalam kes perempuan, dia bersuami.

Penutup: Kita isi hatinya.

Maka di sinilah kita perlu melihat. Jangan hanya pandai menghina kesalahan orang lain. Lebih teruk lagi, meninggalkan sahaja seseorang itu bergelumang di dalam dosa dan kita hanya mengutuknya dari belakang sahaja.

Amar_Makruf_Nahi_Munkar_by_Ih4te Setiap orang ada masalahnya. Kalau orang jauh, boleh lah kita usahakan tegur dengan artikel dan sebagainya. Tetapi sahabat kita, yang tinggal dengan kita, yang hidup dengan kita, yang sekelas dengan kita, takkan la kita tak boleh usahakan lebih dari sekadar teguran?

Manusia perlukan sentuhan.

Pernahkah kita menyentuh hati dan jiwa sahabat kita? Pernahkah kita isi kekosongan hatinya? Pernahkah kita memimpinnya? Pernahkah kita mengungkapkan kepadanya bahawa kita sayang kepadanya? Dan pernahkah kita membuktikan sayang kita itu kepadanya?

Di sini, kita memerhatikan kembali situasi ini.

“Bagaimana hendak menegur kawan perempuan saya yang bercouple?”

“Kamu bercouple tak dengan kawan kamu itu?”

Kalau sekadar sebut Allah SWT berfirman: “Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan).” Surah Al-Israa’ ayat 32 tu, semua orang boleh bagi.

Persoalannya, siapa yang betul-betul usaha bimbing sahabatnya dalam hal “Dan janganlah kamu menghampiri zina”?

So, sekarang, baik mula couple dengan sahabat sendiri.

Mengisi kelompongan hatinya. Dan insyaAllah, kelompongan hati kita juga terisi.

 

********************************************************

Hilal Asyraf

http://ms.langitilahi.com/perkongsian-mengapa-bukan-kamu-yang-bercouple-dengan-dia/

Dakwahlah yang menyucikan kita

Kongsi

Ulama’ dan fuqaha’ terdahulu lebih dapat membezakan pengertian ini daripada ulama’ dan fuqaha’ di zaman mutakhir. Mereka menyatakan bahawa kemuliaan dan kekuatan yang dinikmati oleh umat Islam di zaman salafussoleh itu adalah kerana mereka melaksanakan tugas amar makruf dan nahi mungkar.

Sebab itu mereka berkata:

Amar_Makruf_Nahi_Munkar_by_Ih4te “Tugas itulah yang menjadi paksi terbesar di dalam agama. Untuk melaksanakan tugas itu, Allah S.W.T. mengutus seluruh Nabi dan Rasul. Sekiranya tugas ini tiada, mengganggurlah kenabian dan risalah Islam, musnahlah agama, kosonglah dunia dan hidayah, tersebarlah kesesatan, berkembang-biaklah kejahilan, menjalarlah kerosakan. Yang koyak bertambah luas lubangnya, runtuhlah segala negeri dan binasalah seluruh hamba Allah di muka bumi. Mereka hanya akan menyedari kebinasaan mereka di hari pembalasan. Apa yang kita takuti telah terjadi. Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’uun. Kerana ilmu dan amal paksi itu telah hilang.”

Imam al-Ghazali mengatakan yang demikian kepada umat Islam di zamannya.

“Bagi orang yang melihat dan berfikir, dia akan mencari jalan bagaimana hendak menyelamatkan umat dari kebinasaan itu. Tiada jalan melainkan dia hanya akan menemui kaedah-kaedah angkatan pelopor, lalu dia pun menawarkan ganjaran dan tercari-cari siapakah yang akan menjadi pelopor. Menyimpan untuknya kedudukan yang tertinggi dan darjat yang mulia menghampiri Tuhannya Yang Maha Pengasih. Dia mendongakkan pandangannya ke puncak dan memekik :

Wahai manusia, siapakah yang mahu mengisi kekosongan ini dan menampal retakan ini. Siapa yang sanggup memikul tugas atau pelaksanaannya, membaharui sunnah yang beredar ini, bangun memikul bebanannya dan berusaha bersungguh-sungguh menghidupkannya, dialah yang mengambil peranan paling utama di kalangan manusia dalam menghidupkan sunnah yang kian mati dan pupus ditelan zaman. Maka dialah yang berjaya membolot segala kemuliaan dan kedudukan yang tinggi yang mengatasi segala darjat lain yang tidak setanding dengannya.”

Mengenai hijrah yang telah kita sebutkan, kita telah didahului oleh sahabat-sahabat Nabi S.A.W.. Ibnu Taimiyah telah berkata:

“Abu Hurairah telah berkata: “Berjaga satu malam di kubu pertahanan jihad lebih aku suka daripada berdiri (bersembahyang) pada malam lailatul qadar di sisi HajarAswad. Bumi yang paling mulia bagi seorang manusia ialah bumi yang paling dia taat kepada Allah dan rasulNya. Ia berbeza mengikut situasi. Tidak ditentukan bumi mana yang lebih mulia yang dipijaki oleh manusia, tetapi yang lebih mulia bagi setiap manusia tertakluk kepada sifat takwa, taat, khusyuk, tunduk dan hadir hatinya di hadapan Allah.

hajj_tech_01 Abu al-Darda’ telah menulis surat kepada Salman:

Jomlah kita ke tanah suci !”

Salman terus membalas suratnya:

“Sesungguhnya bumi tidak dapat menyucikan seseorang. Tiada yang dapat menyucikan seseorang hamba kecuali amalnya.”

Sebelum ini Rasulullah S.A.W. telah mempersaudarakan di antara Salman dan Abu al-Darda’ dan Salman lebih dalam kefahamannya berbanding Abu al-Darda’ di dalam beberapa perkara termasuk hal ini.”

Oleh itu, amallah yang sebenarnya menyucikan pelakunya. Semulia-mulia pekerjaan ialah tugas amar makruf dan nahi mungkar. Manakala semulia-mulia amar makruf nahi mungkar ialah yang dilaksanakan di negeri yang memerlukan kegiatan tersebut dan membuahkan hasil darinya. Janganlah kamu diperdaya oleh dirimu semata-mata dan rasa zuhud yang mendorong kamu untuk berhijrah dari tempat yang memberi manfaat kepada kamu. Dengarlah penjelasan Ibnu al-Qayyim untuk kita:

Agama itu bukanlah semata-mata meninggalkan perkara yang jelas haram, bahkan juga melaksanakan segala perintah yang disukai Allah. Sebahagian besar manusia yang beragama tidak memperdulikan hal itu kecuali apa yang dibuat olehnya bersama-sama masyarakat awam. Jihad, amar makruf, nahi mungkar, nasihat kepada Allah, rasulNya dan hamba-hambaNya, menolong Allah, rasulNya, agamaNya dan kitabNya merupakan kewajipan-kewajipan yang tidak terlintas di dalam fikiran mereka, apalagi hendak dilaksanakan.

Manusia yang paling kurang agamanya dan yang paling dimurkai Allah ialah manusia yang meninggalkan kewajipan-kewajipan ini sekalipun dia seorang yang zuhud dan meninggalkan dunia seluruhnya. Jarang sekali kamu melihat orang yang merah padam mukanya kerana Allah, marah kerana kehormatan Allah dicabuli dan mengorbankan hartanya untuk menolong agamaNya.”

Lihatlah Rasulullah S.A.W. : “Seluruh waktunya diwakafkan untuk berjihad dengan hatinya, lidahnya dan tangannya. Oleh itu, jadilah baginda manusia yang paling tinggi namanya di seluruh alam dan paling mulia kedudukannya di sisi Allah.” Sesungguhnya Rasulullah S.A.W. merupakan contoh ikutan dan tauladan yang terbaik bagi kita.

******************************


Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Bagaimana Menjaga Keikhlasan?

Kongsi

Ramai yang bertanya kepada saya, bagaimana nak jaga keikhlasan hati ketika beramal atau melakukan kebaikan.

Ada satu perkara yang perlu kita fahami iaitu IKHLAS ini adalah buah atau natijah dari keimanan dan ketaatan kepada Allah SWT. Ikhlas embuntidak dibina diatas dasar yang tidak jelas atau diawang-awangan. Apabila kita benar-benar merasai hakikat kebesaran dan keagungan Allah disamping menyakini segala janji-janji dan ancaman-ancamanNya serta meyakini hari pertemuan denganNya maka ketika itu pohon keimanan yang ada pada jiwa kita mula mengeluarkan buahnya untuk kita petik dan menikmati kemanisannya.

Ya, buah Ikhlas itu manis dan harum. Namun tak semua pohon Iman itu mengeluarkan buah atau hasil. Tidak semua pula yang tahu memetik buahnya untuk menikmati anugerah Allah yang agung ini. Mungkin kita perlu tanya: Adakah benihnya baik, ada tanahnya telah kita gemburkan dan bajai dengan baik, adakah air yang kita sirami cukup dan sebagainya.

Iman tidak akan tumbuh secara mukjizat. Kita perlu tanamkan benih yang asli dan baik; kita perlu bangunkan iman itu diatas asas keimanan dan kesedaran yang betul, bukan kerana keturunan atau warisan tetapi kita perlu melalui proses. Jangan jadikan diri kita seperti 'umang-umang'. Mungkin ada yang tak kenal umang-umang. Lihatlah ditepi pantai, kadang-kadang kita akan temui siput yang berjalan laju. Bukankah berjalan laju itu bukan sifatnya. Kalau kita angkat dan tengok betul-betul rupanya ada ketam yang menumpang kulit siput yang kosong itu. Mungkinkah iman kita begitu? Kita beriman kerana ibu ayah kita beriman atau orang disekeliling kita beriman. Adakah keimanan kita itu asli dan benar. Apakah proses yang telah kita lalui hingga kita yakin bahawa iman kita itu betul.

Dr 'Ali Hasyimi dalam bukunya Syakhsiyah Islamiyyah menyebutkan tentang Iman yang celik. Katanya iman yang celik atau iman yang hidup adalah iman yang tumbuh diatas dasar makrifatullah atau mengenali Allah dengan sebenar-benarnya kefahaman tentang nama-namaNya, sifat-sifatNya dan sebagainya yang berkaitan dengan Allah. Kefahaman ini ditingkatkan hingga melahirkan as syu'ur ma'iyatullah (Rasa sentiasa bersama Allah atau mampu menghadirkan Allah dalam diri kita) hingga kita tidak merasakan sesuatu apapun yang tidak diketahui oleh Allah SWT. Kita merasakan dengan seluruh jiwa kita akan pemerhatian Allah, Maha mendengarnya Allah, Maha mengetahuinya Allah dan sebagainya. Syu'ur atu perasaan ini terus ditingkatkan hingga jiwa kita sentiasa beinteraksi (mukholatah) dengan Allah SWT. Setiap keluhan kita, setiap aduan dan permohonan kita pertama-tama sekali kita hadapkan kepada Allah, tidak pada selainNya.

 cover-depan-ikhlasInilah tiga tahap penanaman iman hingga Iman itu tumbuh dan berbuah; Makrifah, Syu'ur dan Mukholatah. Ketiga-tiga unsur ini akan kita tingkatkan melalui ketekunan kita mentaati Allah SWT. Bagaimana seorang yang tidak melakukan apa-apa mampu berdoa dengan penuh yakin? Adakah sama doa orang yang begitu berbanding seorang yang bekerja bertungkus lumus hingga pecah-pecah kulit tapak tangannya dan diapun menjaga batas-batas yang ditentukan Allah lalu berdoa menadah tangan mengharapkan Rahmat dan PertolonganNya? Semua ini akan menjadikan hati kita lebih peka dan merasai hubungan dengan Allah.

Bagaimana pula kita nak ikhlas sekiranya kita tidak merasakan pemerhatian Allah SWT bahkan segala bisikan hati kita semuanya dalam ilmu Allah SWT. Jadi kita tidak akan mampu untuk ikhlas hanya dengan keinginan untuk ikhlas atau dengan memaksa hati kita untuk ikhlas. Tahukah kita apa yang paling istimewa dari keikhlasan yang benar? Ya, setiapkali kita berdoa Allah mendengar dan memnuhi permintaan kita, setiap kesempitan hidup Allah lapangkan jiwa kita, setiap kesukaran dan kepayahan Allah akan kuatkan jiwa kita untuk mengharungi, setiap kesedihan Allah akan bahagiakan kita dengan janji-janjiNya, setiap kelalaian kita akan ditegur Allah dengan penh kebijaksanaan kerana kita adalah hambaNya yang dikasihiNya. Boleh anda senaraikan perkara yang lebih anda hajati dari semua ini???

*************************************

Cikgu Azmi Bahari

Sumber : http://my.opera.com/azmibhr/blog/bagaimana-menjaga-keikhlasan

Saturday, July 17, 2010

Bukti Cinta kepada Kekasih

Kongsi

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera, Anak- anak Siswa dan siswi yang di rahmati. Apabila memperkatakan cinta tentunya suatu yang indah dan penuh dengan kemanisan, hanya orang yang dilamun cinta sahaja akan dapat merasai dan untuk menceritakan mungkin sukar akan dipahami bagi orang yang belum melaluinya. Berbagai-bagai perasaan yang ada ketika bercinta namun yang positive sentiasa mengatasi segala perasaan lain. Pengorbanan adalah lambang bagi cinta yang agung, tiada rasa takut, tiada rasa bimbang, tiada rasa keletihan bagi melindungi atau memberikan yang terbaik buat yang dicintainya.

cinta-allah Bagaimana perasaan cinta kita kepada ALLAH SWT? Kita dalam satu perjalanan untuk memilih cinta, apakah kita telah melakukan suatu keputusan untuk memilih cinta Allah swt didalam kehidupan ini? Tanpa kita memilih masa terus berlalu dan akhirnya masa yang kita ada semakin berkurangan dan kita tidak kesempatan untuk membuktikkan cinta kita kepada Alllah swt, bukan berapa lama kita bercinta yang penting tetapi apakah selepas kita melakukan keputusan untuk benar-benar bercinta kita dapat melakukan dengan sebaik mungkin dengan sepenuh hati dan keikhlasan kepada Allah swt.

Mungkin sukar untuk merasakan akan penyerahan yang sebenar-benarnya atas dasar cinta yang tulus untuk mendapat keredaan dari Allah swt. Cinta itu akan menyebabkan kita tiada kebebasan didalam pilihan kita, kita terasa setiap detik dan masa yang berlalu akan terfikir apakah yang boleh ku lakukan bagi mendapat keredaaNya, terasa akan sentuhan dan kata-kataNya melalui Al Quran, merasai kemanisan dan sentiasa kegembiraan kerana janji yang benar. Kehidupan ini seperti suatu perjalanan yang ternanti-nanti bilakah akan berakhirnya kerana tidak sabar untuk menemui kekasih dengan membawa apa sahaja yang mungkin untuk membuktikan cinta.

Setiap saat yang berlalu sungguh besar ertinya kerana setiap saat perlu untuk melakukan pengorbanan bagi menyediakan diri agar sentiasa dikasihi, tidak sanggup terputus dengan pandangan, tidak sanggup melakukan sesuatu yang akan menyebabkan kekasih membenci, tidak sanggup berpisah kerana segalanya adalah demi yang tercinta. Adakah ini perasaan laila majnun? Mungkinkah pencarian ini dapat dilakukan oleh manusia hari ini? Adakah kita mampu mendapatkan segala-galanya sekiranya kita tidak bermula sekarang melihat kitab Al Quran yang merupakan sumber segala kebenaran bagi kehidupan dunia dan akhirat.

Sekiranya hari ini kita bermula untuk melihat satu ayat Al Quran dan merenung dengan teliti, kita perlukan 22 tahun 22 hari untuk menelitinya, (ayat alquran = 6666 atau 6620 ayat) sekiranya kita menghafal satu ayat sehari mungkin setelah 22 tahun nanti kita akan menjadi orang yang menghafal Al quran. Namun masa tetap berlalu, 22 tahun tetap akan mendatang dan adakah mungkin kita dapat melakukannya bergantung sejauh mana kita benar-benar mencari cinta abadi Allah swt didalam kehidupan kita. Allah hu alam

*********************************************

Prof Madya Dr. Asmawati Desa
Petikan dari : Haluan Siswa

Kibarkan Panji Kebaikan

Kongsi

bagaimanakah tajammu’ umat Islam dapat berlaku tanpa ada seseorang yang baik memulakannya?

Perlu ada yang memulakannya.. kadangkala dengan takbir yang menyedarkan. Kadangkala pula dengan nyalaan api yang menarik perhatian. Adakalanya pula dengan mengibarkan bendera kebaikan yang dapat dilihat oleh orang yang baik, lalu mereka berkumpul di 17553_105278096158149_100000278767222_141875_7594081_n sekelilingnya. Apa yang kurang pada umat Islam hari ini ialah bendera dan panji ini. Bilangan mereka sudah ramai, pengetahuan mereka tinggi, imej tinggi tetapi perpecahan dan hampasnya mereka telah melemahkan mereka.

Abdul Wahab Azam Rahimahullah telah melawat sebahagian besar dunia Islam. Beliau telah menjelajah dunia Arab, Turki, India, Pakistan dan lain-lain untuk mengkaji realiti umat Islam dari dekat. Akhir beliau membuat kesimpulan bahawa umat Islam tidak kekurangan apa-apa, kecuali perpaduan. Lalu beliau memanggil umat Islam yang baik-baik:

Janganlah kamu merasa tertipu dengan kerosakan yang zahir dan kejahatan yang melata di sana-sini di antara umat Islam. Janganlah kamu gentar mendengar berita si polan itu dan si polan ini adalah puak rosak dan merosakkan. Sesungguhnya terdapat ramai lagi umat Islam yang baik tetapi kamu anggap mereka orang jahat. Tetapi, golongan jahat mengibarkan panji mereka lalu orang yang jahat dan pengikut mereka berhimpun di bawah naungannya. Golongan yang baik lalu lari, tidak bersama-sama golongan jahat ini dan suara mereka tidak kedengaran. Sekiranya panji kebaikan dikibarkan, tentu mereka yang baik-baik itu berkumpul di bawahnya. Golongan jahat tentu akan diam dan mereka tidak akan glamour lagi.

haluan siswa Dalam mana-mana bangsa mesti ada orang baik dan jahat, mesti ada kejahatan dan kebaikan dan mesti ada perosak dan muslih. Jika dikibarkan panji kebaikan nescaya orang baik dari mana-mana akan bernaung di bawahnya. Dengan kebaikan itu, kalahlah satu kebaikan di dalam jiwa yang kebaikannya mengatasi kejahatannya. Akan lahirlah kebaikan yang terpendam di dalam jiwa yang belum ada lagi kebaikan. Sesungguhnya setiap manusia walau betapa besar pun kejahatannya, mesti masih terpendam di dalam jiwanya rasa cenderung kepada kebenaran dan kebaikan.”

Ungkapan ini memang benar dan sangat betul.

Ramai manusia yang baik-baik jadi bingung di sini. Bila mereka lihat kerosakan di negeri mereka, melihat lintang pukang neraca dan nilai, melihat orang jahat berkuasa, mereka mula menyangka perkara itu telah hancur dan tidak dapat dibaiki lagi. Mereka rasa kufur telah berkuasa penuh menyebabkan mereka terpaksa memilih sama ada diam membisu atau berhijrah ke negeri yang kurang kejahatannya dan ‘mengganggur’ di sana.

******************************


Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :

Friday, July 16, 2010

Graviti da’i

Kongsi

Pekong jahiliyyah telah terbongkar. Keburukan dan kepincangannya telah diketahui oleh manusia menyebabkan manusia menjadi sangat benci dan jemu kepadanya. Kini, tibalah giliran perpindahan dunia dan kepimpinan jahiliyah kepada kepimpinan Islam

Dengan begitu simple Syed Qutb mengungkapkan apa yang dilihatnya. Beliau memperkatakan satu perkara besar dan agung. Suatu peralihan besar, tetapi sememangnya satu hakikat.

Oleh itu, ia diungkapkan dengan ungkapan yang simple. Begitulah sifat sesuatu hakikat bila-bilapun. Suatu yang menjadi suatu hakikat tidak perlu diperbungakan bahasanya, tak perlu penjelasan panjang lebar dan tidak perlu warna warni atau dekorasi lagi.

Itulah hakikat yang sedang dialami oleh Barat. Kekosongan jiwa, kerosakan seks, dasar perkauman dan kezaliman penjajah Barat bukan sahaja dikira sebagai kebankrapan, malah ianya adalah pekong besar bagi tamadun mereka.

Hakikat ini tergambar dalam kerosakkan masyarakat Komunis. Kalaupun ia hanyalah pelampauan dan penindasan ke atas kebebasan hak asasi, itupun sudah cukup menjadi keaiban yang besar.

Sebaliknya hakikat itu mempamerkan keadilan, toleransi dan ketenteraman Islam yang ditawarkan kepada setiap hati yang menderita dan merana lantaran tekanan kebendaan.

Renungan sepintas lalu itu jelas menunjukkan kepada kita bahawa umat Islam telah jemu dan bosan dengan apa yang ditiru dari fahaman dan sistem materialisme Barat dan apa yang mereka taqlid dari kebuasan dan cara brutal blok Komunisme. Hati dan pemikiran mereka sekarang sudah cukup bersedia untuk kembali semula kepada Islam buat kali kedua.

Tetapi, untuk tiba ke tempat aman tersebut, ia terpaksa melintasi padang pasir yang luas. Untuk melintasinya perlu pula ada pemandu jalan dan pemimpin yang berpengalaman dan mahir dengan selok-belok perjalanan di gurun yang luas, mampu mengesan perjalanan, berpandangan jauh dan tepat serta bijak menentukan arah berpandukan bintang-bintang di langit.

Sekiranya pemandu dan penunjuk jalan telah ada, bermakna mereka telah hampir sampai ke tujuan.

Pemandu itu seelok-eloknya pandai menyanyi untuk menghiburkan mereka yang berjalan di belakangnya, supaya mereka mudah mengikutnya dalam perjalanannya itu.

Itulah yang dapat digambarkan oleh kiasan kami yang tidak begitu tepat ini. Sesungguhnya siapa yang mengikuti pemandu yang disertai dengan hiburan kadang-kadang terlalai atau tersadung kakinya lalu tersungkur di tengah jalan tanpa disedari ataupun mengantuk lalu berhenti di tengah jalan.

Tetapi puisi Muhammad Iqbal lebih tepat, lebih sempurna dan lebih indah.

Beliau telah menemui pada “Pengenalan Seseorang Terhadap Dirinya” tarikan yang kuat memaksa orang lain mengikutnya. Apabila seorang muslim yang merdeka dan bijak menguatkan keperibadiannya, dan ia pula seorang da’i maka dia akan dapat menarik sesiapa yang dikehendakinya untuk beredar di sekitar orbitnya.

96670main_br_earth-mars-front Iqbal telah berkata:

Bumi telah meningkatkan kekuatan gravitinya lalu,

bulan pun beredar di sekitarnya tanpa henti

Oleh kerana bumi mempunyai daya graviti, ia dapat memaksa bulan agar terikat dan beredar di sekitarnya sehingga bulan itu tidak pernah terfikir untuk lari dari bumi.

Demikian jugalah manusia, mereka akan pasti terkumpul dikeliling dakwah apabila da’i meningkatkan kekuatannya. Manusia itu akan berlegar di sekeliling dakwah dan merasai ikatan mereka dengan dakwah suatu kemestian.

Engkaulah wahai da’I yang menentukan keadaan ini.

Semua parti yang sesat itu tidak mungkin berkembang andainya kamu memantapkan kekuatan kamu. Ketika itu, tiada jalan lain bagi manusia kecuali menjadi tawanan kamu.

Kekuatan hanya akan mantap bila berkumpulan.

Hasil perkumpulan ialah satu barisan Islam ‘saf’.

Siapa yang menyertai safn, dia pasti menang kecuali Allah menghendaki sebaliknya.

Firman Allah S.W.T bermaksud :

Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berperang pada jalannya, dengan berbaris-baris, seolah-olah mereka itu tembok bangunan yang sangat rapat (menjadi satu).” (Al-Saff 61:4)

Tukang-tukang sihir yang menentang Musa as sebelum mereka beriman memanggil-manggil sesama mereka: (sebagaimana yang diriwayatkan oleh Al-Quran :

perkuatkanlah perancanganmu semua, kemudian datanglah kamu berbaris-baris.”

(Toha 20:64)

Demikianlah perkumpulan yang tersusun rapi dibentuk oleh pihak jahiliah di setiap zaman. Ia adalah pelajaran besar kepada sesiapa yang berdukacita melihat nasib umat Islam di seluruh dunia ini dan hanya mengeluh-ngeluh.

Sesungguhnya jahiliah yang tersusun tidak akan dapat dikalahkan kecuali oleh Islam yang tersusun juga.

Da’i Islam pada hari ini tidak mungkin akan menang melainkan bila mereka menyatukan individu yang terbaik di kalangan mereka, kemudian datang merempuh dalam satu barisan yang tersusun rapi dan bersatu padu.

******************************


Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Daie merupakan Mujahid dan Muhajir

Kongsi

Allah S. W. T. mengurniakan pahala dan ganjaran seperti pahala para mujahid dan muhajirin kepada orang yang saling berpesan-pesan IMG_7690 dengan kebenaran, menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. Mereka melontarkan hujah-hujah dan keterangan Allah untuk membidas pendapat akal yang sesat dan menyeleweng. Menyeru manusia kepada kebaikan dan melarang mereka darikemungkaran dianggap sebagai jihad dan tetap thabat di atas jalan dakwah dianggap sebagai ‘hijrah.’.

Ibnu al-Qayyim berkata:

“Tidak syak lagi bahawa perintah jihad yang sebenar hanya datang setelah hijrah dari Mekah ke Madinah. Tetapi, jihad melalui hujah telah diperintahkan di Mekah dengan firmanNya yang bermaksud

Oleh itu, janganlah engkau ikut orang-orang yang kafir dan berjihadlah terhadap mereka (dengan Al-Quran) dengan jihad yang besar.” (Al-Furqan 25: 52)

Surah ini adalah surah Makkiyah (diturunkan di Mekah). Jihad yang dimaksudkan di dalam ayat ialah jihad menyampaikan dan jihad dengan hujah”

Berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran wahai Nabi s.a.w. dan….. wahai pewaris dan pengikut nabi Muhammad S.A.W. pula…..berjihadlah menentang mereka dengan al-Quran"

Ertinya kita bangun menghadapi pendapat akal mereka yang dangkal itu dan kita hancurkannya dengan hujah-hujah dari al-Quran… agar kebatilan mereka itu akan hancur binasa.

Oleh yang demikian, tugas dakwah, menyuruh kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran, pesan-memesan dengan kebenaran dan kesabaran adalah sejenis dari jihad di jalan Allah. Justeru itu wajarlah bagi kita di dalam fiqh dakwah ini berusaha mengenali sebanyak mungkin selok-belok dakwah dan sifat-sifat da’I, berdasarkan kias kepada hukum jihad dengan senjata. Begitu juga para da’i diwajibkan agar memahami ayat-ayat al-Quran dan hadis mengenai perintah berjihad bahawa ía adalah ditujukan kepadanya apabila da’i tersebut menyeru orang ramai dalam mengerjakan amar makruf, nahi mungkar. Walaupun kelihatannya kerja dakwah bukanlah seperti betul-betul berperang pada jalan Allah, tetapi ia juga menghadapi risiko peperangan, kekalahan, wujudnya orang yang tidak berdisiplin atau bermudah-mudah, pelemah semangat dan pembelot yang menikam dari belakang.

Disebabkan risiko-risiko tersebut, mereka yang menyampaikan dakwah Islam, amar makruf nahi mungkar berhak mengharapkan pahala yang sama darjatnya dengan orang-orang yang berjihad di medan perang, Insya-Allah.

Para Da’i juga mendapat pahala Muhajirin sebagaimana yang telah dijelaskan oleh Imam Ibnu Taimiyah dalam mentafsirkan ayat al-Quran berikut:

Firman Allah S.W.T. bermaksud :

"Orang-orang yang beriman dan berhijrah, serta berjuang di jalan Allah dan orang-orang yang memberi tempat tinggal dan menolong, mereka itulah orang-orang beriman yang sebenarnya.” (Al-Anfal 8: 74(

Kata Ibnu Taymiyyah:

“Menurut sebahagian dari salafussoleh: “Termasuk di dalam pengertian ayat ini ialah orang-orang yang beriman, berhijrah danberjihad hingga hari kiamat.” Begitu juga firmanAllah S.WT.bermaksud :

Kemudian, sesungguhnya Tuhanmu (memberikan pertolongan) kepada orangorang yang telah berhijrah sesudah mereka difitnahkan (oleh kaum musyrik), kemudian mereka berjihad serta bersabar; sesungguhnya Tuhanmu - sesudah mereka menderita dan bersabar dalam perjuangan - adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (An-Nahl 16: 110)

“....termasuklah di dalam pengertian ayat ini setiap orang yang telah digoda oleh syaitan supaya menjauhi agamanya atau orang yang telah melakukan maksiat, tetapi kemudiannya dia meninggalkan segala kejahatan, sedaya upaya melawan hawa nafsu dan musuh-musuh lain, berjihad menentang kaum munafik melalui kerja-kerja amar makruf nahi mungkar serta bersabar menghadapi perkataan dan perbuatan yang dilemparkan kepada mereka. Allahu’a’lam.”

******************************


Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :

http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

Thursday, July 15, 2010

Jadilah Rijalul Ummah

Kongsi

Langkah-langkahmu selanjut dalam hijrah mu kepada Allah ialah dengan mengembangkan usahamu memperkatakan kebenaran. Pergilah kepada orangramai, pimpinlah mereka, tunjukkan contoh teladan, pandulah dan bimbinglah mereka.

kepemimpinan Ulangi sejarah kegemilangan da’I salafussoleh r.a. Mereka adalah pemimpin orang ramai. Mereka tampil ke hadapan untuk membimbing manusia, sehingga manusia sedikit demi sedikit beransur-ansur mengasihi mereka. Orang ramai melihat mereka sebagai contoh dan teladan yang baik yang tidak dapat dipertikaikan lagi kewibawaannya, akhirnya orang ramai menurut dan kemudian mengikut arahan mereka.

Seorang ahli zuhud yang masyhur, Bisyru bin al-Haris al-Hafi Rahimahullah mendapati ada tiga sifat istimewa yang terdapat pada Imam Ahmad bin Hanbal. Dengan sifat-sifat ini, Imam Ahmad dianggap melebihinya berbanding dirinya. Salah satu daripada sifat-sifat istimewa itu ialah; “...beliau merupakan imam orang ramai..”.

Para ilmu rijal menyifatkan Imam Al-Auza’i pula sebagai rajul ‘ammah – orang yang bersama orang ramai.

Demikian juga seorang ahli hadis dan faqih yang thiqah lain iaitu Abu Ishak al-Fazari. Ulama rijal berkata: “Dia adalah seorang rajul ammah. Dia telah mendidik penduduk-penduduk dipersempadanan Islam di tanah tinggi Syam dan semenanjung yang mengadap ke Rom.. Beliau mengajar mereka tentang sunnah dan cara hidup Rasulullah S.A.W., menyuruh manusia kepada kebaikan dan melarang mereka dari kemungkaran. Apabila seorang ahli bid’ah memasuki kubu itu, beliau mengusir lelaki tersebut."

Demikian juga Khalid bin Abdullah al-Wasiti, salah seorang ahli hadis yang thiqah dan merupakan salah seorang dari guru-guru Imam al-Bukhari. Mereka sifatkannya sebagai rajul ammah.

Pemimpin Pengenalan-pengenalan kepada rijal di atas menjelaskan bahawa mereka semua adalah da’i yang mengajar manusia. Ilmu mereka tidak meletakkan mereka hanya di dalam bilik-bilik. Mereka turun ke medan, memimpin masyarakat membuat pendirian dan sikap politik.

Demikianlah Imam Ahmad bin Hanbal memimpin masyarakat yang masih terpelihara bagi memerangi puak Jahmiyah dan Muktazilah yang cuba memesongkan akidah masyarakat dengan bid’ah ‘al-Quran adalah makhluk’. Beliau menentang kerajaan pada masa itu bila kerajaan hendak memaksa bid’ah menggunakan kuasa mereka. Akhirnya, Allah menolong beliau dengan perlantikan khalifah al-Mutawakkil yang memiliki akidah yang benar. Baginda telah menukar struktur kerajaan, membersihkannya dari bid’ah dan seterusnya menyekat dan memadamkan kegiatan ahli bid’ah.

Apa yang dimaksudkan dengan ammah ialah orang ramai samada terpelajar atau buta huruf dan bukannya menurut istilah moden yangbermaksud orang-orang jahil. Pemimpin dan da’i Islam dahulu tidak pernah melupakan orang Badwi dan penduduk kawasan pedalaman di samping memimpin penduduk bandar. Mereka mengambil berat tentang peri pentingnya kesatuan akidah dan pendirian antara kesemua masyarakat tersebut. Ini menyebabkan da’I itu memperuntukkan sebahagian dari usaha untuk kesemua mad’u tersebut.

Imam Al-Zuhri, pemimpin ahli hadis telah mendidik beberapa generasi penduduk beberapa kota raya Islam dan membentuk mereka menjadi pemimpin-pemimpin di dalam bidang hadis. Bukan itu sahaja, bahkan beliau sendiri turun menemui masyarakat badwi dan penduduk kampung untuk mengajar mereka, memelihara yang masih kekal dalam akidah yang benar dan berlemah lembut terhadap orang yang telah diselewengkan oleh ahli bid’ah yang sesat, lalu akhirnya diselamatkan kepada tauhid yang sejati.

Para ulama’ dan da’i kemudian pula memperbaharui sejarah al-Zuhri ini. Antaranya ialah: Seorang faqih dan pembimbing, Ahmad al-Ghazali, saudara kandung kepada Abu Hamid al-Ghazali pengarang Ihya’ ‘Ulumuddin. Beliau memasuki kampung-kampung dan kebun-kebun, memberi nasihat kepada penduduknya agar mereka mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq 

Wednesday, July 14, 2010

Jihad dengan Hujah

Kongsi

Kesedaran seorang muslim terhadap wajibnya berdakwah, kefahamannya terhadap masalah dakwah dan kejelasan pandangannya terhadap kedudukan masalah ini dalam ajaran Islam, semuanya itu menentukan bermulanya titik tolaknya di dalam kehidupan individu muslim. Ia juga merupakan langkah mula di dalam perencanaan reformasi jama’i.

Debate Oleh itu, penjelasan terhadap wajibnya dakwah ini perlu dilakukan dengan beriya-iya, bersungguh-sungguh, jelas, mengambil panduan pelaksanan yang dilakukan oleh salafussoleh dan contoh-contoh mereka yang menghidupkan kembali sunnah itu di zaman kita ini.

Sebagaimana kita telah lihat Abdullah bin Mas’ud r.a. meletakkan dirinya di Kufah untuk menghapuskan uzlah, maka begitu juga kita dapat lihat al-Hassan al-Basri pemimpin tabi’in rahimahullah meletakkan dirinya di kota Basrah untuk membangkitkan semangat orang ramai terhadap dakwah dan menjelaskan erti islah kepada mereka. Beliau membacakan firman Allah S.W.T. kepada penduduk Basrah bermaksud :

“Siapakah yang terlebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah (agamaNya) dan beramal soleh dan berkata: Sesungguhnya aku termasuk orang--orang muslimin.” (Fussilat: 33)

Kemudian dia berkata:

“Dia ialah mukmin yang menyahut seruan Allah, menyeru manusia kepada apa yang disahuti dari seruan itu dan mengerjakan amal soleh di dalam menyahut seruan itu. Inilah kekasih Allah dan wali Allah.”

Bukan seperti orang lain yang mengasingkan diri, membisu dan menyembunyikan dirinya.

Semasa Ibnu al-Qayyim memetik kata-kata Hassan Basri ini , beliau menambah: “Maqam dakwah ke jalan Allah itu adalah semulia-mulia maqam seorang hamba.”

Begitu pantas Ibnu Qayyim memahami kata-kata Hassan Basri dan begitu juga begitu sama kata-kata beliau dengan kata-kata Abdul Qadir al-Kailani yang telah kita sebutkan sebelum ini. Ini semua membuktikan wujudnya kesatuan pemahaman hasil dari kesatuan metodologi yang mereka lalui.

Oleh kerana method mereka adalah menjadikan Al-Quran dan hadis sahih sebagai sumber pemahaman dan kesediaan jiwa mereka untuk menerima seluruh pengertian Al-Quran dan hadis yang berpandukan akal yang waras dan pengertian zahir dari segi bahasa, maka dari situlah berpadunya kata-kata dan pemahaman mereka yang kita nukilkan tadi. Bermula dari para sahabat Nabi dan kemudiannya diikuti oleh para tabi’in, disusuli lagi oleh Ibnu al-Jauzi,

Syeikh Abdul Qadir al-Kailani, Ibnu Taimiyah dan Ibnu al-Qayyim sehinggalah berakhir kepada sebahagian dari tokoh-tokoh di zaman ini seperti al-Rafi’e, Iqbal, Abdul Wahab Azam dan pemimpin gerakan dakwah seperti Imam Hassan Al-Banna, al-Maududi, Abdul Qadir Audah dan Syed Qutb.

Golongan yang mempertahankan kebenaran ini akan terus bergerak, mengambil erti zahir nas-nas hinggalah ke hari kiamat. Ia berbeza dengan kaedah yang digunakan oleh golongan-golongan lain yang terpengaruh dengan kecelaruan ilmu falsafah, tarikan bid’ah, keinginan nafsu, kebaculan dan mempunyai kepentingan.

Mereka hanya mencari dan mengambil sesuatu yang sesuai dengan akal dan perasaan mereka. Mereka menolak segala perkara yang mendedahkan pekong mereka atau sedaya upaya cuba untuk memalingkannya dari maksud sebenar yang zahir.

*********************

Muhammad Ahmad al-Rasyid

Rujuk kitab beliau : Al-Muntholaq

Link download :http://www.scribd.com/doc/33674487/al-muntalaq

Monday, July 12, 2010

Negara Islam yang pertama

Kongsi

Di atas dasar sistem al Quran ini, tertegaklah sebuah negara Islam yang pertama. Ianya sebuah negara yang beriman benar-benar dengan al Quran, melaksanakan segala ajarannya dengan penuh rapi dan kemudiannya menyebarkannya pula ke seluruh dunia.

madinah Khalifah Islam yang pertama(Abu Bakar ra) pernah berkata :

"Jika seutas tali pengikat unta pun hilang dari jagaan saya, saya akan dapatinya dalam Al-Quran".

Beliau telah memerangi orang-orang yang enggan mengeluarkan zakat dan menyifatkan mereka itu sebagai murtad kerana meruntuhkan salah satu rukun sistem ini. Beliau mengatakan,:

"demi Allah kalau mereka itu enggan menunaikan kepada ku seutas tali pengikat unta seperti yang telah ditunaikan kepada Rasulullah saw, pasti aku akan perangi mereka selagi pedang masih berada di tangan ku".

Kesatuan yang sepenuhnya tercerna dalam ummah yang baru lahir ini. Kesatuan masyarakat tercerna dalam kerangkuman seluruh sistem al Quran dan bahasa Al-Quran dikalangan mereka. Kesatuan politik terangkum di bawah naungan Amirul mukminin dan lambaian panji-panji khalifah di ibu negara.

Idea Islam tidak berlegar dalam tentera sahaja atau di Baitul Mal atau pada tindak laku pemerintah sebab mereka semua bekerja dalam satu aqidah dan dengan arahan yang satu dan menyeluruh. Prinsip al Quran ini telah berjaya menghapus dan menghalau keluar fahaman-fahaman keberhalaan yang khurafat di Semenanjung tanah Arab dan Farsi. Yahudi penipu juga telah dihalau dan kekuasaan agama dan politik mereka dilenyapkan.

Prinsip dan dasar Al-Quran ini juga telah berjuang menentang fahaman Kristian sehingga terhapus dari benua Asia dan Afrika dan terpaksa berlindung di bawah naungan kerajaan Rom timur di Konstantinopel. Dengan ini dua benua yang besar ini telah memusatkan seluruh kuasa spiritual dan politiknya kearah kerajaan Islam. Dasar Islam ini seterusnya juga telah berusaha memerangi benua ketiga (benua Eropah) iaitu menyerang Konstantinopel dari Timur dan mengepungnya dengan bermatian dan menyerangnya (benua Eropah) dari barat dengan menawan Andalus.

Bala tentera Islam telah berjaya sampai ke tengah Perancis serta utara dan selatan Itali. Ia juga telah mendirikan sebuah kerajaan yang agung di Eropah Barat yang bersinar dengan ilmu dan peradaban. Kemudian barulah Konstantinopel sempurna di buka dan Kristian diletakkan di sudut yang kecil di tengah Eropah. Kapal laut tentera Islam belayar hebat di dua lautan iaitu lautan Mediteranean dan laut Merah yang mana kedua lautan itu menjadi tasik Islam. Tentera laut negara Islam memegang kunci laut di timur dan di barat dan seluruh kekuasaan darat dan laut berada di tangan Islam. Implikasi dari ini umat Islam dapat berhubung dengan bangsa-bangsa lain.

Umat Islam berjaya memindahkan kebanyakan tamadun dunia tetapi dengan kawalan kekuatan iman dan prinsip peraturannya. Seluruh tamadun itu telah diubahsuai dengan kehendak-kehendak Islam dengan mengekalkan keindahan dan kehebatannya. Islam tidak menegah dari mengambil faedah tamadun itu selagi ianya tidak mengganggu kesatuan politik dan masyarakat ummat Islam.

Wasiat Al-Banna

Kongsi

Wahai saudaraku, dengarlah!. Apa yang saya mahu dari kalimat-kalimat ini ialah untuk membentangkan fikrah anda di hadapan anda 3194 sekelian. Boleh jadi detik-detik getir sedang menanti kita menyebabkan kita akan berpisah. Pada ketika itu saya tidak akan dapat lagi bercakap atau menulis kepada kamu. Oleh itu saya berwasiat kepada anda sekelian; telitilah kalimat ini, ingatilahnya sedaya yang boleh dan bersatulah padanya. Sesungguhnya setiap kalimat ini mengandungi erti-erti yang sangat padat.

Wahai saudaraku; Anda sekelian bukan satu pertubuhan kebajikan, bukan parti politik, juga bukan suatu badan yang dibentuk untuk tujuan-tujuan terbatas. Anda sebenarnya adalah suatu roh baru yang mengalir di hati umat ini dan dihidupkan dengan al Quran. Anda adalah suatu suara yang bergema tinggi melaungkan dakwah Rasulullah saw. Tidak keterlaluan jika anda merasai bahawa anda adalah penanggung beban Kenabian setelah kesemua manusia enggan melakukakannya.

Andainya anda ditanya, kamu mengajak kepada apa..? Katakanlah, kami mengajak kepada Islam yang di bawa oleh Nabi Muhammad saw. Pemerintahan adalah sebahagian daripada ajarannya. Kebebasan adalah salah satu dari tuntutannya. Jika dikatakan kepada anda.. ini adalah politik. Katakanlah inilah dia Islam dan kami tidak tahu pembahagian seperti ini. Andainya mereka mengatakan kamu penyeru revolusi. Katakanlah, kami adalah penyeru kebenaran dan kedamaian. Jika kamu mengganggu dan menghalang dakwah kami, Allah telah membenarkan kami mempertahankan diri dan kamu adalah pengacau yang zalim. Andainya dikatakan kepada anda; kamu meminta bantuan dari orang tertentu atau mana-mana pertubuhan. Katakanlah, kami hanya beriman kepada Allah sahaja dan kami kufur dengan segala sekutu-sekutu. Jika mereka berkeras meneruskan permusuhan mereka, katakanlah.. kami tidak mahu orang-orang yang jahil.

 

******************************

Al-Ustaz Hassan Al-Banna Rahimahullah

Rujuk kitab beliau : Antara Semalam dan Hari ini

Link download : http://www.scribd.com/doc/34246619/Antara-Semalam-Dan-Hari-Ini